Wednesday, December 25, 2013

Merry Christmas!

Ho! Ho! Ho!

Merry Christmas to all my Christian friends. Harap kalian enjoy Krismas tahun ini. Takde hadiah untuk diletakkan di bawah pokok Krismas mahupun stokin anda, tapi layankan aje video ni. Harap dapat buat semua tersenyum. :D



p/s: Jangan hentam tau. Saya hidup di negara bebilang kaum, bangsa dan agama.

Tuesday, December 24, 2013

Kalimah Jiwa: Persengketaan Dua Beradik Demi Harta dan Cinta



“Air Di Cincang Tak Akan Putus”. Namun hubungan Aniq dan Afiq tidak seperti adik beradik yang lain. Afiq membenci Aniq kerana ibunya sering menyebelahi abangnya sejak kecil. Malah Afiq sanggup menggunakan Aina yang tidak berdosa untuk membalas dendam dan mendapatkan harta yang dimiliki oleh abangnya...

Setelah slot Azalea direhatkan buat seketika waktu, kini slot popular ini kembali dengan menampilkan sebuah drama siri terbaru berjudul “Kalimah Jiwa”  mulai 1 Januari 2014. Drama ini yang akan membuka tirai slot Azalea bagi tahun 2014 bakal dibintangi oleh Nazim Othman, Nabila Dally, Amar Baharin, Raja Ilya dan ramai lagi. Drama siri 20 episod yang diterbitkan oleh Rumah Karya Citra ini diarahkan oleh Mohd Fadli manakala skripnya ditulis oleh Erma Fatima.

“Kalimah Jiwa” berkisar tentang persengketaan antara Aniq dan adiknya Afiq yang melibatkan perebutan harta. Ibu mereka iaitu Puan Akila lebih mempercayai Aniq kerana Aniq berjaya membawa syarikatnya menjadi syarikat paling berjaya di Malaysia. Manakala, syarikat yang dikendalikan oleh Afiq mengalami kerugian teruk dan terpaksa menanggung hutang yang banyak. Semuanya adalah kerana Afiq tidak serius dan lebih banyak menghabiskan masa berpoya-poya.

Aniq mempunyai kekasih bernama Aina Sofea. Ketika tarikh majlis pernikahan Aniq dan Aina semakin hampir, Tiara muncul dan mengaku sebagai kekasih Aniq. Malah Tiara turut memberitahu bahawa dia kini sedang hamil hasil hubungan dengan Aniq. Seluruh ahli keluarga terkejut dengan pengakuan Tiara. Majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan dan Aniq pula menghilangkan diri ke Europe untuk mencari ketenangan diri.

Musibah yang berlaku ini menyebabkan Afiq disuruh berkahwin dengan Aina demi mengelakkan keluarga kedua-dua belah pihak malu. Afiq menerima Aina bukanlah atas dasar cinta tetapi kerana dendam Afiq pada Aniq yang sentiasa sempurna di mata ibunya. Dengan mendapatkan Aina, Afiq begitu yakin bahawa syarikat yang diteraju oleh abangnya akan jatuh ke tangannya.

Selepas berkahwin, Afiq mula menyedari Aina adalah seorang wanita yang baik. Afiq mula jatuh cinta pada Aina dalam diam. Tambahan pula, sikap Afiq juga dilihat semakin berubah menjadi lebih baik apabila Aina disahkan mengandung.

Sementara itu, Tiara telah pergi ke Europe untuk bertemu Aniq. Rupanya Tiara merupakan pelayan kelas atasan dan dia telah dibayar oleh Aniq untuk membuat pengakuan tipu di hadapan keluarga Aniq dan Aina. Tiara sememangnya tidak tahu mengapa Aniq sanggup melukakan hati keluarganya dan Aina. Apabila Aina mengekori Aniq, barulah dia tahu sebenarnya Aniq pergi ke Europe untuk mendapatkan sum-sum tulang yang sesuai untuk dirinya kerana jangka hayat Aniq semakin pendek akibat mengalami penyakit kanser darah.

Tiara rasa bersalah dengan upah yang diterimanya. Memang selama ini dia bekerja untuk duit tapi kali ini dia tidak mampu menerima duit Aniq atas kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh Aniq. Kemudian,  Tiara membuat keputusan untuk sentiasa berada di sisi Aniq dan membantu Aniq melalui hari hari sukarnya sepanjang dia berada di Europe.

Penyakit Aniq semakin tidak stabil. Sehingga kini masih tidak ada pemindahan yang sesuai untuk membantu mengubati kanser darah yang dihidap oleh Aniq. Kemudian Aniq membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia bagi menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga sebelum menghembuskan nafas terakhir. Selain itu, Aniq juga merasakan ada sesuatu yang harus dilakukannya untuk keluarganya. Setibanya Aniq di rumah, semua ahli keluarga gembira dengan kepulangan Aniq yang mengejut itu. Tetapi tidak bagi Afiq. Afiq mula rasa terancam dan merasakan Aniq pulang untuk merampas haknya serta ingin menuntut cinta Aina.

Keadaan bertambah runcing apabila Aniq tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup. Afiq pula perasan dengan perubahan sikap Aina sejak Aniq muncul semula. Adakah Aina masih setia mencintai Aniq? atau cinta Aina sudah beralih arah pada suaminya? Dapatkah Aniq diselamatkan dari derita penyakit kanser darah?

Ingin mengetahui apakah yang berlaku seterusnya? Saksikan drama KALIMAH JIWA menerusi slot Azalea setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang hanya di TV3! Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang Kalimah Jiwa, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Amar Baharin

Amyra Rosli

Raja Ilya

Nazim Othman

Nabilla Dally





Percutian Hujung Tahun


Ya Allah. Korang tahu tak betapa aku jeles melihat rakan-rakan yang bercuti, ambik gambar, dan post ke IG masing-masing? Itu adalah biadap ye! Aku teringin nak pergi bercuti camtu jugak tapi memandangkan kerja aku sangat padat, (deadline hari ni, sejam kemudian, start deadline baru), so tak dapatlah rasanya nak bercuti dan berlibur.

Paling best, last time aku cek jumlah baki cuti tahunan aku, ia menunjukkan jumlah yang tinggal hanyalah 2 hari dan bila aku cek semula semalam, ada 5 hari. Aik! Nak suruh aku bercuti eh? Hahahaha. Takpe, takde rezeki untuk hujung tahun ni, aku try cari masa untuk beberapa bulan lepas ni. Lagi pulak, Januari ni aku nak bayar roadtax la, hutang la. So kalau tak berjimat sekarang, maknanya aku memang mencari pasal.

Kepada kawan-kawan yang ingin, akan, dan bakal bercuti, ingat beberapa benda ni:


  1. Bawak pakaian secukupnya so nanti tak perlu berbogel atau beli baju tambahan.
  2. Beli tiket flight (kepada yang nak bercuti jauh) awal-awal so boleh dapatkan harga murah.
  3. Sentiasa cek kalau-kalau ada promosi. Tak perlu berjalan jauh, di smart phone masing-masing pun dah boleh serve laman-laman web penerbangan, dan juga penginapan. 
  4. Sertai apa-apa jua contest percuma yang memungkinkan anda untuk memenangi apa-apa hadiah percutian. Jimat tu. 
  5. Cek cuaca di tempat yang korang nak pergi bercuti tu, so kalau nak pergi bercuti ke pantai, make sure tak hujan dan ribut la. Kang, membazir.
  6. Selain cuaca, kena cek juga sama ada tempat yang korang nak pergi tu, selamat atau sedang dalam peperangan. Kalau tetiba pergi, ala-ala nak mati syahid, terserah. 
  7. Kalau nak drive, cek kondisi kenderaan yang korang akan naiki sebab dalam perjalanan, kita tak tahu apa akan jadi. 
  8. Kalau nak ke luar negara, make sure korang tahu mobile coverage yang menjimatkan. Tapi Maxis/Hotlink rasanya ada promosi dan pelan menarik. Cek disini.
  9. Bawak ubat-ubatan penting. Kalau pesakit asthma macam aku, better siapkan ubat ataupun pam tu, kalau taknak mati di tempat orang. 
  10. Duit. Takde duit, kau makan lah lebihan sisa di mana-mana tong. 
Okay kawan-kawan. Selamat bercuti. 

Movie Review - Police Story 2013: Aksi Kompak, Latar Ringkas


Semalam, kami sempat menonton tayangan perdana filem Police Story 2013 lakonan Jackie Chan. Siapa yang tidak pernah menonton filem bersiri ini sebelum ini, mohon kerat kepala masing-masing please. Ramai jugak yang hadir sebab kami dapat hall besar yang muat untuk 250 orang. Over kan?! Hahaha.

Okaylah. Serba sedikit mengenai filem ini, ianya seperti biasa berkisar mengenai kehidupan seorang polis, Detektif Zhong Wen lakonan Jackie Chan sendiri. First scene, dia di dalam teksi menuju ke sebuah kelab malam milik Wu, sang penjahat. Dia tak tahu yang Wu Jiang ni, boyfriend baru anak dia, Miao Miao.

Mula-mula, Zhong ingatkan anak dia dah berubah lepas isteri dia meninggal. Siap bertatu semua, sekali anak dia sebenarnya terpaksa sebab dipaksa oleh Wu untuk perangkap Zhong. Latar untuk filem kali ini tak banyak sangat, kerana berlaku dalam satu malam dan di kelab sahaja sebagai lokasi.

Yang mengelirukan adalah apabila banyak sangat flashback, so macam konfius sikit. Awal cerita memang slow sikit, then bila dah tengah-tengah, mula meningkat adrenaline. Scene fight tak banyak sangat, mungkin sebab faktor usia dan mungkin juga filem kali ni, pengarah, Ding Sheng nak fokuskan kepada cerita yang lebih kepada hubungan kasih sayang dan kekeluargaan kot.

Untuk jalan cerita, Wu nak balas dendam selepas kematian adik semasa berlaku rompakan di sebuah farmasi. Yang menjadi tebusan di dalam kelab, semuanya orang-orang yang berkaitan dan ada semasa kejadian adik dia mati. Dia ingat adik dia mati dibunuh, padahal adik dia mati sebab bunuh diri, lepas mengandung dan stress.

Tu aku dah cerita dalam 70% so kalau cerita lagi, mungkin tak best untuk korang pergi menonton. Kepada yang ada masa, hari ni dah bermula tayangan untuk filem ini. Kepada peminat filem aksi dan peminat setia Jackie Chan, jangan lepaskan peluang untuk menonton.

Semalam, selain bawak peminat dan pembaca, kami bawak beberapa artis juga. Ni antara beberapa artis yang sempat hadir.  Kat bawah ni juga, aku selitkan trailer filem Police Story 2013. Jom lihat.





Thursday, December 19, 2013

Balistik: Filem Aksi Gabungan Pelakon Melayu & Cina

17 Disember lalu, telah diadakan preview untuk filem aksi berjudul Balistik. Menampilkan nama-nama besar dalam bidang perfileman seperti Datuk Rosyam Nor, Rita Rudaini, Adi Putra, Raykarl dan Dato' Rahim Razali, filem ini turut menggabungkan beberapa bintang filem berbangsa Cina seperti Jack Lim dan Mei Yan. 

Menurut Rosyam yang juga penerbit untuk filem ini, pihaknya menggabungkan pelakon-pelakon Melayu dan Cina dalam Balistik bagi menarik minat penonton berbangsa Cina untuk menonton filem Melayu. 

Filem arahan Silver Chung ini mengisahkan mengenai Saga yang merupakan pembunuh upahan dan menjadi buruan pihak polis. Dia yang tinggal bersama anaknya Rykarl terpaksa hidup dalam keadaan yang kurang senang selepas meninggalkan isterinya, lakonan Rita Rudaini. 

Mengangkat elemen gangsterisme, filem ini juga turut menyuntik nilai-nilai seperti kasih sayang dan juga hubungan persahabatan. Filem aksi hebat yang menelan belanja sehingga RM2.5 juta ini bakal menemui penonton di pawagam pada 9 Februari akan datang. Kepada peminat setia Rosyam dan tidak puas menonton aksi mereka dalam KL Gangster 1 dan 2, apa kata jangan lepaskan peluang menonton. 

Bintang - ****






ADIRA LANCAR PRODUK PEMUTIH KULIT

Siapa yang tidak kenal dengan nama figura ini. Adira bukan sahaja terkenal menerusi bakat nyanyiannya tetapi juga dek kerana kulit putihnya yang mulus sehingga digelar Snow White Malaysia. 

Disebabkan dia menerima pelbagai tohmahan dan spekulasi berkaitan perubahan pada kulitnya, Adira baru-baru ini telah melancarkan produk pemutihan kulit yang dikenali sebagai Adira Beauty Signature. 

Tanpa berselindung, Adira berkongsi 'rahsia' kulit putihnya dengan mengatakan bahawa dia sebenarnya menggunakan produk Whitening Facial & Body Soap, hasil fomulanya sendiri. 

Menurut Adira, produk ini mengandungi Japan Glutathione, Fruit Extract, Jojoba Oil, Essential Oil dan Vitamin C. Pada majlis yang telah berlangsung pada 17 Disember itu juga, Adira sempat menunjukkan demonstrasi menggunakan produk tersebut. 

Sehubungan itu, Adira berbesar hati untuk memberi peluang kepada 100 pelanggan pertama yang bertuah, menggunakan produk ini dan membuat testimoni. 100 pemenang bertuah itu juga akan berpeluang untuk menikmati makan malam bersama Adira sendiri pada tarikh yang akan ditetapkan kelak. 

Tambah Adira, dia berharap agar menerusi pengenalan kepada produk Adira Facial & Body Soap ini. 



Monday, December 16, 2013

Gangguan Bekalan Air di Selangor, KL

KUALA LUMPUR: Kira-kira sejuta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur bakal menghadapi gangguan bekalan air bermula Selasa depan berikutan hentitugas (separa) sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2. Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam satu kenyataan di sini berkata gangguan bekalan air akan bermula pada 8 pagi, 17 Disember manakala tempoh pemulihan bekalan dijangka bermula pada 9 malam hari yang sama dan berterusan hingga 8 pagi 22 Disember (Ahad). 

Hentitugas itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf, pembaikan dan penukaran aset-aset utama seperti papan suis dan paip keluli.

 

Kenyataan itu menyebut ia melibatkan 217,694 akaun pengguna, termasuk di beberapa kawasan penting seperti Kelab Diraja Selangor, Pusat Sains Negara, Kompleks Kerajaan Jalan Duta dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Bekalan air di kebanyakan kawasan dijangka pulih dalam tempoh 24 jam selepas kerja-kerja hentitugas itu selesai, namun bergantung kepada kedekatan dengan sumber bekalan. 

"Pihak Syabas menjangkakan kawasan yang tinggi dan jauh dari sumber air khususnya di sekitar Petaling, Kuala Lumpur dan Klang/Shah Alam adalah kawasan bekalan air yang terakhir pulih sepenuhnya," katanya.

Syabas turut menasihatkan pengguna untuk menyimpan bekalan air secukupnya kerana tiada lori tangki akan dibekalkan semasa tempoh gangguan itu (kecuali di hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat) memandangkan notis awal telah dikeluarkan. 

Sebagai langkah persediaan awal, pihak Syabas telah meletakkan kakitangannya untuk menghadapi hentitugas berjadual ini termasuk meletakkan 66 lori tangki dalam keadaan bersedia serta menyediakan 750 tangki statik sekiranya diperlukan khasnya untuk kawasan-kawasan yang masih belum mendapat pemulihan selepas 24 jam. 

Pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 untuk mendapatkan maklumat lanjut. 

Berikut adalah senarai kawasan yang bakal terlibat gangguan bekalan air: 

WILAYAH KUALA LUMPUR: 

1. Kawasan Bukit Kiara: Kelab Diraja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Suruhanjaya Sekuriti dan Bahagian Teknologi Pendidikan Pusat Konvensyen Sime 

2. Sebahagian kawasan Bukit Damansara: Jalan Segambir; Jalan Belimbing,Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; Jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin. 

3. Kawasan Segambut: Taman Sri Sinar; Taman Sri Bintang; Taman Bukit Sri Bintang; Taman Prima Pelangi; Taman SPPK Segambut; Taman Segambut; Taman Segambut Permai; Taman Segambut Damai; Taman Segambut Muda; Taman Segambut Aman; Taman Bukit Segambut; Taman Indah Murni; Taman Prima Impian; Taman Desa; Kampung Segambut Dalam; Taman Segambut Bahagia; Kampung Segambut Tengah; Kampung Segambut Gate; Kesington Park; Changkat Kiara Bayu; Changkat Kiara Surya; Prima Duta; Menara Duta; Duta Ria; keseluruhan kawasan Mont Kiara dan Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta. 

4. Sebahagian kawasan Jalan Kuching dan Jalan Ipoh: Jalan Ipoh Batu 4 hingga Batu 5; Jalan Cenderuh; Jalan Kuala Kangar; Jalan Vethavanam; Jalan St.Thomas; Jalan Khalsa; Taman Kok Lian; Taman City; Kem Batu Kentomen; Taman Impian; Taman Eastern; Taman Rainbow; Taman Bamboo; Taman Million; Taman Sheng Cheng; Tangan Kaya; Kawasan Perindustrian Segambut Taman Sri Kuching dan Taman Niaga Waris. 

5. Kawasan Sentul: Kampung Chubadak; Kampung Bandar Dalam; Kampung Chempedak, Kampung Kovil Hilir; Taman Dato' Senu; Taman Sentul Raya; Sentul Selatan dan Bandar Baru Sentul. 

6. Kawasan Jalan Duta: Arkib Negara; Kompleks Kerajaan Jalan Duta; Masjid Wilayah Kuala Lumpur; Lembaga Peperiksaan; Ibu Pejabat BPR; Persiaran Duta; Pusat Perkembangan Kokurikulum Stadium Hoki. 

7. Sebahagian kawasan Jalan Mahameru: Kawasan Taman Duta; Kawasan Bukit Tunku; Kawasan Tasik Perdana; Kawasan Parlimen; Jalan Sultan Salahuddin; Jalan Tun Ismail; Jalan Dato' Onn; Jalan Lembah Ledang; Jalan Perlis; Jalan Kedah; Jalan Selangor; Jalan Johor dan Jalan Negeri Sembilan. 

8. Kawasan Sri Hartamas: Taman Sri Hartamas, Kiara View; Kiaramas; Taman Duta Nusantara; Taman Duta Tropika; Hartamas Heights.


9. Kawasan Bukit Sentul: Jalan Kolam Air; Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC); The Mall; Hentian Putra. 

10. Sebahagian Jalan Tun Razak (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Langgak Golf): Hospital Tawakkal; Institut Perubatan Respiratori; Pusat Darah Negara; Institut Jantung Negara; Hospital Pusrawi; Jalan Semarak; Jalan Perumahan Gurney; Jalan Maktab; Jalan Padang Tembak; Flat DBKL Dato\'92 Keramat; Kementah; Pulapol; Wisma Tanah; JUPEM; UTM; FELDA; Pusat Latihan Telekom; 
Sebahagian Jalan Pahang (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Titiwangsa) 

11. Sekitar kawasan KLCC: Suria KLCC; Kuala Lumpur Convention Centre; Menara Maxis; Mandarin Hotel; Menara Exxon Mobil; Jalan Yap Kwan Seng; Jalan Pinang. 

12. Jalan Ampang (dari persimpangan Jalan Tun Razak hingga persimpangan MRR2): Jalan Langgak Golf; Jalan U Thant; Pusat Perubatan Gleneagles; Pejabat Kedutaan British; Pejabat Kedutaan Sepanyol; Pejabat Kedutaan Bangladesh; Pejabat Kedutaan Perancis; Pejabat Kedutaan Thailand; Pejabat Kedutaan China; Pejabat Kedutaan Arab Saudi; Pejabat Kedutaan Sri Lanka; Pejabat Kedutaan Russia; Pusat Penyelidikan Getah Malaysia; Jalan Ampang Hilir. 

13. Sebahagian kawasan Kampung Baru: Jalan Sungai Baru; Jalan Rakam; Jalan Hamzah; Jalan Datuk Abdul Malik; Jalan Haji Sirat; Jalan Haji Yaakub; Jalan Salleh; Jalan Syed Mahadi; Jalan Haji Zainuddin; Jalan Pauh; Jalan Raja Uda Apart; Jalan Raja Uda 2; Lorong Raja Uda 1; Lorong Datuk Abdullah. 

14. Semua kawasan berikut: Taman Sri Delima; Kampung Delima; Kampung Stesen; Kampung Batu 4; Taman Pandan Jaya; Taman Cempaka; Taman Bakti; Taman Nirwana; Kampung Pandan Dalam; Taman Cahaya; Pandan Cahaya; Taman Dagang; Taman Shamelin; Taman Tenaga; Taman Miharja; Taman Kobena; Desa Pandan. 

WILAYAH GOMBAK: 
Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra; Country Height Damansara Sunway SPK Harmoni 3. 

WILAYAH PETALING: 
Bandar Baru Sri Petaling; Desa Petaling; Jalan Klang Lama; Jalan Kuchai Lama; Kuchai Entrepreneurs Park; OUG; Jalan Penchala; Jalan Puchong; Flat Kerinchi; Kampung Kerinchi; Jalan Sungai Besi; Kampung Baru Salak Selatan; Kampung Malaysia; Kampung Pasir Baru; Pantai Dalam; Kawasan Perindustrian Batu 7 Puchong; PJ State; Seksyen 1 hingga Seksyen 10; Seksyen 18; Seksyen 52; Taman Bukit Angkasa; Taman Bukit Indah; Taman Desa; Taman Gembira; Taman Kuchai Jaya; Taman Lee Yan Lian; Taman Goodwood; Taman Salak Selatan; Tangan Sungai Besi; Taman Sri Sentosa; Taman Tan Yew Lai; Bandar Tasik Selatan; Sungai Besi; Taman Perindustrian OUG; Seksyen 51A, Petaling Jaya; Taman Yarl, Jalan Klang Lama; Bandar Baru Bukit Jalil; Taman Naga Mas; Taman Salak Jaya; Bukit Jalil Golf Resort; Jalan SS2/50 hingga SS 2/72, SS2; Sungai Way, SS9; Petaling Bahagia; Lucky Garden; Taman Kuchai & Nam Fong; TUDM Kinrara; Kampung Bohol; Taman Puchong Mesra; Taman Paik Siong; Seksyen 11 hingga Seksyen 14, Petaling Jaya; Seksyen 16 hingga Seksyen 17, Petaling Jaya; Seksyen 17A, Damansara N/V; Seksyen 19 hingga Seksyen 22, Petaling Jaya; 

WILAYAH KLANG/SHAH ALAM: 
Seksyen 25 - Sri Lembayung; Seksyen 32; Seksyen 33; Bandar Putera; Putera Height; Kampung Bukit Lanchong; Seksyen 22; Seksyen 25 - Axis; Seksyen 26; Seksyen 27; Seksyen 28; Kampung Kebun Bunga; Kampung Baru Hicom; Subang Mas, Batu Tiga; Batu Tiga, Shah Alam; Batu 8, Bukit Kemuning; Bukit Naga; UEP; USJ Subang.

 

Sumber dari Berita Harian & SYABAS

Sunday, December 15, 2013

AIM20 Gamat, Hafiz Kaut Kemenangan Besar

Siapa yang sempat menonton acara anugerah penuh gemilang, apa lagi kalau bukan Augerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) yang baru sahaja berlangsung tadi? Apa pandangan korang? Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Untuk acara tahunan kali ini, rasanya takde apa2 masalah sebab banyak aspek yang mendapat respon positif daripada banyak pihak (kecuali insiden semasa pemenang anugerah pertama, Irham Ismail dan Fedtry tak tahu sama ada beri ucapan atau tidak sehinggalah Noreen Aziz bagi microphone). 

Dari segi pengacaraan,  Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil memang tidak perlu dipertikaikan lagi kredibilitinya. Co-host pada acara tadi, Nabil Ahmad diberi tugasan untuk 'membahan' para artis, dari penyampai anugerah, penyanyi yang membuat persembahan, sehinggalah artis2 yang takde kena mengena dengan AIM seperti Che Ta dan sebagainya. Lawak Nabil adakalanya nampak macam sedikit over, tapi aku rasa itu adalah tugasan menerusi skrip yang diberikan kepada Nabil. Apapun, pujian harus diberikan kepada Pak Nil dan Nabil kerana berjaya membawa acara ini dan menghidupkan suasana. 

Persembahan pentas kesemuanya boleh dikatakan tip top. Persembahan pembukaan tidak mengecewakan dengan kemunculan Ning Baizura dan Spider. Persembahan penutup dari penyanyi2 veteran yang masih tidak kurang hebatnya seperti Khatijah Ibrahim, Zainal Abidin serta duet Jay Jay serta Dayangku Intan. Seperti biasa, persembahan yang paling dinantikan tentunya daripada Datuk Siti Nurhaliza. Tapi yang paling mendapat sorakan ramai adalah kemunculan dua bintang dari seberang, Datuk Rossa dan Afgan. 

Seperti yang dijangka, Hafiz mengungguli carta kemenangan menerusi tiga kategori iaitu Album Terbaik dan Rakaman Album Terbaik dengan album 'Luahan Hati Anak Seni', dan Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu Lelaki. Tahniah diucapkan kepada Hafiz Suip. 

Untuk senarai penuh pemenang, tengok kat bawah ni. 

Album Terbaik – ‘Luahan Hati Anak Seni’ (Hafiz)
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) – Dayang Nurfaizah
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) – Hafiz
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu – ‘Bila Resah’ (Anuar Zain & Dayang Nurfaizah)
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Di Persembahkan Oleh Artis Luar Negara – Once (Hilang Naluri)
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – ‘In The House’ (nyanyian Goldfish&Blink feat. Altimet & ZE) komposer / penulis lirik Altimet/ZE
Lagu Pop Terbaik – ‘Lelaki’ (Yuna) Komposer/penulis lirik Yuna
Lagu Rock Terbaik – Di Bawah Gerbang Langit Skaea (Amy Search), Komposer/ penulis lirik Edrie Hashim Buddhi Hikayat
Lagu Nasyid Terbaik – ‘Mawar Berdarah’ (nyanyian Rabbani), komposer/penulis lirik – Binuri
Lagu Pop Etnik Terbaik – ‘Pahlawan Zafana’ (nyanyian Ilham Ismail), komposer/penulis lirik Ilham Ismail, Ahmad Fedtri Yahya
Lagu Hip Hop Terbaik – ‘Aku Pelat’ (nyanyian Salammusik ft. Zion) Dread komm DJ Fuzz Jay Tan, Ezya Bahra, Zion Dread&Salam
Video Muzik Terbaik – ’1′ (Pretty Ugly & Altimet) Pengarah : Perez Oldskool
Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu – Anuar Zain & Dayang Nufaizah (‘Sedetik Lebih’)
Rakaman Album Terbaik – Luahan Hati Anak Seni (Hafiz)
Kulit Album Terbaik – Penglipur Lara (Hazama)
Artis Baru Terbaik – Alex Subryn
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu – Saujana (‘Salam Atasmu’)
Anugerah Seri Wirama – Tan Sri Dr. Tony Fernandez (Ketua Pengawai Eksekutif Air Asia)
Anugerah Kembara – Shila Amzah
Lagu Terbaik – ‘Lelaki’ (Yuna) Komposer/penulis lirik Yuna




Thursday, December 5, 2013

Back to the Future!

Hey semua. Assalamualaikum. Posting kali ni bukanlah pasal "Back to the Future" yang sangat futuristic (semasa tahun ia ditayangkan) tu, tapi pasal benda lain.

Pernah tak korang berfikir, dan berimaginasi untuk masuk ke dalam sejarah, dan berada di zaman silam contohnya zaman Hang Tuah, zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Bayangkan korang dah tahu jalan cerita dan sejarah2 yang telah berlaku, dan sedang lalui benda2 tu di depan mata. Pening kan? Tapi korang faham kan maksud aku? Ahahaha.

Okay tak kelakar. Try fikir, korang berjalan dengan orang2 zaman dahulu, berborak menggunakan kata ganti diri 'hamba' dan 'tuan hamba'. Then ceritakan balik kat orang2 zaman tu, apa yang korang tahu.

Tentunya diorang akan anggap korang ni bomoh atau ahli sihir, tak pun tukang tilik ala2 gadis Gipsi. Ahahaha. Pastu time tu bolehlah kita invent idea2 yang moden, dan gunakan pada zaman tu so that orang akan anggap kau lah yang cipta peradaban baru. Wow! Ahaha.

Okaylah. Dah dekat 2.30am. Tak tahulah esok aku boleh bangun ke tidak nak ke office ni. Apa pun, luangkan masa untuk berfikir sejenak mengenai apa yang aku lemparkan menerusi perenggan di atas.

Goodnight.

:)

Tuesday, November 26, 2013

Hidup

Bila difikirkan balik, macam2 jenis manusia wujud di muka bumi. Ada yang okay, dan ada yang tak okay. Yang okay bagi kita, mungkin tak okay bagi orang lain. Begitu juga sebaliknya.

Kadang2 penat juga menjadi seorang manusia yang hanya tugasnya nak memuaskan hati banyak pihak. Satu pihak dijaga hati, pihak lain mungkin tercuit hatinya.

Tapi itulah dia. Mana mampu memuaskan hati semua manusia lain. Setiap dari kita punya tugasan penting di alam ini. Sekadar hidup layari dengan nafas mungkin mudah tetapi Tuhan tindihkan dengan ujian dan cabaran untuk jadikan hambaNya lebih kuat.

Ini sekadar pendapat, pandangan daripada seorang marhaen. Marhaen yang baru suku abad hidup di atas muka bumiNya.

Peace.

Thursday, July 18, 2013

Setahun Abah Pergi....

Assalamualaikum. Posting malam ni lebih kepada emosi dan perasaan aku sikit. Mungkin lewat sikit. Tapi takpe. Tadi busy dengan kerja.

Hari ni, 18 Julai, maka genaplah setahun Abah pergi tinggalkan aku dan keluarga. Sekejap je. Dah setahun.

Tahun ni, Ramadhan dan Syawal kedua tanpa Abah. Suasana berbeza. Sebelum2 ni kalau nak dekat Raya, selain Mak, Abah antara yang paling ambik berat pasal persiapan Raya kami satu family.

Selalunya dia akan call tanya nak balik bila, duit ada lagi ke tak, baju Melayu nak beli sendiri atau beli kat Perlis. Tu semua antara soalan yang akan Abah tanya setiap kali dia call.

Abah. Kami semua rindukan Abah. Sangat2 rindukan Abah. Setahun ni, macam2 jadi. Ada yang baik dan ada yang tak baik. Abah, abang dah ada kereta sendiri. Abang dah pandai susun duit supaya cukup setiap bulan.

Abah, Wan dah kahwin. Meriah. Kalau Abah ada masa kenduri hari tu mesti lagi syok. Ramai. Tapi rasa kosong jugak sebab Abah takdak.

Abah, hari tu lepas kenduri, Mak punya handbag kena curi. Ada duit RM800 lebih dalam tu. dia nak bayaq duit kereta. Mak kata, duit boleh cari balik tapi ada benda yang dia paling sayang dalam beg tu. dalam tu ada gambaq Abah. Lama abang tak tengok Mak keluaq ayaq mata.

Abah, Dik Wan masuk darjah 1 dah. Dah besaq dah. Tapi perangai budak2 dia macam besa la.

Abah, hari tu malam pertama terawikh, abang pi masjid. Terbayang dok nampak ja Abah. Teringat dulu kalau kat rumah, nampak Abah balik dari terawikh naik motor.

Abah, abang rindu Abah. Mak rindu Abah. Adik2 semua rindu Abah. Tok, makcik, Along semua rindu Abah.

Abang doakan Abah tenang di sana. Moga doa2 kami di sini, sampai kat Abah. Abang rindu Abah sangat2. :'(

"Abang kalau nak simpan duit, jangan sampai tak makan. Ingat tu."

Abang ingat tu sampai bila2 Abah. Sekali lagi, abang rindu Abah.

Al-Fatihah.

Jefri bin Hashim
2 September 1965 - 18 Julai 2012.

:'(

Wednesday, July 10, 2013

Hari Pertama Ramadhan, TESCO Edar Bubur Lambuk

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Haaaa. Penuh. Sila jawab dengan penuh. Hehe. Hari ini alhamdulillah nampaknya kita semua berjaya mengharungi hari pertama bulan Ramadhan tahun ini dengan tenang.

Di office kami, ramai yang nampaknya bercuti. Ada yang mengambil cuti kot. Macam aku, half day hari ini.

Apa yang nak dikongsi adalah, ucapan terima kasih kepada TESCO yang sudi menjengah pejabat kami, Kumpulan Media Karangkraf untuk mengedarkan 2,000 mangkuk bubur lambuk.

Alhandulillah. Rezeki hari pertama Ramadhan. Terima kasih sekali lagi kepada TESCO. Di bawah, aku kongsikan sedikit gambar-gambar apa yang sedanh berlaku.

Sunday, July 7, 2013

Spending Weekend Wisely

Hai! Lagi beberapa minit dah nak masuk Isnin semula. Sekejap je masa berlalu dan dengan itu juga bermakna, weekend akan tamat.

Apa aku nak kongsi, weekend ni aku puas hati sebab dapat spend dengan bagusnya. Dah beberapa minggu weekend aku adalah weekend bekerja. Minggu ni aku dapat lepak dan spend time dengan adik aku and lepak rumah family angkat.

At least ada juga benda berguna untuk weekend ni. Dalam sibuk-sibuk bekerja kadang-kadang kita terlupa yang kita ada keluarga untuk kita raikan.

Minggu ni juga aku beberapa kali dengar suara mak melalui telefon. Rasa senang hati sikit sebab bila dengar suara mak, gelak mak, semua masalah macam dah berambus.

Esok pagi akan mula bekerja semula seperti biasa. Isnin la katakan. Dan Isnin aku esok akan bermula dengan photo shoot raya dengan tiga buah family artis. Tak tahu la macam mana. Harap semuanya berjalan lancar. InsyaAllah.

Okay la. Ni ada few pics untuk tatapan kalian. Gambar aku melepak dengan adik aku dan boyfriend dia.

Mobile Posting

Hai semua! Ni first post yang aku cuba gunakan handphone. Before this, phone lama tu macam problem sikit app Blogger ni so ni try download yang baru and aku akan cuba post menerusi apps ni.

Tak tahu la dapat post ke tak. Jom lihat.

Friday, June 14, 2013

'Enjoy Jakarta Concert' Promosi Jakarta Sebagai Destinasi Pelancongan

Walaupun umumnya kita tahu Jakarta adalah sebuah ibu kota yang maha sesak berkali ganda dari KL, tapi mungkin ramai tak tahu yang Jakarta hari ini membangun seiring dengan kemodenan dan pertambahan pelbagai lokasi menarik.

Dari gedung membeli belah terkemuka sehinggalah ke muzium dan taman tema, Jakarta hari ini diisi dengan lebih 1,257 buah pusat hiburan, sesuai untuk anda yang suka bercuti sambil berhibur dan membeli belah.

Sempena promosi ini jugalah turut diadakan 'Enjoy Jakarta Concert' di kl yang akan menampilkan artis-artis terkenal Indonesia seperti Rossa, Band Ungu, Denny Malik Dancer, Hedi Yunus, dan Sarah Sechan pada malam ini. Bintang dari Malaysia yang akan turut membuat persembahan adalah Amy Search.

Konsert itu akan bermula jam 8.30 malam ini bertempat di Lake Garden KL. Selain persembahan artis, pelbagai aktiviti lain turut dijalankan seperti persembahan kebudayaan dan tradisi yang dibawakan oleh 30 penari Jakarta.

Thursday, June 13, 2013

Pencarian Lelaki MASKULIN 2013/14 Kembali!

Kembali mencari mereka yang ingin melangkah lebih jauh dalam bidang peragaan, kecergasan, dan gayahidup, program realiti Pencarian Lelaki MASKULIN (PLM) 2013/14 kembali menemui anda.

Walaupun MASKULIN dah takde kena mengena dengan aku, promosi terap aku jalankan. Haha.

Kepada kawan-kawan yang tough, kacak, dan berketinggian lebih dari aku (174cm keatas), apa kata korang dapatkan majalah MASKULIN dan isi borang PLM tu then hantarkan ke alamat yang tertera.

Mana tahu rezeki korang, boleh dapat pergi lebih jauh dan jangan lupa mengenai tawaran hadiah menarik. Make sure cukup umur ok.

Ps: Kalau boleh, taknak yang adik-adik cover dan feeling okay! :)

Luahan Hati Anak Seni Hafiz Suip

Semalam, bertempat di Bentley Music, Mutiara Damansara dengan jayanya telah berlangsungnya majlis pelancaran album kedua Hafiz Suip, 'Luahan Hati Anak Seni'.

Album tersebut merupakan album kedua dilancarkan di Malaysia dan album ketiga yang dilancarkan untuk pasaran Asia Tenggara.

Album tersebut diisi dengan 9 track lagu-lagu menarik. Tiga daripadanya adalah lagu dari albumnya sebelum ini yang dilancarkan untuk pasaran Indonesia.

Hafiz turut berkongsi pengalamannya sepanjang menjalani sesi rakaman di negara jiran itu apabila dia tidak sihat dan hilang suara. Petua yang diberi oleh orang-orang tempatan di sana adalah dengan meminum sejenis kicap dikenali sebagai Kicap Bangau dan dicampur dengan limau.

Saturday, May 4, 2013

Ambil Hati dan Bodek: BEZA!

"Tu bukan ambik hati! Tu bodek namanya!", teringat lagi ayat salah seorang editor ni kepada salah seorang kaki kipas. Saya bersetuju dengan editor tu. Memang beza antara dua kata tersebut. Ambik hati, dan membodek, adalah dua perkara berbeza yang mungkin perlu dikaji sebelum disebut.

Busuk tapi gigih mencium jua?


Adakah anda seorang kaki kipas? Kadang-kadang perbuatan kita, mungkin kita tak perasan tapi kalau orang lain menyebut-nyebut, tandanya memang ia lah tu. Ada faedah ke kalau jadi kaki kipas? Apa kata kita korek sikit pasal kes ni.

Aku tak reti mengipas. Kalau tu ada dalam subjek pelajaran, aku memang fail lah subjek tu. Dulu ambik Masscomm, so tak sempat nak study pasal kipas mengipas. Haha. Zaman study, kaki kipasnya cara lain. Dibenci juga tapi mungkin sebab habis kuat pun, markah tinggi sikit dari kawan-kawan lain. Tapi menjengah ke alam pekerjaan, ada kaki kipas yang lebih 'tinggi' darjatnya.

Dah ada aircond pun bawak kipas lagi.

Membuatkan semua tergamam dan cuma perkataan 'WOW!' sahaja yang mampu keluar dari celah gigi, antara lelangit dan lidah. Menakutkan. Tak perlu tuding jari pada sesiapa. Tapi, benda ni memang wujud tau. Bukan aku je yang perasan tau, tapi ramai lagi yang perasan cuma tak nak persoalkan.

Apa dia dapat eh? Mungkin dapat cinta? Alamak! Hahahaha. Gurau je. Mungkin juga KPI tinggi sampai gaji melambung sama naik dengan pihak atasan? Atau dilayan dengan baik sampai anggap rakan sekerja lain (yang seposisi) adalah 'staf'nya?? Banyak perspektif faedah tu. Hahaha.

Tadaaa! Takde kena mengena dengan sesiapa tau. Gambar hiasan je tau. 

Untuk aku, biarlah kita tak reti kipas, janji kita tahu kerja kita, mana yang baik, dan mana yang buruk. Bahaya kaki kipas ni. Dia boleh musnahkan orang lain dalam sekelip mata sahaja. Aku pun mangsa kaki kipas, tapi sebab aku jenis malas nak layan dan fikir banyak, aku just biarkan sahaja. Siapa aku nak persoalkan 'kekuatan angin kipas' beliau.

Anyway, posting kali ini tak ditujukan kepada sesiapa tau. Cuma saja je, malam-malam macam ni nak cakap sikit pasal realiti kehidupan yang kita semuka setiap hari. Tapi kalau ada yang terjentik batang hidung dengan posting ni, mintak maaf. Saya tak sebut sesiapa pun. :)


Sepah Dibuang?

Sepah dibuang? Takde la sepah sangat. Tapi bila kita dah 'tamat tempoh' rasa diri sebagai sepah tu mula muncul. Kisahnya bukanlah sepah sangat sebenarnya. Mungkin sepah (e untuk ekor) kot, sebab tu disingkirkan. Tak mengapa. Mungkin rezeki di tempat lain. Tak boleh nak persoal. Sebagai kuli, ikut sahaja. :)

Tuesday, February 19, 2013

Berita Litar - SIC Offers Special RM200 Formula 1 Grandstand Tickets Beginning Today

Sepang International Circuit (SIC), promoter and organizer of the 2013 Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix, is offering a special RM200 Main Grandstand three-day package tickets excluding admin fee(RM3) to 1Malaysia Privilege Card holders and four other cards beginning today.

Open for purchases of seats at Tower North, Tower South, Topaz and Citrine, the four other eligible cards are the ‘Kad Diskaun Siswa 1Malaysia’,’Kad Pesara Tentera’, ‘Kad Orang Kurang Upaya’ and the ‘Kad Skuad Pengguna’, which is issued by Bank Rakyat.

“The offer is however, limited to direct purchases at selected outlets only. Immediately, these card holders can purchase their tickets at our ticket booths situated at KL Sentral, Suria KLCC and at our Customer Service Counter at SIC.

“They can also purchase these tickets at our F1 roadshows, which we will be announcing the locations very soon,” SIC Chief Executive Officer Dato Razlan Razali said in a statement today.

According to’Dato’ Razlan, the offer would only be for 5,000 tickets; and that in the event that the entire allocation is not taken up ending March 17, which is a week before the staging of the race.

The 2013 Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix would be held from March 20 to 22 as Round 2 of the new Formula 1 World Championship season which would open in Melbourne, Australia on the preceding weekend.  

Dato’ Razlan added: “To purchase, fans would need to show their IC and their related cards at the locations as mentioned earlier.  Each card holder can only purchase a maximum of four cards under this promotional programme.

“Tickets purchased under this promotion would allow access to the F1 after-race concert at SIC Helipad which would feature the legendary rock band Guns & Roses,” he said, adding that fans can also indulge themselves in a host of exciting off-track activities at the circuit during the three-day event.

The activities included ultimate taxi ride, drifting, rallying, go- karting and ATV experience as well as a round shopping experience of motorsports and F1 merchandise items and paraphilia; apart from the world class performance from the world’s best drivers in the world’s fastest cars. 

Twenty two drivers from 11 teams would be locking horns in upstaging each other including defending Malaysian Grand Prix champion Fernando Alonso who would be looking to make history in winning his fourth title in Sepang, three-time world champion Sebastian Vettel and Mercedes GP Petronas new recruit Lewis Hamilton. 

Marking the 15th edition of F1 race in Malaysia, the 2012 Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix will be an exhilarating affair of world class racing, entertainment and street parties; and an unrivalled experience shopping extravaganza and enjoying Malaysia’s scenic beauty and tropical weather.

Events that had been lined up for the celebrations included the Malaysian GP Sale, concerts by international artists, autoshow, the F1 Gala Dinner and the PETRONAS Malaysia Grand Prix Showcase.

Facing the back straight of a unique double-frontage Sepang Circuit, seats at Tower South, Topaz and Citrine provide excellent views from the sharp Turn 9 and through a series of fast corners at Turn 10, 11, 12, 13 and 14 before the cars would go full speed on a long straight into the final Turn 15.

Tickets for seats at Topaz zone are currently selling at RM773 while Citrine and Tower South are priced at RM553. 

Also priced at RM553, Tower North, on the other hand, faces the start of the front straight; allowing spectators to catch the start of the race as well as the team mechanics and crew members making their final preparation before the start.  

Fans can purchase their tickets by calling SIC TICKET HOTLINE at 603-87782222 or by logging into the circuit’s official website at www.sepangcircuit.com. Don't forget to log on to www.oneticket.com.my to enjoy your One Ticket Unlimited privileges.

Wednesday, February 6, 2013

Target Sampai Dapat!

Aim dan buat sampai dapat! Haha! Gile tak? Tak kan. Tak kisah la apa pun tapi kalau aim tu, buat sampai dapat. Bukan nak ajak korang buat benda jahat ke apa, cuma aku nak tekankan  kat sini, kalau nak sesuatu tu, usaha sampai dapat.

Akhirnya selepas beberapa ketika, akhirnya aku dapat apa yang aku idamkan. Takde la mahal mana tapi ni yang termampu dan Alhamdulillah aku berpuas hati.

Nak tahu amenda? Baca sampai habis dan lihat gambar di bawah okay. Hehe. Anyway, sekarang aku kat Perlis. Baru sampai lebih kurang 3 jam lepas.

Tadi sempat singgah ziarah Abah. Hurm. Kalau Abah ada, mesti dia manusia paling excited dan happy selain Mak. Tapi apakan daya. Abah tak sempat nak merasa hadiah aku yang ni.

Abah, abang rindu Abah. :(


Boleh Ke Berfikir Positif?


Salah satu soalan yang kerap muncul dalam kepala otak aku adalah soalan di atas. Pening jugak kalau kerap berfikir. Okay, berfikir positif itu adalah perkara yang bagus sebenarnya tapi mampukah kita sebagai manusia biasa yang ada banyak masalah tak tertanggung nak sentiasa berfikiran positif.

Jawapannya adalah BOLEH kalau kena dengan caranya. Aku pun kadang-kadang meroyan jua di Twitterku itu tapi nak buat macam mana kan. Situ jelah tempat sesuai untuk melepaskan kegeraman. Mungkin terganggu teman-teman lain tapi aku dah bagitau terang-terang, kalau rasa annoyed dengan tweet-tweet aku, klik sahaja butang UNFOLLOW yang disediakan.

Okay, berbalik kepada tajuk kita di atas. Ada beberapa teman-teman rapat aku yang mampu berjuang bagi menegakkan positiviti dalam diri masing-masing. Mungkin ada sebab mereka boleh berjaya contohnya, keyakinan diri, kepercayaan kepada diri sendiri, dan juga tidak mempunyai masalah yang sangat banyak.

Untuk orang-orang macam aku, apa kata kita mulakan sesi berfikiran positif. Cewah! Walhal aku sendiri pun banyak aura negatif. Haha. Jom listkan apa yang patut dibuat.

  1. Sentiasa berfikiran terbuka dan terima kritikan secara positif. Serap kritikan yang dilemparkan kepada anda dengan sempurna, proses dalam otak sepantas mungkin, dan jadikannya sebagai motivasi.
  2. Elak bertemu dengan kaki condemn. Banyak tau mereka yang sebegini, jadi apa kata elakkan berjumpa mereka. Kalau jumpa, borak 4 saat, then berambus.
  3. Yakin dengan diri sendiri. Sentiasa berfikir, "Kalau aku kekurangan, masih ramai lagi yang lagi yang lebih kurang daripada aku!" dan itu pastinya mampu membuatkan anda rasa yakin dengan diri sendiri.
  4. Hadapi masalah dengan nafas panjang dan senyuman. Macam tadi, sejurus sebelum aku taip posting ni, aku baru sahaja setelkan tayar kereta yang tertikam dengan skru. Dalam hati berkata "hanjeng!" tapi di muka masih mampu tersenyum. Sesaat kemudian, aku fikir balik betul-betul, "Alah, nak kena tukar tayar je kot. Apa dehal?" dan itu buat aku senyum.
  5. Kalau tertekan, cari hobi yang boleh redakan. Mungkin akan ramai yang kata, "pergi ambil wudhuk, solat." Itu benar. Tapi solat aku ni, aku tak berani gerenti khusyuk bila tengah marah. Mungkin orang lain, lain kesnya. So lepas solat, apa kata buat benda yang anda suka seperti berbloging, karaoke, memasak, ataupun nak lebih sihat, pergi berjoging atau workout.
  6. Cari quotes yang boleh menjadi motivasi buat diri. Setiap hari, baca benda-benda ni sebab at least boleh menaikkan semangat pada diri sendiri untuk terus bekerja keras melayari hari-hari mendatang dengan lebih positif.
Itu sahaja lah antara yang dapat aku kongsikan. Kalau korang tertekan dan sentiasa berasa diri negatif, korang fikir balik kemampuan dan kelebihan korang yang mungkin orang lain tak ada. Setidak-tidaknya anda lebih unik dan special.

So, renung-renungkanlah okay. Sama-sama kita menjadi orang yang positif. :)

Thursday, January 31, 2013

Bulan Pertama, Pengajaran Pertama

Belum habis Januari lagi, macam-macam benda aku dah lalui dan belajar. Hari ni dah masuk hari ke-31 dalam Januari 2013. So that means hari terakhir dalam bulan ni. Esok dah melangkah ke Februari. Nak tau apa yang aku dapat belajar? Teruskan membaca.

