Bulan Januari selalunya kita akan berharap agar berlakunya perkara-perkara positif tapi kadangkala kita sendiri sebagai manusia tidak boleh nak elak dari berlakunya perkara yang tidak diingini. Semuanya telah dirancang oleh Yang Maha Esa. Kita sebagai hambaNya hanya mampu mengikut jalan cerita yang telah tertulis.
Allah tak akan bagi ujian dan cabaran kepada hambaNya kalau kita tak kuat. Dia Maha Mengetahui dan kalau dia bagi ujian, ertinya dia sedang memerhatikan kita, sedang memberi kesedaran kita, dan nak tengok sama ada kita seorang yang tabah atau tak.
Bulan ni, beberapa kali aku terkena. Main keyword adalah, 'tipu'. Banyak maksud yang boleh diajukan bila aku sebut sahaja satu perkataan tu tapi bagi aku, 'tipu' yang aku terkena kali ini adalah lebih kepada perasaan.
Mungkin telah tercatat juga bahawa aku sememangnya akan terkena. Aku tak salahkan sesiapa. Mungkin aku ada kekurangan. Akan aku cuba perbaiki dari hari ke hari. Apa yang aku boleh buat cuma bersabar, bersabar, dan bersabar. Tenangkan jiwa. Allah takkan uji orang yang lemah. Itu selalu jadi penguat untuk aku.
Okay, untuk kali ini apa kata aku kongsi tips elak ditipu, dipermain, dan diperbodohkan. Nak? Haha.
- Jangan termakan kata-kata manis pada awal kisah contohnya dalam percintaan. Kata-kata manis sentiasa wujud terutamanya dari Si Mulut Manis.
- Kerasakan hati, jiwa, dan minda. Jangan mudah terpengaruh.
- Cuba selami jiwa seseorang sebelum membuat keputusan dan memberikan hati.
- Selidik gaya hidupnya dan ini adalah bonus sekiranya anda seorang wartawan. Haha.
- Kenalpasti trend penipuan yang digunakan pada hari ini.
- Si penipu selalunya akan pandai untuk twist fakta, dan buatkan rasa bersalah dihadapkan ke muka anda.
- Pujukan adalah maha hebat buat si penipu, jadi jangan cepat cair.
- Elak bina semula kepercayaan selepas ditipu kerana si penipu tidak akan menipu hanya sekali.
Agak emosi ye. Haha. Tapi fakta dan tips di atas tiada kena mengena dengan mereka yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Sekian, terima kasih. :)tip
No comments:
Post a Comment