Showing posts with label hotlink. Show all posts
Showing posts with label hotlink. Show all posts

Tuesday, December 24, 2013

Percutian Hujung Tahun


Ya Allah. Korang tahu tak betapa aku jeles melihat rakan-rakan yang bercuti, ambik gambar, dan post ke IG masing-masing? Itu adalah biadap ye! Aku teringin nak pergi bercuti camtu jugak tapi memandangkan kerja aku sangat padat, (deadline hari ni, sejam kemudian, start deadline baru), so tak dapatlah rasanya nak bercuti dan berlibur.

Paling best, last time aku cek jumlah baki cuti tahunan aku, ia menunjukkan jumlah yang tinggal hanyalah 2 hari dan bila aku cek semula semalam, ada 5 hari. Aik! Nak suruh aku bercuti eh? Hahahaha. Takpe, takde rezeki untuk hujung tahun ni, aku try cari masa untuk beberapa bulan lepas ni. Lagi pulak, Januari ni aku nak bayar roadtax la, hutang la. So kalau tak berjimat sekarang, maknanya aku memang mencari pasal.

Kepada kawan-kawan yang ingin, akan, dan bakal bercuti, ingat beberapa benda ni:


  1. Bawak pakaian secukupnya so nanti tak perlu berbogel atau beli baju tambahan.
  2. Beli tiket flight (kepada yang nak bercuti jauh) awal-awal so boleh dapatkan harga murah.
  3. Sentiasa cek kalau-kalau ada promosi. Tak perlu berjalan jauh, di smart phone masing-masing pun dah boleh serve laman-laman web penerbangan, dan juga penginapan. 
  4. Sertai apa-apa jua contest percuma yang memungkinkan anda untuk memenangi apa-apa hadiah percutian. Jimat tu. 
  5. Cek cuaca di tempat yang korang nak pergi bercuti tu, so kalau nak pergi bercuti ke pantai, make sure tak hujan dan ribut la. Kang, membazir.
  6. Selain cuaca, kena cek juga sama ada tempat yang korang nak pergi tu, selamat atau sedang dalam peperangan. Kalau tetiba pergi, ala-ala nak mati syahid, terserah. 
  7. Kalau nak drive, cek kondisi kenderaan yang korang akan naiki sebab dalam perjalanan, kita tak tahu apa akan jadi. 
  8. Kalau nak ke luar negara, make sure korang tahu mobile coverage yang menjimatkan. Tapi Maxis/Hotlink rasanya ada promosi dan pelan menarik. Cek disini.
  9. Bawak ubat-ubatan penting. Kalau pesakit asthma macam aku, better siapkan ubat ataupun pam tu, kalau taknak mati di tempat orang. 
  10. Duit. Takde duit, kau makan lah lebihan sisa di mana-mana tong. 
Okay kawan-kawan. Selamat bercuti. 

Tuesday, February 28, 2012

Maxis Dah Okay di Area Rumah Aku

Alhamdulillah, berjumpal (ahahahaha! berjumpal! bodoh!).. Berjumpa lagi kita kat sini.. Ok selepas pengamatan aku selama beberapa minggu ni alhamdulillah aku dapati line Maxis dalam rumah and bilik aku dah bertambah ok.. Sebelum ni kalau bukak 3G memang tak de line langsung.. Bukak EDGE pun kadang2 jadi GSM... Sedih! Tapi kini tidak lagi..



Wow! Ala2 iklan.. Padahal Maxis tak bayar aku pun.. Hahahhaa.. So sementara Maxis dah ok ni, bolehlah aku promote sikit pengalaman Internet dengan Maxis ni.. Bagi aku, Maxis memang konsisten berbanding dengan line2 lain yang ada kat Malaysia.. Aku balik Perlis pun alhamdulillah, Blackberry aku masih bernafas dan mampu tweet and update status sampai rakan2 call suruh hentikan sebab hidung dorang dah berdarah..

Dulu aku pernah guna Celcom and Digi.. Certain area je laju.. Keluar bandar sikit, terus jadi macam rusa keluar bandar.. Apa tu.. Macam salah je.. Tak kisah la.. Tapi korang faham la kan macam mana.. Ok korang tak baca.. Tak kisahlah.. Tapi line tak konsisten la senang cerita..

So to those yang nak line coverage yang stabil kat mana2 jua anda berada, beralihlah ke Maxis.. Harga pun tak mahal sangat.. And yang penting line clear.. Tahi Twitter macam aku memang kalau line Internet putus, nyawa2 ikan keli dalam tong ikan la jawapnya.. Ok kawan2.. Semoga berjumpa lagi.. Muah! (Feeling artis..)

Saturday, December 10, 2011

Hotlink #NowYouCan Bawakan Konsert People Powered Menampilkan Yuna kepada Anda!

Hola!
Ok this one best..
So nak share dengan semua orang..
Aku dah book tiket..
Tiket untuk konsert Yuna..
Virtual konsert pada 14 Disember 2011!
So jon kita cukupkan 10,000 pengguna Hotlink yang book and the concert will be unlocked!
Yeay!
Camne caranya?
Senang as easy, as Izi Haji Ali!
Bak kata Hotlink
Hotlink is bringing you the world’s 1st People Powered Concert. Be among the first in the world to watch Yuna take on the virtual stage with her new single at the first ever People Powered Concert on December 14th 2011! It only takes 10,000 Hotlink numbers to unlock the concert, so book your seats now and recruit your friends!
Mula2 masuk ke sini

Then beberapa windows macam kat bawah akan muncul dan ikot je arahan..






\So apa lagi kawan?!
Jom cepat...