Showing posts with label maskulin. Show all posts
Showing posts with label maskulin. Show all posts

Thursday, June 13, 2013

Pencarian Lelaki MASKULIN 2013/14 Kembali!

Kembali mencari mereka yang ingin melangkah lebih jauh dalam bidang peragaan, kecergasan, dan gayahidup, program realiti Pencarian Lelaki MASKULIN (PLM) 2013/14 kembali menemui anda.

Walaupun MASKULIN dah takde kena mengena dengan aku, promosi terap aku jalankan. Haha.

Kepada kawan-kawan yang tough, kacak, dan berketinggian lebih dari aku (174cm keatas), apa kata korang dapatkan majalah MASKULIN dan isi borang PLM tu then hantarkan ke alamat yang tertera.

Mana tahu rezeki korang, boleh dapat pergi lebih jauh dan jangan lupa mengenai tawaran hadiah menarik. Make sure cukup umur ok.

Ps: Kalau boleh, taknak yang adik-adik cover dan feeling okay! :)

Saturday, January 19, 2013

Lima Jelitawan di MASKULIN keluaran Februari 2013?

Dah setel upload video ni time workout tadi. Sambil workout sambil upload bendalah ni. Kualiti 720 je sbb nak upload 1080 mungkin minggu depan setel la kot. Record guna iPad aku je ni and edit pun guna iMovie je kat iPad aku tu.

Siapa lima jelitawan itu? Kena teruskan menonton and kalau nak tahu pengalaman mereka dalam bercinta, kena dapatkan segera MASKULIN isu Februari sekarang. Dah ada kat kedai. :)

Wednesday, January 16, 2013

Anuar Zain Hiasi MASKULIN Isu Februari 2013

Anuar Zain? Yeap! Untuk isu Februari akan datang, Anuar Zain adalah penghias muka hadapan. Kenapa? Sebab dia still punya aura tersendiri walaupun usia telah menjangkau ke 40-an and pada masa yang sama menjadi artis idola aku dari kecil sampai sekarang. Haha.

Sehubungan dengan itu juga (muntah ayat skema!), dengan munculnya Abang Nuar di muka hadapan MASKULIN, sekaligus mempromosikan konsert 3 dekadnya pada bulan Februari.


Dapatkan isu Februari dengan kadar segera k. Rasanya dah ada kot di kedai2 berhampiran anda. Sekian. :)

Thursday, December 6, 2012

MASKULIN Isu Disember di Pasaran!

MASKULIN kembali lagi dengan isu Disember 2012. Penghias muka hadapannya, Dazrin Kamarudin dari drama bersiri, Adam dan Hawa. Jangan lupa dapatkan segera di pasaran. Banyak topik hot untuk lelaki dan juga contest yang menawarkan hadiah menarik! :)


Video promo isu Disember 2012.


LIKE Facebook MASKULIN di SINI
Follow Twitter MASKULIN di SINI

Monday, November 12, 2012

VLOG - MASKULIN Get Sweat Futsal Challenge

Percubaan pertama. Akhirnya! Haha. Ok untuk event hari Sabtu lepas. Layan ok. :)

Saturday, April 28, 2012

MASKULIN Isu Mei 2012

Untuk isu Mei 2012 MASKULIN kembali lagi dengan penghias muka hadapan, Stephen Rahman Hughes.. Kini berada di pasaran dan anda boleh dapatkan segera..

Saturday, March 24, 2012

Rizal Tisin Hiasi Muka Depan MASKULIN Isu April 2012


Hola! Mungkin ramai yang tidak mengenali jejaka bernama Rizal Tisin ini tetapi dialah yang bakal menghiasi majalah MASKULIN untuk isu April ini. Dia bukan artis, atau ahli politik tetapi dia adalah jaguh. Jaguh apa? Kenalah beli dan baca.. 

Isu kali ini kami ketengahkan pasal lelaki dan cabaran.. Memang sinonim kedua-duanya kan.. So kepada mereka yang sukakan cabaran, inginkan bahan bacaan lasak, mahu tips menarik mengenai bagaimana menempuh cabaran, jangan lupa dapatkan MASKULIN isu April 2012 yang kini telah berada di pasaran..

:)

Friday, February 17, 2012

The Malaysia Ranger Challenge Untuk Anda Kaki Lasak

Sekarang dah jadi macam trend dah untuk wujudnya sukan2 lasak kat Malaysia ni.. Aku yang reporter ni pun memang enjoy bila buat write up pasal sukan or aktiviti lasak.. So aku pegang column XTVT tu dengan penuh keseronokan dan enjoy tanpa rasa stress.. Alang2 menulis, aku dapat try aktiviti2 tu jugak..

Salah satu program contest yang menarik perhatian aku is 'The Malaysia Ranger Challenge' ni anjuran Ford Malaysia.. Dorang buat contest cabaran lasak ni untuk penggemar2 Ford Ranger.. Dengan menyertai cabaran ni, anda mungkin berpeluang untuk memenangi sebuah Ford Ranger XLT baru! Wow! Sangat elok ye model baru ni! Orgasm tengok! Hehehe.. :D




Ok untuk sertai contest ni is sangat mudah ok.. Anda just perlu buat sedikit short essay pasal apa yang anda boleh buat dengan Ford Ranger ni.. Macam2 tau anda boleh  buat sebenarnya.. Contohnya tulis essay pasal cabaran anda menarik kenderaan lain dengan berat sehingga 3 tan menggunakan Ford Ranger ke, atau tulis mengenai keselesaan berkhemah dalam Ranger selama 2 hari ke, or maybe anda off-road naik kereta hebat ni ke.. Tak kisah pasal apa pun janji ia mencabar..



Kalau nak lagi sedap lagi, anda boleh snap and sertakan gambar.. Baru nampak gambaran sikit.. Kalau malas sangat nak menulis, anda boleh record video and buat macam short film.. Lagi nampak real tapi nak edit tu, rajin ke? Hehehe.. And yang penting, untuk join tak semestinya perlu ada sebijik kereta ni.. Anda mungkin boleh pinjam.. Apa yang penting  (lagi!) anda mestilah berusia 21 tahun ke atas dan punya lesen memandu sendiri..

Syarat2 penyertaan lain anda boleh klik di SINI and baca kat SINI.. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Mac 2012.. So kepada kaki2 aktiviti lasak yang inginkan habuan hebat, jangan lengah2 kan masa lagi.. Ada lagi 44 hari sebelum tarikh tutup.. Cepat! :)

Thursday, February 16, 2012

MASKULIN Isu Mac 2012 Kini Di Pasaran!


MASKULIN isu Mac 2012 kini di pasaran... Dapatkan segera untuk pelbagai info dan maklumat menarik.. Antara yang terhangat minggu ini:

  • 30 Bentuk Tubuh Muscular
  • Benarkah Wanita Berusia Lebih Memuaskan?
  • Bangkitkan Ghairah Seks Dengan Senaman
  • Bahaya Batuk Berkahak
  • Dan pelbagai hadiah menarik menanti anda seperti hamper daripada VASELINE, barangan filem BUNOHAN, dan banyak lagi!


Saturday, January 21, 2012

MASKULIN Isu Februari Kini di Pasaran!

Hola!



MASKULIN isu Februari 2012 kini di pasaran..
Dengan konsep baru lebih ceria, MASKULIN berikan lebih info menarik buat pembaca..
Tema isu kali ni ialah CINTA bersesuaian dengan bulan Februari sebagai bulan CINTA..
Abg Aaron pun berkongsi cerita cinta beliau dan isteri..
Dapatkan segera sebelum kehabisan!
:)

Tuesday, January 17, 2012

Karnival Karangkraf 2012 Kembali!



Mungkin ramai yang tak perasan..
Karnival Karangkraf 2012 kembali!
Woah!!
Hahahaha..
Before this nama karnival ni is Karnival Buku Karangkraf tapi tahun ni, ditukar kepada Karnival Karangkraf 2012..
Untuk tarik lebih ramai pengunjung la..
Macam2 aktiviti akan diadakan sepanjang acara yang bakal berlangsung selama 3 hari berturut-turut tu..
Karnival ini akan diadakan pada:

Tarikh: 27, 28, dan 29 Januari 2012 (Jumaat, Sabtu, dan Ahad)
Masa: 9 pagi - 9 malam
Tempat: Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam

Booth2 dari setiap majalah pun akan ada aktiviti menarik untuk pengunjung dan pembaca..
Hadiah2 jangan tanya lah, memang banyak..
Hari Sabtu akan ada konsert Media Hiburan yang akan menampilkan artis-artis hebat tanahair.
Paling best, mestilah booth MASKULIN kan..
Hahaha..
Aku dah gigih ye jemput skyrunner dan muaythai untuk buat demo..
Skyrunner pada hari Jumaat petang, and muaythai pada Ahad petang..
So jangan tak datang je rakan-rakan..
Datanglah memeriahkan suasana..

:)

Monday, November 21, 2011

Akhirnya Dah Confirm!

Akhirnya!
Kini pasti ku merasai cinta nan suci..
Hahaha..
Tetiba nyanyi lagu lagu Anita Sarawak pulak kan..
Hahaha..
Alhamdulillah tadi editor aku panggil pegi kat tempat dia..
Ingatkan ada apa..
Tetiba dia kasi surat..
Aku ingat surat amaran ke, ape ke..
Rupanya..
Jeng jeng jeng!



Surat confirm...
Yeay!
Tak sampai 5 bulan dah confirm..
Alhamdulillah..
Syukur..
Gaji pun naik lah sikit..
Hehehe..

Monday, October 31, 2011

Lif Baru!

Hahahaha!
Agak jakun ye..
Tapi bukan apa..
Lama tak naik lif..
So bila lif dah ok, aku, Kak Aya, Shamil dengan Wan rasmi dulu!



k bye! :)

Sunday, October 23, 2011

Volkswagen Media Trip to Penang



Memang seperti dijangka, trip ke Penang bersama Volkswagen hari tu adalah sangat best! Kami para peserta yang terdiri daripada wakil media berpeluang merasai nikmat pemanduan ketiga-tiga model terbaru dari Volkswagen - Passat, Jetta, dan Cross Tauran.. Dengan penginapan yang ditaja khas oleh Hard Rock Hotel Penang, aku takkan lupa trip ni.. :) Nak tengok lebih banyak gambar, klik sini or klik pada gambar dibawah! :)


Friday, October 21, 2011

MASKULIN Isu November

Hola!
Posting kali ni berkisar tentang MASKULIN, majalah lelaki berbahasa Melayu no 1 di Malaysia yang kembali untuk isu November..
Start next week insyaallah, anda dah boleh dapatkan di pasaran..
Isu kali ni berkaitan lelaki dan perkahwinan..
Cover adalah Datuk Dr Sheikh Muszaphar, angkasawan pertama Malaysia..



Tapi beliau tak berkeseorangan tau sebab beliau ditemani oleh puteri sulungnya, Sofea Isabella..
Comel!
Hehehe..
So, berbagai tips berkaitan perkahwinan dan sebagainya boleh didapatkan..
Tak lupa juga tips2 lain seperti fitness dan auto turut disediakan macam biasa la..
So, dapatkan di pasaran segera....!

Kbye!

:)

Monday, September 12, 2011

MASKULIN Dah Ada Twitter!

Kengka!
Just nak inform..
Majalah berbahasa Melayu khusus untuk lelaki, dah ada laman Twitter rasmi!



Now, sempena ulangtahun ke-10 dan untuk mendekatkan lagi MASKULIN dengan pembaca, laman Twitter ni telah diwujudkan dan korang boleh interaksi dengan MASKULIN secara live!
So, apa lagi..
Jom follow MASKULIN ramai2 di Twitter..
klik sini or www.twitter.com/maskulinmag and anda akan dapat pelbagai update menarik mengenai MASKULIN!
:)

Monday, September 5, 2011

Balik Raya + Jumpa Kawan

Hai semua..
Balik raya is a good thing actually..
Sebab dapat jumpa family..
And kawan2..
Tapi sometimes, balik raya pun can create something else yang tak sepatutnya berlaku..
Haish..
This is one of the reasons why i hate High School!
Ingat lagi tak benda2 ni masa High School..? Aku tak ingat.. sekolah aku bukan camni.. haha!
Jumpa kawan2 memang bagus..
At least lepas lama tak jumpa semua dapat eratkan silaturahim..
And boleh kenal lebih rapat..
Tapi ada benda tak sedap jadi..
Ada sorang makhluk ni tak pernah-pernah muncul dalam FB Group sekolah kami, tiba2 muncul dan buat cakap pandai..
Tup2 nak maki2 orang sesuka hati..
Mungkin dia jenis tu dari sekolah tapi ingatkan dah berubah dah sebab masing2 dah besar dan dah kerja..
Then, dia ada la ala2 nak buat reunion..
Lepas tu, maybe sebab ramai tahu perangai dia yang poyo dan suka membahan orang tu, ramai tak pergi..
Lepas tu yang tak tahan nak buat naik angin la pulak..
Naik angin, cakap orang yang tak pergi ni semua kaum pendusta segala!
Pengsan 3 minit!
Badan dah besar, dah tinggi, tapi otak masih sebesar saiz otak burung unta..
Eh! Apa pulak kena mengena dengan otak aku?! 
Hurmmm..
Kawan2 rapat dia maybe boleh tahan kot..
Tapi yang nak ikut bontot dia macam time zaman sekolah tu, nak buat apa..
Dulu maybe la dia bagi korang duit, kemewahan sebab dia anak orang kaya..
Tapi sekarang kalau korang still ikut dan jilat bontot dia macam dulu, memang naik kepala la makhluk itu..
Haish..
Tapi aku tak salahkan dia 100% jugak..
Sebab dah memang perangai dia macam tu sejak azali..
Sebab tu aku memilih untuk senyap, dari membalas posting2 angin dia kat FB tu..
Nampak macam tak matang kot..
Umur masing2 dah 22 tahun lebih..
Takkan perangai nak buat macam umur 2 tahun pulak kan?
Siapa setuju?
Mesti takde orang jawab sebab takde siapa pun akan baca posting ni..
Bhahahaha..
Tak kisah lah..
Yang penting untuk korang yang baca, kalau nak berkawan, janganlah buat perangai macam time High School..
Maksud aku, perangai buruk..
Perangai yang baik, bawak sampai ke mati pun takpe sebab orang akan lagi suka..
Perangai buruk, bukan setakat orang je tak suka, hantu pun tak suka..
Hantu pun tak suka!
Yang suka pun, rakan2 penjilat jubur dia sahaja lah..
Tu pun mungkin la..
Hahahaha..
Tak kisah la..
Kita tinggalkan dia dengan perangai zaman sekolah dia..
Kita semua teruskan berjuang menempuh usia yang semakin meningkat ini seiring dengan peredaran masa..
Ok kawan2..
Bubye!
:)