Tuesday, November 29, 2011

My Birthday Celebration - Melaka!

Tahun ni aku genap 23 tahun...
Dah dewasa dah haaa..
Hahaha..
Kejap je rasa dah 23 tahun hidup..
Tiap tahun bila sambut birthday memang rasa best, seronok, tapi kena ingat, kematian pun makin dekat..
So seronok sambil beringat..
Tahun ni sambutan birthday aku dua kali..
Pre-celebration dengan love one and celebrate kat Melaka dengan adik, cousin, and kawan2..
Gerak pukul 8.00 pm and balik Shah Alam sampai rumah 5.00 am..
Letih tapi best...
Mula2 sampai, kami terus gi jalan2 kat Jonker Walk..







Lepak and bergambar kat Sg Melaka..






Then makan asam pedas kat Kota Laksamana..
Then pusing2 gi Klebang and Pantai Puteri..
Pastu balik Shah Alam..
:)


Movie Review - Breaking Dawn Part 1

IT IS AWESOME!



Tu je yang aku boleh cakap..
Korang kalau tak follow dari 1st movie, better jangan tengok sebab nanti bila korang tak faham jalan cerita, korang nak angin..
Memang la beza dengan novel tapi still ok la..
So kalau nak tgk, kena make sure tengok balik yang dulu punya and sambung tgk Breaking Dawn...

Sunday, November 27, 2011

Officially 23 years old!



Hola!
Happy birthday to myself!
Hahaha..
Today I'm officially 23 years old!
Dah besar..
So semalam dah celebrate pre-celebration..
Semalam memang special gile..
Today celebrate with friends..
Tapi tak tau nak buat apa lagi..
Ingat nak lepak karaoke..
So, siapa2 nak join, mari2..
HAHAHA..
Macam ada orang baca je la blog aku ni kan?
Hahaha..
Bye..
:)

Friday, November 25, 2011

Thanksgiving Day With Vegetable Garden


Hola!
Korang pernah dengar tak tentang Hari Thanksgiving yang disambut oleh teman2 kita yang bukan beragama Islam?



Aku selalu tertanya2 Thanksgiving Day ni apa sebenarnya?
Lepas baca2 sikit so aku dapat la sikit info pasal Thanksgiving Day ni..
Thanksgiving Day ialah hari cuti umu yang disambut kat US dan Kanada..
Perayaan ni disambut pada setiap tahun, tapi berbeza hari sambutannya di Kanada dan US..
Kalau di Kanada, Thanksgiving Day disambut pada setiap hari Isnin kedua dalam bulan Oktober..
Di US pulak, ia disambut pada setiap hari Khamis keempat dalam bulan November iaitu hari yang sama orang2 kat US sambut Columbus Day..

Sejarah Thanksgiving Day pulak, sebenarnya berasal dari Amerika Utara gabungan tradisi orang2 Eropah and puak Native..
Secara tradisinya kat Eropah, perayaan ni diadakan sebelum dan selepas pusingan menuai..
So dengan perayaan ni macam diorang bersyukur cara diorang la dan memohon supaya hasil tuaian bertambah dan komuniti diorang bertambah erat..
Macam Hari Kaamatan yang disambut kat Malaysia la atau Pesta Menuai kan?

Selalunya kalau ada Thanksgiving Day, mesti aku akan terfikir mengenai ayam turki panggang!
Yummy!
Tak tahu la sedap ke tak..
Sebab tak berpeluang nak rasa lagi..
Kalau boleh rasa pun, tak tentu lagi aku nak makan ke tak sebab ragu2 dengan status halal dia..

Tu untuk yang makan ayam turki..



Tapi kalau yang sambut Thanksgiving adalah mereka yang vegetarian, camne ek?
Ok posting kali ni aku nak share makanan Thanksgiving Day untuk golongan mayur ni..
Hehehe..

Miniature wonderland ni adalah hasil daripada gabungan sayur-sayuran dan soya!
Hebat kan...?
Layan gambar2..


















Thursday, November 24, 2011

The Streets of Monaco - Bandar Atas Kapal Mewah

The Streets of Monaco..
Dengar namanya je dah tau dah benda dia mesti mega, mewah, mengkagumkan..
Celik 3M sangat!
Hahaha...
Actually Streets of Monaco ni sebenarnya nama sebuah kapal peranginan mewah yang mega besar..
Atas kapal ni, diwujudkan bandar replika Monaco dengan skala kecil tapi still besar dan mewah..
Siap ada litar go-kart, kolam, pantai buatan, air terjun, jalan, Oasis, taman, tempat landing helikopter, court tennis, spa, salon rambut, gym, casino, cafe mewah dan macam2 lagi!
Phew!
Hebat ciptaan ni..
Kapal mewah ni sekali harung boleh angkut 16 penumpang dengan 70 krew..
Harga dia pun mesti la hebat kan..
Ok la..
Korang pun kalau aku tulis banyak2 bukan nak baca sangat..
Aku tau..
HAHAHA..
Jom layan gambar2 kapal mewah nak mampos ni!





Wednesday, November 23, 2011

Kalau Korang Ada Power Superhero?

Hola!
Aku terfikir jap tadi pasal menda ni..
Kalau korang ada power macam superhero, power yang macam mana yang korang nak ada?



Kalau aku, aku tak nak satu power..
Cewah! Tamak!
Bhahaha!
Aku nak power yang boleh terbang..



Sebab senang tak payah nak drive kalau nak jalan2..
Lagi satu aku nak power yang boleh teleport dari satu tempat ke tempat yang lain..
Jimat minyak kereta..



Kan?
Pastu aku nak power yang boleh baca fikiran orang sebab aku nak tau apa yang orang fikir pasal aku..
Hahaha..
Lagi aku nak power yang boleh bertukar jadi orang lain..
Ala2 penyamaran..
Mesti best..
Hahaha..
Tu je yang aku dapat fikir sekarang time tengah bosan camni..
Kbye!
Hahaha..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, November 22, 2011

10 Destinasi Percutian Menarik Luar Negara Pilihan Aku!

Hola!
Aku ni jenis suka berjalan..
Suka makan angin..
Sebab bagi aku kalau kita keluar dari tempat kita, at least boleh nampak macam2 jenis orang dan budaya berbeza..
Ada beberapa tempat yang aku teringin nak pergi..
Nak pergi jalan2 time cuti.
Tapi disebabkan duit takde la sekepuk macam harta anak raja, memang terkubur niat..
Tapi aku still menyimpan cita2 untuk bercuti ke luar negara..
Tadi jalan2 kat website2 travel aku jumpa 10 tempat percutian pilhan..
Urm..
Mengagumkan..
Korang tengok je la ok.. :)

DOHA, QATAR

RIO DE JANEIRO, BRAZIL

STOCKHOLM, SWEDEN

ATLANTA, GEORGIA

KENT COAST, ENGLAND

HOKKAIDO, JEPUN

CESME PENINSULA, TURKI

TAMAN NEGARA NAHANNI, KANADA

PUERTO VIEJO, COSTA RICA

PONZA & PULAU PONTINE, ITALY

AirAsia pun ada macam2 promotion dalam masa terdekat ni..
Macam2 diorang buat nak tarik customer..
Pakej, diskaun, contest..
Macam2 la..
Salah satu yang menarik perhatian aku adalah
YOUR HOLIDAY PUZZLE - SOLVED contest dengan TIME FOR HOLIDAY..
Memang diorang bagi harga berpatutan kepada pelanggan..
To those yang nak bercuti next year, book tiket sekarang dan dapatkan harga serendah yang mungkin..
:)


Ruang Saya = MySpace

Hola korang!
Nak tanya, secara jujurnya dah berapa lama korang tak bukak akaun MySpace korang?

Logo baru


Honestly, aku baru bukak 2,3 hari lepas..
Kelakar la sial tengok muka sendiri zaman2 jahiliah camtu..
Hahahaha..
Dengan status dan posing merepek2 macam budak bodo..
Hahaha...
Dah beberapa tahun aku tak bukak..
So bila bukak, aku dah tak tahu nak guna..
Yang tak tahan, 3,4 kali try password baru kena yang betul..
HAHA..
Ok la..
Bye..

MasterChef Malaysia - Korang pun Boleh Menang!

Hola!
Korang tengok tak rancangan realiti masak-memasak yang baru start first season kat Malaysia ni setiap Rabu hingga Sabtu, 9 pm kat Astro Ria?



Aku tak tengok sebab kat rumah aku takde Astro..
Tak mampu..
Tapi aku baca blog, forum, and review semua tau!
Hehe..
Macam2 bunyi jugak ek..
Dari gaya rancangan yang tak berapa best, sampai ke kes Chef Riz..!
Eh!
HEHE..
Ala, jangan la menghentam rancangan baru macam tu..
Kata rancangan baru..
Mesti la still ada kekurangan..
Lagi satu ada juga sesetengah pihak yang komen2 antara MasterChefMY dengan MasterChef dari luar macam US, and negara2 lain..
Memang la beza beb..
Apa bezanya?
Diorang boleh masak babi..
Kita tak..
Hahaha..
Ok gurau je..
Memang la banyak beza tambah2 dari segi penyampaian..
Maybe banyak sebab yang kita tak tau contohnya kekurangan modal..
Kan?

Kalau korang tengok je, mungkin takde pape..
Tapi aku baru tau yang kita yang duduk tgk jari juri tetap kat rumah ni pun boleh memang macam2 hadiah menarik macam iPad, barangan Panasonic, iPod, dan wang tunai!
Woah!

Cara-caranya mudah je..
1. Tengok rancangan tu..
2. Bukak FB sebab game ni kena main kat FB and cari FB Masterchef
3. Isikan form tu dan dah boleh start main..!
Goodluck kepada kawan2 yang nak main..
Aku dah try main...
Hahaha...

Monday, November 21, 2011

Akhirnya Dah Confirm!

Akhirnya!
Kini pasti ku merasai cinta nan suci..
Hahaha..
Tetiba nyanyi lagu lagu Anita Sarawak pulak kan..
Hahaha..
Alhamdulillah tadi editor aku panggil pegi kat tempat dia..
Ingatkan ada apa..
Tetiba dia kasi surat..
Aku ingat surat amaran ke, ape ke..
Rupanya..
Jeng jeng jeng!



Surat confirm...
Yeay!
Tak sampai 5 bulan dah confirm..
Alhamdulillah..
Syukur..
Gaji pun naik lah sikit..
Hehehe..

Aku Suka Dia!

Hahahaha..
Tajuk nak over..
Suka baca sebenarnya..



Aku suka baca blog perempuan ini..
Mesti korang kenal dia kan?
Mesti la kenal..
Dah la lawa, baik, comel, huish...
Semua macam ada kat dia..
Tak kisah la apa orang nak cakap..
Tapi aku suka baca cerita dia..

Thanks Hanis sebab penuhkan masa lapang saya membaca blog awak.. :)

Header Baru!

Hola!
Yeay!
Dah ada header baru untuk si Aiskepal..


Hahaha..
Lepas berapa kurun dah, now baru aku rajin nak berheader2 segala!
HAHAHA...
So sekarang kalau ada visitor pun takde la malu sangat...
Gigih pasang header..
Tak cantik sangat..
Simple..
Tapi puas hati sebab aku buat sendiri..
Hehehe..

Untunglah - Versi Kedai Yogurt

Hola!
Untunglah jadi anak orang kaya kan..
Hahaha..
Sebab apa?
Sebab semalam atau dua hari lepas aku tak ingat, aku ada terbaca pasal pembukaan outlet baru Tutti Frutti kat Melaka kalau tak silap..
Tahniah kepada adik Datuk Wira SM Faisal sebab rezeki bertambah...
Diorang ni memang sangat bijak berbisnes..
Otak geliga..
Kan?
Kita tak pernah terfikir nak bukak kedai yogurt macam tu..
Tapi diorang siap boleh bukan outlet banyak2...
Memang modal dah ada, so tambahkan dengan usaha je la...
Apa pun, tahniah again..
:)

Kepada yang teringin nak makan yogurt murah dgn less sampai 60%, klik sini..
Kalau tak nampak, klik ni.. --->

[64% Off] RM10 for 4 Cups of Frozen Yogurt + 1 Fresh Fruit / Chocolate Chip Topping + Unlimited Dry Toppings (RM27.60 value). Only RM2.50 per cup

Selamat menjamu selera kawan2..
:)

Friday, November 11, 2011

Idola Idoli Idolo

Hola!
Jom cakap pasal IDOLA...
Idola...
Faham tak menatang apakah itu?
hehe..
Idola is...
Idola lah bengong!
Hahahaha..
Orang yang kita jadikan inspirasi untuk berjaya...
Ok jom mulakan..
Siapa idola korang??
Kalau aku, banyak idola..
Sebab aku asingkan idola ikot kategori...
Jom aku listkan untuk korang baca...

1. Nabi Muhammad S.A.W. - ofkos will be the first in the list... Sebab apa? Jangan tanya soalan bodoh boleh tak?! Mestilah sebab baginda satu-satunya manusia yang Allah wakilkan untuk kita.. Bila dah nama wakil, macam wakil rakyat dan sebagainya, semestinya beliau menjadi contoh terhebat dan terbaik untuk kita semua, umat manusia... Walaupun wakil rakyat sekarang tak macam Rasulullah.. Eh! Hehehe.. Baginda seorang yang sempurna dari semua segi... Pemimpin yang disegani, ayah yang baik, suami tercinta, dan terpuji, dan makhluk Allah yang sentiasa sayang pada penciptanya... Hurm.. Tapi nak sampai tahap baginda memang kita takkan mampu.. Tiada nabi lain selain baginda selaku nabi terakhir yang diutuskan Allah.. Memang kita takkan mampu jadi macam baginda.. Tapi takde salah kalau jadikan baginda sebagai idola, dan cuba untuk menjadi seperti baginda.. Selawat ke atas baginda Rasulullah S.A.W..

2. Jefri b Hashim - Abah aku la tuh! Hehe.. For me, he is the best father.. Sesiapa pun akan cakap benda yang sama mengenai abah masing2... Untuk aku, abah aku yang terbaik.. Abah bukanlah seorang yang berpelajaran tinggi... Tapi abah mula dari bawah... Macam2 kerja dia buat.. Sebab lepas atuk meninggal, dia sekolah rendah lagi kalau tak silap.. And nenek aku tak kaya... So, abah dengan Pak Ngah memang mula dari bawah.. Tebas tebing sungai, kerja2 sawah, ambik upah tanam tembikai, ambik upah gali liang lahad, jual tin dan botol, meniaga ikan bilis, belacan, ikan kering, bawang, pastu up sikit jual kuih2 karipap dengan donat besar.. Sekarang, alhamdulillah, business abah dah ok.. Jefri Kuitiow Kerang... Duit dari kerja2 susah payah abah ni yang besarkan aku... Sekarang, nak kata kitorang ni kaya, tak la kaya.. Tapi alhamdulillah, abah berjaya besarkan aku 6 beradik, ada wife lagi satu, Umi aku dengan 6 orang anak, 2 buah rumah, 3 van, 3 kereta, 4 moto! Puas! ahahahaha.. Bukan nak menunjuk2 tau tapi benda2 ni bagi inspirasi kat aku untuk tak mudah mengeluh dan mengalah... Alhamdulillah, aku masuk degree dulu pun tak pakai duit pinjaman.. 100% duit ABAH aku! Walaupun berbini dua, alhamdulillah kitorang tak macam orang lain yang berperang.. Hehehe.. Mak aku dengan umi aku ok.. Siap buat ketupat sesama tiap kali raya.. So, abah aku kira adil la.. Then, kasih sayang kat kitorang yang berbelas orang ni sama rata.. Abah cuba tunaikan apa yang kami nak.. Bab duit, alhamdulillah la sebab tak pernah putus... Walaupun aku dah keja sekarang, abah still dengan ayat dia "Abang ada duit lagi dak? Makan dah ka dak lagi? Topup ada lagi dak?".. Hehehe.. Tu lah abah aku.. Urm.. Keluar air mata kejap taip benda ni.. Ok, move to the next idol..

3. Tun Mahathir - This one ialah idol aku dari segi kepimpinan.. Tak kiralah apa orang nak kata pasal beliau.. Bagi aku, Tok Det is the best PM forever.. Aku tak pernah rasa kepimpinan bawah PM2 lain sebelum Tok Det tapi yang lepas2 Tok Det memang aku rasa dan terasa lah.. Hehheehe.. Tok Det bawak banyak pembangunan kepada Malaysia.. Dari orang tak kenal, sampai orang kenal kita.. Dari orang tak nampak, sampai orang nampak kita... Dari orang tak hormat, sampai orang hormat kita! Tu lah penangan Tok Det kesayangan aku... Wife beliau, Tok Mah pun memang favorite aku.. Bagi aku, Tok Mah is the real First Lady of Malaysia sampai bila2! Takde orang boleh ganti dua sweet couple ni.. Memang macam2 bunyi aku dengar tapi at least dia buat semua tu untuk kita.. Untuk rakyat... At least kalau benci sangat dengan beliau, ucapkan la terima kasih... Urm..

4. Martha Stewart - Martha is the best entrepreneur kot bagi aku.. Sebab apa? Sebab dia ada stesen tv sendiri, stesen radio sendiri, rancangan tv sendiri, dan apa jua jenis kedai untuk semua sector...! Faham kan? Kau niat je nak buat apa.. Nak kahwin? Ada Martha Stewart Weddings.. Nak rumah? Bukak Martha Stewart Living..Dari kraftangan, sampailah bela binatang dan tanam pokok, semua dia ada.. Memang aku nak sangat jadi macam dia... And walaupun dia pernah ada kes sampai masuk penjara, tapi tu bukan apa2.. Kejayaan dia paling penting dan perlu dilihat dan dijadikan inspirasi buat kita semua.. Tau semua benda dan jadikan benda2 tu modal untuk terus melangkah jauh..




Thursday, November 10, 2011

Movie Review - Shark Night

Holla people!
Selamat pagi dunia!
Ok, today nak review movie yang ditonton semalam - Shark Night!
Sebelum tengok aku dah dapat macam2 respon dari kawan2...
Ada yang cakap ok, ada yang cakap tak ok..
Macam aku cakap, best ke tak tu subjektif..
Bergantung kepada individu..
Cewah!
Hahaha..
Lepas tengok semalam, not bad jugaklah cerita ni..
Mengisahkah 6 orang budak2 kolej..
Bercuti di rumah agam salah sorang dari diorang ni, Sara..
Rumah ni kat tengah2 tasik..
Memang best la..
Cerita mula dengan Malik yang kena sesah dulu dengan ikan tu..
Memang sedikit ngeri sebab dia selamat tapi tangan non hado dah..
Putus!
Hehe..
Urm, then awek dia kena baham masa diorang otw nak gi hospital..
Macam2 jadi..
Rupanya ni keja jahat Dennis, ex bf si Sara..
Dia ni psycho..
Urm nak tau selebihnya kena la tengok sendiri..
Hehehe..
Overall, jalan cerita dia ok.. 
Tak bosan la bagi aku sebab aku tak tertido langsung!
And yang bodohnya is, ada ke jerung kat TASIK AIR TAWAR?!!!
Ok, korang kena tengok la..
Chow!
:)

Tuesday, November 8, 2011

Movie Review - Don't Be Afraid of the Dark

Hola!
Aku still kat Perlis, balik raya..
Tapi still nak review jugak ok..
Basically, movie ni not bad..



Sebab ada Katie Holmes..
Hahahaa..
Starting dia agak bosan sampai aku tertido..



Then bila dah start masuk tengah2 dah mula best dan kita rasa adrenalin kita meluncur laju dalam perut..
Kalau nak cerita sinopsis, korang akan tak pegi tengok..



So aku tak nak cerita..
Just jalan cerita dia best la..



Dia ni sebenarnya remake movie..
Rupa buruk makhluk kecik tu adalah annoying dan korang akan rasa menyampah tengok muka dia..



So korang kena pegi tengok gak...