Saturday, February 11, 2012

Anak Patung di Bumper Kereta Untuk Roh?

Mungkin akan ramai yang mencela aku disebabkan tajuk diatas.. Hahaha.. Tapi betol la.. Tadi aku ada dapat broadcast message kat BBM dari seorang member.. Then baru aku tahu apa yang berlaku.. Cewah.. Hahaha.. Tengah2 malam ni tetiba muncul mood seram.. Hihihihihi... Ok kembali ke cerita kita.. Kalau kat jalanraya, korang pernah tak ternampak kereta2 yang gantung patung2 comel kat bawah bumper belakang.. Macam ni...



Ada yang letak Spongebob, ada yang letak Patrick, macam2 lagi la dorang letak.. Kenapa tak letak teddy bear yang besar tu je.. Besar sangat kot kan.. Hahaha..Tadi Zul hantar BBM tu then bila baca, baru aku faham and rasa seram.. Sebab apa? Korang baca sendiri la mesej ni..

Saya teringat suatu perbualan dengan abang saudara saya semasa traffic jam di lebuhraya baru-baru ni. Pelbagai jenis kereta lalu melepasi kami dan abang saudara sy pun bertanya,

“Ha kau tahu tak, kenapa orang selalu letak anak patung bawah kereta dia?”

Saya lihat ada kereta lalu di hadapan, dengan anak patung Spongebob. Banyak dah orang buat, especially kereta sport. Ada tasmania devil, sylvester, tweety, pendek kata semua soft toy. kadang-kadang sampai buruk pun ada. Kesian tengok anak patung tu..

“Entah la,” saya duga. “Mungkin, nak bumikan elektrik semasa kilat kot?”

“Salah…”

“Sebab, ni budaya orang Thailand. Orang sana percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat dia mati. Takut nanti dia menganggu orang yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka pasang anak patung. Supaya roh kanak-kanak tu happy.”

“La ye ke,” kata saya. “Patutlah time saya pergi Bangkok dulu, diorg buat shrine tepi jalan. Kata tourist guide, kalau orang tu mati kat situ, buat kuil kat situ. Dia jadi penjaga jalan tu.”

“Ha tulah, orang kita ni suka ikut saja budaya luar. Asal cute je buat. Tak fikir pun sebabnya.”

Bila Google di sini saya mendapati perkara yang sama. Di sini pula, halaman blog pelancongan Thailand ni pula mengatakan bahawa trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Peehhh…nasib baik saya pun tak buat…, nanti rosak pula akidah percaya pada roh anak patung. Hari tu ada jgk terfikir nk buat mcm tu…, npk comelkan?? So…apa2 pun nk buat, kita rujuklah dgn mana2 sumber yg patut..supaya jgn nnt org ckp…

“nil ah dia..org yg suka beramal/mengikut....tapi takda ilmu…”

SEMOGA IANYA BERMANFAAT BUAT SEMUA
Aku pun google la gambar cab yang gantung benda2 merepek ni kat Google.. And satu gambar ni macam scary je.. Hehe..



So fikir2 sendiri la ok.. Jangan sebab nak tiru orang sana sini, kita lupa akidah kita.. :)

2 comments:

~Erina Juliana~ said...

Bagus info ni. Mmg byk nmpk org letak teddy bear cuma x terikut la sbb pelik je.... Bukan nk halau roh tp membunuh pemandu belakang yg ikut kete mrk sbbnye asik ralik pdg teddy tu xsedar keliling lak. Hehehe seram juga entry ni klu baca tgh mlm. :-P

Ais Kepal said...

hehe.. thanks for ur comment Cik Erina.. Haah tau takpe.. Kita ni kadang2 tgk benda cam comel sikit, mesti nak ikot kan.. Tapi tak tau hujung pangkal.. So, lepas ni dah tau la apa benda2 yang boleh and tak boleh buat.. Awk jgn gantung pulak nanti.. Kang roh teddy bear ikut.. hihihi.. :D