Model Captiva turbo-diesel itu dianugerahkan anugerah tersebut kerana beberapa faktor seperti ruang dalaman, enjin, spesifikasi pemanduan, ciri keselamatan, harga dan segalanya yang membuatkan jentera ini berbaloi dimiliki oleh para pelanggan.
Sebelum ini, Captiva pernah dianugerahkan sebagai model SUV/Crossover terbaik di Shell C-Power Autoworld Car of the Year Awards 2011 menerusi penggayaan rekaan yang diinspirasikan dengan gata Eropah serta pemanduan dinamik yang mengagumkan.
Model SUV itu pertama kali diperkenalkan di pasaran Malaysia pada 2007 dan terus melonjak naik berada di kedudukan teratas dalam carta jualan SUV utama. Menurut Pengerusi Eksekutif Bersama NAZA Group of Companies, Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, selepas beberapa tahun dan melalui beberapa revolusi, Captiva yang menampilkan rekaan sofistikated, digabungkan dengan versatiliti, keselesaan, ciri keselamatan, dan kemampuan pemanduan hebat, model ini terus menerus menarik perhatian rakyat Malaysia dan menjadi kenderaan pilihan buat seisi keluarga.
No comments:
Post a Comment