Thursday, February 9, 2012

Mau Tambah Bakat!

Hola! Bakat.. Bila sebut pasal bakat, apa bakat yang korang ada? Korang ada bakat apa? Apa korang punya bakat? Afil, nak kena sepak? Hahahaha.. Ok2.. Shhh... Shhh... Cerita sikit bakat apa yang korang ada.. Basically bakat is a gift yang dikurniakan oleh Allah kepada makhluknya.. Ada yang boleh berlakon, ada yang boleh bersukan, ada yang boleh menari.. Tapi untuk aku, bakat yang dikurniakan oleh-Nya adalah... Aku boleh menyanyi.. Boleh ke? Hahaha.. Aku pun tak tahu.. Tu apa yang kawan2 aku cakap la..

Aku akui.. Tubuhku melunglai.. Sempatku... erk! Dah macam lagu la pulak.. Ok, aku akui yang aku memang suka menyanyi.. Aku sangat cintakan muzik.. Aku kalau boleh nak nyanyi all the time dan jadikan dunia ni ala2 Glee (pengsan!).. Tapi tu semua dalam kotak peti televisyen saja lah kan... Takkan terwujud di alam nyata.. Antara gambar2 aku time nyanyi adalah macam yang kat bawah ni.. Jangan gelak! HAHAHAHA..



So Alhamdulillah lah sebab Allah kurniakan satu bakat kepada aku.. Syukur.. So sekarang mcm manusia lain yang tak pernah puas, aku nak belajar dan tambah lagi satu bakat.. Aku nak bermain muzik.. Jeng jeng jeng!

Kalau setakat menyanyi, bagi aku semua orang boleh menyanyi.. Yang bunyi sumbang tu cuma bila menyanyi tak kena gaya dan teknik.. Lidah salah letak, so bunyi lain la.. Tapi bagi aku semua manusia di dunia ni boleh menyanyi.. Sebab tu aku nak menyanyi dan main alat muzik.. So, aku ada lagi satu bakat.. Aku dah beli sebijik gitar.. Tak mahal sangat.. Tak murah sangat.. So untuk permulaan, aku beli si putih ni untuk train diri sendiri main gitar..


So sekarang aku akan belajar bersungguh-sungguh camne nak gunakan si putih ni.. Dan aku nak menyumbang sesuatu kepada industri muzik tanahair.. Erk! Mampu? Hahahaha.. Doakanlah ye kawan2.. :)

No comments: