Thursday, December 19, 2013

Balistik: Filem Aksi Gabungan Pelakon Melayu & Cina

17 Disember lalu, telah diadakan preview untuk filem aksi berjudul Balistik. Menampilkan nama-nama besar dalam bidang perfileman seperti Datuk Rosyam Nor, Rita Rudaini, Adi Putra, Raykarl dan Dato' Rahim Razali, filem ini turut menggabungkan beberapa bintang filem berbangsa Cina seperti Jack Lim dan Mei Yan. 

Menurut Rosyam yang juga penerbit untuk filem ini, pihaknya menggabungkan pelakon-pelakon Melayu dan Cina dalam Balistik bagi menarik minat penonton berbangsa Cina untuk menonton filem Melayu. 

Filem arahan Silver Chung ini mengisahkan mengenai Saga yang merupakan pembunuh upahan dan menjadi buruan pihak polis. Dia yang tinggal bersama anaknya Rykarl terpaksa hidup dalam keadaan yang kurang senang selepas meninggalkan isterinya, lakonan Rita Rudaini. 

Mengangkat elemen gangsterisme, filem ini juga turut menyuntik nilai-nilai seperti kasih sayang dan juga hubungan persahabatan. Filem aksi hebat yang menelan belanja sehingga RM2.5 juta ini bakal menemui penonton di pawagam pada 9 Februari akan datang. Kepada peminat setia Rosyam dan tidak puas menonton aksi mereka dalam KL Gangster 1 dan 2, apa kata jangan lepaskan peluang menonton. 

Bintang - ****






No comments: