Saturday, June 9, 2012

Opening EURO 2012 di Sri Pentas

Media Prima seperti yang semua sedia maklum merupakan salah satu organisasi penyiaran terbesar di Malaysia kan. So sempena dengan EURO 2012 ni, Media Prima turut menyediakan beberapa aktiviti menarik untuk para peminat sukan bola sepak di Malaysia.

Sempena acara sukan bertaraf dunia yang diadakan setiap empat tahun ini mereka telah mengadakan acara pembukaan dengan pelbagai aktiviti berkaitan sukan bola sepak. Acara yang telah bermula sejak jam 8 malam tadi menarik minat ramai peminat sukan ini dan orang ramai mula berpusu-pusu masuk ke kawasan Sri Pentas seawal jam 7 petang lagi. Hebat penangan sukan bola sepak kan?

Antara aktiviti menarik yang diadakan sepanjang malam tadi sebelum bermula perlawanan pertama adalah seperti gerai jualan dari penaja rasmi Coca Cola, Nestle, Mr Potato dan beberapa lagi gerai lain. Aktiviti menarik yang lain adalah seperti persembahan pentas yang antaranya nyanyian dari peserta Mentor 6, persembahan gendang dan dram serta tarian.

Selain dari itu ada juga permainan lain seperti kuiz dan juga cabutan bertuah. Grand prize dia memang hebat iaitu dua tiket ke perlawanan akhir EURO 2012 di Poland! Haaaa. Rugi kepada yang tak datang tadi. Ok kat bawah ni ada beberapa gambar yang aku sempat snap tadi. :)

Wednesday, June 6, 2012

Sinar Eurock Soccer With Canon

Demam Euro bakal menggegarkan kita semua!! Pastikan anda hadir bagi memeriahkan majlis Sinar Eurock Soccer bersama Canon. Ajaklah seramai mungkin rakan-rakan terdekat untuk menyaksikan majlis gilang gemilang ini dengan penganugerahan Canon Hero Bola bagi 12 percalonan pemain bolasepak terbaik negara. Mereka bakal hadir pada acara kemuncak ini kelak!

Monday, June 4, 2012

Karaoke Hoore Hoore!

Salam semua! Ok kali ni aku perlukan bantuan kalian ye kawan-kawan! Hehe. Aku nak mintak tolong korang bukak laman web Mylaunchpad ni dan kemudian klik LIKE di video aku. Disini aku kepilkan bersama dengan gambar laman web yang di-printscreen.



Tolong ye kawan-kawan.. And kat bawah ni ada la video aku. Hehehe. Layan.



HTC Explorer Untuk Dijual

Hola! Kepada sesiapa yang inginkan sebuah telefon bimbit android, dan boleh snap gambar untuk Instagram (cewah!), anda boleh hubungi saya. Iklan ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak. Tapi aku sedang dalam proses dan menjual salah satu telefon bimbit aku, HTC Explorer yang sangat baru sebab aku belum sempat gunakan lagi. SIM card pun aku belum masukkan so sangat baru ye. Bau kedai lagi. Details adalah seperti di bawah.

Telefon BARU dan BELUM DIGUNAKAN. Semuanya masih dalam keadaan baru. SIM card
juga belum dimasukkan. Set ini adalah ORIGINAL. Bukan telefon bimbit dari
China.





Spesifikasi:
Mode
: A310e
CPU Speed: 600MHz
Platform: Android with HTC Sense
Memory: Total Storage - 512MB
: Available Storage - up to 90MB
: RAM - 512MB
Size/weight: 102.8x57.2x12.9mm / 108g
Display: 3.2-inch touch screen
GPS: Internal GPS antenna
Network: HSDPA/WCDMA (900/2100MHz)
: GSM/GPRS/EDGE
Connectivity: 3.5mm stereo audio jack
: Bluetooth 3.0 with A2DP/PBAP
: WiFi - IEEE 802.11 b/g/n
: Standard micro-USB
Camera: 3MP color camera
Expansion Slot: MicroSD Card

Zulfahmi Optimis Di Catalunya

Perlumbaan kelima MotoGP yang bakal berlangsung di Litar Catalunya hujung minggu ini dilihat mampu memberi kelebihan buat pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin. Zulfahmi yang berada di tangga kesembilan pada ketika ini mampu berada di kedudukan podium selepas mencatatkan prestasi terbaiknya di Litar Estoril pada 6 Mei yang lepas.

Keupayaan beliau menempatkan diri di kalangan pelumba barisan hadapan pada perlumbaan MotoGP ketiga di Estoril dengan menduduki tempat keempat sekaligus mengutip 13 mata nyata telah membuka lembaran baru dalam sejarah perlumbaan MotoGP buat Malaysia. Walaupun tidak berjaya menamatkan perlumbaan di Le Mans pada 20 Mei yang lalu, beliau tetap optimis akan mengulangi kejayaannya seperti di Estoril.

“Sekiranya keadaan litar di Catalunya baik dan jentera saya tidak menghadapi sebarang masalah, saya yakin akan menamatkan perlumbaan pada hujung minggu ini dengan baik dan tidak mengecewakan rakyat Malaysia,” katanya.

Selepas berehat hampir seminggu, Zulfahmi yang telah mengumpul 29 mata sepanjang empat perlumbaan MotoGP musim ini akan berlumba di Catalunya dan membawa harapan rakyat Malaysia yang ingin melihatnya menjejakkan kaki ke podium.

Gambar: SIC

Saturday, June 2, 2012

Guardian "Ayahku Hebat!" 2012

Hari ni Guardian telah menganjurkan acara "Ayahku Hebat!" 2012 bertempat di North Entrance Alamanda Putrajaya. Ramai ayah-ayah yang datang dan sambutan nampaknya amat menggalakkan sebab seawal jam 8.00 pagi lagi orang ramai dah mula berada di sini. Pelancaran pula baru berlangsung dalam 10 minit yang lalu.

Acara ini diadakan tentunya bagi menyempurnakan sambutan Hari Bapa dan sekaligus memberi penghargaan kepada pelanggan Guardian yang bergelar bapa. Banyak aktiviti dan permainan diadakan bukan sahaja untuk bapa tetapi juga untuk kanak-kanak.

So kepada yang berada di Putrajaya atau kawasan berhampiran, luangkan masa hari Sabtu anda hari ni dengan membuat lawatan ke Alamanda sebab mana tahu banyak hadiah akan jadi milik anda. Goodies bag aku pun dah penuh dan sarat.

Kat bawah ni aku share sikit gambar sepanjang acara raikan ayah ni. :)







Sent from my iPad

Friday, June 1, 2012

London The Summer Musical - The Show

Semalam merupakan persembahan pertama yang juga pembukaan untuk London The Summer Musical (LTSM). Siapa yang masih ingat posting aku yang dulu London The Summer Musical di Sunway Lagoon Jun Ini, mungkin korang akan ada sedikit idea mengenai show ini. Teater muzikal ini memang best ye! Compare dengan tahun lepas punya semasa aku menonton Mamma Mia, dah la pelakon-pelakon tua tapi untuk LTSM ini lebih menarik, bukan sahaja dengan lagu-lagu yang didendangkan pada setiap babak yang mesra telinga, tetapi juga disebabkan aktor dan aktres yang hebat-hebat, muda, dan elok! Haha..

Penari-penari pula tahun ini kebanyakannya diimport dari Filipina, Thailand, dan ada beberapa negara lain. Kebanyakan dari mereka adalah profesional so ke-profesional-an mereka akan memastikan semua step tarian dan babak dalam muzikal ini berjalan dengan lancar.

Untuk pelakon dan watak pula, watak utama wanita, Penny merupakan pilihan aku. Suara dia sedap gila dan membuat aku rasa seperti menonton persembahan Rachel Berry dari Glee secara live! Hebat kan?! Hehe. Ok kat bawah ni ada beberapa gambar yang aku sempat snap sebelum, semasa, dan penutup persembahan. Layan!