Bau badan memang kurang menyenangkan. Untuk lelaki yang
aktif dan sering melakukan aktiviti luar yang menyebabkan peluh, sekaligus akan
menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Bukan sahaja kurang menyenangkan
untuk diri sendiri, malah untuk orang sekeliling. Bau badan juga perlu
dititikberatkan kerana ia juga memberi kesan kepada keyakinan diri. Posting kali ni, aku akan berkongsi beberapa bahan kegunaan harian yang
boleh digunakan untuk menghilangkan bau badan.
TEH
Mungkin ramai yang tidak tahu, hampas teh yang telah
digunakan boleh menjadi penghindar bau badan. Gosokkan hampas teh tersebut di
bahagian yang mudah berpeluh seperti
ketiak dan biarkan selama 15 minit. Selepas itu bersihkan dan anda akan rasa
kelainannya. Amalkan panduan ini tiga kali dalam seminggu.
HAMPAS KELAPA
Hampas kelapa yang telah digunakan untuk menghindari bau
badan. Cara yang sama digunakan tetapi untuk hampas kelapa, biarkan selama 45
minit dan kemudian, bersihkan bahagian yang digosok itu. Amalkan tiga kali
dalam seminggu.
BERAS
Beras bukan sahaja boleh digunakan sebagai makanan tetapi
juga untuk menghilangkan bau. Seperti yang kita tahu, beras digunakan untuk
membuang hanyir ikan. Konsep yang sama turut digunakan untuk menghilangkan bau
badan. Cuma caranya sedikit berbeza, iaitu dengan menggoreng segenggam beras
(tanpa menggunakan minyak) sehingga hangus. Kemudia ramas sehingga hancur dan
campurkan sedikit air asam jawa. Gosokkan pada bahagian yang menyebabkan bau
badan dan dibiarkan selama 10 minit sebelum dibilas.
DAUN PANDAN
Daun pandan sememangnya ternyata keharumannya. Selain
digunakan dalam masakan, ia juga boleh digunakan untuk membuang bau badan yang
kurang menyenangkan. Kisar halus beberapa helai daun panda kemudian tapis dan
simpan jus hasil kisaran tadi. Campurkan jus dari daun pandan dengan air
(sekiranya ingin gunakan air yang banyak, daun pandan yang perlu digunakan juga
haruslah banyak) dan basahkan tubuh dengan air campuran tersebut. Amalkan
sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu dan anda akan dapat merasakan
hasilnya.
2 comments:
orang tua2 cakap masa mandi gosok belakang tapak tangan kat celah-celah ketiak dan any other celah-celah kat badan cuz the back of your hands is actually a natural exfoliator.
katanya...
ada betol jugak kot tu.. natural kan.. setiap benda dan anggota tubuh dicipta olehNya bersebab.. mungkin tu kegunaan bahagian tu kan.. :)
Post a Comment