Thursday, December 31, 2009

Kebosanan Tanpa Wang Ringgit

Tadi aku bosan macam nak mampos..

So ikot member aku pergi karok kat Music Box kat Quality Hotel then pastu terus pergi Sunway sebab dia nak shopping baju..

Aku ikut je la sebab tengah takde duit, so tengok-tengok je la..

Memang meriah gile..

Bukan meriah sebab apa, tapi sebab terlalu banyak SALE dan diskaun bersepah-sepah..

Huh, geram giler..

Then, pergi ATM machine cek kot-kot duit gaji marah, tapi, haram..

Harapan tinggal harapan je la..

So, sebab teman member aku, dia belanja la cup cake..





Kenyang gak la perut..

Kalau aku nak beli sendiri cup cake ni, jangan harap la..

Harga tak sepadan dengan saiz, tapi sumpah sedap..

Huhu..

Hurm, malam ni aku stay je kat umah, and sambut new year kat umah..

Siot je kan.. Tapi nak wat camne..

Terpaksa la..

Hurm..

:(

Sunday, December 27, 2009

New Year = New Life = New Azam = New New New!!




Setelah lama gila tak update aiskepal aku ni, tetiba rasa macam nak mula update balik..

Huhu..

Lagi beberapa hari dah nak masuk tahun baru 2010..

Cepatnye.. Rasa macam baru je 2009 start, dah nak habis dah..

That means, umur aku pun dah semakin bertambah i tahun lagi and usia untuk hidup dah berkurang 1 tahun..

Adil dan saksama.. Huhu..

Rasa-rasa macam nak mula hidup baru dengan azam baru (ayat yang sama tiap2 tahun..)

sebelum ni macam tak termampu nak capai azam, tapi tahun ni teringin sangat nak capai semua keazaman yang tak tercapai.. (sekali lagi, ayat skema tiap2 tahun..)

Result macam taik, tak berapa ok..

Hurm.. Takpe2, nanti try lagi.. Thanks sangat2 kat lecturer kesayangan, yang memberi markah macam $@#@!

Kat sini ada la senarai benda yang aku nak capai tahun 2010 ni:

1. Tingkatkan prestasi sebagai pelajar

2. Belajar bersungguh-sungguh (wah!)

3. Cari lagi ramai kawan (musuh dah cukup dah kot..)

4. Kurangkan perbelanjaan, maksudnya belajar berjimat cermat

5. Buat semua orang terdekat senyum dan gembira

6. Jangan kawan dengan mereka yang tak berguna kepada diri sendiri (maknanya yang selalu menjatuhkan aku, yang suka rendahkan aku, yang selalu ambik kesempatan kat aku, yang selalu bawak aku ke arah benda merepek, yang hipokrit dengan aku, yang tak bawak hasil kat aku langsung, dan yang sewaktu dengannya..)

7. Jadi yang terbaik

8. Cuba menjadi Islam sejati (walaupun payah, nak try jugak..)

9. Jangan ambik peduli pasal orang lain, maknanya try untuk pentingkan diri sendiri dahulu

10. Jaga nama baik keluarga

Haha, macam biasa, sepuluh benda yang nak dicapai..

Tak tau lah, termampu ke tak..

Apa-apa pun, aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua kawan-kawan (ucap siap2 sebab tak tau berapa haribulan pulak baru nak update.. huhu..) dan harap korang semua dapat capai semua azam korang untuk tahun 2010 ni ye..

Thursday, August 20, 2009

Antara Aiskepal dan Laman Mega

Hello.
Dah lama gila tak update blog ni.
Macam malas pun ada.
Tapi sekarang dah ada blog baru.
lamanmega.wordpress.com
kembar Aiskepal gak.
So, sekarang kalau jarang update Aiskepal, maksudnya aku update kat Lamanmega la.
And tak lupa jugak lagi satu blog aku.
www.newsyafil.wordpress.com
blog special untuk assignment.

Saturday, July 18, 2009

Info Baru

Classmates (MC 221 - 3C), di sini ada info baru. Kelas JRN520 PECAH DUA - Ci & Cii. Group Ci kelas dengan PM Roslena, and Group Cii kelas dengan En Ahmad Faisal. Group Cii akan ada kelas pada Selasa (8.30 - 10.20 am [Lab Photo]) and Jumaat (8.30 - 10.20 am [BK 23, kat area Blok C, Tingkat 2. Name list untuk kedua-dua kelas, i'll inform later sebab isnin baru nak pergi cek kat fakulti.. ok.. anything, text me..

Monday, July 13, 2009

Stress Dalam Senyuman

Stressssssssssssss!!!!!!!!!!!!!

Stress giler kot.. Stress giler babi.. Macam nak meletup kepala.. Hish.. Ntah hape2.. Macam2 yang jadi kat sini.. Ingat best sangat dapat sambung kat Shah Alam.. Sekarang dapat nampak, semua orang dah mula appreciate melaka.. Huhu.. Tu la, dulu tak sedar diri.. Haha..

Friday, June 19, 2009

Macam2 Syafil!! Hehe..

Assalamualaikum and hye semua orang kat planet bumi.. Lama giler la tak update blog ni.. taknak cakap banyak, kat sini aku letak cikit2 gambar dari benda2 yang dah jadi selama tak update blog nih..Naik train pergi KL.. Ni memang pengalaman yang tak leh lupa lah.. Bayangkan 12 jam atas train dari 6 ptg, sampai 6 pagi keesokkan harinya.. sejuk tak yah kira la.. Tangan dengan kaki dah krem.. hadoi..

Ni pulak waktu kat TV3.. Pergi bawak adik aku, Syaiful untuk audition Idola Kecil 2.. Tak dapat.. Takpe, cuba lagi.. Dalam gambar tu, adik aku Syafina, dengan Syaiful..

Ni pulak waktu lepak dengan kawan2 waktu hari ahad.. Kitorang pergi Mid.. Thanks kat kekawan, sebab lepak2 dengan aku.. huk2.. Kitorang jalan2, makan2 kat Carls, then tengok movie, cite 17 Again.. Best giler.. Then, lepak2 sampai malam.. Yang datang aritu, PJ, Faiz, Danny, Padin, Ayai, dengan Nini..





Ni lagi satu keja yang aku wat kat umah waktu bosan.. Haha.. Sorry, salah lirik sikit.. Tapi setakat nak suka2 je, enjoy k.. Haha..

Part of the List Lyrics

Style of your hair,
shape of your eyes and your nose,
the way you stare
As if you see, right through to my soul,

It's your left hand and the way
that it's not quite as big as your right,
the way you stand in the mirror
before we go out at night,

Our quiet time,
your beautiful mind,

They're a part of the list.
Things that I miss.
Things like your funny little laugh,
All the way you smile or the way we kiss.

What I noticed is this:
I come up with
something new, every single time
that I sit and reminisce.

The way your sweet smell
lingers when you leave a room,
(you leave a room)
Stories you tell as we lay
in bed all afternoon.
(all afternoon)

I dreamed you now every night
in my mind is where we meet.
(my mind is where we meet)
and when I'm awake
staring at pictures of you asleep.

Touching your face,
invading your space.

They're a part of the list.
Things that I miss.
Things like your funny little laugh,
all the way you smile or the way we kiss.

What I noticed is this:
I come up with
something new, every single time
that I sit and reminisce.

Oooh, and you'll live in my memories forever more I swear.
And you'll live in my memories forever more I swear.

They're a part of the list.
Things that I miss.
Things like your funny little laugh,
all the way you smile, or the way we kiss.

What I noticed is this:
I come up with
something new, every single time
that I sit and reminisce.

Oh-whoa-whoa
Oh-whoa-whoa
Oh-whoa-whoa

Oh-whoa-whoa
Oh-whoa-whoa

Tuesday, June 2, 2009

Life Suckssss!!!


Its not about this movie tau..

Hurm..
korang..
Lama gak la tak online..
Takde masa dah ketika serta duit nak ke cc lepas broadband aku kena block..
hurm..
Btw, aku tengah bosan giler..
Sekarang kat cc..
Aku online pakai laptop aku..
Sekarang kat sebelah aku ada sorang mamat baru masuk and duduk kat table sebelah aku..
Aku tau dia ex schoolmate aku..
Macamana aku tau? Sebab masuk ni dah 11 kali dia asyik pandang2 aku..
Aku malas nak layan sebab..
Hurm, macam tak kena pada masa..
And paling penting aku tengah takde mood nak tegur2 orang..
Lagi pulak dulu dia ni antara geng2 yang loooooove mengata2 aku..
Yela, aku kan tak hot macam diorang.
So, pergi la matiiiiiii...
Hehehe!

Aku jenguk tadi kat luar, nampak proton saga merah dia.. memang sah la dia exschoolmate aku..
haha.
Lantak..
Aku tengah bosan and tak tau nak watpe and aku tengah tingtong dengan berbagai masalah yang ada dalam kepala otak aku..
And aku tak tau nak lepas katne.. huh...!

Sedih.. Lapar.. Penat.. Letih.. Tingtong.. Huh!!
Life sucks! (at this moment je la... before this ok je)


Bye..

:(

Saturday, May 23, 2009

Dan Sebenarnya..

Assalamualaikum semua..
Huhu..
Dan sebenarnya..
hurm, macam tajuk lagu Yuna sikit..
hehe..
Sebenarnya aku tgh bosan gila..
Tak tau nak watpa..
Sekarang dah kat perlis..
Dah balik umah dah..
Sebab tu bosan gila..
Hehehe..

La ni kat umah keja aku tengok tv je la..
Macam2 cerita dah..
Huh..
Tapi tetap bosan..
Btw, selama tengok2 tv ni, macam2 rancangan realiti tv dah berlalu..
AF dengan OIAM dah habis..
Sekarang tengah berjalan, Mentor and Bintang RTM..
Hurm..
Adala beberapa orang yang aku kenal before this dah jadi artis..
Alhamdulillah..
Bestnye..

Ni ada la sikit gambar2 orang yang aku pernah jumpa sebelum diorang jadi artis..

Ni Ayu.. masuk OIAM.. Yang sebelah tu Rizal.. Aku tak rapat dengan diorang.. Tapi pernah nampak.. Hehe..

Ni Rizuan..

Ni Fira.. Dia pun mestid dah tak igt aku.. Hehe.. Tapi sekarang dia masuk Mentor.. Protege Lah Ahmad..

Ni Anith.. yang ni memang rapat gak dengan aku.. Sekarang dah habis OIAM..

Ni Aweera.. Rapat dengan aku gak.. Masuk OIAM..

Ni akim.. Tak sangka pulak dia nak jadi artis.. Haha.. Tapi mesti dah tak ingat aku gak.. Haha.. Yang penting, pernah lunch dengan dia kat Damansara dulu.. Hahaha.. Orang first aku kenal waktu kat damansara..

2 orang kembar ni, Rina dengan Rini.. Rini masuk AF..

yang baju kelabu dengar cite dah jadi artis.. Tapi aku tak ingat nama dia.. hehe.. Yang baju itam, nama dia khairil kalau tak silap.. aritu tengok Mentor, tengok2 ada muka dia.. Dia protege Jac..

Yang hujung kanan dan kiri, Rubisa dan Esther..

Pikir2 balik, bestnya diorang.. dapat peluang sekali seumur hidup.. hehe.. Sekarang dah jadi public figure.. Nice.. :)

Thursday, April 30, 2009

Sisa-sisa Hari Terkahir di Melaka

Sedihnye..

Lagi 2 minggu aku akan balik perlis..
Sedihnya nak tinggalkan tempat ni..
Reymy dengan Ayol dah balik..
Semalam waktu peluk diorang, aku nangis2..
Hehe..
Tak dapat cover dah..

Beberapa hari sebelum tu, adik2 aku ada buat party kecik2..
Diorang:
Is aka Tuba (project manager)
Hafiz aka Sater (Penasihat/Host)
Padin aka Cendol
PJ aka Malek
Naf2 aka Tacap
Ayai aka Bonet
Hanis aka Geni
Asry aka Titel
Kirin aka Rosemary
Dukurina

Thanks sangat2 kat diorang sebab menganjurkan party ni yang dinamakan Nuq's Party.. Hehe..
Party ni untuk kitorang yang dah nak grad, khas untuk:
Syafil (aku la)
Faiz aka Dickie
Nuar aka Ayah Nuar and
Fitri aka Zac Fitri or PECAP!
Hehe..
Sumpah aku akan rindu diorang semua..
Huu..
Time tu aku boleh cover lagi, taknak nangis..
Tapi semalam, waktu dengan Reymy dengan Ayol memang tak dapat tahan sangat dah..
Reymy memang rapat dengan aku..
Aku pun memang manja dengan dia..
Ayol pulak best friend gaduh, lahar, maki, caci aku.. Tapi kitorang tetap bff..! Hehe..
Thanks Reymy, Ayol.
Aku sayang korang..

:(

Monday, April 20, 2009

Sarapan di Sungai Petai, Melaka


Haha..
Giler tak giler??
Pagi2 buta, kitorang empat2 ekor dah ada kat Sungai Petai untuk sarapan..
Best giler..
Plan semalam pukul 1 pagi lebih lagi..
Gigih ha, taknak tidur..
Then, decide untuk tido gak..
Pastu, faiz mimpi hantu musang, terus bangun kejut kitorang pukul 6.09 am..
Siap2, 6.40 am terus gerak gi Sg Petai..
Aku makan nasi lemak, bihun sup dengan teh tarik..
Sedap bangat..
Kalau hari2 macam ni, memang berat badan naik 12 kg dalam 1 hari..
Haha..
Pa2 pun, maybe ni last kot bekfes kat Sg Petai ni..
Pasni.. hurm..
Entahla..
K la.. bye..
:)

Sunday, April 19, 2009

Happy Birthday Padin!!


Hehe..
Semalam sambut birthday Padin aka Cendol aka Flurry Adams..
Dah tua..
Hehe..

Ni ada sikit ayat dia yang sempat dia sms kat kitorang lepas kitorang habis celebrate semalam..

Aku nk pndai bljr:mcm faiz,

Aku nk pndai bpuisi:mcm iz,

Aku nk pndai melawa:mcm nafnaf,

Aku nk pndai menari:mcm pj,

Aku nk pndai menyanyi:mcm syafil,

Aku nk pndai melaram:mcm hafiz,

Aku nk pndai bcerita:mcm ayai,

Aku nk pndai memimpin:mcm anuar,

Sahabat,
Aku nk jadi mcm semua, tapi tak boleh rasanya.

namun yg pasti kamu semua MEGA.

Terima kasih atas sambutan ulang tahun yg mengujakan, yg terbaik setakat ini.

Aku sayang kamu semua :)
Tq Padin.. hehe.. Tapi yang penting, dia happy sebab benda lain gak semalam.. Tettt!! Hehe..

Wednesday, April 8, 2009

Malam Pra Graduan Masscomm bersama Kiwanis (Colors of Love)

Assalamualaikum..

Hari Sabtu lepas, akhirnya tamat la sudah MPG yang telah dirancang sejak awal semester..
Memang best giler la..
Makan pun sedap..
Ramai datang dengan pakaian melets!
Huhuhu..
ni ada sikit gambar2..











Thursday, April 2, 2009

10 Tips Memilih Ahli Kumpulan Untuk Assignment Anda!


Assalamualaikum..
Posting kali ni nak cerita sikit pasal tips2 untuk memilih ahli kumpulan untuk group assignment..
Sumpah sentap kalau ada yang terkena..
Tapi pergi mam la kan..
Ni semua berdasarkan apa yang aku sempat observe dari part 1 sampailah part 6..
Lagi beberapa minggu dah nak hbis diploma (insyaallah)..
So, ni pesanan untuk adik2 yang baru nak masuk u, tak pun untuk kite2 gak yang nak langkah ke alam degree..
Orang2 tak guna ni sentiasa ada di mana2..
Bukan nak kata aku ni perfect 100%, bleh buat semua keja..
Tapi, atleast better dari yang takleh wat keja langsung..

Ok, ni ada 10 tips:

1. Jangan ambik orang yang berlagak diva dan terlalu cantik - yang sekadar cantik dipandang je. Dalaman hauk!

2. Jangan ambik orang yang tak boleh bagi komitmen kepada group - maknanya boleh datang tiap kali adakan meeting and so on.

3. Jangan ambik anak orang kaya yang gaji parents dia lebih dari RM10,000 sebulan - sebab dia tak semestinya seorang yang pemurah. Kadang2 lagi kedekut dan berkira.

4. Jangan ambik orang yang ada bf/gf yang terlalu hot - sebab nanti korang yang akan susah. Bila buat assignment kat luar, dia asyik nak berkepit je dengan laki/bini dia.

5. Jangan ambik kaki kipas/aircond - maknanya yang suka bodek lecturer. Sebenarnya bodek ni ok, tapi kalau bodek untuk mendapatkan faedah yang baik kepada group. Tapi masalahnya yang bodek untuk diri sendiri, ni yang tak tahan.

6. Jangan ambik orang yang selalu ke overseas - memang hancur la. Sikit2 nak pergi luar negara. Pastu korang yang akan susah.

7. Jangan ambik orang yang bermulut manis - sebab nanti, bila dia tak wat keja, dia akan pujuk korang sampai korang tak jadi nak marah kat dia.. Then, korang plak kena buat bahagian yang sepatutnya hantu tu buat.

8. Ambik orang yang sekepala sahaja - kalau yang tak sanggup lepak maple macam korang, jangan ajak. Lainla kalau korang pun jenis yang tak lepak kat mamak. Tapi aku, semua tempat aku tak kisah.

9. Pilih yang tak pentingkan diri sendiri - asyik nak dia je yang menang. Pastu orang lain semua kena mengalah untuk puaskan hati dia.

10. Last sekali, jangan ambik orang yang sanggup tikam belakang kawan2 dia sendiri - memang nak makan penumbuk la kan. Depan kita senyum je, belakang kita cerita bukan2. Memang takleh wat kawan la orang macam ni.

Haa.. One more thing, aku nak listkan la orang2 yang pernah jadi groupmate aku dari part 1 sampai part 6.

PART 1
Mardhiah
Mia
Bazly
Hetty
Farahida
Dila
Syikin
Ali
Ayol

PART 2
Mira
Ain
Ayol
Ali

PART 3
Erna
Shiera
Zaid
Haida
Sarah
Syikin
Ali
Ayol

PART 4
Anis
Fariz
Erna
Arm
Ain
Mira
Farahida
Dila
Ama
Sarah
Farah Atiqah
Sueshi
Ayol
Mardhiah

PART 5
Dean
Haida
Farah Atiqah
Sarah Julifa
Sonia
Hisyam
Shiela
Yan
Sharil

PART 6
Sonia
Hisyam
Yan
Shiela

Nak komen sikit ye..
Waktu PART 1, memang best tapi sangat berperangai budak2 ye. Semua sentapan2 yang berlaku di luar kotak pemikiran orang dewasa. Haha.

PART 2 best gak. Tambah2 yang group animation (aku, Mira, Ain, Ayol) sebab sibuk giler tapi enjoy.

PART 3 pun ok. Cuma untuk photo comm, aku wat keja sorang. Hurm.. :(
Tapi the best part, waktu subjek PR (aku, zaid, haida) memang best sangat2. Kitorang tak pernah satu group, and tak rapat. Tetiba puan noraini masukkan kitorang dalam satu group. So, group kitorang memang jadi proffesional giler. Tiap kali meeting, memang proper. Takde borak2 benda2 merepek langsung. Hehe.. Memang best.

PART4 best giler gak. Tambah2 time wat booklet. Memang ahli group time tu (anis, erna, fariz, mira) memang sangat best dan boleh buat keja. Enjoy sangat dengan korang.. :)

PART 5 zaman menderita. Haha.. The "hauk"est semester! Memang time tu semua hancur.. Group assignment = individual. Faham2 la ye..
Then, time hujung PART 5, group aku (aku, shiela, yan, hisyam) dapat masuk semi final pertandingan kat Festival Video dan Filem Pendek Pelajar Malaysia and memang the best group ever.

PART 6 should be seronok tapi ada benda yang tak seronok gak jadi.. Yang penting, memang boleh masuk kepala dengan aku (shiela, yan, hisyam, sonia). Korang best!

So, ni je yang dapat aku share dengan korang untuk kali ni. Aku buat ni pun, sebab dah tak larat pendam dah. Tiap2 sem akan ada orang yang macam ni. Tapi bukan semua groupmate aku macam ni. Ada yang boleh buat keja dan rajin giler..

Then, pandai2 la buat keputusan sebelum nak pilih orang masuk group korang ye.. :)

Sedihnye....

Assalamualaikum..

Hurm.. Sedih sangat biler dengar orang yang aku pernah sayang, kena tipu dengan orang yang sangat aku benci.. Hurm.. Tapi apa boleh buat.. Aku dah kering seluruh air dah dalam badan, sebab nasihatkan dia.. Tapi dia still dengan keputusan dia, tinggalkan aku dan teruskan hubungan dengan si jahat tu.. Sedih.. Tapi, aku dah tak boleh buat apa2 sebab kitorang dah takde ape2 hubungan.. Si jahat tu tipu duit dia dalam masa beberapa bulan saja.. Hurm.. Takpe la.. Yang penting sekarang, dia pun dah jauhkan diri dari si jahat tu.. Aku pun mintak2 sangat si jahat tu dismiss awal.. Hurm.. bye..

p/s: Nak berkawan, tengok jugak kawan tu jenis mana.. :(

Saturday, March 28, 2009

Nasyid Jebat

Assalamualaikum..

Aku igt takde orang ambik gambar kitorang waktu perform aritu..
Ada gak yang ambik..
(gambar2 kat blog dickie - goateeitujanggut)
Macam tak caya aku masuk nasyid..
At last, salah satu impian aku dapat gak la tercapai..
Nak nyanyi untuk nasyid..
Selalu melalak untuk benda2 yang tak islamic..
So, kali ni, ala2 balik ke pangkal jalan gitew..
Haha..
Yang penting, thanks to all yang sama2 menjayakan team nasyid Jebat/Nadim ni..
Team nasyid ni nama Sautul Ikhwan (Suara Persahabatan) dan anggota2nya pulak:

Aku a.k.a Syafil (Vocalist utama)
Jijoy a.k.a Tokan (Vocalist utama)
Faiz Dickie a.k.a Becker
Rafaii a.k.a PJ
Padin a.k.a Cendol
Ayol a.k.a Saper
Syamim a.k.a Rata
Manap a.k.a Tacap
Baloo rumateku (Percussion)
Dikpok (Percussion)

Gigih aku meminjam baju unit kebudayaan siap kena maki2 lagi...
Tapi takpe.. yang penting puas..
Kitorang dah buat the best..
Tapi dengar cite, dapat no 2 je..
Tapi dah memang adat kalau jadi Jebat, buat the best camne pun tetap takkan dapat no 1..
Akan ada je salah kita yang orang nampak..

Tuesday, March 3, 2009

Dia Perlukan Perempuan = Dia Tak Nak Perempuan???


Hye..

Ni bukan masalah aku sebenarnya tapi member aku punya problem, yang melarat menjadi masalah kepada aku..

Hurm.. Dia baru clash dengan girl dia.. And sekarang dia cakap dia perlukan gf tapi at the same time dia taknak perempuan sebab perempuan sekarang tak leh dipercayai (dia yang cakap and he's straight ok!).. Problem dia sikit pun tak de kena mengena dengan aku..
Tapi sebab problem dia ni, sekarang dah jadi problem aku..
Hurm.. He said that dia ni ada insomnia.. Kalau tak silap, ni penyakit takleh tido malam..
The problem is, dia tengah having some conversation, ala2 pillow talk, in my room, and the time now is 4.00am..
And I CAN'T SLEEP.. AT ALL!!!!
And sekarang aku rasa aku plak yang dapat insomnia ni..
Hadoi..

