Thursday, July 18, 2013

Setahun Abah Pergi....

Assalamualaikum. Posting malam ni lebih kepada emosi dan perasaan aku sikit. Mungkin lewat sikit. Tapi takpe. Tadi busy dengan kerja.

Hari ni, 18 Julai, maka genaplah setahun Abah pergi tinggalkan aku dan keluarga. Sekejap je. Dah setahun.

Tahun ni, Ramadhan dan Syawal kedua tanpa Abah. Suasana berbeza. Sebelum2 ni kalau nak dekat Raya, selain Mak, Abah antara yang paling ambik berat pasal persiapan Raya kami satu family.

Selalunya dia akan call tanya nak balik bila, duit ada lagi ke tak, baju Melayu nak beli sendiri atau beli kat Perlis. Tu semua antara soalan yang akan Abah tanya setiap kali dia call.

Abah. Kami semua rindukan Abah. Sangat2 rindukan Abah. Setahun ni, macam2 jadi. Ada yang baik dan ada yang tak baik. Abah, abang dah ada kereta sendiri. Abang dah pandai susun duit supaya cukup setiap bulan.

Abah, Wan dah kahwin. Meriah. Kalau Abah ada masa kenduri hari tu mesti lagi syok. Ramai. Tapi rasa kosong jugak sebab Abah takdak.

Abah, hari tu lepas kenduri, Mak punya handbag kena curi. Ada duit RM800 lebih dalam tu. dia nak bayaq duit kereta. Mak kata, duit boleh cari balik tapi ada benda yang dia paling sayang dalam beg tu. dalam tu ada gambaq Abah. Lama abang tak tengok Mak keluaq ayaq mata.

Abah, Dik Wan masuk darjah 1 dah. Dah besaq dah. Tapi perangai budak2 dia macam besa la.

Abah, hari tu malam pertama terawikh, abang pi masjid. Terbayang dok nampak ja Abah. Teringat dulu kalau kat rumah, nampak Abah balik dari terawikh naik motor.

Abah, abang rindu Abah. Mak rindu Abah. Adik2 semua rindu Abah. Tok, makcik, Along semua rindu Abah.

Abang doakan Abah tenang di sana. Moga doa2 kami di sini, sampai kat Abah. Abang rindu Abah sangat2. :'(

"Abang kalau nak simpan duit, jangan sampai tak makan. Ingat tu."

Abang ingat tu sampai bila2 Abah. Sekali lagi, abang rindu Abah.

Al-Fatihah.

Jefri bin Hashim
2 September 1965 - 18 Julai 2012.

:'(

2 comments:

Blog Eazy Izzuddin said...

sebaya dengan my mom ...
AlFatihah ..
semoga tabah ye awk :')

ietah said...

Alfatihah tuk arwah