Monday, February 20, 2012

Be Yourself = Being Different

Assalamualaikum.. Korang faham tak dengan subjek diatas.. Faham ke tidok?? Hehe.. Ok, as simple as ABC.. Be yourself and kamu akan jadi berbeda.. Kelas dengan bahasa Indonesia.. Hehehe.. Ok, jadi diri sendiri.. Tu je yang aku nak cakapkan.. Kenapa aku cakap macam ni? Sebab sejak dua menjak ni aku asyik terserempak (pengsan!) dengan orang yang terlalu mencuba menjadi orang lain, untuk menarik perhatian.. Mungkin orang camni ada hak dan plan tersendiri.. So, kita tak boleh halang dia buat benda yang dia suka.. Betul kan? Siapa setuju angkat jari kelingking.. Ok takde orang angkat..


Sambung.. Tu orang punya hak.. Kita tak boleh kacau.. Now, let's move kepada aku punya hak pulak.. Bagi aku la (ni pendapat aku), kalau kau nak tarik perhatian orang, kau tak perlu nak bersusah payah sangat.. Jadi diri sendiri.. Bila orang suka berkawan dengan kita, kita tak perlu nak tarik perhatian sesiapa.. Perhatian tu tak bawa kita ke mana2.. Percaya la cakap aku.. Mungkin ada di antara kita merasakan dengan adanya perhatian, kita akan jadi lebih cantik (cantik ke?!), atau mungkin lebih disayangi..


Busit! Busit! Busit! Ok, nak jadi berbeza daripada orang lain adalah satu benda unik.. Setiap orang ada keunikan tersendiri.. Setiap dari kita berbeza dan ini menjadikan kita unik.. Untuk menjadi unik, jadilah diri sendiri.. Tidak perlu nak meniru gaya, dan perangai orang sebab itu bukan diri kita.. Kalau dah sama dengan orang lain, itu dah tak dikira unik.. Itu dah tak dipanggil berbeza.. Sebab apa? Sebab dah sama macam orang yang kau tiru tu la.. Kalau tiru menjadi takpe la jugak ni kalau tiru pastu menjadi.... tahi... Tak ke kena hanjing sampai ke mati.. 

Hahaha.. Ok, kalau kawan2 kat luar sana nak sangat mendapatkan perhatian atau tumpuan, tak perlu nak berubah.. Tak perlu nak berubah dan jadi orang lain.. Jadi diri sendiri.. Kalau orang selesa dengan kita, ertinya orang itu benar2 jujur dan ikhlas berkawan dengan kita.. Kalau sebaliknya, contohnya dia tak suka perangai kita, tak suka perwatakan kita, kita tak boleh buat apa2.. Jangan sedih2 pulak.. Kang tak pasal2 kau dituduh 'terhegeh-hegeh'.. Kau nak? Taknak kan? 

Bila kita jadi orang lain, cuba berubah menjadi orang lain, kearah kebaikan adalah satu tuntutan.. Kalau tak, tak wujud lah perkataan hijrah.. Tapi kalau terlalu nak mengikut orang dan meniru perwatakan serta peribadi seseorang tapi ke arah yang terpesong, that's not cool.. Kan.. So, jadi diri sendiri.. If ada benda negatif pada diri, perbaiki.. Tapi make sure identiti diri kita tetap kekal dan orang still suka berkawan dengan kita sebab kita adalah kita.. 

Lagi satu, cuba terima teguran.. Tak perlu nak melenting bila ditergur.. Bila diherdik, baru melenting ok.. Kalau setakat ditegur ke arah kebaikan, terima dan perbaiki diri.. Bawa aura positif dalam diri.. Kalau ada kawan2 kaki condemn, kaki pembawa aura negatif, jangan jauhi mereka tapi dekati mereka dan bawa aura positif dalam diri mereka pulak.. At least anda dapat merubah seseorang.. Jangan pulak orang tu dah cukup negatif, kau pergi tambah lagi kenegatifan dalam otak dia.. Memang 2 hari kemudian dia bunuh diri la..

Er... Boring kan takde gambar.. Sebab aku update pakai email.. Nanti aku letak gambar.. DAH LETAK GAMBAR! :) Baru meriah.. Ok.. Bubye.. :D

No comments: