Showing posts with label indonesia. Show all posts
Showing posts with label indonesia. Show all posts

Friday, April 4, 2014

Jakarta Kota Indah

Indah dari segi suasananya, cuacanya, macetnya, dan juga tidak kurang kemajuannya. Mungkin lewat seminggu, tapi tak kisah lah kan. Janji update juga. Last week, aku ke Jakarta, outstation untuk interview beberapa selebriti di sana iaitu Wali Band, Dadali, Armada dan showcase band Seventeen. Dalam pada tu, alang-alang, interview sekali Bunga Citra Lestari dan Marcell.

Sebelum ni, nama-nama besar ni cuma aku pernah dengar lagu-lagu mereka so this time, peluang aku untuk berbual dan berborak. Memang best. Kehidupan warga kota Jakarta nampak gayanya tak banyak beza berbanding kita di Malaysia tapi apa yang best adalah, berlambak-lambak shopping mall yang saiznya berkali ganda daripada Pavilion tuh.

Makanan dia boleh tahan murah. Barang-barang jualan pun sangat murah. Kami tak sempat nak shopping sakan tapi berjalan dalam ITC Kuningan tu pun buat aku letih. Terlalu banyak barang dengan harga best sampai tak tahu nak beli apa. Makanan dia pulak dah la murah, sedap-sedap pulak tu. Rasanya kalau aku menetap terus di sana, memang badan aku 10x ganda membesar daripada sekarang. Haha.

Anyway, tiga hari di sana memang tak cukup. Kepada yang berkesempatan untuk ke Jakarta, Kota Pak Jokowi tu, jangan lepaskan peluang tu sebab sangat best. Ingat tu tau. Di bawah ni ada beberapa gambar yang aku sempat upload.
























Friday, June 14, 2013

'Enjoy Jakarta Concert' Promosi Jakarta Sebagai Destinasi Pelancongan

Walaupun umumnya kita tahu Jakarta adalah sebuah ibu kota yang maha sesak berkali ganda dari KL, tapi mungkin ramai tak tahu yang Jakarta hari ini membangun seiring dengan kemodenan dan pertambahan pelbagai lokasi menarik.

Dari gedung membeli belah terkemuka sehinggalah ke muzium dan taman tema, Jakarta hari ini diisi dengan lebih 1,257 buah pusat hiburan, sesuai untuk anda yang suka bercuti sambil berhibur dan membeli belah.

Sempena promosi ini jugalah turut diadakan 'Enjoy Jakarta Concert' di kl yang akan menampilkan artis-artis terkenal Indonesia seperti Rossa, Band Ungu, Denny Malik Dancer, Hedi Yunus, dan Sarah Sechan pada malam ini. Bintang dari Malaysia yang akan turut membuat persembahan adalah Amy Search.

Konsert itu akan bermula jam 8.30 malam ini bertempat di Lake Garden KL. Selain persembahan artis, pelbagai aktiviti lain turut dijalankan seperti persembahan kebudayaan dan tradisi yang dibawakan oleh 30 penari Jakarta.

Thursday, June 13, 2013

Luahan Hati Anak Seni Hafiz Suip

Semalam, bertempat di Bentley Music, Mutiara Damansara dengan jayanya telah berlangsungnya majlis pelancaran album kedua Hafiz Suip, 'Luahan Hati Anak Seni'.

Album tersebut merupakan album kedua dilancarkan di Malaysia dan album ketiga yang dilancarkan untuk pasaran Asia Tenggara.

Album tersebut diisi dengan 9 track lagu-lagu menarik. Tiga daripadanya adalah lagu dari albumnya sebelum ini yang dilancarkan untuk pasaran Indonesia.

Hafiz turut berkongsi pengalamannya sepanjang menjalani sesi rakaman di negara jiran itu apabila dia tidak sihat dan hilang suara. Petua yang diberi oleh orang-orang tempatan di sana adalah dengan meminum sejenis kicap dikenali sebagai Kicap Bangau dan dicampur dengan limau.

Sunday, April 14, 2013

Final Pertandingan Bintang Hari Kraf Kebangsaan - Harus Terpisah



Alhamdulillah menjengah ke Final walaupun tidak dapat tempat 3 teratas. Tapi dapat berada di 8 teratas pun dah alhamdulillah. :)

Thursday, January 31, 2013

Butiran Debu

Hai pemirsa!

Dah mula bercakap Indonesia dah. Tak tahu kenapa sejak dua menjak ni aku lebih tertarik dengan Indonesia. Dari lagu, artis, sampai show-show semuanya aku suka. Ok untuk video kali ni adalah Butiran Debu. Layan k. Tengah-tengah perasaan GALAU ni, dengar lagu ni k. Ditujukan khas buat...... Sesiapa yang rasa tertuju. Hayati lirik dia.

Wednesday, December 12, 2012

Butiran Debu by Me

Hai semua! Video kali ni adalah percubaan pertama untuk Butiran Debu. Malas nak record full song so aku aku record first verse dengan first chorus dulu. Kalau sempat, nanti lah aku record full song. Hehe.

Sunday, December 11, 2011

Perkara Tak Dijangka Berlaku dalam Rancangan Siaran Langsung!

Hahahahaha!
Ini aku tengok mula2 jenuh jugak mencari apa yang masalahnya..
Dah tgk kali kedua, ok dah dapat..
Cuba korang tengok betul2, apa yang jadi..
Klu dia - Dua bijik, apam..
Hahahahaha..

Saturday, December 3, 2011

Ibu Nikah Anak Sendiri di Indonesia?

Hola!
Hangin sikit posting kali ni..
Sebab apa?
Sebab benda bodoh ni lah..
Ada ke patut mak menikah dengan anak sendiri..
Si mak pun bangang, anak dia pun bodoh macam lembu..
Ada ke patut benda macam ni jadi..
Takkan takde pengetahuan agama langsung kot?
Yang tak tahan, kes ni berlaku di kalangan saudara seagama kita di Indonesia..
Astaghfirullahalazim..
Aku pun takde la baik sangat tapi benda macam ni....
Hurm...
Fikir-fikirkan sendiri la kawan2..
Mana ulama-ulama di Indonesia?




Wednesday, September 14, 2011

Cukai Kad Prabayar Ditangguh?

Alaaaaa...

Masih di harga biasa


Tak best la macam ni..
Kesian auntie mah tak dpt beli beg baru..
Heheheh..
Kiddin je..
Macam yang diumumkan, cukai 6% untuk kad prabayar ditangguhkan..
So, kita tak perlu keluarkan 60 sen untuk setiap RM10 topup..
Buat masa sekarang la..
Tapi tetiba dia nak aktifkan balik menda tu, tak tahulah..
Anyway..
Tak de benda nak update sangat..
Ok la..
Nite kawan2..
:)

Monday, September 12, 2011

Movie Review - Bridesmaids

Hola!

Hola Hola Hola!


Hola, hola..
Tampar kang!
Bhahahahaha!
Ok untuk movie review kali ni pulak, aku nak review pasal Bridesmaids..

Bridesmaids


Kepada Cineplex, tolong betulkan ejaan kat tiket..
Hahahaha..
Ok overall movie ni macam yang dijangka..
Nice..
And aku amat, amat, amat suka movie ni..
Tema utama, pasal persahabatan..



And dapat tengok dengan jelas nilai2 persahabatan yang wujud dalam filem ni..
And kadang2 rasa macam tengok porn pun ada sikit..

Ouch!


HAHAHA..
Selain dari persahabatan, cinta pun macam biasa la akan ada..
So, bagi aku filem ni penuh dengan warna..
And sangat fun..
Watak utama, Annie yang dilakonkan oleh Kristen Wiig sangat menghiburkan sampai aku tak henti2 gelak..

That's me!


Memang dia sangat kelakar dan time menyakitkan hati, dia sangat menyakitkan hati!
HAHAHAHA..
Watak2 lain macam Lilian, the bride tu pun memang berkesan..
Bridesmaids yang lain pun best..

We all best!


So, jalan cerita dia pasal Annie iaitu BFF kepada Lilian..
Lilian lantik dia jadi maid of honor so dia sangat happy lah..
Tapi dalam pada tu, bridesmaids yang lain pun akan join diorang..
And nak muncul masalah time tu, is Helen..
Helen ni macam orang kaya yang fake tunjuk baik and try untuk jadi perfect dalam semua hal..
Membencikan..
And dalam Annie sampai gaduh2 dengan Lilian, dia jumpa polis and macam2 yang kelakar jadi..
So korang memang kena pergi tengok movie ni atau korang akan menyesal!
Untuk filem ni aku kasi 5/5 bintang!

Next movie is...
Contagion..
Hehehe..

Sunday, September 11, 2011

Movie Review - Apollo 18

Hello!
Movie review kali ni pasal Apollo 18..

Apollo 18


Korang dah tengok belum?
Kalau belum tengok, urm...
Kepada yang ada habit buruk mudah tertidur dalam panggung, jangan tengok..
Sebab aku pun beberapa kali menguap dan asyik berdoa supaya filem tu cepat habis..

Gigih berdoa bagi movie tamat dengan cepat!


Hurm..
Jalan cerita dia ok..
Pasal tiga orang angkasawan US ni, dihantar ke bulan..

We all kat bulan! Uols ada?

Diorang ingatkan diorang dihantar ke bulan untuk buat kajian dan ambik sampel batu..
Malangnya, kerajaan US hantar diorang atas sebab lain..
Untuk kaji dan cari punca kenapa angkasawan Rusia yang dihantar sebelum tu tak dapat pulang ke Bumi..
Senang cerita, ada ala2 alien punya hal la..

Suka kan kau guna gambar aku!


Batu terbang semua..
Yang tak tahan, ketul batu sebijik, tetiba terapung, tumbuh kaki ala2 spider..

Ni batu bulan yang asal.. So kaki tak tumbuh lagi..


Baik tengok Spiderman..

Peace!


HAHAHAHAHA!
Tapi to those yang rasa nak tengok ok la.
Sebab cerita ni walaupun rekaan, tapi at first aku rasa macam real pun ada jugak..
Sebab dia bagitau yang footage2 adalah dari footage asal yang NASA dapat..
Scary kalau benda ni betul..
Hahahaha..
Yang tak boleh belah, batu tu cerdik ok..
Pandai masuk dalam badan orang..
Then kena infection, and mati..

Cancer batu!


Haish...

Ok, untuk movie ni aku kasi 2/5 bintang!

Ok, next, aku nak review pasal Bridesmaids pulak!
Bye.. :)