Wednesday, February 6, 2013

Boleh Ke Berfikir Positif?


Salah satu soalan yang kerap muncul dalam kepala otak aku adalah soalan di atas. Pening jugak kalau kerap berfikir. Okay, berfikir positif itu adalah perkara yang bagus sebenarnya tapi mampukah kita sebagai manusia biasa yang ada banyak masalah tak tertanggung nak sentiasa berfikiran positif.

Jawapannya adalah BOLEH kalau kena dengan caranya. Aku pun kadang-kadang meroyan jua di Twitterku itu tapi nak buat macam mana kan. Situ jelah tempat sesuai untuk melepaskan kegeraman. Mungkin terganggu teman-teman lain tapi aku dah bagitau terang-terang, kalau rasa annoyed dengan tweet-tweet aku, klik sahaja butang UNFOLLOW yang disediakan.

Okay, berbalik kepada tajuk kita di atas. Ada beberapa teman-teman rapat aku yang mampu berjuang bagi menegakkan positiviti dalam diri masing-masing. Mungkin ada sebab mereka boleh berjaya contohnya, keyakinan diri, kepercayaan kepada diri sendiri, dan juga tidak mempunyai masalah yang sangat banyak.

Untuk orang-orang macam aku, apa kata kita mulakan sesi berfikiran positif. Cewah! Walhal aku sendiri pun banyak aura negatif. Haha. Jom listkan apa yang patut dibuat.

  1. Sentiasa berfikiran terbuka dan terima kritikan secara positif. Serap kritikan yang dilemparkan kepada anda dengan sempurna, proses dalam otak sepantas mungkin, dan jadikannya sebagai motivasi.
  2. Elak bertemu dengan kaki condemn. Banyak tau mereka yang sebegini, jadi apa kata elakkan berjumpa mereka. Kalau jumpa, borak 4 saat, then berambus.
  3. Yakin dengan diri sendiri. Sentiasa berfikir, "Kalau aku kekurangan, masih ramai lagi yang lagi yang lebih kurang daripada aku!" dan itu pastinya mampu membuatkan anda rasa yakin dengan diri sendiri.
  4. Hadapi masalah dengan nafas panjang dan senyuman. Macam tadi, sejurus sebelum aku taip posting ni, aku baru sahaja setelkan tayar kereta yang tertikam dengan skru. Dalam hati berkata "hanjeng!" tapi di muka masih mampu tersenyum. Sesaat kemudian, aku fikir balik betul-betul, "Alah, nak kena tukar tayar je kot. Apa dehal?" dan itu buat aku senyum.
  5. Kalau tertekan, cari hobi yang boleh redakan. Mungkin akan ramai yang kata, "pergi ambil wudhuk, solat." Itu benar. Tapi solat aku ni, aku tak berani gerenti khusyuk bila tengah marah. Mungkin orang lain, lain kesnya. So lepas solat, apa kata buat benda yang anda suka seperti berbloging, karaoke, memasak, ataupun nak lebih sihat, pergi berjoging atau workout.
  6. Cari quotes yang boleh menjadi motivasi buat diri. Setiap hari, baca benda-benda ni sebab at least boleh menaikkan semangat pada diri sendiri untuk terus bekerja keras melayari hari-hari mendatang dengan lebih positif.
Itu sahaja lah antara yang dapat aku kongsikan. Kalau korang tertekan dan sentiasa berasa diri negatif, korang fikir balik kemampuan dan kelebihan korang yang mungkin orang lain tak ada. Setidak-tidaknya anda lebih unik dan special.

So, renung-renungkanlah okay. Sama-sama kita menjadi orang yang positif. :)

No comments: