Wednesday, February 8, 2012

Update Blog Melalui Emel Adalah Senang

Sekali sekala sekalu sekole update blog guna emel ni pun seronok jugak kan. Sebab apa? Sebab handphone aku bukan handphone mahal macam korang yang boleh selalu update blog gunak handphone.. Hahahaa! Gunak! Guna la.. Aku link-kan blog ke emel (so 2000 late la Afil!) so aku boleh update walaupun aku tak boleh nak bukak blog. Internet kat office aku ni bukan macam Internet kat office orang lain.. Aku tak boleh bukak blog, kerana ianya disekat. Omaigooooooooddddd... Tapi takpe sebab at least aku boleh update gunakan emel..
 
Alhamdulillah, handphone murh aku pun boleh link dengan emel so dengan mudahnya aku boleh emelkan saje posting terbaru dan dalam beberapa second (kelas!) boleh muncul di Aiskepal.. Kelas kan? Errrr.... Biasa je tu.. Hahahaha.. Tapi untuk mereka yang aktif mungkin macam tak best la.. Untuk aku yang seorang blogger tak aktif ni, aku tak kisah sangat.. Huhu.. Tapi kan, of course la ada beberapa kekurangan bila kita update blog menggunakan emel.. Kalau gunakan laman blog sendiri, secara automatik kita boleh klik klik klik je kat ikon2 untuk letak gambar la, video la, apa la tapi bila gunakan emel, memang limited sikit la..
 
Antara limitasi yang wujud semasa update blog melalui emel adalah:
  1. Boleh letak gambar tapi tak boleh resize and arrange position
  2. Embed video selalu tak jadi sebab hiperlink keluar dalam bentuk words dan bukan video
 
Tapi yang lain2 kelebihan lebih kurang je sebenarnya.. Depends on orang jugak.. Bukannya setiap masa nak update blog gunakan emel kan.. Betol ke idok? Hehehe.. Aiyo! Ape tu.. Oh bunyi Ika rupanya memanggil Hairul.. Ok sambung balik.. Haa, kalau untuk korang yang macam aku, yang jarang2 nak update and tetiba masuk dalam toilet tengah uh uh rasa nak update, bukak handphone, klik compose emel, dan emelkan aje posting terbaru.. Jangan bercerita pasal proses perkumuhan yang korang tengah buat tu pulak! Hahaha..

No comments: