Showing posts with label melaka. Show all posts
Showing posts with label melaka. Show all posts

Thursday, December 5, 2013

Back to the Future!

Hey semua. Assalamualaikum. Posting kali ni bukanlah pasal "Back to the Future" yang sangat futuristic (semasa tahun ia ditayangkan) tu, tapi pasal benda lain.

Pernah tak korang berfikir, dan berimaginasi untuk masuk ke dalam sejarah, dan berada di zaman silam contohnya zaman Hang Tuah, zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Bayangkan korang dah tahu jalan cerita dan sejarah2 yang telah berlaku, dan sedang lalui benda2 tu di depan mata. Pening kan? Tapi korang faham kan maksud aku? Ahahaha.

Okay tak kelakar. Try fikir, korang berjalan dengan orang2 zaman dahulu, berborak menggunakan kata ganti diri 'hamba' dan 'tuan hamba'. Then ceritakan balik kat orang2 zaman tu, apa yang korang tahu.

Tentunya diorang akan anggap korang ni bomoh atau ahli sihir, tak pun tukang tilik ala2 gadis Gipsi. Ahahaha. Pastu time tu bolehlah kita invent idea2 yang moden, dan gunakan pada zaman tu so that orang akan anggap kau lah yang cipta peradaban baru. Wow! Ahaha.

Okaylah. Dah dekat 2.30am. Tak tahulah esok aku boleh bangun ke tidak nak ke office ni. Apa pun, luangkan masa untuk berfikir sejenak mengenai apa yang aku lemparkan menerusi perenggan di atas.

Goodnight.

:)

Monday, November 19, 2012

VLOG - Lepak Makan @ Melaka

Khamis lepas cuti awal Muharam kan. So aku dengan gigihnya ke Melaka sebab tetiba teringin nak makan asam pedas. Dah alang-alang jalan-jalan cari makan tu, sempat la berVLOG kan. So ni adalah hasilnya. Selamat menonton. :)

Tuesday, January 24, 2012

Zaman Dulu-Dulu

Bila terkenang Melaka, this thing mesti aku akan ingat jugak.. Duet dengan vocal trainer aku.. Urm.. Layan video lama ni k.. Sekejap je dah 3 tahun.. Sound tak clear sangat, video pun tak ok sangat.. Tapi layan je k.. :) 

Sunday, December 11, 2011

Tentang Kopi

Hola!
Ni hasil kerja projek junior2 aku..
Junior Masscomm tapi dari sequence Advertising..
Cool right..
Boleh diperbaiki tapi ni pun dah kira hebat..
Layan short film bertajuk Tentang Kopi ni..



p/s: Syara cute!

Tuesday, November 29, 2011

My Birthday Celebration - Melaka!

Tahun ni aku genap 23 tahun...
Dah dewasa dah haaa..
Hahaha..
Kejap je rasa dah 23 tahun hidup..
Tiap tahun bila sambut birthday memang rasa best, seronok, tapi kena ingat, kematian pun makin dekat..
So seronok sambil beringat..
Tahun ni sambutan birthday aku dua kali..
Pre-celebration dengan love one and celebrate kat Melaka dengan adik, cousin, and kawan2..
Gerak pukul 8.00 pm and balik Shah Alam sampai rumah 5.00 am..
Letih tapi best...
Mula2 sampai, kami terus gi jalan2 kat Jonker Walk..







Lepak and bergambar kat Sg Melaka..






Then makan asam pedas kat Kota Laksamana..
Then pusing2 gi Klebang and Pantai Puteri..
Pastu balik Shah Alam..
:)


Wednesday, October 26, 2011

Selongkar Channel YouTube!

And aku jumpa video2 lama.. Hahaha.. Kelakar bila tengok balik.. Video aku yang dapat paling banyak view antara semua2 video jatuh kepada.. Drum!!!!!!!!!!!!!!! Eceh! Hahahaha! Video Dikau Milikku! Hahahahaha.. Ok, actually video ni buat time kat rumah lama kat Pusat Komersial.. Rumah pertama aku semasa masuk degree.. Rindu rumah ni.. Urm.. Ok lagu ni adalah di-translate dari You Belong With Me nyanyian asal Taylor Swift.. Aku try translate tapi kalau direct translation, memang lirik dia jadi sampah.. So aku modify sikit la bagi lebih dramatik and ada flow.. Tapi basically jalan cerita dia still sama.. Hahaha.. Layan je ok.. :)

Monday, October 24, 2011

Graduation ...


Hello..
Hurm..
Posting hari ni sedikit mood sedih..
And bercampur happy..
Happy sebab esok kawan2 akan konvo..




Dalam dewan auditorium..
Ramai2..
Jumpa semua balik..
Kenang hasil titik peluh masing2 sepanjang bergelar student..
Hurm...
Sedihnya..
Aku tak dapat sambut hari kemenangan tu bersama diorang..
Aku sepatutnya berada dalam dewan tu dengan diorang..
Pakai jubah penerima Ijazah Sarjana Muda dengan diorang..
Ambik gambar ramai2..
Happy bergelak ketawa..
Aku tak merasa semua tu..
Urm..
Nasib aku tak baik macam diorang..
Tengok gambar2 and  status2 kawan2 kat FB and Twitter buat aku rasa happy + sebak..
Hurm..
Benda dah jadi..
Aku tak dapat putar masa..



Urm..
Maybe sebab aku rindu kawan2, rindu kelas, rindu zaman belajar...
One day aku akan berada di situ jugak..
Aku janji aku akan grad dan konvo jugak..
Cuma masa dah lain dan tak sama..
Dianjakkan mungkin lewat setahun dua..
Tapi aku akan teruskan jugak hingga aku capai apa yang aku nak..
Untuk kawan2 yang akan konvo esok, sekalung tahniah daripada aku..
Selamat menaiki pentas dengan ilmu penuh di dada menerima segulung ijazah, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dalam jurusan masing2..
Aku rindu korang..
Rindu sangat2..
Tahniah sekali lagi kawan2..


Regards,
Kawan korang..

Monday, September 5, 2011

Balik Raya + Jumpa Kawan

Hai semua..
Balik raya is a good thing actually..
Sebab dapat jumpa family..
And kawan2..
Tapi sometimes, balik raya pun can create something else yang tak sepatutnya berlaku..
Haish..
This is one of the reasons why i hate High School!
Ingat lagi tak benda2 ni masa High School..? Aku tak ingat.. sekolah aku bukan camni.. haha!
Jumpa kawan2 memang bagus..
At least lepas lama tak jumpa semua dapat eratkan silaturahim..
And boleh kenal lebih rapat..
Tapi ada benda tak sedap jadi..
Ada sorang makhluk ni tak pernah-pernah muncul dalam FB Group sekolah kami, tiba2 muncul dan buat cakap pandai..
Tup2 nak maki2 orang sesuka hati..
Mungkin dia jenis tu dari sekolah tapi ingatkan dah berubah dah sebab masing2 dah besar dan dah kerja..
Then, dia ada la ala2 nak buat reunion..
Lepas tu, maybe sebab ramai tahu perangai dia yang poyo dan suka membahan orang tu, ramai tak pergi..
Lepas tu yang tak tahan nak buat naik angin la pulak..
Naik angin, cakap orang yang tak pergi ni semua kaum pendusta segala!
Pengsan 3 minit!
Badan dah besar, dah tinggi, tapi otak masih sebesar saiz otak burung unta..
Eh! Apa pulak kena mengena dengan otak aku?! 
Hurmmm..
Kawan2 rapat dia maybe boleh tahan kot..
Tapi yang nak ikut bontot dia macam time zaman sekolah tu, nak buat apa..
Dulu maybe la dia bagi korang duit, kemewahan sebab dia anak orang kaya..
Tapi sekarang kalau korang still ikut dan jilat bontot dia macam dulu, memang naik kepala la makhluk itu..
Haish..
Tapi aku tak salahkan dia 100% jugak..
Sebab dah memang perangai dia macam tu sejak azali..
Sebab tu aku memilih untuk senyap, dari membalas posting2 angin dia kat FB tu..
Nampak macam tak matang kot..
Umur masing2 dah 22 tahun lebih..
Takkan perangai nak buat macam umur 2 tahun pulak kan?
Siapa setuju?
Mesti takde orang jawab sebab takde siapa pun akan baca posting ni..
Bhahahaha..
Tak kisah lah..
Yang penting untuk korang yang baca, kalau nak berkawan, janganlah buat perangai macam time High School..
Maksud aku, perangai buruk..
Perangai yang baik, bawak sampai ke mati pun takpe sebab orang akan lagi suka..
Perangai buruk, bukan setakat orang je tak suka, hantu pun tak suka..
Hantu pun tak suka!
Yang suka pun, rakan2 penjilat jubur dia sahaja lah..
Tu pun mungkin la..
Hahahaha..
Tak kisah la..
Kita tinggalkan dia dengan perangai zaman sekolah dia..
Kita semua teruskan berjuang menempuh usia yang semakin meningkat ini seiring dengan peredaran masa..
Ok kawan2..
Bubye!
:)