Wednesday, February 8, 2012

11 Tips Lupakan Bekas Kekasih

Tadi kat radio dengar pasal cara lupakan bekas kekasih.. Aku semalam terfikir nak post pasal benda ni tapi pagi ni radio buat dulu.. Cibai betol.. Hahahaha.. Tak kisah lah.. Ok ramai yang bagi komen ala2 professional macam Dr Love.. Semua macam bagi tips2 yang baik2 dan sopan ala2 malaikat.. Tapi logik ke tips2 macam tu diikuti.. Dan mampukah kita sebagai manusia nak hadapi benda tu dengan tenang.. Aku tau, dan aku tak nafikan, ramai manusia yang baik2 dan berperikemanusiaan dalam dunia ni.. Tapi hujung2 zaman macam ni, tak ramai sangat dah kot.. Apa2 pun, keyword "sabar" tu memang masih diaplikasikan sebagai salah satu cara untuk melupakan bekas kekasih.. 

Ok, untuk hari ni aku nak kongsikan beberapa pendapat mengenai cara melupakan bekas kekasih.. Sebab apa aku nak post benda camni? Sebab dua tiga hari ni ramai kawan2 aku baru putus cinta.. Ada yang ditinggalkan untuk kesekian kali.. Tak tahu nak cakap berapa kali tapi berkali-kali.. Kesian kan? Aku pun pernah kena tinggal.. Banyak kali tau.. Hahahaha.. Ok, apa yang aku tulis ni adalah cara yang aku gunakan.. Mungkin tak sesuai untuk sesetengah orang, tapi mungkin sesuai diaplikasikan untuk sesetengah orang yang lain.. 

  1. Bersabar - cliche kan.. Memang tu adalah perkara utama.. Sabar adalah separuh daripada iman.. Dengan kesabaran, kita mungkin dapat berfikir dengan lebih tenang dan tidak terburu-buru.. 
  2. Tarik nafas dalam-dalam - ni pun memang kena buat.. Tarik nafas dalam-dalam ni maksud aku, berfikir dengan tenang dan hati terbuka.. So kita tidak akan jadi gila dan cepat marah. 
  3. Berfikir positif - fikir dengan positif.. Buang rasa negatif dan rendah diri dalam diri anda.. Kalau kita dapat fikir dengan positif, insyaallah semua akan berjalan dengan lancar.. Dengan berfikir secara positif jugak, kita akan menjadi lebih tenang dan dapat menerima keadaan ditinggalkan tu dengan seadanya.. 
  4. Cuba lupa kenangan - kadang2 bila dah putus, kita tak rindu dia sangat.. Yang kita rindukan selalunya kenangan  dan memori bersamanya.. So, untuk buatkan kita rasa lebih tenang, lupakan semua kenangan lama tu.. Simpan gambar2 lama kat tempat yang susah nak nampak.. Elakkan pergi ke tempat2 yang selalu anda kunjungi bersama bekas kekasih.. Tapi kalau dah ada yang baru, bawak dia pergi kat tempat yang sama sebab ia akan buatkan anda rasa macam tak ada apa2 kenangan kat tempat tu.. 
  5. Buang no telefon - untuk yang boleh bertahan, sila abaikan tips ini.. Untuk yang tak berapa nak kuat, sila ikot tips ini.. At least time scroll contact dalam phone anda, tak perlu nak baca no and nama dia.. 
  6. Remove friend - kalau yang tak kuat macam aku gak, sila remove friend dalam FB or unfollow di Twitter.. Nampak macam budak2 kan.. Tapi kita kena ingat, selagi kita berkawan dengan dia kat laman sosial, tiap updates dia kita akan rasa nak baca.. Tiap perkara dia lakukan kita terpaksa tengok.. Tak ke sakitkan hati namanya tu.. 
  7. 'Benci' dia - bukannya bencikan bekas kekasih anda mcm anda benci musuh.. Tapi fikir sesuatu pasal si dia yang boleh buat anda rasa tak suka or annoying.. Fikir benda yang anda paling tak suka pasal dia.. 
  8. Jadi kuat - Jangan mudah mengalah.. Elak lakukan proses meroyan di laman sosial.. Buat2 cool.. At least orang pun tak nampak yang anda gila, dan dia pun takde la rasa bangga sangat macam anda yang gedik tergila2 kan dia.. So, jangan nak meroyan tak tentu pasal.. Tunjukkan pada dia yang anda kuat dan boleh hidup tanpa dia.. 
  9. Buang rasa cinta - slow2 cuba buangkan rasa cinta dalam diri anda.. Memang susah.. Aku pernah lalui tapi aku teruskan jugak.. 
  10. Muhasabah diri - fikirkan balik apa kekurangan diri kita.. Jangan asyik pandang kesalahan dia je.. Tengok jugak, dia tinggalkan kita mesti bersebab.. Lainlah kalau kau couple dengan pelacur.. 
  11. Berserah kepada Allah - Semuanya ditentukan olehNya.. Kalau putus ertinya tiada jodoh dan telah ditakdirkan..  

Ni apa yang aku pernah buat la.. At least aku berjaya.. Kalau korang macam aku, buat benda2 ni.. Confirm tak sampai sebulan korang akan dapat lupakan dia.. :)

Goodluck kawan2.. 

8 comments:

atikNAOshi said...

thx ais kepal..tips yang sangat berguna.. apa yang saya buat skg adalah 'dont think too much"

kumbang bukan sekor kan

Ais Kepal said...

Hehehe.. Bagus dik.. Jangan fikir sangat.. Dalam kata lain, kalau awak tak dapat bersama dengan dia, maknanya tak de jodoh dan Allah dah tetapkan jodoh awak dengan orang lain yang mungkin lebih baik dari dia.. Betol tak? So, jangan sedih2 and chill ok.. :)

Anonymous said...

hahaha?mcm mana kalau bekas kekasih itu masih contact dan ambil berat? Naya...naya...==''

Ais Kepal said...

Kalau macam tu, awak cuba untuk anggap dia kawan.. Mungkin susah dan awkward tapi lama kelamaan kalau rasa kawan tu lebih selesa, mungkin lebih baik buat anda berdua.. Betul tak? :)

alya najwa said...

btul ke dlm sebulan leh brjaya ni..huhu.penat la duk ingat jer..skit jiwa rasanye.nk cari yg baru bukan senang..klu bole nk carik yg sebijik cam dia..ade ke huhu..

Ais Kepal said...

alya najwa, sebab tu tak boleh fikirkan sangat.. nanti lagi susah nak lupa.. :)

Anonymous said...

dh 2thn masih ingatkan si dia, ni pulak second love pun tk kesampaian..! rase memang tk ade jodoh lg.. thanks utk tip..

atiah fauzi said...

cam tya cuba nak lupakan..mmg boleh sbb ingat semua benda buruk di. tp bila kwn2 dia dan tya sebut nama dia dan macam nak cantum2 kan kami balik..rasa tu datang balik,,,better kena jauhkan diri dari mereka yg ada kaitan dgn sidia kan...tension...