Showing posts with label maxis. Show all posts
Showing posts with label maxis. Show all posts

Tuesday, December 24, 2013

Percutian Hujung Tahun


Ya Allah. Korang tahu tak betapa aku jeles melihat rakan-rakan yang bercuti, ambik gambar, dan post ke IG masing-masing? Itu adalah biadap ye! Aku teringin nak pergi bercuti camtu jugak tapi memandangkan kerja aku sangat padat, (deadline hari ni, sejam kemudian, start deadline baru), so tak dapatlah rasanya nak bercuti dan berlibur.

Paling best, last time aku cek jumlah baki cuti tahunan aku, ia menunjukkan jumlah yang tinggal hanyalah 2 hari dan bila aku cek semula semalam, ada 5 hari. Aik! Nak suruh aku bercuti eh? Hahahaha. Takpe, takde rezeki untuk hujung tahun ni, aku try cari masa untuk beberapa bulan lepas ni. Lagi pulak, Januari ni aku nak bayar roadtax la, hutang la. So kalau tak berjimat sekarang, maknanya aku memang mencari pasal.

Kepada kawan-kawan yang ingin, akan, dan bakal bercuti, ingat beberapa benda ni:


  1. Bawak pakaian secukupnya so nanti tak perlu berbogel atau beli baju tambahan.
  2. Beli tiket flight (kepada yang nak bercuti jauh) awal-awal so boleh dapatkan harga murah.
  3. Sentiasa cek kalau-kalau ada promosi. Tak perlu berjalan jauh, di smart phone masing-masing pun dah boleh serve laman-laman web penerbangan, dan juga penginapan. 
  4. Sertai apa-apa jua contest percuma yang memungkinkan anda untuk memenangi apa-apa hadiah percutian. Jimat tu. 
  5. Cek cuaca di tempat yang korang nak pergi bercuti tu, so kalau nak pergi bercuti ke pantai, make sure tak hujan dan ribut la. Kang, membazir.
  6. Selain cuaca, kena cek juga sama ada tempat yang korang nak pergi tu, selamat atau sedang dalam peperangan. Kalau tetiba pergi, ala-ala nak mati syahid, terserah. 
  7. Kalau nak drive, cek kondisi kenderaan yang korang akan naiki sebab dalam perjalanan, kita tak tahu apa akan jadi. 
  8. Kalau nak ke luar negara, make sure korang tahu mobile coverage yang menjimatkan. Tapi Maxis/Hotlink rasanya ada promosi dan pelan menarik. Cek disini.
  9. Bawak ubat-ubatan penting. Kalau pesakit asthma macam aku, better siapkan ubat ataupun pam tu, kalau taknak mati di tempat orang. 
  10. Duit. Takde duit, kau makan lah lebihan sisa di mana-mana tong. 
Okay kawan-kawan. Selamat bercuti. 

Tuesday, February 28, 2012

Maxis Dah Okay di Area Rumah Aku

Alhamdulillah, berjumpal (ahahahaha! berjumpal! bodoh!).. Berjumpa lagi kita kat sini.. Ok selepas pengamatan aku selama beberapa minggu ni alhamdulillah aku dapati line Maxis dalam rumah and bilik aku dah bertambah ok.. Sebelum ni kalau bukak 3G memang tak de line langsung.. Bukak EDGE pun kadang2 jadi GSM... Sedih! Tapi kini tidak lagi..



Wow! Ala2 iklan.. Padahal Maxis tak bayar aku pun.. Hahahhaa.. So sementara Maxis dah ok ni, bolehlah aku promote sikit pengalaman Internet dengan Maxis ni.. Bagi aku, Maxis memang konsisten berbanding dengan line2 lain yang ada kat Malaysia.. Aku balik Perlis pun alhamdulillah, Blackberry aku masih bernafas dan mampu tweet and update status sampai rakan2 call suruh hentikan sebab hidung dorang dah berdarah..

Dulu aku pernah guna Celcom and Digi.. Certain area je laju.. Keluar bandar sikit, terus jadi macam rusa keluar bandar.. Apa tu.. Macam salah je.. Tak kisah la.. Tapi korang faham la kan macam mana.. Ok korang tak baca.. Tak kisahlah.. Tapi line tak konsisten la senang cerita..

So to those yang nak line coverage yang stabil kat mana2 jua anda berada, beralihlah ke Maxis.. Harga pun tak mahal sangat.. And yang penting line clear.. Tahi Twitter macam aku memang kalau line Internet putus, nyawa2 ikan keli dalam tong ikan la jawapnya.. Ok kawan2.. Semoga berjumpa lagi.. Muah! (Feeling artis..)

Wednesday, September 14, 2011

Cukai Kad Prabayar Ditangguh?

Alaaaaa...

Masih di harga biasa


Tak best la macam ni..
Kesian auntie mah tak dpt beli beg baru..
Heheheh..
Kiddin je..
Macam yang diumumkan, cukai 6% untuk kad prabayar ditangguhkan..
So, kita tak perlu keluarkan 60 sen untuk setiap RM10 topup..
Buat masa sekarang la..
Tapi tetiba dia nak aktifkan balik menda tu, tak tahulah..
Anyway..
Tak de benda nak update sangat..
Ok la..
Nite kawan2..
:)

Friday, September 9, 2011

Topup Pun Kena Cukai?

Apa pendapat korang pasal benda ni?
Bagus ke tak?
Bagi aku bagus sebab kita dapat membantu kerajaan menambah pendapatan negara dan Auntie Mah boleh beli handbag baru..

Cantikkan Hermes Birkin ini?! You have?


Eh! Ok i'm kiddin...
Hell NO!!!
Capital N O!
Hahahaha..
Sebab apa?
Banyak sebabnya..
Aku tak pakai blackberry so aku tak boleh nak BBM..

Buah beri hitam.. Hamzani mesti suka ni! Bhahahaha!


So kalau nak mesej still kena topup dan ini akan memakan sebanyak 60 sen kalau aku topup RM10 (kalau jadi la 6% tax tu!)



And kalau 10 kali topup dah jadi berapa RM kena tolak tu??
Pengsan!

Pengsan 5 saat!


Bagi yang kaya gaji ribu riban, maybe tak heran kot..
Tapi bagi yang tinggal di rumah PPRT macam aku ni??
Haish...
Makan pagi kais pagi, makan petang kais petang...
Aku tau tunggang terbalik..
Pergi mati..
Hahahahaha...
K la..
Nak gi top up jap kejap lagi...