Sunday, January 17, 2010

Akademi Fantasia Lagi..

Semalam dah mencuba lagi nasib di Gurney Plaza Penang..

Sekali lagi, nasib tak menyebelahi aku..

Takpe, takde rezeki kot..

Tapi stage nyanyi2 dah lepas.. menari je tak lepas..

At least dah tau tahap aku..

Urm.. So kepada sesiapa yang nak masuk AF, make sure tau menari sikit2 and ada stamina and personality..

Yang penting, juri2 sume baik2 belaka.. Thanks Cikgu Syafi, Cik Fairuz, Dr Fazley, and beberapa lagi juri dari Astro.. Sebab bagi nasihat bergunna..

Erm, so.. Next station, Bukit Jalil on 30 and 31 Januari ni.. Tak pegi kot..

Tunggu station seterusnya.. Mentor.. insyaallah.. hehe..

Tuesday, January 12, 2010

Ujibakat Bermula.. Bukit Jalil!


Sabtu dan Ahad lepas aku dengan housemate aku, Aied dah pergi ujibakat AF8 kat Bukit Jalil..

Sabtu ialah hari first kitorang kat sana.. Ramai.. Semua vogue tak tahan..

Alhamdulillah, lepas sampai stage 2 and stage 3 tak lepas..

Sebab dia suruh menari.. Memang kalah la kalau bab-bab menari ni.. haha..

Banyak gambar-gambar yang semapat snap.. Nanti next posting aku uploadkan..

Tak lepas sampai stage 4, tapi bersyukur sebab dapat gak lepas sampai stage 3.. di KL.. haha..

Insyaallah, kalau ada rezeki, nak pegi lagi.. Best.. Sedap dapat jumpa macam-macam orang dan jumpa kawan2-kawan baru..

Ok, first stage kena nyanyi lagu wajib tanpa muzik.. Ada 3 orang juri.. Semua orang-orang ASTRO.. Aku nyanyi I'm Yours.. Then dia suruh nyanyi satu lagu Melayu, so aku ambik Demi Cinta (Kerispatih)..

Second stage, kena nyanyi lagi.. Juri dia Lah VE dengan Fairuz Hussin.. Best sebab ada minus one.. Aku stick dengan lagu yang sama dengan stage 1.. then diorang wat tone deaf check.. Dahla takde basic muzik.. Fairuz Hussin main piano, and contestant kena bunyikan ikut key yang betul. Alhamdulillah, aku lepas lagi..

Masuk stage 3, memang keseraman bertambah.. Sebab ape, aku tau aku tak boleh menari.. Haha.. Yang kelakarnye, diorang suruh menari Kurik Kundi.. Memang hancur la.. Haha.. Tak lepas.. Takpela.. Takde rezeki.. Tapi tak bermakna aku nak stop.. Nnti kalau ada masa, aku try lagi..

Ok la.. Gambar-gambar, aku akan upload nanti.. Banyak gile.. Huhu.. Bye..

:)

Tuesday, January 5, 2010

AF8 Dah Menjelma!!



Akademi Fantasia dah nak masuk musim ke-8..

Start weekend ni, bermula la pencarian pelajar-pelajar baru yang akan mewarnai dunia hiburan. Bertambah la persaingan untuk bekas-bekas pelajar yang dah sedia ada (dan yang terus sepi tanpa kata.. haha..) and artis-artis lain..

Senarai lagu pun dah keluar..

So, nak pergi ke tak.. Hurm.. Ntah la..

Ada blogger mula cakap-cakap pasal PENGETUA baru AF8..

Agak-agak siapa ek?? Erm.. Norman Abd Halim atau Norman KRU?? tetttt!! No komen..

And PENGACARA AF8 pulak agak-agak siapa?? Memang perlukan seseorang yang lagi 'KUAT' dari AC Mizal kot sebab nak kena fight dengan World Cup.. Mungkin Pak Nil kembali?? Ntahla..

Ni ada senarai tempat-tempat ujibakat yang akan diadakan di seluruh negara mulai minggu ni..
and ni pulak lagu-lagu yang disenaraikan untuk ujibakat..

Monday, January 4, 2010

Kembali ke Kelas!!!!!!




RINGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!


Benda paling membencikan bermula kembali..

Huhu. Macam selalu, awal-awal buka semester, semangat untuk masuk kelas memang berkobar-kobar, tapi pastu. Huhu. Tuhan je yang tahu..

Sama jugakla macam semester ni..

Rutin harian kembali seperti biasa..

Bangun pagi, mandi, pakai baju, start baby ranger, pergi kelas macam selalu..

Sesuatu yang memenatkan la bagi aku (untuk orang-orang yang malas sikit macam aku ni.. haha..)

Sampai kelas, macam biasa aku akan tegur beberapa orang yang aku kenal kat kafe fakulti (Pulau Pondan) dan terus menuju ke board untuk cek jadual waktu kelas..

Then, naik lif (atau tangga) untuk ke kelas..

Huh..

Kalau boleh semester ni, nak fokus lebih sikit kat subjek-subjek dan insyaallah taknak jadi ketua tingkatan dah kot sebab menyusahkan sangat..

Orang lain dapat belajar dan berehat secukupnya, aku gigih kena buat kerja lebih, naik turun fakulti, jumpa lecturer, cik Dekan, cik Dibah, cik Fauzi dan sebagainya dan aku sangat benci membuat kerja-kerja itu..

Semester ni, taknak sangat dah kot baik dengan lecturer (bukan mengipas)..

Hormat setakat sikit-sikit je kot..

Kalau asyik layan baik sangat pun, diorang bagi markah macam cibs baik tak payah..

Buang masa dan tenaga aku sahaja..

Semester ni nak jadi jual ikan sikit (pentingkan diri sendiri) sebab mana aci asyik aku je kena jaga kepala orang, last-last kepala aku kena pijak. Kalau setakat kena pijak, boleh terima lagi, ni dah la pijak, buat taik, berak lagi atas kepala aku..

Haha..

So, tengokla macamana untuk minggu pertama kembali ke kelas ni..

Harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar dan sempurna..

:)

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru - 2010




Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua penduduk Bumi..

Hari ni, seluruh dunia sambut tahun baru dengan happy..

Happy, happy jugak. Tapi jangan sampai lupa dunia. Ingat kat orang yang takleh sambut, seronok2 macam kita..

Bukan semua orang dapat sambut new year dengan kegembiraan, gelak tawa, tembak bunga api semua, sebab ada negara yang tengah dalam kemelut perang sekarang, tengah kena bom, peluru berpandu, peluru sesat bagai..

So, ingat-ingat la sikit..

Untung dan bersyukur sangat sebab kita semua masih lagi diberi peluang untuk hidup lagi satu tahun..

Macam yang tercatat dalam posting sebelum ni, masuk tahun baru maknanya usia untuk hidup pun dah kurang setahun..

So, gunalah hidup seguna-gunanya. Seronok-seronok, pada masa uang sama cuba untuk bentuk diri sendiri jadi lebih baik dari sebelumnya.

Btw, sekali lagi.. Selamat Tahun Baru, mulakan hidup baru, buka lembaran dan buku baru bagi hidup anda.

:)

Thursday, December 31, 2009

Kebosanan Tanpa Wang Ringgit

Tadi aku bosan macam nak mampos..

So ikot member aku pergi karok kat Music Box kat Quality Hotel then pastu terus pergi Sunway sebab dia nak shopping baju..

Aku ikut je la sebab tengah takde duit, so tengok-tengok je la..

Memang meriah gile..

Bukan meriah sebab apa, tapi sebab terlalu banyak SALE dan diskaun bersepah-sepah..

Huh, geram giler..

Then, pergi ATM machine cek kot-kot duit gaji marah, tapi, haram..

Harapan tinggal harapan je la..

So, sebab teman member aku, dia belanja la cup cake..




Kenyang gak la perut..

Kalau aku nak beli sendiri cup cake ni, jangan harap la..

Harga tak sepadan dengan saiz, tapi sumpah sedap..

Huhu..

Hurm, malam ni aku stay je kat umah, and sambut new year kat umah..

Siot je kan.. Tapi nak wat camne..

Terpaksa la..

Hurm..

:(

Sunday, December 27, 2009

New Year = New Life = New Azam = New New New!!




Setelah lama gila tak update aiskepal aku ni, tetiba rasa macam nak mula update balik..

Huhu..

Lagi beberapa hari dah nak masuk tahun baru 2010..

Cepatnye.. Rasa macam baru je 2009 start, dah nak habis dah..

That means, umur aku pun dah semakin bertambah i tahun lagi and usia untuk hidup dah berkurang 1 tahun..

Adil dan saksama.. Huhu..

Rasa-rasa macam nak mula hidup baru dengan azam baru (ayat yang sama tiap2 tahun..)

sebelum ni macam tak termampu nak capai azam, tapi tahun ni teringin sangat nak capai semua keazaman yang tak tercapai.. (sekali lagi, ayat skema tiap2 tahun..)

Result macam taik, tak berapa ok..

Hurm.. Takpe2, nanti try lagi.. Thanks sangat2 kat lecturer kesayangan, yang memberi markah macam $@#@!

Kat sini ada la senarai benda yang aku nak capai tahun 2010 ni:

1. Tingkatkan prestasi sebagai pelajar

2. Belajar bersungguh-sungguh (wah!)

3. Cari lagi ramai kawan (musuh dah cukup dah kot..)

4. Kurangkan perbelanjaan, maksudnya belajar berjimat cermat

5. Buat semua orang terdekat senyum dan gembira

6. Jangan kawan dengan mereka yang tak berguna kepada diri sendiri (maknanya yang selalu menjatuhkan aku, yang suka rendahkan aku, yang selalu ambik kesempatan kat aku, yang selalu bawak aku ke arah benda merepek, yang hipokrit dengan aku, yang tak bawak hasil kat aku langsung, dan yang sewaktu dengannya..)

7. Jadi yang terbaik

8. Cuba menjadi Islam sejati (walaupun payah, nak try jugak..)

9. Jangan ambik peduli pasal orang lain, maknanya try untuk pentingkan diri sendiri dahulu

10. Jaga nama baik keluarga

Haha, macam biasa, sepuluh benda yang nak dicapai..

Tak tau lah, termampu ke tak..

Apa-apa pun, aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua kawan-kawan (ucap siap2 sebab tak tau berapa haribulan pulak baru nak update.. huhu..) dan harap korang semua dapat capai semua azam korang untuk tahun 2010 ni ye..