Wednesday, February 29, 2012

Wedding Lisa - Yusry

Hola! Mungkin dah lambat tapi tak kisah la.. Blog aku bukannya blog hiburan.. Hahaha.. Sekadar nak masukkan story.. So aku masukkan sekali yang ni.. Harap maaf sebab tergendala ye.. Ni hari Ahad lepas time wedding Lisa-Yusry.. Alhamdulillah semua berjalan lancar.. Kat bawah ni layan gambar2 yang aku sempat snap.. :)

Dah macam pegi kenduri kahwin saudara mara! Hahaha!

Mati2 aku ingatkan yang balut kertas gold tu adalah telur rupanya coklat.. :)

Pelamin meriah!

Hehehe.. Tak tau nak tulis ucapan apa..

Time ni tak penuh lagi dewan...

Pengantin perempuan masuk..

Lauk yang dihadapkan oleh aku..

Hahaha.. Ni kelakar.. Yana dan kembar dia.. 

Ni pulak kembar aku! Hahaha.. 

Laki bini..

With Kak Dynas si Mak Buyung..

Mia dan laki bini..

Tuesday, February 28, 2012

Bintang Idola Berita Harian Sempena Jelajah ABPBH 2011

Wow! Tajuk headline macam train.. Panjang.. Hahahah.. Agak kelakar ye kalau nak cerita.. Atas sebab hasutan oleh Diraf aku terjoin benda ni secara tak sengaja.. Masuk final hari kedua pulak tu yang tak tahan.. Hahaha.. Gambar2 ni adalah corat coret semasa road tour tu.. :)







Maxis Dah Okay di Area Rumah Aku

Alhamdulillah, berjumpal (ahahahaha! berjumpal! bodoh!).. Berjumpa lagi kita kat sini.. Ok selepas pengamatan aku selama beberapa minggu ni alhamdulillah aku dapati line Maxis dalam rumah and bilik aku dah bertambah ok.. Sebelum ni kalau bukak 3G memang tak de line langsung.. Bukak EDGE pun kadang2 jadi GSM... Sedih! Tapi kini tidak lagi..



Wow! Ala2 iklan.. Padahal Maxis tak bayar aku pun.. Hahahhaa.. So sementara Maxis dah ok ni, bolehlah aku promote sikit pengalaman Internet dengan Maxis ni.. Bagi aku, Maxis memang konsisten berbanding dengan line2 lain yang ada kat Malaysia.. Aku balik Perlis pun alhamdulillah, Blackberry aku masih bernafas dan mampu tweet and update status sampai rakan2 call suruh hentikan sebab hidung dorang dah berdarah..

Dulu aku pernah guna Celcom and Digi.. Certain area je laju.. Keluar bandar sikit, terus jadi macam rusa keluar bandar.. Apa tu.. Macam salah je.. Tak kisah la.. Tapi korang faham la kan macam mana.. Ok korang tak baca.. Tak kisahlah.. Tapi line tak konsisten la senang cerita..

So to those yang nak line coverage yang stabil kat mana2 jua anda berada, beralihlah ke Maxis.. Harga pun tak mahal sangat.. And yang penting line clear.. Tahi Twitter macam aku memang kalau line Internet putus, nyawa2 ikan keli dalam tong ikan la jawapnya.. Ok kawan2.. Semoga berjumpa lagi.. Muah! (Feeling artis..)

Dengki is a Gift?

Hell no! Haaaa.. Hell No tau.. Bukan Hello.. Hehehe.. Ok hai semua.. Dengki is a gift? That's not a good thing pun actually.. Tak patut wujud pun.. Kadangkala kita kena sedar dalam dunia ni, perasaan hasad dengki sentiasa wujud.. Normal sebagai manusia, akan ada secebis rasa iri hati dengan kejayaan orang lain.. Tapi kali ni nak bercerita sedikit pasal kawan2 sendiri..

Aku ni takde la nak kata terasa hati ke apa tapi sikit la.. Tak banyak pun.. Nak cakap depan2 macam tak patut la pulak.. Kang benda lain pulak yang jadi.. So buat tak tahu je la.. Kenapa la tak boleh nak happy untuk aku.. Hm.. Aku ni takde la nak mintak pujian ke, ape ke.. Just nak berkongsi cerita kejayaan.. Tapi apa yang aku dapat..? Ada antara mereka buat muka..

Hurm.. Tak boleh ke kalau orang lain nak berjaya sikit..?? Tak boleh ke kalau tumpang happy untuk kejayaan orang lain.. Aku selalu tumpang happy dengan kejayaan kawan2 tapi kawan2 takde pun nak rasa seronok kalau aku berjaya.. Hm..

Takde la nak kata aku hadap sangat tapi obviously, nampak sangat dorang tak suka.. Aku just nak share rasa gembira tu je.. Sikit je.. Tak banyak pun.. Urm.. Tak pe la.. Yang penting now aku tersenyum gembira.. And still boleh control this thing... Tapi benda hasad dengki ni tak bagus sebenarnya.. Dengkil tu pun tak bagus sebab jadi trek mat rempit lumba motor.. Erk! Ok serius sikit..

Tu la.. Tak pe.. Tak semua orang perfect.. Kita cuba perbaiki diri masing2 ok kawan2.. Ok la.. Sebelum tido, macam biasa, aku maafkan semua dosa dan kesalahan kalian, and aku mintak ampun dan maaf andai ada salah serta kekhilafan.. Assalamualaikum.. Selamat malam.. :)

Monday, February 20, 2012

Be Yourself = Being Different

Assalamualaikum.. Korang faham tak dengan subjek diatas.. Faham ke tidok?? Hehe.. Ok, as simple as ABC.. Be yourself and kamu akan jadi berbeda.. Kelas dengan bahasa Indonesia.. Hehehe.. Ok, jadi diri sendiri.. Tu je yang aku nak cakapkan.. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab sejak dua menjak ni aku asyik terserempak (pengsan!) dengan orang yang terlalu mencuba menjadi orang lain, untuk menarik perhatian.. Mungkin orang camni ada hak dan plan tersendiri.. So, kita tak boleh halang dia buat benda yang dia suka.. Betul kan? Siapa setuju angkat jari kelingking.. Ok takde orang angkat..


Sambung.. Tu orang punya hak.. Kita tak boleh kacau.. Now, let's move kepada aku punya hak pulak.. Bagi aku la (ni pendapat aku), kalau kau nak tarik perhatian orang, kau tak perlu nak bersusah payah sangat.. Jadi diri sendiri.. Bila orang suka berkawan dengan kita, kita tak perlu nak tarik perhatian sesiapa.. Perhatian tu tak bawa kita ke mana2.. Percaya la cakap aku.. Mungkin ada di antara kita merasakan dengan adanya perhatian, kita akan jadi lebih cantik (cantik ke?!), atau mungkin lebih disayangi..


Busit! Busit! Busit! Ok, nak jadi berbeza daripada orang lain adalah satu benda unik.. Setiap orang ada keunikan tersendiri.. Setiap dari kita berbeza dan ini menjadikan kita unik.. Untuk menjadi unik, jadilah diri sendiri.. Tidak perlu nak meniru gaya, dan perangai orang sebab itu bukan diri kita.. Kalau dah sama dengan orang lain, itu dah tak dikira unik.. Itu dah tak dipanggil berbeza.. Sebab apa? Sebab dah sama macam orang yang kau tiru tu la.. Kalau tiru menjadi takpe la jugak ni kalau tiru pastu menjadi.... tahi... Tak ke kena hanjing sampai ke mati.. 

Hahaha.. Ok, kalau kawan2 kat luar sana nak sangat mendapatkan perhatian atau tumpuan, tak perlu nak berubah.. Tak perlu nak berubah dan jadi orang lain.. Jadi diri sendiri.. Kalau orang selesa dengan kita, ertinya orang itu benar2 jujur dan ikhlas berkawan dengan kita.. Kalau sebaliknya, contohnya dia tak suka perangai kita, tak suka perwatakan kita, kita tak boleh buat apa2.. Jangan sedih2 pulak.. Kang tak pasal2 kau dituduh 'terhegeh-hegeh'.. Kau nak? Taknak kan? 

Bila kita jadi orang lain, cuba berubah menjadi orang lain, kearah kebaikan adalah satu tuntutan.. Kalau tak, tak wujud lah perkataan hijrah.. Tapi kalau terlalu nak mengikut orang dan meniru perwatakan serta peribadi seseorang tapi ke arah yang terpesong, that's not cool.. Kan.. So, jadi diri sendiri.. If ada benda negatif pada diri, perbaiki.. Tapi make sure identiti diri kita tetap kekal dan orang still suka berkawan dengan kita sebab kita adalah kita.. 

Lagi satu, cuba terima teguran.. Tak perlu nak melenting bila ditergur.. Bila diherdik, baru melenting ok.. Kalau setakat ditegur ke arah kebaikan, terima dan perbaiki diri.. Bawa aura positif dalam diri.. Kalau ada kawan2 kaki condemn, kaki pembawa aura negatif, jangan jauhi mereka tapi dekati mereka dan bawa aura positif dalam diri mereka pulak.. At least anda dapat merubah seseorang.. Jangan pulak orang tu dah cukup negatif, kau pergi tambah lagi kenegatifan dalam otak dia.. Memang 2 hari kemudian dia bunuh diri la..

Er... Boring kan takde gambar.. Sebab aku update pakai email.. Nanti aku letak gambar.. DAH LETAK GAMBAR! :) Baru meriah.. Ok.. Bubye.. :D

Empat Semusim...

Urm.. Tak ada apa sebenarnya aku nak katakan kat sini.. Empat semusim.. Semanis frasanya.. Pelbagai terjemahan boleh menjelaskan dua kata ini.. Tapi takkan mungkin bisa difahami dengan jelas erti katanya.. Hanya yang memahami mampu mengerti erti sebenar dua kata ini.. Ada akan membayangkan empat musim iklim.. Mungkin juga ada akan memikirkan mengenai perubahan.. Bagi aku cuma satu.. Cuma satu.. Hm.. Jarang aku bermadah.. Sekali lagi.. Bagi aku cuma satu.. Hanya aku yang memahami ertinya.. Selamat malam semua.. Selamat malam sayang..

Friday, February 17, 2012

The Malaysia Ranger Challenge Untuk Anda Kaki Lasak

Sekarang dah jadi macam trend dah untuk wujudnya sukan2 lasak kat Malaysia ni.. Aku yang reporter ni pun memang enjoy bila buat write up pasal sukan or aktiviti lasak.. So aku pegang column XTVT tu dengan penuh keseronokan dan enjoy tanpa rasa stress.. Alang2 menulis, aku dapat try aktiviti2 tu jugak..

Salah satu program contest yang menarik perhatian aku is 'The Malaysia Ranger Challenge' ni anjuran Ford Malaysia.. Dorang buat contest cabaran lasak ni untuk penggemar2 Ford Ranger.. Dengan menyertai cabaran ni, anda mungkin berpeluang untuk memenangi sebuah Ford Ranger XLT baru! Wow! Sangat elok ye model baru ni! Orgasm tengok! Hehehe.. :D




Ok untuk sertai contest ni is sangat mudah ok.. Anda just perlu buat sedikit short essay pasal apa yang anda boleh buat dengan Ford Ranger ni.. Macam2 tau anda boleh  buat sebenarnya.. Contohnya tulis essay pasal cabaran anda menarik kenderaan lain dengan berat sehingga 3 tan menggunakan Ford Ranger ke, atau tulis mengenai keselesaan berkhemah dalam Ranger selama 2 hari ke, or maybe anda off-road naik kereta hebat ni ke.. Tak kisah pasal apa pun janji ia mencabar..



Kalau nak lagi sedap lagi, anda boleh snap and sertakan gambar.. Baru nampak gambaran sikit.. Kalau malas sangat nak menulis, anda boleh record video and buat macam short film.. Lagi nampak real tapi nak edit tu, rajin ke? Hehehe.. And yang penting, untuk join tak semestinya perlu ada sebijik kereta ni.. Anda mungkin boleh pinjam.. Apa yang penting  (lagi!) anda mestilah berusia 21 tahun ke atas dan punya lesen memandu sendiri..

Syarat2 penyertaan lain anda boleh klik di SINI and baca kat SINI.. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Mac 2012.. So kepada kaki2 aktiviti lasak yang inginkan habuan hebat, jangan lengah2 kan masa lagi.. Ada lagi 44 hari sebelum tarikh tutup.. Cepat! :)

Thursday, February 16, 2012

MASKULIN Isu Mac 2012 Kini Di Pasaran!


MASKULIN isu Mac 2012 kini di pasaran... Dapatkan segera untuk pelbagai info dan maklumat menarik.. Antara yang terhangat minggu ini:

  • 30 Bentuk Tubuh Muscular
  • Benarkah Wanita Berusia Lebih Memuaskan?
  • Bangkitkan Ghairah Seks Dengan Senaman
  • Bahaya Batuk Berkahak
  • Dan pelbagai hadiah menarik menanti anda seperti hamper daripada VASELINE, barangan filem BUNOHAN, dan banyak lagi!


$23.60 Untuk Segelas Starbucks?!

Melampau kan?! Korang akan bayar tak sampai $23.60 atau bersamaan lebih kurang RM71.80 untuk segelas minuman? Hahaha.. Kalau aku memang tak la.. Memang tak dinafikan, Starbucks punya minuman adalah sangat best.. Aku yang miskin ni pun, seminggu sekali or dua kali akan minum.. Favourite aku, macam biasa la, Java Chip.. Yummy.. :)



Tapi this one guy, bernama Logan Warren, 22 tahun seorang usahawan teknologi dan pelajar telah meminum segelas minuman dari Starbucks dengan harga ni..



Gila kan? Tapi dia tak spend satu sen pun duit dia, mahupun duit bapak dia sebab dia gunakan kupon yang dia dapat sempena birthday dia.. Syarat penggunaan kupon tu, boleh beli apa2 minuman kat Starbucks, tidak kira saiz, dan apa2 add-on boleh disebat.. Wow! So nak tau tak apa campuran ramuan yang buat minuman dia sampai harga tinggi nak mampos camtu? Baca ni..

The Most Expensive Starbucks Drink in the World, Ever–$23.60

It’s not every day that you receive a coupon for one of the priciest beverage chains in the world! Armed with my Starbucks Rewards card, I decided to take the opportunity to find out just how much money I could pour into a Trenta—Starbucks’ whopping  31 ounce cup!   After about a half-hour with a laughing barista, we created the most expensive drink possible: one Java Chip Frappuccino in a Trenta cup, 16 shots of espresso, a shot of soy milk, caramel flavoring, banana puree, strawberry puree, vanilla beans, Matcha powder, protein powder, and a drizzle of caramel and mocha.

Price: $23.60.

The resulting beverage contains 1400mg of caffeine.   According to Erowid, a widely respected drug catalog, a heavy caffeine dose is 400+mg.  This drink has 3 times that.  If I drank this all at once, it would put me in the hospital.  Two of these would kill me.

The flavor?  Tolerable, but not good.  Imagine a coffee-based health food smoothie that will put you in the hospital if you drink it all.  That’s how it tastes…like Jillian Michaels with a touch of Chuck Norris.

Logan A. Warren


Hahaha.. Mungkin kita takkan rasa minuman yang harga camtu kot.. And dia sendiri pun mengaku benda tu jadi tak sedap.. Padan muka kau.. Hahaha.. Minum segelas tu masuk wad.. Scary gak kan... Ni resit dia..


Guitar Lesson

Aku memang minat muzik.. Hari tu aku ada cakap kan pasal aku beli gitar.. So semalam aku beli buku cara belajar main gitar.. Mungkin bagi sesetengah orang, benda ni tak penting pun.. Tak kisah la.. Persepsi masyarakat lain2.. Tak boleh nak samakan setiap manusia.. Setiap dari kita punya minat masing2.. Ada yang minat sukan, ada minat bola, and macam aku, minat aku lebih kepada muzik.. :)


Wednesday, February 15, 2012

Lemak Tak Jahat!

Lemak tak jahatlah! Cuma nakal je.. Hahaha.. Nakal sebab apa? Sebab lemak macam tahi.. Cuma dia liat sikit je.. Haaaa.. Hahahaha.. Bodohkan.. Ni semua Huda punya pasal la.. Hahahaha.. Gurau je..


Ok lemak tak jahat   tau tak sebab apa? Sebab dia tak jahat.. Cuma penyalahgunaan je jadikan lemak tu jahat.. Dia lemak ni sebenarnya kalau orang yang tahu camne nak susun dalam piramid makanan, akan jadi diet seimbang.. And dengan ada lemak sikit ni, akan dapat bantukan turunkan berat badan.. Mesti susah nak percaya kan.. Tapi ni fact.. K la.. Nak makan.. Bye..

Monday, February 13, 2012

Beberapa Petua Hilangkan Bau Badan

Bau badan memang kurang menyenangkan. Untuk lelaki yang aktif dan sering melakukan aktiviti luar yang menyebabkan peluh, sekaligus akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Bukan sahaja kurang menyenangkan untuk diri sendiri, malah untuk orang sekeliling. Bau badan juga perlu dititikberatkan kerana ia juga memberi kesan kepada keyakinan diri. Posting kali ni, aku akan berkongsi beberapa bahan kegunaan harian yang boleh digunakan untuk menghilangkan bau badan.

TEH

Mungkin ramai yang tidak tahu, hampas teh yang telah digunakan boleh menjadi penghindar bau badan. Gosokkan hampas teh tersebut di bahagian yang mudah  berpeluh seperti ketiak dan biarkan selama 15 minit. Selepas itu bersihkan dan anda akan rasa kelainannya. Amalkan panduan ini tiga kali dalam seminggu.

HAMPAS KELAPA

Hampas kelapa yang telah digunakan untuk menghindari bau badan. Cara yang sama digunakan tetapi untuk hampas kelapa, biarkan selama 45 minit dan kemudian, bersihkan bahagian yang digosok itu. Amalkan tiga kali dalam seminggu.

BERAS

Beras bukan sahaja boleh digunakan sebagai makanan tetapi juga untuk menghilangkan bau. Seperti yang kita tahu, beras digunakan untuk membuang hanyir ikan. Konsep yang sama turut digunakan untuk menghilangkan bau badan. Cuma caranya sedikit berbeza, iaitu dengan menggoreng segenggam beras (tanpa menggunakan minyak) sehingga hangus. Kemudia ramas sehingga hancur dan campurkan sedikit air asam jawa. Gosokkan pada bahagian yang menyebabkan bau badan dan dibiarkan selama 10 minit sebelum dibilas.

DAUN PANDAN

Daun pandan sememangnya ternyata keharumannya. Selain digunakan dalam masakan, ia juga boleh digunakan untuk membuang bau badan yang kurang menyenangkan. Kisar halus beberapa helai daun panda kemudian tapis dan simpan jus hasil kisaran tadi. Campurkan jus dari daun pandan dengan air (sekiranya ingin gunakan air yang banyak, daun pandan yang perlu digunakan juga haruslah banyak) dan basahkan tubuh dengan air campuran tersebut. Amalkan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu dan anda akan dapat merasakan hasilnya. 

Internet di Rumah Hilang

Bukan hilang sebab kena curi ke aps tapi hilang sebab.. Ntah.. Rasa2 tak bayar kot.. Hehe.. So untuk beberapa ketika ni kurang sikit la pengupdatean (errrrr.......) Posting baru.. Haha.. So kalau aku ada masa aku update la ok.. :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, February 12, 2012

Perginya Seorang Bintang: Whitney Houston

Mungkin pagi ni ramai yang terkejut dengan berita pemergian bintang lagenda seni suara Hollywood, Whitney Houston.. Yeap.. Beliau baru sahaja menghembuskan nyawa terakhirnya pada jam 3.55 pm (waktu US) di sebuah hotel di Beverly Hills, California, Amerika Syarikat pada usia 48 tahun.. Kematiannya dikatakan disebabkan oleh dadah.. Tak tahu betul ke tak.. Tengok video ni dulu..



Sedih kan..

Kumpulan Koir UiTM Juara Pertandingan Koir di Sunway Pyramid!

Semalam semasa berjalan2 lepas lunch, aku ke Sunway Pyramid.. Ada pertandingan koir sempena pelancaran apa ntah.. Semua kumpulan koir yang join ada 19 kumpulan kesemuanya.. Antara kesembilanbelas kumpulan yang join tu, ada kumpulan koir UiTM.. Terus semangat nak tunggu.. Hehehe.. Mereka ni dari Fakulti Muzik UiTM Shah Alam.. :) Aku takde video tapi ni ada beberapa gambar..

Kumpulan first yang perform dari Ex-UM


Ni dari sekolah menengah apa ntah.. 


Adik2 comel ni dari Sekolah Rendah.. Seksyen 16 kalau tak silap.. 


SANG JUARA! Kumpulan Koir UiTM yang telah mempersembahkan dua buah lagu 

Persembahan penutup yang penuh warna


Tahniah diucapkan kepada pemenang.. Memang dorang layak menang.. :) 

Saturday, February 11, 2012

Saggitarius...


These characters of Saggy buat aku senyum.. Hehehe.. Walaupun benda ni bukan menurut kepercayaan aku and kita tak boleh percaya benda khurafat ni, tapi bila baca ni ia jadi macam motivasi untuk jadi lebih baik.. And cuba untuk jadi character seperti yang tertera.. Pagi tadi  bila berbicara pasal rasa uncomfortable dan rasa tak confident dengan diri sendiri, someone sent me a BBM message berkaitan horoskop aku sebagai Saggy.. Baca ni...
"It's wonderful to be in the spotlight. All of your fabulous qualities are highlighted. You can show off your best attributes and talents. You can get a lot of attention. And, as an attention-loving Sagittarius, you will shine. But being in the spotlight has a downside too. All of your flaws will be exposed. Any mistakes you made will be very obvious in the glaring light. And with all that attention, everyone will see it clearly if you screw up. You are probably experiencing fears and insecurities about an upcoming opportunity to shine. But you needn't. You're a star, and a star is best when shining."

Ini buat aku rasa yakin dan sayang diri aku semula.. Macam aku cakap tadi, aku tak percaya benda2 karut ni.. Tapi ni sekadar motivasi.. :)

Anak Patung di Bumper Kereta Untuk Roh?

Mungkin akan ramai yang mencela aku disebabkan tajuk diatas.. Hahaha.. Tapi betol la.. Tadi aku ada dapat broadcast message kat BBM dari seorang member.. Then baru aku tahu apa yang berlaku.. Cewah.. Hahaha.. Tengah2 malam ni tetiba muncul mood seram.. Hihihihihi... Ok kembali ke cerita kita.. Kalau kat jalanraya, korang pernah tak ternampak kereta2 yang gantung patung2 comel kat bawah bumper belakang.. Macam ni...



Ada yang letak Spongebob, ada yang letak Patrick, macam2 lagi la dorang letak.. Kenapa tak letak teddy bear yang besar tu je.. Besar sangat kot kan.. Hahaha..Tadi Zul hantar BBM tu then bila baca, baru aku faham and rasa seram.. Sebab apa? Korang baca sendiri la mesej ni..

Saya teringat suatu perbualan dengan abang saudara saya semasa traffic jam di lebuhraya baru-baru ni. Pelbagai jenis kereta lalu melepasi kami dan abang saudara sy pun bertanya,

“Ha kau tahu tak, kenapa orang selalu letak anak patung bawah kereta dia?”

Saya lihat ada kereta lalu di hadapan, dengan anak patung Spongebob. Banyak dah orang buat, especially kereta sport. Ada tasmania devil, sylvester, tweety, pendek kata semua soft toy. kadang-kadang sampai buruk pun ada. Kesian tengok anak patung tu..

“Entah la,” saya duga. “Mungkin, nak bumikan elektrik semasa kilat kot?”

“Salah…”

“Sebab, ni budaya orang Thailand. Orang sana percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat dia mati. Takut nanti dia menganggu orang yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka pasang anak patung. Supaya roh kanak-kanak tu happy.”

“La ye ke,” kata saya. “Patutlah time saya pergi Bangkok dulu, diorg buat shrine tepi jalan. Kata tourist guide, kalau orang tu mati kat situ, buat kuil kat situ. Dia jadi penjaga jalan tu.”

“Ha tulah, orang kita ni suka ikut saja budaya luar. Asal cute je buat. Tak fikir pun sebabnya.”

Bila Google di sini saya mendapati perkara yang sama. Di sini pula, halaman blog pelancongan Thailand ni pula mengatakan bahawa trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Peehhh…nasib baik saya pun tak buat…, nanti rosak pula akidah percaya pada roh anak patung. Hari tu ada jgk terfikir nk buat mcm tu…, npk comelkan?? So…apa2 pun nk buat, kita rujuklah dgn mana2 sumber yg patut..supaya jgn nnt org ckp…

“nil ah dia..org yg suka beramal/mengikut....tapi takda ilmu…”

SEMOGA IANYA BERMANFAAT BUAT SEMUA
Aku pun google la gambar cab yang gantung benda2 merepek ni kat Google.. And satu gambar ni macam scary je.. Hehe..



So fikir2 sendiri la ok.. Jangan sebab nak tiru orang sana sini, kita lupa akidah kita.. :)

Friday, February 10, 2012

Melayu Mudah Lupa + Perjuangan Belum Selesai + Saat Pilu = :'(

Mungkin bodoh buat sesetengah orang.. Tapi bagi aku, ini adalah istimewa.. Aku ada dua nenek.. Seorang adalah penyokong pembangkang manakala seorang lagi penyokong kuat parti kerajaan.. Aku? Neutral.. Dua2 aku sayang.. I mean, neneks aku la.. Hehehe.. Aku sayangkan kerajaan Malaysia.. Aku jugak sokong perjuangan tegar pembangkang.. Dua2 punya hak masing2 and punya objektif yang ingin menyumbang kepada tanahair.. Entahlah.. Nak bercakap pasal politik pun, aku bukan siapa2.. So, aku rasa lebih baik bertindak satu arah.. Tidak menyongsong ke mana2.. Betol tak?

Tadi siang aku ada menonton video lama ni.. Mula2 rasa macam ok je.. Video lama.. Teringat time sekolah dulu.. Video ni selalu dimainkan di RTM selalunya sebelum berita start.. Hehehe.. Terkenang pulak.. Rindu kampung halaman.. Mungkin korang pernah dengar sajak 'Melayu Mudah Lupa' yang dideklamasikan oleh Tun Mahathir? Pernah kan? Kat sini, aku letak kompilasi daripada tiga video..



Ya Tun! Melayu Mudah Lupa! Melayu sering terlupa dan terleka.. Macam aku.. Tapi apa yang kuatkan kita adalah nama bangsa kita sendiri.. Nangis bila aku tengok video ni tadi.. Bukan sebab aku rindu kampung halaman atau sebab tengok Tun menangis tapi sebab aku dapat rasakan semangat Tun.. Semangat cintakan negara yang ada dalam diri Tun..

Rata2 ramai yang menyatakan dan melemparkan pelbagai tohmahan kepada orang tua ini.. Tapi bagi aku, Tun adalah seorang pemimpin yang berjaya.. Berjaya membawa negara kita kearah yang membanggakan.. Kita pernah dipandang kecil dan remeh oleh kuasa luar suatu ketika dahulu.. Tapi dengan wujudnya kepimpinan Tun, Malaysia terus maju dan terus maju seiring dengan negara membangun yang lain..

Biarlah orang nak bercakap2 mengenai Tun yang membazir duit negara, tidak mahu berdamai dengan parti Islam atau apa2 jua.. Yang penting, kita semua hidup dalam keadaan damai dan mewah ketika itu.. Harga minyak dan barangan harian tidak setinggi hari ini.. Kita semua mampu.. Wujud pelbagai binaan dan inovasi dari Proton Saga Merah hinggalah ke menara berkembar tertinggi di dunia, KLCC.. Tun jenuhkan jua untuk semua rakyat.. Hm..

Aku jarang update or post benda2 serius macam ni.. Tapi untuk hal ni, aku sangat sayangkan Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah.. Hidup Tun! :')

Jom Tengok Apa Sebenarnya Terjadi: KFC!

Jom tengok apa sebenarnya yang terjadi.. Apa yang terjadi apa? Still ingat tak video ni kat posting 'Pekerja KFC Gangster?' yang aku post beberapa hari lepas.. Mungkin ramai berprasangka dan cakap2 pasal KFC Malaysia and ramai hentam pekerja tu sebab 'customer is always right!' katanya! Ok, semalam keluar video customer tu yang namanya Danny kalau tak silap buat press conference cakap kat 1Malaysia yang dia tak salah.. Ok, hari ni keluar pulak video ni.. Jom tengok dulu..



So, apa pendapat korang? Adakah korang rasa pekerja tu patut buat apa yang dia dah buat? Kalau aku, mungkin aku tak buat camtu kot.. Mungkin lebih teruk.. Erk! Hahaha.. Pilihanraya dah dekat ni.. So hati2 dengan mulut, perkataan, perbuatan, serta perlakuan.. :)

They Are Soooooo Cute and Adorable! :D

Aku suka budak2.. Tapi aku bukan pedo or apa2.. Aku just suka sebab dorang comellllllll sangat2! Hehehe.. Tadi siar2 kejap kat YouTube then jumpa video2 ni.. Dua2 comel... Hehehe.. Layan k.. :)





comel kan? :)

Thursday, February 9, 2012

Mau Tambah Bakat!

Hola! Bakat.. Bila sebut pasal bakat, apa bakat yang korang ada? Korang ada bakat apa? Apa korang punya bakat? Afil, nak kena sepak? Hahahaha.. Ok2.. Shhh... Shhh... Cerita sikit bakat apa yang korang ada.. Basically bakat is a gift yang dikurniakan oleh Allah kepada makhluknya.. Ada yang boleh berlakon, ada yang boleh bersukan, ada yang boleh menari.. Tapi untuk aku, bakat yang dikurniakan oleh-Nya adalah... Aku boleh menyanyi.. Boleh ke? Hahaha.. Aku pun tak tahu.. Tu apa yang kawan2 aku cakap la..

Aku akui.. Tubuhku melunglai.. Sempatku... erk! Dah macam lagu la pulak.. Ok, aku akui yang aku memang suka menyanyi.. Aku sangat cintakan muzik.. Aku kalau boleh nak nyanyi all the time dan jadikan dunia ni ala2 Glee (pengsan!).. Tapi tu semua dalam kotak peti televisyen saja lah kan... Takkan terwujud di alam nyata.. Antara gambar2 aku time nyanyi adalah macam yang kat bawah ni.. Jangan gelak! HAHAHAHA..



So Alhamdulillah lah sebab Allah kurniakan satu bakat kepada aku.. Syukur.. So sekarang mcm manusia lain yang tak pernah puas, aku nak belajar dan tambah lagi satu bakat.. Aku nak bermain muzik.. Jeng jeng jeng!

Kalau setakat menyanyi, bagi aku semua orang boleh menyanyi.. Yang bunyi sumbang tu cuma bila menyanyi tak kena gaya dan teknik.. Lidah salah letak, so bunyi lain la.. Tapi bagi aku semua manusia di dunia ni boleh menyanyi.. Sebab tu aku nak menyanyi dan main alat muzik.. So, aku ada lagi satu bakat.. Aku dah beli sebijik gitar.. Tak mahal sangat.. Tak murah sangat.. So untuk permulaan, aku beli si putih ni untuk train diri sendiri main gitar..


So sekarang aku akan belajar bersungguh-sungguh camne nak gunakan si putih ni.. Dan aku nak menyumbang sesuatu kepada industri muzik tanahair.. Erk! Mampu? Hahahaha.. Doakanlah ye kawan2.. :)

Kasih Berubah...

Kasih berubah? Macam kejam je bunyi.. Hahahaha.. Woopppp! Jangan gelabah biawak terlebih dahulu.. Ni tajuk lagu.. Semalam view2 kat YouTube tengok balik video2 lama aku.. Hehehe.. Ni salah satu video favourite aku.. Hehehe.. Takde la sedap sangat.. Tapi aku happy dapat hiburkan kawan2 yang dapat DL.. :)
Layan video ni k.. Kasih Berubah by me.. :)

Wednesday, February 8, 2012

Update Blog Melalui Emel Adalah Senang

Sekali sekala sekalu sekole update blog guna emel ni pun seronok jugak kan. Sebab apa? Sebab handphone aku bukan handphone mahal macam korang yang boleh selalu update blog gunak handphone.. Hahahaa! Gunak! Guna la.. Aku link-kan blog ke emel (so 2000 late la Afil!) so aku boleh update walaupun aku tak boleh nak bukak blog. Internet kat office aku ni bukan macam Internet kat office orang lain.. Aku tak boleh bukak blog, kerana ianya disekat. Omaigooooooooddddd... Tapi takpe sebab at least aku boleh update gunakan emel..
 
Alhamdulillah, handphone murh aku pun boleh link dengan emel so dengan mudahnya aku boleh emelkan saje posting terbaru dan dalam beberapa second (kelas!) boleh muncul di Aiskepal.. Kelas kan? Errrr.... Biasa je tu.. Hahahaha.. Tapi untuk mereka yang aktif mungkin macam tak best la.. Untuk aku yang seorang blogger tak aktif ni, aku tak kisah sangat.. Huhu.. Tapi kan, of course la ada beberapa kekurangan bila kita update blog menggunakan emel.. Kalau gunakan laman blog sendiri, secara automatik kita boleh klik klik klik je kat ikon2 untuk letak gambar la, video la, apa la tapi bila gunakan emel, memang limited sikit la..
 
Antara limitasi yang wujud semasa update blog melalui emel adalah:
  1. Boleh letak gambar tapi tak boleh resize and arrange position
  2. Embed video selalu tak jadi sebab hiperlink keluar dalam bentuk words dan bukan video
 
Tapi yang lain2 kelebihan lebih kurang je sebenarnya.. Depends on orang jugak.. Bukannya setiap masa nak update blog gunakan emel kan.. Betol ke idok? Hehehe.. Aiyo! Ape tu.. Oh bunyi Ika rupanya memanggil Hairul.. Ok sambung balik.. Haa, kalau untuk korang yang macam aku, yang jarang2 nak update and tetiba masuk dalam toilet tengah uh uh rasa nak update, bukak handphone, klik compose emel, dan emelkan aje posting terbaru.. Jangan bercerita pasal proses perkumuhan yang korang tengah buat tu pulak! Hahaha..

11 Tips Lupakan Bekas Kekasih

Tadi kat radio dengar pasal cara lupakan bekas kekasih.. Aku semalam terfikir nak post pasal benda ni tapi pagi ni radio buat dulu.. Cibai betol.. Hahahaha.. Tak kisah lah.. Ok ramai yang bagi komen ala2 professional macam Dr Love.. Semua macam bagi tips2 yang baik2 dan sopan ala2 malaikat.. Tapi logik ke tips2 macam tu diikuti.. Dan mampukah kita sebagai manusia nak hadapi benda tu dengan tenang.. Aku tau, dan aku tak nafikan, ramai manusia yang baik2 dan berperikemanusiaan dalam dunia ni.. Tapi hujung2 zaman macam ni, tak ramai sangat dah kot.. Apa2 pun, keyword "sabar" tu memang masih diaplikasikan sebagai salah satu cara untuk melupakan bekas kekasih.. 

Ok, untuk hari ni aku nak kongsikan beberapa pendapat mengenai cara melupakan bekas kekasih.. Sebab apa aku nak post benda camni? Sebab dua tiga hari ni ramai kawan2 aku baru putus cinta.. Ada yang ditinggalkan untuk kesekian kali.. Tak tahu nak cakap berapa kali tapi berkali-kali.. Kesian kan? Aku pun pernah kena tinggal.. Banyak kali tau.. Hahahaha.. Ok, apa yang aku tulis ni adalah cara yang aku gunakan.. Mungkin tak sesuai untuk sesetengah orang, tapi mungkin sesuai diaplikasikan untuk sesetengah orang yang lain.. 

  1. Bersabar - cliche kan.. Memang tu adalah perkara utama.. Sabar adalah separuh daripada iman.. Dengan kesabaran, kita mungkin dapat berfikir dengan lebih tenang dan tidak terburu-buru.. 
  2. Tarik nafas dalam-dalam - ni pun memang kena buat.. Tarik nafas dalam-dalam ni maksud aku, berfikir dengan tenang dan hati terbuka.. So kita tidak akan jadi gila dan cepat marah. 
  3. Berfikir positif - fikir dengan positif.. Buang rasa negatif dan rendah diri dalam diri anda.. Kalau kita dapat fikir dengan positif, insyaallah semua akan berjalan dengan lancar.. Dengan berfikir secara positif jugak, kita akan menjadi lebih tenang dan dapat menerima keadaan ditinggalkan tu dengan seadanya.. 
  4. Cuba lupa kenangan - kadang2 bila dah putus, kita tak rindu dia sangat.. Yang kita rindukan selalunya kenangan  dan memori bersamanya.. So, untuk buatkan kita rasa lebih tenang, lupakan semua kenangan lama tu.. Simpan gambar2 lama kat tempat yang susah nak nampak.. Elakkan pergi ke tempat2 yang selalu anda kunjungi bersama bekas kekasih.. Tapi kalau dah ada yang baru, bawak dia pergi kat tempat yang sama sebab ia akan buatkan anda rasa macam tak ada apa2 kenangan kat tempat tu.. 
  5. Buang no telefon - untuk yang boleh bertahan, sila abaikan tips ini.. Untuk yang tak berapa nak kuat, sila ikot tips ini.. At least time scroll contact dalam phone anda, tak perlu nak baca no and nama dia.. 
  6. Remove friend - kalau yang tak kuat macam aku gak, sila remove friend dalam FB or unfollow di Twitter.. Nampak macam budak2 kan.. Tapi kita kena ingat, selagi kita berkawan dengan dia kat laman sosial, tiap updates dia kita akan rasa nak baca.. Tiap perkara dia lakukan kita terpaksa tengok.. Tak ke sakitkan hati namanya tu.. 
  7. 'Benci' dia - bukannya bencikan bekas kekasih anda mcm anda benci musuh.. Tapi fikir sesuatu pasal si dia yang boleh buat anda rasa tak suka or annoying.. Fikir benda yang anda paling tak suka pasal dia.. 
  8. Jadi kuat - Jangan mudah mengalah.. Elak lakukan proses meroyan di laman sosial.. Buat2 cool.. At least orang pun tak nampak yang anda gila, dan dia pun takde la rasa bangga sangat macam anda yang gedik tergila2 kan dia.. So, jangan nak meroyan tak tentu pasal.. Tunjukkan pada dia yang anda kuat dan boleh hidup tanpa dia.. 
  9. Buang rasa cinta - slow2 cuba buangkan rasa cinta dalam diri anda.. Memang susah.. Aku pernah lalui tapi aku teruskan jugak.. 
  10. Muhasabah diri - fikirkan balik apa kekurangan diri kita.. Jangan asyik pandang kesalahan dia je.. Tengok jugak, dia tinggalkan kita mesti bersebab.. Lainlah kalau kau couple dengan pelacur.. 
  11. Berserah kepada Allah - Semuanya ditentukan olehNya.. Kalau putus ertinya tiada jodoh dan telah ditakdirkan..  

Ni apa yang aku pernah buat la.. At least aku berjaya.. Kalau korang macam aku, buat benda2 ni.. Confirm tak sampai sebulan korang akan dapat lupakan dia.. :)

Goodluck kawan2.. 

Beza Blogger dengan Journalist

Macam lebih kurang kan, tapi banyak bezanya tau.. Tadi siang, ni jadi salah satu tajuk perbualan aku dengan beberapa rakan.. Rakan2 journalist.. Kami bincangkan pasal blogger and journalist.. Aku mewakili dua2 kalau nak diikutkan sebab aku journalist and pada masa yang sama, blogger gak.. So, aku punya opinion petang tadi kenalah fair.. Tak bias.. Antara statement tadi yang aku tertarik adalah:

"Kadang2 annoying jugak bila blogger ramai sangat kat event pastu menyibuk kelam kabut macam dorang pulak press.." - ada kebenaran jugak benda ni.

"Kita belajar bagai nak rak, study camne nak jadi journalist, tetiba muncul blogger2 yang macam lalat ni terbang2 kat event.. Pastu bila organizer marah, journalist dgn wartawan gak kena hentam" - ni pun ada kebenarannya..

Senang cerita, kita kena faham tugas masing2.. Blogger mungkin nak cari bahan untuk blog masing2 tapi kena ingat, journalist pun kena cari bahan untuk dijadikan story..

Meh aku senaraikan serba sedikit pebezaan antara blogger (B) dengan journalist (J):

B: Nak cari bahan untuk masukkan dalam blog.
J: Cari bahan untuk newspaper/magazine/tv/radio..

B: Lebih kepada mencari publisiti..
J: Buat kerja..

B: Nak join event official untuk media secara percuma..
J: Taknak pun still kena pergi event..

And banyak lagi perbezaan sebenarnya tapi taknak tulis sebab nanti orang tuduh aku cari pasal.. Aku tulis ni berdasarkan apa yang aku dan rakan2 nampak la.. Jangan mudah melenting dengan statement2 ini ok.. Pesanan kepada bloggers, janganlah korang pegi event ke, ape ke sampai ganggu tugas wartawan.. Kalau nak sangat jadi wartawan, or journalist, pegi masuk universiti ambik course Journalism.. Kepada wartawan dan journalist, jangan mudah melenting jugak.. Kalau taknak di-overshadow oleh blogger, pandai2 la cari port baik and angle...

So, lepas ni taknak lagi la ada perselisihan faham antara blogger dan journalist kat event ok.. :)
 

Tuesday, February 7, 2012

Pekerja KFC Gangster?

Ganas abg ni! Hahahaha.. Menurut apa yang aku baca, laki Cina ni beratur sejam then bila sampai turn dia ayam habis.. Pastu dia suruh management KFC mintak maaf dgn dia.. Pastu staff keluar hempuk muka Cina tu.. So nak salahkan Cina tu, or staff? Fikir sendiri.. :)

Silap Mata = Benar-Benar Wujud Atau Mainan Syaitan?

Hola! Kecik2 dulu aku selalu teringin nak ada power boleh buat magic.. Time kat Melaka dulu, aku selalu ke Jonker beli barang2 untuk buat silap mata.. Tak mahal sangat.. Selalu tak sampai RM10.. Untuk barang magic yang hebat sikit, dalam RM20 camtu je so kira tak mahal la.. Then bila dah beli, excited ni.. Pastu bila dah tahu camne nak buat, rasa excited tu dah mula hilang.. Rasa bodoh..



Korang faham tak rasa bodoh sebab apa? Sebab kita macam kena tipu bulat2 dengan uncle tu.. Uncle yang jual tu buat trick dgn sangat pantas sampai tak sempat mata nak tengok apa kesalahan dia.. So memang uncle tu boleh dikatakan terror la.. Cuma dia tak ke tahap international mcm David Copperwhatever.. 



So memang untuk magic simple macam ni, takde kena mengena dengan penggunaan jin atau syaitan.. Cuma yang menampakkan benda tu pelik dan sangat hebat is just pergerakan tangan yang pantas dan taktik yang perlu diketahui sebelum nak buat magic.. Macam kita yang beginner ni, the keyword is practice.. Aku try buat banyak kali and boleh jadi.. Hehe.. 

Ni ada satu buku yang aku dapat daripada seseorang.. Amar namanya.. Amar ni memang seorang pemuda yang talented.. PA dia datang ke office and bertukar2 kad nama and then dia kasi buku ni kat aku.. 


Macam2 trick dan teknik dia ajar dalam buku ni.. Kalau kat luar harga senaskhah buku ni is RM238 tapi alhamdulillah la aku dapat free.. Macam2 magic ada dia ajar.. Dari yang best sampai yang merepek.. Apa yang merepek, korang kena baca sendiri la.. Hahaha..

Tu magic Melayu.. Malaysian style.. Takde guna hantu syaitan iblis.. Macamana pulak dengan magic dari luar negara yang international? Dengan David Copperwhatever tu punya show siap berjalan atas air la, terbang terapung la, apa lah.. Tak mungkin manusia boleh gunakan kuasa sendiri nak apungkan diri.. Mesti ada guna kuasa luar.. 



Agak2 apa kuasa luar yang diorang gunakan untuk buat magic? Hmmmm..

5 Perkara Penting Patut Ada Untuk Nampak Konfiden

Tak banyak pun sebenarnya lima benda tu.. Cuma ia depends on orang punya persepsi jugak sama ada nak terima benda ni sebagai salah satu tip atau jadikan bahan bacaan (sekadar bacaan!). Tapi ni aku tulis berdasarkan apa yang aku nampak selama 24 tahun hidup di dunia ni.. Antara perkara yang akan menyebabkan ramai antara kita berasa lebih konfiden dengan diri sendiri is:



  1. Keyakinan dalaman - Kalau luar je yakin dalam lemah tak guna gak.. So untuk permulaan jadikan dalaman anda kuat dan kukuh dengan segala perkara yang akan menimpa..
  2. Penampilan kemas - Penampilan mestilah sentiasa kemas.. Ini bukan sahaja untuk berikan kita rasa yakin tapi orang lain pun akan rasa yakin dengan kita.. 
  3. Berjalan tegak dan tegap - Faham kan maksud tegak dan tegap? Dua2 tu bawa maksud berbeza tapi dua2 tu penting untuk nampakkan kita seorang yang konfiden..
  4. Hormat orang - Ni perkara penting.. Nak nampak konfiden kena tau hormat orang then orang akan yakin dengan kita.. Kalau orang dah yakin dengan kita, kita pun akan yakin dengan diri sendiri.. 



Majalah Paling Kecil di Dunia?!

Ni adalah majalah paling kecil di dunia dalam sejarah permajalahan.. Pengsan! Haha.. Wujud ke perkataan permajalahan tu.. Hahahaha.. Tak kisah la.. Tapi korang faham la kan bila sebut majalah paling kecik di dunia that means it is the smallest magazine la.. Apa lagi kan.. Story dia kalau aku nak taip balik macam bodoh sebab story dah ada.. So aku dengan cerdiknya menangkap gambar dari newspaper siang tadi and letak kat sini.. At least kita semua takde lah kelihatan bodoh sangat.. Hahahaha.. Ce korang tengok ni.. :)