Saturday, February 21, 2015

Selfie Sambil Beramal dengan Selfie App LINE - B612

Selama ni, kalau kita berselfie di pelbagai rangkaian media sosial, selalunya ianya untuk memuaskan kehendak sendiri sahaja kan? Tapi, sekarang, kami nak kongsikan satu program selfie sambil beramal yang dianjurkan oleh peneraju platform kehidupan di dunia dengan 181 juta pengguna aktif setiap bulan, LINE.



Program selfie ini sebenarnya dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa menerusi kempen #Yes2Nomakeup yang berlangsung bermula pada 10 Februari sehinggalah 8 Mac 2015.

Kempen ini bertujuan untuk meraikan kecantikan wanita dan menggalakkan wanita di seluruh Malaysia untuk memuat naik gambar selfie mereka tanpa solekan menerusi saluran media sosial seperti Instagram dan Facebook.

Bagi setiap selfie yang diambil, LINE akan menyalurkan RM0.50 kepada Persatuan Bertindak Wanita (AWAM). Menerusi kempen ini, LINE berharap dapat menerapkan idea bahawa semua wanita adalah sempurna seadanya mereka.

Kempen ini dimeriahkan lagi dengan penampilan istimewa dan penyertaan selebriti seperti Nora Danish, Atikah Suhaime, Soo Wincci, KeQing, dan selebriti lain yang gambar selfie tanpa solekan telah dimuat naikkan ke platform media sosial masing-masing.

Cara-cara untuk menyertai program kempen amal ini mudah sahaja.
1. Ambil gambar selfie dengan menggunakan aplikasi selfie B612 dengan memakai kemeja-T berwarna putih dan tanpa sebarang solekan.
2. Muat naik gambar tersebut ke rangkaain sosial media masing-masing.
3. Letakkan hashtag #Yes2Nomakeup dan tag tiga orang rakan.

*Hanya selfie dengan tera air B612 yang dapat dikesan dengan hashtag #Yes2Nomakeup akan layak dikira sebagai sebahagian daripada derma itu.

*Program ini juga dilancarkan oleh LINE untuk iOS dan Android sahaja (jadi Windows phone users tak boleh join).

*B612 adalah aplikasi kamera yang direka khusus untuk penggemar selfie. Ia menghindarkan sebarang ciri yang tidak diperlukan dan hanya menumpu untuk menjadikan selfie anda kelihatan lebih cantik dan hebat.

Muat turun aplikasi tersebut di sini

App store: https://itunes.apple.com/us/app/b612-selfie-with-the-heart/id904209370?mt=8
Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.linecorp.b612.android&hl=en