Friday, April 4, 2014
Jakarta Kota Indah
Sebelum ni, nama-nama besar ni cuma aku pernah dengar lagu-lagu mereka so this time, peluang aku untuk berbual dan berborak. Memang best. Kehidupan warga kota Jakarta nampak gayanya tak banyak beza berbanding kita di Malaysia tapi apa yang best adalah, berlambak-lambak shopping mall yang saiznya berkali ganda daripada Pavilion tuh.
Makanan dia boleh tahan murah. Barang-barang jualan pun sangat murah. Kami tak sempat nak shopping sakan tapi berjalan dalam ITC Kuningan tu pun buat aku letih. Terlalu banyak barang dengan harga best sampai tak tahu nak beli apa. Makanan dia pulak dah la murah, sedap-sedap pulak tu. Rasanya kalau aku menetap terus di sana, memang badan aku 10x ganda membesar daripada sekarang. Haha.
Anyway, tiga hari di sana memang tak cukup. Kepada yang berkesempatan untuk ke Jakarta, Kota Pak Jokowi tu, jangan lepaskan peluang tu sebab sangat best. Ingat tu tau. Di bawah ni ada beberapa gambar yang aku sempat upload.
Monday, January 6, 2014
Benda Pelik Ciptaan Jepun
Thursday, December 5, 2013
Back to the Future!
Hey semua. Assalamualaikum. Posting kali ni bukanlah pasal "Back to the Future" yang sangat futuristic (semasa tahun ia ditayangkan) tu, tapi pasal benda lain.
Pernah tak korang berfikir, dan berimaginasi untuk masuk ke dalam sejarah, dan berada di zaman silam contohnya zaman Hang Tuah, zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Bayangkan korang dah tahu jalan cerita dan sejarah2 yang telah berlaku, dan sedang lalui benda2 tu di depan mata. Pening kan? Tapi korang faham kan maksud aku? Ahahaha.
Okay tak kelakar. Try fikir, korang berjalan dengan orang2 zaman dahulu, berborak menggunakan kata ganti diri 'hamba' dan 'tuan hamba'. Then ceritakan balik kat orang2 zaman tu, apa yang korang tahu.
Tentunya diorang akan anggap korang ni bomoh atau ahli sihir, tak pun tukang tilik ala2 gadis Gipsi. Ahahaha. Pastu time tu bolehlah kita invent idea2 yang moden, dan gunakan pada zaman tu so that orang akan anggap kau lah yang cipta peradaban baru. Wow! Ahaha.
Okaylah. Dah dekat 2.30am. Tak tahulah esok aku boleh bangun ke tidak nak ke office ni. Apa pun, luangkan masa untuk berfikir sejenak mengenai apa yang aku lemparkan menerusi perenggan di atas.
Goodnight.
:)
Monday, September 10, 2012
Rumah Terbuka NAZA Mantop!
Aku macam biasa la, bila tiba je masa rumah terbuka, kalau boleh semua makanan nak rasa. Cuma perut cepat kenyang so aku sempat rasa beberapa makanan je antaranya Mee Kari, Nasi Lemak, Keropok Lekor, dan Apam Balik. Nasi lemak dia memang paling heaven. Orang lain makan satu scoop, aku mintak dua. Haha. Selain dari tu, ada juga buah-buahan tempat diletakkan sebagai pemanis mulut.
Majlis petang semalam yang berlangsung bermula jam 2.30 petang hingga 6.30 petang dimeriahkan lagi dengan pengacara majlis Kieran dari Hot FM, persembahan tarian dan nyanyian dari kumpulan di bawah naungan Pak Ngah, serta kemunculan Upin & Ipin.
Kat bawah ni ada beberapa gambar yang sempat aku snap. :)
Friday, September 7, 2012
NTV7 Saluran Ceria Anda Bawakan Pasangan Diraja Kepada Penonton
April 2011 lalu menyaksikan 2.3 juta rakyat Malaysia terpaku di Saluran Ceria Anda, ntv7 bagi menatap saat penting dalam pasangan idola mereka – Will dan Kate – melafazkan ikrar cinta mereka sekaligus mengakhiri zaman bujang pasangan ini. Maka tidak hairanlah lensa kamera media bakal tidak ketinggalan ini untuk merakam lawatan istimewa mereka ke Malaysia dari 13 hingga 15 September ini.
Selain daripada rancangan khas tersebut, pengikut setia Putera William dan Kate Middleton pastinya lebih teruja dengan rancangan berkaitan lain yang bakal disajikan di ntv7 termasuklah rancangan “William & Kate: A First Year Anniversary Celebration”, yang akan disiarkan pada hari pertama lawatan mereka iaitu pada 13 September, jam 8.30 malam.
Selain daripada itu, ketahui lebih lanjut mengenai Duchess of Cambridge, Kate yang dikenali dengan evolusi fesyennya, dalam rancangan “Biografi: Kate Middleton” pada 14 September, jam 8.30 malam. Penonton setia ntv7 juga akan dihiburkan dengan konsert “The Diamond Jubilee Concert 2012” pada 15 September, jam 8.30 malam.
Konsert ini diadakan bersempena sambutan Jubli Intan pemerintahan Permaisuri Elizabeth yang disemarakkan oleh bintang-bintang popular tersohor yang terdiri daripada Elton John, Tom Jones, Annie Lennox, Paul McCartney, Kylie Minogue, Sir Cliff Richard, Stevie Wonder, dan ramai lagi.
Bagi menghargai penonton setia, ntv7 yang baru sahaja meraikan ulangtahun ke-14-nya akan mengadakan peraduan “Watch & Win” Will & Kate – The Malysian Tour, di mana pemenang bertuah berpeluang memenangi hadiah menarik dengan hanya perlu menonton rangkaian rancangan istimewa berkaitan pasangan Diraja itu di ntv7.
Dalam pada itu, rancangan temubual ntv7, The Breakfast Show dan Bella juga akan meraikan lawatan pasangan romantis itu dengan menyiarkan segmen istimewa bermula 9 September. Pelbagai sudut perspektif berkaitan The Duke dan Duchess of Cambridge termasuklah evolusi fesyen Kate Middleton, kisah cinta luar biasa pasangan ini, sumbangan mereka terhadap masyarakat, soalan trivia, fakta menarik serta rentetan perkahwinan mereka, akan dibincangkan di dalam rancangan temubual tersebut.

Segmen ini juga akan memberi pandangan daripada kaca mata tempatan melalui ulasan dan soal jawab bersama orang ramai. The Breakfast Show akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 8 pagi. Rancangan temubual wanita ntv7, Bella pula bersiaran setiap Ahad, jam 1.30 petang manakala Isnin hingga Khamis pada jam 11 pagi turut tidak terlepas mengupas pelbagai isu mengenai pasangan romantis ini.
Rancangan “Nona” TV3 juga turut menyemarakkan lagi sambutan lawatan Will & Kate dengan sebuah segmen khas yang akan disiarkan pada 30 September, Ahad, jam 2 petang. Segmen ini akan membawa penonton untuk menyingkap lebih dalam tentang keanggunan fesyen Kate serta laporan mengenai kerja-kerja amal dan aktiviti-aktiviti kegemaran mereka dalam bidang sukan dan alam sekitar.
Selain dari program-program hiburan hebat tersebut, laporan berita dan perkembangan terkini akan disiarkan di dalam segmen edisi berita ntv7 termasuklah 7 Edition, Edisi 7, dan Mandarin 7, bermula 12 September ini. Komuniti Twitter di seluruh negara juga dialu-alukan menggunakan hashtag khas yang dicetuskan oleh ntv7 iaitu "#mywillnkate" - dalam semua mesej yang membincangkan mengenai lawatan Pasangan Diraja.
Sebagai menghargai lawatan itu, saluran pilihan penonton, ntv7 akan membuat kiraan detik bermula 1 September melalui inisiatif istimewa – “Will & Kate Malaysian Tour” dimana pelbagai rancangan menarik bakal disajikan sepanjang 12 hari kiraan itu.
Lawatan Pasangan Diraja ke Malaysia merupakan sesi lawatan mereka yang ke-2 selepas Singapura yang dijadualkan pada 11 - 13 September. Pasangan ini seterusnya akan berangkat ke Solomon Islands (16 - 18 September) dan Tuvalu (18 - 19 September) untuk meneruskan lawatan bersempena sambutan Jubli Intan Permaisuri Elizabeth, yang menandakan 60 tahun pemerintahan beliau sejak tahun 1952. Sebelum ini, sambutan Jubli Perak Permaisuri disambut pada tahun 1977 dan Jubli Emas pada tahun 2002 turut disambut dengan meriah.

































.png)

