Monday, October 31, 2011

Bola Sepak?

Ni satu lagi benda yang sentiasa menjadi salah satu masalah dalam hidup aku..
Bukan masalah besar sebenarnya....
Tapi bagi aku, memang sedikit besar la..
Tapi tu time aku sekolah dulu..
Sekarang, tak lagi...
Ok kalau dulu time sekolah rendah and menengah tiap kali kelas Pendidikan Jasmani mesti aku kureng gemar ye..



Hahahaha..
Sebab apa..?
Sebab kawan2 akan main bola..
Memang la aku still main jugak tapi sumpah aku tak minat...
Hahaha..



Tu dulu..
Sekarang, pergi mati la...
Aku tak minat..
Hahaha..
Nak buat macam mana kan..
Maybe untuk sesetengah orang, bola sepak is the best game..



Semua orang minat..
Yeah..
Memang betul..
Tapi kena ingat jugak..
Kalau takde orang macam aku, istilah kaki bangku tu takkan wujud...
Betul tak?
Macam last weekend kan ada Piala Malaysia..
Tapi aku buat apa?
Aku tengok movie kat laptop..
HAHAHAHA
Tak kisah la orang nak cakap apa pun..
Sama juga kalau ada orang yang tak suka memasak, tapi dipaksa memasak, mesti tak leh jadi kan..
So, the same concept la..



Just hormat apa yang orang mampu dan tak mampu buat..
Tak semua orang sempurna..
Betul tak?
Tapi kalau kawan2 ajak lepak tgk bola ke, apa ke, aku ikot je..
Tak de masalah..
Kalau nak main futsal, boleh je..
Tapi aku cakap siap2 la aku tak reti main..
Kalau salah jangan marah..
Hehehe..
Kalau setakat jersi bola, aku pun ada..
Arsenal..
ORIGINAL lagi ok..
Dapat time Arsenal datang Malaysia 2,3 bulan lepas..
Hahahaha..
Peminat bola yang betul2 minat pun aku sure, confirm takde jersi ori yang harga dekat RM300 tu kan..?
HAHAHAHAHA!
So, hormat apa yang orang lain tak minat, dan orang akan hormat apa yang anda tak minat..

Ni ada beberapa website yang cerita sejarah bola sepak..
Renung-renungkan..


Sepak Bola, Manfaat dan Mudlaratnya menurut syariat islam

Bagaimana Islam Memandang Sepak Bola?




Kbye!

:)

Lif Baru!

Hahahaha!
Agak jakun ye..
Tapi bukan apa..
Lama tak naik lif..
So bila lif dah ok, aku, Kak Aya, Shamil dengan Wan rasmi dulu!



k bye! :)

Friday, October 28, 2011

New Video - Better Man

Hola people!
Ok posting kali ni...
HAHAHAHAHA
Sorry..
Video baru aku..



Layan ok kawan2..

kbye!

:D

Anyway, visit my channel or klik sini!

Wednesday, October 26, 2011

Movie Review - In Time

Hola!
Semalam aku tengok filem terbaru lakonan Justin Timberlake and Amanda Seyfried..
Nice movie sebab jalan cerita dia fresh and lain dari yang lain..
In Time..



Mungkin tak pernah ada lagi filem seperti ni..
So, my first impression adalah filem ni penuh dengan aksi non-stop.
Unfortunately, it's not like what i've expected..



Ada part action and ada part yang agak slow..
Ingat lagi tak review aku pasal filem Trespass?



Ok, dia In Time punya tempo lebih kurang sama dengan Trespass tuh..
Sinopsis dia macam ni..

When Will Salas is falsely accused of murder, he must figure out a way.
With the help of a beautiful hostage, to bring down a system where time is money -- literally -- 
Enabling the wealthy to live forever while the poor, like Will,
He has to beg, borrow, and steal enough minutes to make it through another day.







So, memang lain dari yang lain kan sebab lepas tengok filem ni, aku rasa masa tu amatlah berharga..



Kepada yang smoke dan sengaja pendekkan umur, korang patut tengok filem ni..



Anyway, MASKULIN baru dah ada kat pasaran..
Dapatkan segera..
:)

Selongkar Channel YouTube!

And aku jumpa video2 lama.. Hahaha.. Kelakar bila tengok balik.. Video aku yang dapat paling banyak view antara semua2 video jatuh kepada.. Drum!!!!!!!!!!!!!!! Eceh! Hahahaha! Video Dikau Milikku! Hahahahaha.. Ok, actually video ni buat time kat rumah lama kat Pusat Komersial.. Rumah pertama aku semasa masuk degree.. Rindu rumah ni.. Urm.. Ok lagu ni adalah di-translate dari You Belong With Me nyanyian asal Taylor Swift.. Aku try translate tapi kalau direct translation, memang lirik dia jadi sampah.. So aku modify sikit la bagi lebih dramatik and ada flow.. Tapi basically jalan cerita dia still sama.. Hahaha.. Layan je ok.. :)

Monday, October 24, 2011

Movie Review - Trespass

Korang dah tengok ke belum filem Trespass ni?



Filem yang dibintangi oleh Nicolas Cage and Nicole Kidman ni mungkin pilihan buat anda yang ingin melihat sebuah filem mengenai keluarga dan ada action sikit2..
Macam aku, aku suka jugak la filem ni..
Latar tempat dia simple sebab berkisar dalam rumah family ni sahaja..
Ok aku ceritakan serba sedikit mengenai sinopsis filem ni..
Ada satu family kaya ni yang memang hidup di kawasan penempatan orang2 kaya nak mampus dengan rumah yang hi-tech dan ketat dengan ciri2 keselamatan yang mana ada rumah agam diorang sendiri..
Family Miller nama diorang..



Di sebalik kekukuhan dinding dan taman mewah tu, Kyle yang mana seorang ahli perniagaan beri kepercayaan kepada bini dia, Sarah untuk reka dan bina rumah tu..
Dalam membuat keputusan kepada rekabentuk rumah dan sebagainya, Sarah sering diganggu oleh seorang mamat muda hensem ni yang keja kat rumah diorang..



Dalam hidup aman damai tu, ada seorang makhluk jahat berdarah bukan macam manusia ni, hahahaha!
Nama dia Elias, pecah masuk ke rumah tu..



Semua penghuni rumah berada dalam keadaaan cemas dan terpaksa menyelamatkan keadaan dan nyawa..
Korang kena tengok sendiri macam mana Kyle, Sarah dan anak diorang Avery menyelamatkan rumah, harta, dan nyawa diorang di samping sayang antara satu sama lain..



So, pegi tengok cepat ok..

Graduation ...


Hello..
Hurm..
Posting hari ni sedikit mood sedih..
And bercampur happy..
Happy sebab esok kawan2 akan konvo..




Dalam dewan auditorium..
Ramai2..
Jumpa semua balik..
Kenang hasil titik peluh masing2 sepanjang bergelar student..
Hurm...
Sedihnya..
Aku tak dapat sambut hari kemenangan tu bersama diorang..
Aku sepatutnya berada dalam dewan tu dengan diorang..
Pakai jubah penerima Ijazah Sarjana Muda dengan diorang..
Ambik gambar ramai2..
Happy bergelak ketawa..
Aku tak merasa semua tu..
Urm..
Nasib aku tak baik macam diorang..
Tengok gambar2 and  status2 kawan2 kat FB and Twitter buat aku rasa happy + sebak..
Hurm..
Benda dah jadi..
Aku tak dapat putar masa..



Urm..
Maybe sebab aku rindu kawan2, rindu kelas, rindu zaman belajar...
One day aku akan berada di situ jugak..
Aku janji aku akan grad dan konvo jugak..
Cuma masa dah lain dan tak sama..
Dianjakkan mungkin lewat setahun dua..
Tapi aku akan teruskan jugak hingga aku capai apa yang aku nak..
Untuk kawan2 yang akan konvo esok, sekalung tahniah daripada aku..
Selamat menaiki pentas dengan ilmu penuh di dada menerima segulung ijazah, Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dalam jurusan masing2..
Aku rindu korang..
Rindu sangat2..
Tahniah sekali lagi kawan2..


Regards,
Kawan korang..

Sunday, October 23, 2011

Volkswagen Media Trip to Penang



Memang seperti dijangka, trip ke Penang bersama Volkswagen hari tu adalah sangat best! Kami para peserta yang terdiri daripada wakil media berpeluang merasai nikmat pemanduan ketiga-tiga model terbaru dari Volkswagen - Passat, Jetta, dan Cross Tauran.. Dengan penginapan yang ditaja khas oleh Hard Rock Hotel Penang, aku takkan lupa trip ni.. :) Nak tengok lebih banyak gambar, klik sini or klik pada gambar dibawah! :)


Gamer Thailand Yang Over

Over la sial!
Aku tak tau aku patut gelak or meluat tengok anak Siam ni..
Main game macam ko nak main betul2..
Bodoh!
Nampak sangat apply jadi askar tak lepas..
Pastu gila, main game over2 camni..


Thanks to Blogserius

Friday, October 21, 2011

MASKULIN Isu November

Hola!
Posting kali ni berkisar tentang MASKULIN, majalah lelaki berbahasa Melayu no 1 di Malaysia yang kembali untuk isu November..
Start next week insyaallah, anda dah boleh dapatkan di pasaran..
Isu kali ni berkaitan lelaki dan perkahwinan..
Cover adalah Datuk Dr Sheikh Muszaphar, angkasawan pertama Malaysia..



Tapi beliau tak berkeseorangan tau sebab beliau ditemani oleh puteri sulungnya, Sofea Isabella..
Comel!
Hehehe..
So, berbagai tips berkaitan perkahwinan dan sebagainya boleh didapatkan..
Tak lupa juga tips2 lain seperti fitness dan auto turut disediakan macam biasa la..
So, dapatkan di pasaran segera....!

Kbye!

:)

Tuesday, October 18, 2011

Humanity -----> FAILED!



Posting kali ni agak emosi ye..
Harap maaf..
Aku taknak racist and tak bermaksud apa2..
Ni pasal kes langgar budak China 2 tahun tu..
Kesian kan?
Humanity dah tak wujud kot kat China..
Alhamdulillah kita still ada humanity kat Malaysia..
Walaupun over-concern leads to something yang annoying, tapi at least better dari tak concern langsung..

Tengok video kat bawah ni!

Gagasan 1Malaysia Jadi Depan Aku!

Hello!



Ok, posting kali ni nak berkongsi pasal Gagasan 1Malaysia yang mana merupakan satu konsep baru dari PM kita YAB Datuk Seri Najib Razak..

i punya ok!



Sebelum ni, semangat 1Malaysia ni aku takde la nak kata minat sangat..
Just tau dan ambik tau sikit2 camtu je la..
Then, semalam aku pergi makan kat Bangsar..
Dengan cari tempat makan tak jumpa, lepas tu pusing dekat sejam baru jumpa..
Nak makan jugak kat situ sebab makanan dia sedap dan murah nak mamps!!!
Hehehe..
Korang kena pegi try makan kat situ..
Ok, nak dijadikan cerita, masa turun dari kereta, aku tekan lock kat pintu dan tertinggal kunci di dalam kereta..

argh! tertinggal!


Tahniah!
Seronok dapat tengok kunci terkontang-kanting macam konek lembik!
HAHAHAHA!
Then dengan gigihnya, aku mintak tolong makcik kat kedai makan tu..
Tapi dia takde pembaris nak tolong aku..



So aku request mintak macam2 dari pembaris sampai pisau panjang, malangnya, NON HADO!
Takpe la..
Makcik tu pun memang banyak membantu..
Thanks makcik!
Lepas tu aku jalan2 melihat persekitaran kereta aku kot2 terjumpa besi ke, kayu ke..
Then, lalu depan kedai makan cina..
Ada apek dengan auntie ni tengah gigih nak tutup kedai..
Then diorang tanya kenapa???
Aku cakap, kunci kereta tertinggal dalam kereta..
Aku tanya kot2 apek ada pembaris ke, apa ke..
Dia takde..
Tiba2 auntie tu masuk dalam kedai, buat panggilan..
Aku pun nervous la, takot dia call polis buat report aku nak rompak kedai dia..
Rupanya dia call tukang kunci kawan dia..
Mujur uncle tukang kunci ada kat area situ..
Semalam baru terasa semangat 1Malaysia ni bagi aku yang 2% racist ni..
Now, tak racist dah!
Hahaha..

Kbye!

Movie Review - The Thing

Hola!
Ok hari ni aku nak review filem The Thing pulak..
Mungkin sedikit terpinggir dari perhatian para peminat filem sebab disogok dan tersembunyi disebalik kemeriahan filem Real Steel..
Tapi takpe..
Setiap filem ada kekuatan tersendiri..
Aku pun takkan pegi tengok kot kalau takde keja..
Tapi sebab semalam aku takde keja, dan takde filem lain dah nak ditonton selain Klip 3GP (Eeew!), aku pun tengok lah filem The Thing ini..
Memang OHSAM!
Sangat!
Jalan cerita dia simple je sebenarnya..
Ok, serba sedikit pasal cerita tu, basically, main thing is pasal Alien..
Satu kumpulan saintis terjumpa macam spaceship kat bawah gua ais kat Antartika..
Then, ketua kumpulan saintis ni menjemput seorang doktor gadis, dari US untuk datang buat kajian pasal struktur yang dijumpai di bawah tanah tu dan juga satu fosil yang diorang sendiri tak tau apakah ittew!
Hahahaa...
Then, bila dah angkat fosil tu dari dalam ais yang beku, ia rupanya satu makhluk asing..
Alien la uols!
Bukan Alin Alina tau!
Hahaha..
Menatang tu amatlah ganasnya siap makan ahli kumpulan saintis tu..
And the worse part, lepas benda tu makan, dia akan imitate rupa bentuk orang yang dimakan..
That means, macam virus la..
Sel tisu menatang tu, merge dengan sel mangsa and akan transform jadi alien inside the human..
So scary la..
Nak tau lebih lanjut korang kena tengok sendiri la..
Starting agak slow dan membuatkan aku menguap 23x tapi bila dah start action tu, memang tak pejam mata la..
Aku salute dia punya make up dengan CGI  yang amat ohsam!
Phewwww!
So korang apa lagi..
Pegi beli tiket segera dan tengok!
Kbye!

Monday, October 17, 2011

Movie Review - Real Steel

Movie review hari ni nak cerita-cerita pasal Real Steel!
 

 

 
Nice movie!
Tu je yang aku dapat cakap..
Memang best tak terhingga..
Korang dah tengok belum?
Ok, meh aku cerita serba-sedikit pasal sinopsis filem hebat ini..
Filem lakonan Hugh Jackman ni mengisahkan Charlie, seorang former wrestler/boxer..
 

 

 
Bila dia dah stop berlawan, dia join wrestling antara robot ni..
Banyak cerita dia lepas dia dapat tahu dia ada anak (Max) dan dia kena jaga budak tu lepas mak dia mati..
 
 
Time tu, banyak dapat dilihat pada mulanya, ketidaksefahaman antara ayah dan anak..
Tapi lama-kelamaan, mereka ada persamaan, iaitu minat robot fighting..
Memang sekepala la..
 
 
Lepas macam-macam rintangan dan salah faham, mereka akhirnya semakin erat sebagai anak dan ayah..
Filem ni berlatarkan tahun 2020 di mana untuk game lawan-lawan macam ni, manusia inginkan sesuatu yang lebih hebat dari biasa..
Kalau korang nak tau lebih lagi and feel sendiri filem ni, baik pegi tengok sendiri..
Anyway, aku tengok yang 2D punya sebab nak puaskan mata dengan visual HD..
So, korang pilih la macamana..
Any way, kat bawah ni ada gambar hero utama filem ni, Atom!
 

 

 
 
 

Rasa Bersemangat!

Baiklah!
Semalam saja gedik-gedik gatal2 tangan bukak website Nuffnang..
 
 
Aku ingatkan dah tak wujud dah profile aku dalam Nuffnang punya simpanan..
Last sekali dapat income is 75 sen!
75 sen tu aku earn dalam masa 3-4 tahun tau!
Hahahaha...
Tetiba bukak semalam, macam nak pengsan!
 
 
Dah naik sikit..
Jadi RM1.50..
Woah!
Hahahahaha..
Macam kelakar pun ada tapi..
Percaya je la..
Hahahaha..
Alhamdulillah..
Nuffnang still wujudkan aku punya profile dalam simpanan diorang la tu maksudnya..
Korang camne?
Mesti dapat RM10,000 sebulan kan?!
 
 
 
kbye!
 
:D

Testing!

Testing! Testing!

Saturday, October 15, 2011

New Baby!

Hola!
Aku sangat happy sebab semalam aku dapat 'baby' baru..
Bukan bayi tau..
Tapi lappy baru yang gantikan lappy lama aku yang cedera parah patah tengkuk..
Korang pernah tgk kan Acer lama aku..
So now, aku ada lappy baru..
Nama dia Acer Aspire S3 Ultrabook..!



Hahahaha..
Senipis MacBook Air!


Kalau korang nak tgk review untuk Acer ini, klik sini
Memang la tak sepower MacBook Air tapi aku peduli apa..
HAHAHA..

Kbye..