Monday, February 28, 2011

In My Wishlist = 6 Pax!


Hello kawan2!
How are u?
Ok, posting kali ni pasal..
BENTUK BADAN!
Sentap!
Hahahahaha...
Bukan pasal Mr Lautner ok..

Ok, btw ni salah satu aku punya wishlist la..
Nak ada six packs!
Tapi macam mimpi je la kot..
Sebab aku gemuk sangat, dan lemak yang terkandung tak membenarkan aku menjadi tuff seperti beliau..
Hahahaha..

Kalau badan aku macam ni, mesti dosa aku lagi tinggi dari KLCC kalau disusun2..
Yela.. Asyik melakukan benda tak patut je..
Hahahaha..
Pegi pantai ke, mandi2 ke, bogel..
So, mungkin yang kat atas tau apa akan jadi kalau Dia beri badan macam ni kat aku, sebab tu Dia tak bagi..
Hehe..
Takpe, alhamdulillah..
Aku bersyukur dengan apa yang ada..

Tapi seriously, aku nak badan macam ni..
Sangat2..
Ni salah satu video yang aku ikot dalam 2,3 hari ni..
Tak dapat badan macam ni pun, at least stamina ada..
Betol tak..
Huhuhu..

So kepada yang nak bentuk badan menarik, ikot la step dalam video ni..
Aku buat pun selalu 3 set je utk setiap benda2 tu (kecuali yang guna bola)..
Kalau aku buat step ke 4, memang aku tak update blog dah pasni..
Sebab dah lumpuh..
Bhahahahaha!

Layan video ni ok kawan2.. :D

Insomnia + Gaga + Monster Look!

Ok, like seriously, i can't sleep!
4 in the morning, dan mata masih bukak klip pok klip pop!
Actually, tadi dah tertido..
Then takleh nyenyak..
Why?
Because i'm so effing hungry tadi!
Then terus drive ke Ihsana Pukom, and makan kuitiow goreng enak..

Alhamdulillah..
Kenyang.
And kejap tadi, melompat2 dari blog ke blog dan websites, i found this!
Memang oh-sam! - in her own category lah..
Hahaha..

Nak tau ape??
Ok, tgk ni..

Hahahaa!
Kau ada?
Ok ni gambar baru yang pompuan ni (Lady Gaga) tweet kat Twitter dia..
Style rambut baru dia..
Dia cakap,

“Dyed my bangs black. Its my new monsterlook. Let the mitosis of the future begin. Off to meet Judas.”

Woish..
Masalahnya, cantik ke?
HAHAHAHA..
Tak kisah la..
Yang penting dia konfiden dengan diri sendiri, tak kacau orang, dan yang PALING penting, dia glamor and got her own class in the industry..
Betul tak kawan2?

Next posting, pasal TRIP KE BROGA and ada gambar2 sikit la..
Jangan lupa baca nanti k..
:D

Nite..

Sunday, February 27, 2011

Terima Kasih Semua!

Posting kali ni special untuk followers2 aku!
Hehehe..
Thanks korang..
Korang memang COOL la..
Aku tau, blog aku ni tak HOT macam blog2 lain pun..
Ada 33 Followers je..
Tapi tu pun dah cukup buat aku terharu..
Thanks sangat2 sebab follow aku..
Sebab korang, aku lagi semangat nak update posting2 terbaru..
:D

Jambang: OK ke Tak OK?

Hello kawan2!
Ok, posting kali ni pasal jambang..
J.A.M.B.A.N.G ok, bukan J.A.M.B.A.N..
Hehehe..
Ok, tak semua orang memiliki anugerah (wow!) yang diberi Ilahi ni..
Macam aku, alhamdulillah, aku bersyukur sebab dapat tumbuh bulu muka ni..
Maybe sebab aku punya darah campuran Melayu + Cina + Mamak ni menyebabkan aku jadi seorang makhluk yang KULIT SAWO MATANG + MATA SEPET + BERBULU!
Hahahaha..
Orang cakap nampak manly..
Wallahualam la kan..
Ada orang suka, dan ada yang tak suka..

Masalah bila ada jambang is, kalau tak cukup seminggu, aku akan secara automatik berubah menjadi Santa Claus!
Hahahaha..
Sebab if aku shave pagi pun, petang dah naik hijau2 balik dah..
Best dapat gesel2..
Tapi tu la, seminggu sekali, or dua minggu sekali kena tukat shaver..

Sekarang ni, jadi trend orang simpan jambang and buat style..
Aku pun salah seorang jugak..
Taknak ketinggalan la kata orang..
Ada sesetengah orang tak boleh terima jambang sampai sanggup makan pil hormon!
Ops!
Hahahaha..

Tak kisah la..
Setiap orang ada pendapat masing2..
Bagi aku, jambang is a good thing yang ada kat muka aku..
And aku bangga dilahirkan dengan anugerah ni..
Hahahaha..

Tunggu next posting ok..
:D

Saturday, February 26, 2011

Persoalan + Kerinduan

Hello semua!
Korang tgk Mentor 5 tak?


Hahahaha..
Ramai kawan2 cakap2 pasal Mentor 5 tu..
Tambah2 lepas muka aku keluar Melodi time audition..
Malu + seronok gak..
Tapi free je aku kena carut dengan lecturer..
Hahahaha..
Tak pe la..
Tak semua orang boleh terima benda yang kita suka..
Semua orang ada hak untuk mengkritik..
Betul tak?


Memang aku minat muzik..
Selalu hayat masih dikandung badan, aku akan tetap terus menyanyi..
Biar la orang nak cakap aku syok sendiri ke, ape ke..
Yang penting, aku buat benda yang aku minat..
And paling penting sekali, masyuuuuuukkkk~
Hahahahaha..
Sapa nak bagi duit free2 kat ko..
At least aku gi nyanyi2 kat event2 kecik pun, dpt gak duit..
Boleh tanggung hidup..

Btw, ramai gak yang tanya pasal One in a Million..

Aku cakap, mana la aku tau..
Bukannya aku Executive Producer rancangan reality tu..
Nampaknya ramai yang masih ingat rancangan tu kan, walaupun dah 2 tahun takde..
Urm..
Cakap pasal OIAM, aku rindu time2 tu..
:(

Mungkin takkan dapat merasa benda2 tu lagi dah.. kot..
Ingat tak posting aku dulu?

==> Kenangan OIAM. Top 40! <==

Rindunye tima ni..
Urm..
Takpe la..
Untuk itu, jom layan video ni..
Takde kena mengena dengan aku pun..
Hahaha..

One in a Million (Ne Yo) - Covered by Rizu OIAM 3.



Oh-sam kan suara budak kecik ni?!
:D

Tua Ganyut Jadi Justin Bibir??

Hahahaha!
Tak tau nak kategorikan uncle-uncle ni sebagai apa..
Kalau dalam bahasa sopan dia, maybe Kurang Kesedaran Diri kot..
Hahahaha..
Tak tau la apa korang rasa lepas tengok gelagat uncle-uncle ni..
Tapi bagi aku, ianya adalah cool..
Tapi ada sesetengah perlakuan diorang boleh buat kita muntah, bukan setakat muntah keluar darah, tapi siap keluar jantung, ikan kaloi, siap keluar pokok kacang ikut mulut..
Hahahaha..
Sebelum layan video-video tu, apa kata tengok gambar ni, dan tgk first impression korang..
Ready?
Nah!
Ok tu baru satu..
Nah lagi satu!
Cewah!
Hahaha..
Saja nak bagi suspen je..

Ok layan video ni..

First, nak kasi korang layan California Gurls dulu..
Jangan gelak!
Sape gelak kena babab!
Hahahahahaha!
Nah!



ok, puas?
Now, terima la the second one..
Still tak boleh gelak tau!
HAHAHAHA!

Love The Way You Lie pulak..!



Ok, ni paling best!!
Starting dia...
Bhahahahahaha!!!
Memang uncle ni kalau masuk Raja Lawak, boleh menang..!
Baby pulak kali ni..
Layan!



Korang gelak tak?
Mesti la tak kan?
Bhahahahahahahaha!

Sebenarnya banyak lagi video-video parody yang disediakan oleh uncle-uncle ni untuk tatapan gila..
So, kepada yang nak tgk lagi video-video tu semua, klik link di bawah..

UNTUK LEBIH BANYAK HIBURAN, KLIK SINI!

Friday, February 25, 2011

Bakal Pelajar Akademi Fantasia (AF9)

Aku rasa one day budak ni akan lebih popular dari pelajar2 lain..
Sebab dekat Facebook, dah dua tiga hari nampak video ni..
Memang salute la budak ni..
Sebab berani letak video dia..
Tapi aku sedikit sangsi..
Tak sure dia memang betol2 pelat or saja buat2 nak kasi nampak comel..
Takpe, korang layan je video kat bawah ni..



So apa pendapat korang?

Cara Menyebut Yahoo! Dengan Betul

Ok, aku baru dapat benda ni..
Hahaha..
Memang tak pernah terfikir gak la ye..

Sebelum ni korang sebut Yahoo! camne?
Kalau aku, selalu aku sebut "ya" "huu" camtu je la..
Ni lepas baca ada statement bagitau camne nak sebut Yahoo! dengan betul, baru aku try..
And rupanya bunyi dia agak seram..
Korang tak caye, boleh try sendiri..

Bukak website Yahoo! or click logo Yahoo! kat bawah ni..

Bila dah keluar website Yahoo! tu, click kat titik di bawah tanda seru perkataan Yahoo! tu macam di bawah ni..

and ada bunyi Yahoooooo! yang akan keluar..
Try la..
hahahaha..

:D

Thursday, February 24, 2011

I Am Number.. 1, 2, 3, 4.. Number 4!

Hello kawan2..!
Petang2 camni buat ape ek?
Huhuhu..
Tadi keluar berehat sebentar bersama ex aku..
I mean, ex-roomate..
Hehehe..

Keluar ke Sunway Pyramid je..
Makan, then tengok movie..
Thank to Mr Potter sebab belanja movie tadi..
And the movie sangat-sangat oh-sam!!!!
Siyes shit, ianya amat hebat..

I Am Number 4 is the title..
Korang memang patut menonton this movie..
The main character - Alex Pettyfer (nak kata hero, tak berapa nak hero sangat la..) is soooooo effing HOT..
And the main girl dalam that movie dilakonkan oleh Teresa Palmer or Quinn dalam siri Glee is sooooooooo effing HOT jugak..

Ni trailer untuk movie tu..



Alright, jalan cerita dia at the beginning agak suspen.. Sebab dia tunjuk, makhluk apa ntah menyerang seorang budak and bapak dia dalam hutan..
Ok, main character is John (Pettyfer) yang mana seorang anak kepada alien yang melarikan diri dari planet diorang.. Dia lari datang ke bumi dengan bodyguard dia, Henri and diorang terpaksa berlakon sebagai anak beranak untuk menyelamatkan diri dari diburu oleh puak Mog..
John ni mulanya nama dia Daniel, tapi disebabkan dia dengan Henri terpaksa berpindah randah untuk mengelakkan dikesan oleh Mog, so, dia kena selalu tukar identity..
One time tu, bila dah berpindah ke satu tempat baru called Paradise (a small town in Ohio kalau tak silap), John masuk ke sekolah baru and kenal dengan Sarah (Palmer) and ter-fall in love la kata orang.. Cerita ni ada aksi + sweet + family + teenage world.. So, macam2 diorang kena lalui untuk kalahkan puak Mog yang muka macam ikan keli pun ada aku tgk.. hahaha..

Alright, bawah ni ada gambar sikit dari sedutan filem tersebut..





ok kawan2..
Kalau ada masa, layan movie tu..
Best..
Bubye..
:D

Semangat = Spirit = Esprit = Geist = Seishin


Kenal ke?
Hahahaha!
Mesti korang tak kenal kan..?
Ni lagi seorang bintang Idol yang aku suka..
Dia ni Juara Indonesian Idol 2010..
Aku ikut perkembangan dia dari start audition lagi..
Tak sangka budak ni akan menang..
Btw, nama dia.. Jap.. Panjang tau..
Skolastika Citra Kirana Wulan..
Kalau dalam name tag sekolah, kena tambah extension kot..
hahaha..
Nama timangan dia, Citra..

Aku suka tone suara dia..
Unik..
Tak banyak orang dpt anugerah dari Maha Esa untuk dapat nyanyi lagu2 jazz dengan baik..
And lagu2 berentak jazz adalah makanan bagi budak ni..

Jom layan video time Grand Final Indonesian Idol 2010..
Lagu ni lagu lama, tapi dah dibarukan..
And jadi sangat catchy!
layannn..



sedap kan..?

Ok, tu time dia menang..
Jom kita tengok video audition dia pulak..
Aku try cari video 1st audition dia, time tunjuk dia kat umah pakai kebaya putih siram bunga..
Tapi tak jumpa..
Ni video masa kat Top 24 kalau tak silap..
Layan je k..



Sedikit gugup kan..
Tapi ok la..
Yang penting dia dah menang..
:D

Hold It Against Me!

He is soooooo talented!
Yeah! He..
I mean, he..
A real HE..
hahahaha..

His name is Alex Goot..
Dia main semua instruments dalam this Britney's Hold It Against Me cover version..
WOW!
Sangat oh-sam!!!
Kan???
Layan video klip ni..



Best kan?
Kan kan kan??

:D

Kim Kardashian Impersonator Ada Di Mana-mana!

Morning semua!
Alright, sebagai sarapan pagi ni, jom kita tengok story pasal Kim Kardashian..
Yeah Yeah Yeah!!
Aku tau dia HOT nak mampos!
Walaupun without make-up like this!


Wooooooooooooooooo!!!

Kesian gak ye cerita si Kimmy K ni sebab account Twitter dia kena hack and dia takleh nak connect dgn fans dia la..
Paling tak tahan, Kimmy siap hantar S.O.S. kat Twitter mintak password dia balik..
Now dah boleh connect balik dah account Twitter dia..
So that, micro-blogging dia masih berjalan lancar..
Huhuhu..

Now nak cerita pasal her impersonator..
Melambak2 ye..
Salah sorang is Melissa Molinaro..
She's cute jugak..
Cuba tgk video ni..



Macam Kimmy kan..
Btw, memang Old Navy Records takkan ambik a real Kimmy pun untuk jadi spokewoman diorang..
So, diorang ambik pompuan ni lah..
Huhuhu..

Ni ada lagi satu video Melissa ni..
Tapi ni as "Beyonce in Crazy in Love" la pulak..
Video ni time adalah masa the 28-year-old Canadian Molinaro's been a finalist on the reality competition "Pussycat Dolls Present: The Search For the Next Doll"..



So, layan la video2 ni sebagai sarapan pagi korang..
:D

Wednesday, February 23, 2011

Memang LAYAK-lah Muka Kau! Don't Mess With Angry Woman!

Cerita ni tak sepatutnya dijadikan bahan ketawa..
Tapi bila sekali baca, ada la jugak sekali dua aku tersengin sorang2..
Yang dah mati, memang dah tak boleh buat apa..
Yang masih hidup, teruskan kehidupan..

Tak tau nak kesian ke tak..
Ok, kalau korang, seorang peragut mati dilanggar oleh mangsa ragut yang dirahut oleh peragut tersebut..
Drama kan..?
Tapi tu la apa yang jadi kat Ampang baru-baru ni..

Seorang wanita berkerjaya sebagai seorang arkitek menjadi mangsa ragut dan sekaligus berjaya membunuh peragut tersebut..
Tak sure patut ucapkan tahniah or apa..
Tapi memang berani la..

Macam aku cakap, DON'T MESS WITH ANGRY WOMAN or anda akan mati..
hehehe..
"Menurut laporan The Malay Mail, dua orang peragut ini meragut beg tangan yang diletakkan didalam kereta Toyota Vios milik seorang arkitek wanita yang tinggal di Taman Megajaya. Pergelutan berlaku dan mangsa ditendang oleh suspek. Si mangsa tak puas hati lalu mengejar peragut yang melarikan diri dengan menaiki motor. Kejar punya kejar si peragut panik sehingga termasuk jalan mati. Ketika cuba melarikan diri motor saspek berlanggar secara berdepan dengan kerata magsa ragutan mereka," menurut kata-kata teman blog di Blogserius la..

So, memang perempuan tu melakukan tindakan yang berani dan betul la sebab dia nak ambik balik barang dia..
Bagi aku tak salah..
Tapi dengar2 cerita perempuan itu akan didakwa atas kesalahan MEMBUNUH DENGAN MEMANDU SECARA MERBAHAYA..
Perlu ke?
Aku rasa dia tak salah..
Tak tau la..
Aku bukan pandai sangat bab undang2 ni..
Kang salah cakap pulak..

Ni ada sedikit gambar..



ni motor si peragut and VIOS hitam tu, kereta mangsa ragut..

ni mangsa.. eh, peragut yang mati..

Serpihan daging kaler kuning ni dikatakan sebahagian telur (testikal) peragut.. kesian..


gambar-gambar, credit kepada Blogserius.

GAMBAR YANG LEBIH MENCABAR MINDA, KLIK SINI!

Budak dengan CGPA 1.2 Dimalukan Ibu Di Tepi Jalan

ok, citer ni nak kata kelakar, kelakar jugak..
nak kata kesian kat budak tu, kesian jugak..
hahahaha..
tapi bila fikir2 balik, memang patut mak dia buat camtu..
si ibu, Ronda Holder (33) marah gile2 dengan anak dia..
dari 6 orang anak2 dia, anak dia yang sorang ni James Mond III (15) paling selalu fail delam test and exam..
yang tak tahan, alasan anak dia, memang takleh pakai..

Ronda buat macam ni untuk motivate si James ni..
Memang patut la..
Dia ckp, dia taknak anak dia jadi pemintak sedekah..
Sebab tu dia nak anak dia faham kepentingan pelajaran..

kat Malaysia, ada tak kejadian camni..
Kalau dah sampai 1.2, mak mana tak marah kan..
Duit dah habis banyak, tetiba study lingkup..
Ni ada video..



So, camne?
Korang gelak ke, simpati?
:D

Wallet Hilang Selama 40 Tahun?



cuba bayangkan wallet korang hilang selama 40 tahun..
Ni la apa yang terjadi kepada uncle ni..
cuba click PLAY kat video tu..

Memang tragik cerita dia..
and sweet.. hehe..

layan~

OMFG!


OK she's HOT!!!

First time tgk, macam .. wow~!

Kebosanan + Video Potong K***k

Baiklah..
Honestly, aku bosan..
Tetiba tergerak hati nak bukak blog ni..
So, mari update..
Apa benda best nak di buat kalau bosan..
Kalau nak karaoke best gak, tapi takde kaki sekarang..
Kalau ada, memang dah tak kat umah dah..

Pastu jalan2 kat blog2 kawan2..
Sekali terjumpa video ni..
Aku tgk pun ngilu..
Tapi layan je..
Sapa yang tahan ngilu, sila klik play..
Yang tak tahan, sila jangan..
Aku taknak korang terkencing dalam seluar..
Hahaha..

Layan kawan2..



So, camne?
Ngilu tak?
HEHEHE.