Hola! Kalai ni (hahaha.. Kalai! Saje je.. Kali sebenarnya..) Ok kali ni jom berborak pasal tujuan asal wujudkan blog. Aku start blogging dah lama tau.. Dari form 5 kalau nak diikutkan.. Time tu belum ramai orang tahu apa itu blog.. Hahaha.. Then tak berapa aktif.. Pastu masa time diploma pun aku ada blog.. Satu is Senyum Itu Sedekah yang aku dah delete and lagi satu, tak boleh bagitau nama blog sebab blog tu sensitif sikit.. Ni aku baru lepas belek2 balik.. Kelakar la sial ayat2 aku.. Bodoh! Hahahahaha!
Ok, back to the topic yang kita tengah bicarakan.. Kenapa kita buat blog? Macam2 alasan diberikan bila kita diajukan dengan soalan ini.. Kalau aku, aku buat blog dan blogging sebab aku suka bercerita.. Aku suka berkongsi cerita yang aku ada.. Tak kiralah cerita pasal hidup ke, pasal orang ke.. Janji aku nak bercerita dan kongsikan dengan orang lain..
Sebab kedua yang famous yang selalu dijadikan alasan buat blog is untuk earn money.. Ni untuk blogger yang benar2 aktif la.. Setakat yang macam aku takde visitor ni, memang takde niat nak earn duit la.. Sebab aku buat blog mcm aku cakap tadi sekadar nak berkongsi dan suka2..
Tapi buat jugak akaun kat advertising tu sebab at least sambil2 tu dapat la jugak rezeki atas angin.. Ada juga sesetengah orang siap jadikan blog sebagai tempat cari rezeki.. Bahaya tu.. Sebab bagi aku benda atas talian macam ni tak kekal.. Bukan tak kekal maksud aku akan hilang, tapi orang boleh hack anytime and buat benda bukan2 dengan gunakan blog kita..
Macam hari tu time blog favourite aku kena hack dengan hacker.. Kesian kot dekat owner dia.. Dah la visitors mencecah puluhan juta.. So bila sekali hacker buat tahi habis semua benda.. Tapi alhamdulillah blog dia dah ok and dah kembali pulih..
Kalau korang pula blogging untuk apa ek?
2 comments:
aku lawat....
thanks Hamz.. dengaq cita ada kes remove2 dari friendlist dalam FB? Dia ka? hehe..
Post a Comment