Wednesday, December 25, 2013

Merry Christmas!

Ho! Ho! Ho!

Merry Christmas to all my Christian friends. Harap kalian enjoy Krismas tahun ini. Takde hadiah untuk diletakkan di bawah pokok Krismas mahupun stokin anda, tapi layankan aje video ni. Harap dapat buat semua tersenyum. :D



p/s: Jangan hentam tau. Saya hidup di negara bebilang kaum, bangsa dan agama.

Tuesday, December 24, 2013

Kalimah Jiwa: Persengketaan Dua Beradik Demi Harta dan Cinta



“Air Di Cincang Tak Akan Putus”. Namun hubungan Aniq dan Afiq tidak seperti adik beradik yang lain. Afiq membenci Aniq kerana ibunya sering menyebelahi abangnya sejak kecil. Malah Afiq sanggup menggunakan Aina yang tidak berdosa untuk membalas dendam dan mendapatkan harta yang dimiliki oleh abangnya...

Setelah slot Azalea direhatkan buat seketika waktu, kini slot popular ini kembali dengan menampilkan sebuah drama siri terbaru berjudul “Kalimah Jiwa”  mulai 1 Januari 2014. Drama ini yang akan membuka tirai slot Azalea bagi tahun 2014 bakal dibintangi oleh Nazim Othman, Nabila Dally, Amar Baharin, Raja Ilya dan ramai lagi. Drama siri 20 episod yang diterbitkan oleh Rumah Karya Citra ini diarahkan oleh Mohd Fadli manakala skripnya ditulis oleh Erma Fatima.

“Kalimah Jiwa” berkisar tentang persengketaan antara Aniq dan adiknya Afiq yang melibatkan perebutan harta. Ibu mereka iaitu Puan Akila lebih mempercayai Aniq kerana Aniq berjaya membawa syarikatnya menjadi syarikat paling berjaya di Malaysia. Manakala, syarikat yang dikendalikan oleh Afiq mengalami kerugian teruk dan terpaksa menanggung hutang yang banyak. Semuanya adalah kerana Afiq tidak serius dan lebih banyak menghabiskan masa berpoya-poya.

Aniq mempunyai kekasih bernama Aina Sofea. Ketika tarikh majlis pernikahan Aniq dan Aina semakin hampir, Tiara muncul dan mengaku sebagai kekasih Aniq. Malah Tiara turut memberitahu bahawa dia kini sedang hamil hasil hubungan dengan Aniq. Seluruh ahli keluarga terkejut dengan pengakuan Tiara. Majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan dan Aniq pula menghilangkan diri ke Europe untuk mencari ketenangan diri.

Musibah yang berlaku ini menyebabkan Afiq disuruh berkahwin dengan Aina demi mengelakkan keluarga kedua-dua belah pihak malu. Afiq menerima Aina bukanlah atas dasar cinta tetapi kerana dendam Afiq pada Aniq yang sentiasa sempurna di mata ibunya. Dengan mendapatkan Aina, Afiq begitu yakin bahawa syarikat yang diteraju oleh abangnya akan jatuh ke tangannya.

Selepas berkahwin, Afiq mula menyedari Aina adalah seorang wanita yang baik. Afiq mula jatuh cinta pada Aina dalam diam. Tambahan pula, sikap Afiq juga dilihat semakin berubah menjadi lebih baik apabila Aina disahkan mengandung.

Sementara itu, Tiara telah pergi ke Europe untuk bertemu Aniq. Rupanya Tiara merupakan pelayan kelas atasan dan dia telah dibayar oleh Aniq untuk membuat pengakuan tipu di hadapan keluarga Aniq dan Aina. Tiara sememangnya tidak tahu mengapa Aniq sanggup melukakan hati keluarganya dan Aina. Apabila Aina mengekori Aniq, barulah dia tahu sebenarnya Aniq pergi ke Europe untuk mendapatkan sum-sum tulang yang sesuai untuk dirinya kerana jangka hayat Aniq semakin pendek akibat mengalami penyakit kanser darah.

Tiara rasa bersalah dengan upah yang diterimanya. Memang selama ini dia bekerja untuk duit tapi kali ini dia tidak mampu menerima duit Aniq atas kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh Aniq. Kemudian,  Tiara membuat keputusan untuk sentiasa berada di sisi Aniq dan membantu Aniq melalui hari hari sukarnya sepanjang dia berada di Europe.

Penyakit Aniq semakin tidak stabil. Sehingga kini masih tidak ada pemindahan yang sesuai untuk membantu mengubati kanser darah yang dihidap oleh Aniq. Kemudian Aniq membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia bagi menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga sebelum menghembuskan nafas terakhir. Selain itu, Aniq juga merasakan ada sesuatu yang harus dilakukannya untuk keluarganya. Setibanya Aniq di rumah, semua ahli keluarga gembira dengan kepulangan Aniq yang mengejut itu. Tetapi tidak bagi Afiq. Afiq mula rasa terancam dan merasakan Aniq pulang untuk merampas haknya serta ingin menuntut cinta Aina.

Keadaan bertambah runcing apabila Aniq tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup. Afiq pula perasan dengan perubahan sikap Aina sejak Aniq muncul semula. Adakah Aina masih setia mencintai Aniq? atau cinta Aina sudah beralih arah pada suaminya? Dapatkah Aniq diselamatkan dari derita penyakit kanser darah?

Ingin mengetahui apakah yang berlaku seterusnya? Saksikan drama KALIMAH JIWA menerusi slot Azalea setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang hanya di TV3! Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang Kalimah Jiwa, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Amar Baharin

Amyra Rosli

Raja Ilya

Nazim Othman

Nabilla Dally





Percutian Hujung Tahun


Ya Allah. Korang tahu tak betapa aku jeles melihat rakan-rakan yang bercuti, ambik gambar, dan post ke IG masing-masing? Itu adalah biadap ye! Aku teringin nak pergi bercuti camtu jugak tapi memandangkan kerja aku sangat padat, (deadline hari ni, sejam kemudian, start deadline baru), so tak dapatlah rasanya nak bercuti dan berlibur.

Paling best, last time aku cek jumlah baki cuti tahunan aku, ia menunjukkan jumlah yang tinggal hanyalah 2 hari dan bila aku cek semula semalam, ada 5 hari. Aik! Nak suruh aku bercuti eh? Hahahaha. Takpe, takde rezeki untuk hujung tahun ni, aku try cari masa untuk beberapa bulan lepas ni. Lagi pulak, Januari ni aku nak bayar roadtax la, hutang la. So kalau tak berjimat sekarang, maknanya aku memang mencari pasal.

Kepada kawan-kawan yang ingin, akan, dan bakal bercuti, ingat beberapa benda ni:


  1. Bawak pakaian secukupnya so nanti tak perlu berbogel atau beli baju tambahan.
  2. Beli tiket flight (kepada yang nak bercuti jauh) awal-awal so boleh dapatkan harga murah.
  3. Sentiasa cek kalau-kalau ada promosi. Tak perlu berjalan jauh, di smart phone masing-masing pun dah boleh serve laman-laman web penerbangan, dan juga penginapan. 
  4. Sertai apa-apa jua contest percuma yang memungkinkan anda untuk memenangi apa-apa hadiah percutian. Jimat tu. 
  5. Cek cuaca di tempat yang korang nak pergi bercuti tu, so kalau nak pergi bercuti ke pantai, make sure tak hujan dan ribut la. Kang, membazir.
  6. Selain cuaca, kena cek juga sama ada tempat yang korang nak pergi tu, selamat atau sedang dalam peperangan. Kalau tetiba pergi, ala-ala nak mati syahid, terserah. 
  7. Kalau nak drive, cek kondisi kenderaan yang korang akan naiki sebab dalam perjalanan, kita tak tahu apa akan jadi. 
  8. Kalau nak ke luar negara, make sure korang tahu mobile coverage yang menjimatkan. Tapi Maxis/Hotlink rasanya ada promosi dan pelan menarik. Cek disini.
  9. Bawak ubat-ubatan penting. Kalau pesakit asthma macam aku, better siapkan ubat ataupun pam tu, kalau taknak mati di tempat orang. 
  10. Duit. Takde duit, kau makan lah lebihan sisa di mana-mana tong. 
Okay kawan-kawan. Selamat bercuti. 

Movie Review - Police Story 2013: Aksi Kompak, Latar Ringkas


Semalam, kami sempat menonton tayangan perdana filem Police Story 2013 lakonan Jackie Chan. Siapa yang tidak pernah menonton filem bersiri ini sebelum ini, mohon kerat kepala masing-masing please. Ramai jugak yang hadir sebab kami dapat hall besar yang muat untuk 250 orang. Over kan?! Hahaha.

Okaylah. Serba sedikit mengenai filem ini, ianya seperti biasa berkisar mengenai kehidupan seorang polis, Detektif Zhong Wen lakonan Jackie Chan sendiri. First scene, dia di dalam teksi menuju ke sebuah kelab malam milik Wu, sang penjahat. Dia tak tahu yang Wu Jiang ni, boyfriend baru anak dia, Miao Miao.

Mula-mula, Zhong ingatkan anak dia dah berubah lepas isteri dia meninggal. Siap bertatu semua, sekali anak dia sebenarnya terpaksa sebab dipaksa oleh Wu untuk perangkap Zhong. Latar untuk filem kali ini tak banyak sangat, kerana berlaku dalam satu malam dan di kelab sahaja sebagai lokasi.

Yang mengelirukan adalah apabila banyak sangat flashback, so macam konfius sikit. Awal cerita memang slow sikit, then bila dah tengah-tengah, mula meningkat adrenaline. Scene fight tak banyak sangat, mungkin sebab faktor usia dan mungkin juga filem kali ni, pengarah, Ding Sheng nak fokuskan kepada cerita yang lebih kepada hubungan kasih sayang dan kekeluargaan kot.

Untuk jalan cerita, Wu nak balas dendam selepas kematian adik semasa berlaku rompakan di sebuah farmasi. Yang menjadi tebusan di dalam kelab, semuanya orang-orang yang berkaitan dan ada semasa kejadian adik dia mati. Dia ingat adik dia mati dibunuh, padahal adik dia mati sebab bunuh diri, lepas mengandung dan stress.

Tu aku dah cerita dalam 70% so kalau cerita lagi, mungkin tak best untuk korang pergi menonton. Kepada yang ada masa, hari ni dah bermula tayangan untuk filem ini. Kepada peminat filem aksi dan peminat setia Jackie Chan, jangan lepaskan peluang untuk menonton.

Semalam, selain bawak peminat dan pembaca, kami bawak beberapa artis juga. Ni antara beberapa artis yang sempat hadir.  Kat bawah ni juga, aku selitkan trailer filem Police Story 2013. Jom lihat.





Thursday, December 19, 2013

47 Ronin: Kisah Samurai Tak Bertuan


Kepada peminat filem-filem aksi yang berdasarkan kisah benar dan berkaitan dengan lagenda, jangan lepaskan peluang untuk menonton sebuah filem aksi yang berjudul 47 Ronin. Filem yang berlatarbelakangkan zaman Samurai pada abad ke-18 ini tentunya menjadi filem wajib tonton buat anda.

Semalam, telah berlangsungnya tayangan perdana filem 47 Ronin ini bertempat di GSC Signature, Gardens, Mid Valley City. Sangat meriah dengan makanan Jepun. Okay, back to the movie.

Filem ini mengisahkan mengenai Kai lakonan Keanu Reeves, yang dikatakan manusia berdarah campuran dengan jembalang hutan. Dia yang dikatakan membawa malapetaka kepada negeri Ako dipinggirkan masyarakat setempat dan dipandang hina.

Walaupun dipandang rendah oleh masyarakat, dia mempunyai skil dalam pertarungan. Semangat Kai juga sangat kental. Semuanya bermula selepas kematian Asano, ketua Ronin.

Seramai 46 Ronin telah bertindak membalas dendam di atas kematian Asano dan  kumpulan ini diketuai oleh Kuranosuke Oishi. Kai turut diundang oleh Kuranosuke Oishi bagi membantu kumpulan Ronin untuk membalas dendam dan membunuh Lord Kira dan menjadi Ronin ke-47.

Pelbagai cabaran perlu ditempuh oleh mereka terutamanya apabila Lord Kira dibantu oleh perempuan sihir, Mizuki yang boleh merubah diri menjadi musang putih dan juga naga.

Sinematografi filem ini sangat hebat. Berlatarkan Jepun pada era itu dapat dirasakan. Babak pertarungan juga kelihatan sangat menarik tanpa sebarang cela. Jadi kepada kaki wayang, jangan lupa untuk menonton filem ini ya. Berikut merupakan beberapa foto daripada babak-babak menarik di dalam filem 47 Ronin dan trailernya.

Bintang: *****







Balistik: Filem Aksi Gabungan Pelakon Melayu & Cina

17 Disember lalu, telah diadakan preview untuk filem aksi berjudul Balistik. Menampilkan nama-nama besar dalam bidang perfileman seperti Datuk Rosyam Nor, Rita Rudaini, Adi Putra, Raykarl dan Dato' Rahim Razali, filem ini turut menggabungkan beberapa bintang filem berbangsa Cina seperti Jack Lim dan Mei Yan. 

Menurut Rosyam yang juga penerbit untuk filem ini, pihaknya menggabungkan pelakon-pelakon Melayu dan Cina dalam Balistik bagi menarik minat penonton berbangsa Cina untuk menonton filem Melayu. 

Filem arahan Silver Chung ini mengisahkan mengenai Saga yang merupakan pembunuh upahan dan menjadi buruan pihak polis. Dia yang tinggal bersama anaknya Rykarl terpaksa hidup dalam keadaan yang kurang senang selepas meninggalkan isterinya, lakonan Rita Rudaini. 

Mengangkat elemen gangsterisme, filem ini juga turut menyuntik nilai-nilai seperti kasih sayang dan juga hubungan persahabatan. Filem aksi hebat yang menelan belanja sehingga RM2.5 juta ini bakal menemui penonton di pawagam pada 9 Februari akan datang. Kepada peminat setia Rosyam dan tidak puas menonton aksi mereka dalam KL Gangster 1 dan 2, apa kata jangan lepaskan peluang menonton. 

Bintang - ****






ADIRA LANCAR PRODUK PEMUTIH KULIT

Siapa yang tidak kenal dengan nama figura ini. Adira bukan sahaja terkenal menerusi bakat nyanyiannya tetapi juga dek kerana kulit putihnya yang mulus sehingga digelar Snow White Malaysia. 

Disebabkan dia menerima pelbagai tohmahan dan spekulasi berkaitan perubahan pada kulitnya, Adira baru-baru ini telah melancarkan produk pemutihan kulit yang dikenali sebagai Adira Beauty Signature. 

Tanpa berselindung, Adira berkongsi 'rahsia' kulit putihnya dengan mengatakan bahawa dia sebenarnya menggunakan produk Whitening Facial & Body Soap, hasil fomulanya sendiri. 

Menurut Adira, produk ini mengandungi Japan Glutathione, Fruit Extract, Jojoba Oil, Essential Oil dan Vitamin C. Pada majlis yang telah berlangsung pada 17 Disember itu juga, Adira sempat menunjukkan demonstrasi menggunakan produk tersebut. 

Sehubungan itu, Adira berbesar hati untuk memberi peluang kepada 100 pelanggan pertama yang bertuah, menggunakan produk ini dan membuat testimoni. 100 pemenang bertuah itu juga akan berpeluang untuk menikmati makan malam bersama Adira sendiri pada tarikh yang akan ditetapkan kelak. 

Tambah Adira, dia berharap agar menerusi pengenalan kepada produk Adira Facial & Body Soap ini. 



Monday, December 16, 2013

Gangguan Bekalan Air di Selangor, KL

KUALA LUMPUR: Kira-kira sejuta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur bakal menghadapi gangguan bekalan air bermula Selasa depan berikutan hentitugas (separa) sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2. Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam satu kenyataan di sini berkata gangguan bekalan air akan bermula pada 8 pagi, 17 Disember manakala tempoh pemulihan bekalan dijangka bermula pada 9 malam hari yang sama dan berterusan hingga 8 pagi 22 Disember (Ahad). 

Hentitugas itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf, pembaikan dan penukaran aset-aset utama seperti papan suis dan paip keluli.

 

Kenyataan itu menyebut ia melibatkan 217,694 akaun pengguna, termasuk di beberapa kawasan penting seperti Kelab Diraja Selangor, Pusat Sains Negara, Kompleks Kerajaan Jalan Duta dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Bekalan air di kebanyakan kawasan dijangka pulih dalam tempoh 24 jam selepas kerja-kerja hentitugas itu selesai, namun bergantung kepada kedekatan dengan sumber bekalan. 

"Pihak Syabas menjangkakan kawasan yang tinggi dan jauh dari sumber air khususnya di sekitar Petaling, Kuala Lumpur dan Klang/Shah Alam adalah kawasan bekalan air yang terakhir pulih sepenuhnya," katanya.

Syabas turut menasihatkan pengguna untuk menyimpan bekalan air secukupnya kerana tiada lori tangki akan dibekalkan semasa tempoh gangguan itu (kecuali di hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat) memandangkan notis awal telah dikeluarkan. 

Sebagai langkah persediaan awal, pihak Syabas telah meletakkan kakitangannya untuk menghadapi hentitugas berjadual ini termasuk meletakkan 66 lori tangki dalam keadaan bersedia serta menyediakan 750 tangki statik sekiranya diperlukan khasnya untuk kawasan-kawasan yang masih belum mendapat pemulihan selepas 24 jam. 

Pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 untuk mendapatkan maklumat lanjut. 

Berikut adalah senarai kawasan yang bakal terlibat gangguan bekalan air: 

WILAYAH KUALA LUMPUR: 

1. Kawasan Bukit Kiara: Kelab Diraja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Suruhanjaya Sekuriti dan Bahagian Teknologi Pendidikan Pusat Konvensyen Sime 

2. Sebahagian kawasan Bukit Damansara: Jalan Segambir; Jalan Belimbing,Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; Jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin. 

3. Kawasan Segambut: Taman Sri Sinar; Taman Sri Bintang; Taman Bukit Sri Bintang; Taman Prima Pelangi; Taman SPPK Segambut; Taman Segambut; Taman Segambut Permai; Taman Segambut Damai; Taman Segambut Muda; Taman Segambut Aman; Taman Bukit Segambut; Taman Indah Murni; Taman Prima Impian; Taman Desa; Kampung Segambut Dalam; Taman Segambut Bahagia; Kampung Segambut Tengah; Kampung Segambut Gate; Kesington Park; Changkat Kiara Bayu; Changkat Kiara Surya; Prima Duta; Menara Duta; Duta Ria; keseluruhan kawasan Mont Kiara dan Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta. 

4. Sebahagian kawasan Jalan Kuching dan Jalan Ipoh: Jalan Ipoh Batu 4 hingga Batu 5; Jalan Cenderuh; Jalan Kuala Kangar; Jalan Vethavanam; Jalan St.Thomas; Jalan Khalsa; Taman Kok Lian; Taman City; Kem Batu Kentomen; Taman Impian; Taman Eastern; Taman Rainbow; Taman Bamboo; Taman Million; Taman Sheng Cheng; Tangan Kaya; Kawasan Perindustrian Segambut Taman Sri Kuching dan Taman Niaga Waris. 

5. Kawasan Sentul: Kampung Chubadak; Kampung Bandar Dalam; Kampung Chempedak, Kampung Kovil Hilir; Taman Dato' Senu; Taman Sentul Raya; Sentul Selatan dan Bandar Baru Sentul. 

6. Kawasan Jalan Duta: Arkib Negara; Kompleks Kerajaan Jalan Duta; Masjid Wilayah Kuala Lumpur; Lembaga Peperiksaan; Ibu Pejabat BPR; Persiaran Duta; Pusat Perkembangan Kokurikulum Stadium Hoki. 

7. Sebahagian kawasan Jalan Mahameru: Kawasan Taman Duta; Kawasan Bukit Tunku; Kawasan Tasik Perdana; Kawasan Parlimen; Jalan Sultan Salahuddin; Jalan Tun Ismail; Jalan Dato' Onn; Jalan Lembah Ledang; Jalan Perlis; Jalan Kedah; Jalan Selangor; Jalan Johor dan Jalan Negeri Sembilan. 

8. Kawasan Sri Hartamas: Taman Sri Hartamas, Kiara View; Kiaramas; Taman Duta Nusantara; Taman Duta Tropika; Hartamas Heights.


9. Kawasan Bukit Sentul: Jalan Kolam Air; Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC); The Mall; Hentian Putra. 

10. Sebahagian Jalan Tun Razak (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Langgak Golf): Hospital Tawakkal; Institut Perubatan Respiratori; Pusat Darah Negara; Institut Jantung Negara; Hospital Pusrawi; Jalan Semarak; Jalan Perumahan Gurney; Jalan Maktab; Jalan Padang Tembak; Flat DBKL Dato\'92 Keramat; Kementah; Pulapol; Wisma Tanah; JUPEM; UTM; FELDA; Pusat Latihan Telekom; 
Sebahagian Jalan Pahang (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Titiwangsa) 

11. Sekitar kawasan KLCC: Suria KLCC; Kuala Lumpur Convention Centre; Menara Maxis; Mandarin Hotel; Menara Exxon Mobil; Jalan Yap Kwan Seng; Jalan Pinang. 

12. Jalan Ampang (dari persimpangan Jalan Tun Razak hingga persimpangan MRR2): Jalan Langgak Golf; Jalan U Thant; Pusat Perubatan Gleneagles; Pejabat Kedutaan British; Pejabat Kedutaan Sepanyol; Pejabat Kedutaan Bangladesh; Pejabat Kedutaan Perancis; Pejabat Kedutaan Thailand; Pejabat Kedutaan China; Pejabat Kedutaan Arab Saudi; Pejabat Kedutaan Sri Lanka; Pejabat Kedutaan Russia; Pusat Penyelidikan Getah Malaysia; Jalan Ampang Hilir. 

13. Sebahagian kawasan Kampung Baru: Jalan Sungai Baru; Jalan Rakam; Jalan Hamzah; Jalan Datuk Abdul Malik; Jalan Haji Sirat; Jalan Haji Yaakub; Jalan Salleh; Jalan Syed Mahadi; Jalan Haji Zainuddin; Jalan Pauh; Jalan Raja Uda Apart; Jalan Raja Uda 2; Lorong Raja Uda 1; Lorong Datuk Abdullah. 

14. Semua kawasan berikut: Taman Sri Delima; Kampung Delima; Kampung Stesen; Kampung Batu 4; Taman Pandan Jaya; Taman Cempaka; Taman Bakti; Taman Nirwana; Kampung Pandan Dalam; Taman Cahaya; Pandan Cahaya; Taman Dagang; Taman Shamelin; Taman Tenaga; Taman Miharja; Taman Kobena; Desa Pandan. 

WILAYAH GOMBAK: 
Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Manjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra; Country Height Damansara Sunway SPK Harmoni 3. 

WILAYAH PETALING: 
Bandar Baru Sri Petaling; Desa Petaling; Jalan Klang Lama; Jalan Kuchai Lama; Kuchai Entrepreneurs Park; OUG; Jalan Penchala; Jalan Puchong; Flat Kerinchi; Kampung Kerinchi; Jalan Sungai Besi; Kampung Baru Salak Selatan; Kampung Malaysia; Kampung Pasir Baru; Pantai Dalam; Kawasan Perindustrian Batu 7 Puchong; PJ State; Seksyen 1 hingga Seksyen 10; Seksyen 18; Seksyen 52; Taman Bukit Angkasa; Taman Bukit Indah; Taman Desa; Taman Gembira; Taman Kuchai Jaya; Taman Lee Yan Lian; Taman Goodwood; Taman Salak Selatan; Tangan Sungai Besi; Taman Sri Sentosa; Taman Tan Yew Lai; Bandar Tasik Selatan; Sungai Besi; Taman Perindustrian OUG; Seksyen 51A, Petaling Jaya; Taman Yarl, Jalan Klang Lama; Bandar Baru Bukit Jalil; Taman Naga Mas; Taman Salak Jaya; Bukit Jalil Golf Resort; Jalan SS2/50 hingga SS 2/72, SS2; Sungai Way, SS9; Petaling Bahagia; Lucky Garden; Taman Kuchai & Nam Fong; TUDM Kinrara; Kampung Bohol; Taman Puchong Mesra; Taman Paik Siong; Seksyen 11 hingga Seksyen 14, Petaling Jaya; Seksyen 16 hingga Seksyen 17, Petaling Jaya; Seksyen 17A, Damansara N/V; Seksyen 19 hingga Seksyen 22, Petaling Jaya; 

WILAYAH KLANG/SHAH ALAM: 
Seksyen 25 - Sri Lembayung; Seksyen 32; Seksyen 33; Bandar Putera; Putera Height; Kampung Bukit Lanchong; Seksyen 22; Seksyen 25 - Axis; Seksyen 26; Seksyen 27; Seksyen 28; Kampung Kebun Bunga; Kampung Baru Hicom; Subang Mas, Batu Tiga; Batu Tiga, Shah Alam; Batu 8, Bukit Kemuning; Bukit Naga; UEP; USJ Subang.

 

Sumber dari Berita Harian & SYABAS

Sunday, December 15, 2013

AIM20 Gamat, Hafiz Kaut Kemenangan Besar

Siapa yang sempat menonton acara anugerah penuh gemilang, apa lagi kalau bukan Augerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) yang baru sahaja berlangsung tadi? Apa pandangan korang? Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Untuk acara tahunan kali ini, rasanya takde apa2 masalah sebab banyak aspek yang mendapat respon positif daripada banyak pihak (kecuali insiden semasa pemenang anugerah pertama, Irham Ismail dan Fedtry tak tahu sama ada beri ucapan atau tidak sehinggalah Noreen Aziz bagi microphone). 

Dari segi pengacaraan,  Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil memang tidak perlu dipertikaikan lagi kredibilitinya. Co-host pada acara tadi, Nabil Ahmad diberi tugasan untuk 'membahan' para artis, dari penyampai anugerah, penyanyi yang membuat persembahan, sehinggalah artis2 yang takde kena mengena dengan AIM seperti Che Ta dan sebagainya. Lawak Nabil adakalanya nampak macam sedikit over, tapi aku rasa itu adalah tugasan menerusi skrip yang diberikan kepada Nabil. Apapun, pujian harus diberikan kepada Pak Nil dan Nabil kerana berjaya membawa acara ini dan menghidupkan suasana. 

Persembahan pentas kesemuanya boleh dikatakan tip top. Persembahan pembukaan tidak mengecewakan dengan kemunculan Ning Baizura dan Spider. Persembahan penutup dari penyanyi2 veteran yang masih tidak kurang hebatnya seperti Khatijah Ibrahim, Zainal Abidin serta duet Jay Jay serta Dayangku Intan. Seperti biasa, persembahan yang paling dinantikan tentunya daripada Datuk Siti Nurhaliza. Tapi yang paling mendapat sorakan ramai adalah kemunculan dua bintang dari seberang, Datuk Rossa dan Afgan. 

Seperti yang dijangka, Hafiz mengungguli carta kemenangan menerusi tiga kategori iaitu Album Terbaik dan Rakaman Album Terbaik dengan album 'Luahan Hati Anak Seni', dan Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu Lelaki. Tahniah diucapkan kepada Hafiz Suip. 

Untuk senarai penuh pemenang, tengok kat bawah ni. 

Album Terbaik – ‘Luahan Hati Anak Seni’ (Hafiz)
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) – Dayang Nurfaizah
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) – Hafiz
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu – ‘Bila Resah’ (Anuar Zain & Dayang Nurfaizah)
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Di Persembahkan Oleh Artis Luar Negara – Once (Hilang Naluri)
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – ‘In The House’ (nyanyian Goldfish&Blink feat. Altimet & ZE) komposer / penulis lirik Altimet/ZE
Lagu Pop Terbaik – ‘Lelaki’ (Yuna) Komposer/penulis lirik Yuna
Lagu Rock Terbaik – Di Bawah Gerbang Langit Skaea (Amy Search), Komposer/ penulis lirik Edrie Hashim Buddhi Hikayat
Lagu Nasyid Terbaik – ‘Mawar Berdarah’ (nyanyian Rabbani), komposer/penulis lirik – Binuri
Lagu Pop Etnik Terbaik – ‘Pahlawan Zafana’ (nyanyian Ilham Ismail), komposer/penulis lirik Ilham Ismail, Ahmad Fedtri Yahya
Lagu Hip Hop Terbaik – ‘Aku Pelat’ (nyanyian Salammusik ft. Zion) Dread komm DJ Fuzz Jay Tan, Ezya Bahra, Zion Dread&Salam
Video Muzik Terbaik – ’1′ (Pretty Ugly & Altimet) Pengarah : Perez Oldskool
Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu – Anuar Zain & Dayang Nufaizah (‘Sedetik Lebih’)
Rakaman Album Terbaik – Luahan Hati Anak Seni (Hafiz)
Kulit Album Terbaik – Penglipur Lara (Hazama)
Artis Baru Terbaik – Alex Subryn
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu – Saujana (‘Salam Atasmu’)
Anugerah Seri Wirama – Tan Sri Dr. Tony Fernandez (Ketua Pengawai Eksekutif Air Asia)
Anugerah Kembara – Shila Amzah
Lagu Terbaik – ‘Lelaki’ (Yuna) Komposer/penulis lirik Yuna




Thursday, December 5, 2013

Back to the Future!

Hey semua. Assalamualaikum. Posting kali ni bukanlah pasal "Back to the Future" yang sangat futuristic (semasa tahun ia ditayangkan) tu, tapi pasal benda lain.

Pernah tak korang berfikir, dan berimaginasi untuk masuk ke dalam sejarah, dan berada di zaman silam contohnya zaman Hang Tuah, zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Bayangkan korang dah tahu jalan cerita dan sejarah2 yang telah berlaku, dan sedang lalui benda2 tu di depan mata. Pening kan? Tapi korang faham kan maksud aku? Ahahaha.

Okay tak kelakar. Try fikir, korang berjalan dengan orang2 zaman dahulu, berborak menggunakan kata ganti diri 'hamba' dan 'tuan hamba'. Then ceritakan balik kat orang2 zaman tu, apa yang korang tahu.

Tentunya diorang akan anggap korang ni bomoh atau ahli sihir, tak pun tukang tilik ala2 gadis Gipsi. Ahahaha. Pastu time tu bolehlah kita invent idea2 yang moden, dan gunakan pada zaman tu so that orang akan anggap kau lah yang cipta peradaban baru. Wow! Ahaha.

Okaylah. Dah dekat 2.30am. Tak tahulah esok aku boleh bangun ke tidak nak ke office ni. Apa pun, luangkan masa untuk berfikir sejenak mengenai apa yang aku lemparkan menerusi perenggan di atas.

Goodnight.

:)