Bulan Januari selalunya kita akan berharap agar berlakunya perkara-perkara positif tapi kadangkala kita sendiri sebagai manusia tidak boleh nak elak dari berlakunya perkara yang tidak diingini. Semuanya telah dirancang oleh Yang Maha Esa. Kita sebagai hambaNya hanya mampu mengikut jalan cerita yang telah tertulis.

Allah tak akan bagi ujian dan cabaran kepada hambaNya kalau kita tak kuat. Dia Maha Mengetahui dan kalau dia bagi ujian, ertinya dia sedang memerhatikan kita, sedang memberi kesedaran kita, dan nak tengok sama ada kita seorang yang tabah atau tak.

Bulan ni, beberapa kali aku terkena. Main keyword adalah, 'tipu'. Banyak maksud yang boleh diajukan bila aku sebut sahaja satu perkataan tu tapi bagi aku, 'tipu' yang aku terkena kali ini adalah lebih kepada perasaan.

Mungkin telah tercatat juga bahawa aku sememangnya akan terkena. Aku tak salahkan sesiapa. Mungkin aku ada kekurangan. Akan aku cuba perbaiki dari hari ke hari. Apa yang aku boleh buat cuma bersabar, bersabar, dan bersabar. Tenangkan jiwa. Allah takkan uji orang yang lemah. Itu selalu jadi penguat untuk aku.

Okay, untuk kali ini apa kata aku kongsi tips elak ditipu, dipermain, dan diperbodohkan. Nak? Haha.


  1. Jangan termakan kata-kata manis pada awal kisah contohnya dalam percintaan. Kata-kata manis sentiasa wujud terutamanya dari Si Mulut Manis.
  2. Kerasakan hati, jiwa, dan minda. Jangan mudah terpengaruh.
  3. Cuba selami jiwa seseorang sebelum membuat keputusan dan memberikan hati.
  4. Selidik gaya hidupnya dan ini adalah bonus sekiranya anda seorang wartawan. Haha.
  5. Kenalpasti trend penipuan yang digunakan pada hari ini.
  6. Si penipu selalunya akan pandai untuk twist fakta, dan buatkan rasa bersalah dihadapkan ke muka anda.
  7. Pujukan adalah maha hebat buat si penipu, jadi jangan cepat cair.
  8. Elak bina semula kepercayaan selepas ditipu kerana si penipu tidak akan menipu hanya sekali.


Agak emosi ye. Haha. Tapi fakta dan tips di atas tiada kena mengena dengan mereka yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Sekian, terima kasih. :)tip

Butiran Debu

Hai pemirsa!

Dah mula bercakap Indonesia dah. Tak tahu kenapa sejak dua menjak ni aku lebih tertarik dengan Indonesia. Dari lagu, artis, sampai show-show semuanya aku suka. Ok untuk video kali ni adalah Butiran Debu. Layan k. Tengah-tengah perasaan GALAU ni, dengar lagu ni k. Ditujukan khas buat...... Sesiapa yang rasa tertuju. Hayati lirik dia.

Tuesday, January 22, 2013

Chevrolet Captiva Terima Anugerah Di Autoworld Car Of The Year 2012

Nama Chevrolet Captiva bukan lagi satu nama model asing di bibir rakyat Malaysia dan kini model Captiva VCDI (varian turbo-diesel) dengan bangganya telah dianugerahkan anugerah Best Value-For-Money SUV/Crossover do Autoworld Car of the Year Awards 2012.

Model Captiva turbo-diesel itu dianugerahkan anugerah tersebut kerana beberapa faktor seperti ruang dalaman, enjin, spesifikasi pemanduan, ciri keselamatan, harga dan segalanya yang membuatkan jentera ini berbaloi dimiliki oleh para pelanggan.

Sebelum ini, Captiva pernah dianugerahkan sebagai model SUV/Crossover terbaik di Shell C-Power Autoworld Car of the Year Awards 2011 menerusi penggayaan rekaan yang diinspirasikan dengan gata Eropah serta pemanduan dinamik yang mengagumkan.

Model SUV itu pertama kali diperkenalkan di pasaran Malaysia pada 2007 dan terus melonjak naik berada di kedudukan teratas dalam carta jualan SUV utama. Menurut Pengerusi Eksekutif Bersama NAZA Group of Companies, Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, selepas beberapa tahun dan melalui beberapa revolusi, Captiva yang menampilkan rekaan sofistikated, digabungkan dengan versatiliti, keselesaan, ciri keselamatan, dan kemampuan pemanduan hebat, model ini terus menerus menarik perhatian rakyat Malaysia dan menjadi kenderaan pilihan buat seisi keluarga.

 

Monday, January 21, 2013

Berita Litar - Muizzuddin Rules Rotax Max


Using his international experience to great effect, Malaysia’s teenage go-karting sensation Muizzuddin Musyaffa Abdul Gafar was the star of Rotax Max Asia Invitational 2013 as the 11-year old swept aside his rivals and topping all sessions as he took victory at Sepang Go-Kart Circuit.

 Starting from pole position, the CRG factory team driver simply blasted off the grid and lead from start to finish in the 15-lap encounter around the 1,247 meter track yesterday to win the Macro Max category, which witnessed the participation of top young go-kart talents around Asia.

 “I am so happy to win … Hopefully, I can also win in Italy,” said Muizzuddin, whose first race would be the opening round of the WSK Series in La Conca, Italy.

 “It had been a long time since I race in Sepang … but, my team suggested I took part as a warm up event and to prepare myself for Italy. It was not easy as it looked … I had to be on my best,” said Muizzuddin, who would be competing under CRG Gamoto Racing Team at various competitions in Italy in the 60 Mini category for those aged below 13 years old.

 Apart from the  WSK Series, Muizzudddin, who was recently roped in to be a factory driver for the famous CRG chassis, would also compete in CSAI Italian Championship, Italy ROK Series and various regional competitions.

 Organised by KKS, the Rotax Max Asia Invitational 2013 hosted 4 categories of competitions; but it was the Macro Max category that attracted the most attention with the team officials and fans wanting to see the capabilities of Muizzuddin.

 Competing in the mini 60 category, the Iron Man, who started to compete full time in Italy last year, had managed to win two regional meets at Puglia Regional Championship and Sicily Champion Cup in June to pen his name as the first Malaysian to win go-kart races on European grounds. He caught the Malaysian media attention when he was named as the Rookie Cup champion after finishing third overall at the 2012 ROK Italian Cup in September.

 “I am really looking forward to the races in Italy … They are much, much more competitive,” said Muizzuddin, whose charge to victory last weekend only encountered problems in the pre-final race yesterday.

 Muizzuddin was hit from behind in the opening turn; pushing him down to sixth place and forced him to climb back the time sheets as he made daring passing maneuvers to take first place and secure pole position for the actual race.

 He had a huge margin of gap in winning the finals, which saw two top Malaysian karters Asy Johanny and Muhammad Sidqi finishing second and third respectively.

 “It’s nice to start the year with this win … I would like to thank my parents for their support and CRG Gamoto Racing Team for this victory,” said Muizzuddin, who recently received a massive boost to his preparations after receiving an endorsement of support from Ministry of Youth and Sports (KBS) and deputy minister Datuk Razali Ibrahim.