Yang rumate aku sekor ni pun pergi layan dia watpe entah..
Dah macam ada sesi motivasi bersama Fadzilah Kamsah dah dalam bilik ni..
Padahal dia ada kelas 8.30am esok..

Hurm.. Please la bro..
Go back to your room, baring on your katil, try to peluk ur bantal or whatever yang boleh, then, slowly close your eyes.. Please.. I beg u..
Hadoi..

If u still can't sleep, take some ubat batuk, and tunggang it inside ur mouth.. tak pun, soh rumate ko dodoikan.. Haha..
Honestly I can't sleep right now..

*Sorry my friend.. untuk your insomnia yang dah 8 tahun tu..

Saturday, February 21, 2009

If I Were A ......????

Pernah dengar kan lagu 'If I Were A Boy' dari Beyonce??
Apa korang rasa?? Maksud aku jika korang dilahirkan sebagai jantina yang berlainan..

Macamana kalau korang yang lelaki, tetapi dilahirkan sebagai perempuan, dan sebaliknya?
Apa korang akan rasa?
Rasa-rasa sekarang ni apa yang korang dah achieve kalau jadi jantina berlainan?
Apa korang akan pakai?
Dengan sape korang akan couple atau kahwin?
Apa kerja korang?
Muka korang plak camne?
Macam2 lagi nak tanya.. So, sape free, jawab la ye..

Thursday, February 19, 2009

Perlu Ker??

Korang perasan tak, ada macam Komed (Masscomm) punya banner yang kat depan fakulti??
Perli ke? "WE DON'T NEED A BLOG ..."
Hurm.. Fikir2kan sendiri..

Sunday, February 15, 2009

Happy Valentine's Day!


Assalamualaikum semua..
Dah seminggu tak hapdet blog ni.. Tak sempat dan malas!

Posting kali ni pasal V Day.. Memang tak patut dihappykan sangat sebab macam tradisi Kristian.. Nam pun dari nama paderi.. Tapi sebagai penduduk dunia, memang kebanyakan manusia celebrate kot.. Bagi aku, anggap je sebagai hari kasih sayang.. Tak kisah la kasih sayang antara keluarga ke, anak dengan ibu bapa ke, makhluk dengan pencipta ke, kawan2 ke, kekasih ke, hape2 je la..

Yang penting, tahun ni, aku dapat kasut.. Hehe.. Paul Smith.. Tak mahal sangat kot, tapi at least, ada orang sayang dan always ingat kat aku.. Tq sayang.. hehe..

*Korang bagi apa kat lover masing2? Korang plak dapat ape?

Sunday, February 8, 2009

Rakyat Malaysia yang Tak Sedar Untung = PENDERHAKA!

Assalamualaikum..
Posting kali ni, pasal artikel dalam newspaper hari ni. Kekadang, bila dah seronok2 sangat, dunia luar pun kita lupa. posting asyik2 pasal benda2 pasal diri kita je. Tapi yang kali ni aku sengaja masukkan posting ni. Agak menyakitkan hati jugak, tapi kekadang aku sendiri tak faham dengan perangai rakyat Malaysia yang tak reti2 nak bersyukur ke hadrat ilahi. Dahla duduk kat Malaysia yang aman dan cantik ni, takde perang bagai, tapi still orang-orang tu rasa tak puas hati. Hurm.. dunia, dunia.. Ni ada sikit artikel yang aku ambik kat Berita Harian..

KUALA LUMPUR: Tindakan biadab, sombong dan angkuh pemimpin serta penyokong Pakatan Rakyat yang menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dengan menggugut baginda untuk dibawa ke muka pengadilan, selain memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak, benar-benar menimbulkan kemarahan rakyat.

Kemarahan mereka meluap sehingga ada yang mencadangkan pihak terbabit dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), selain dilucutkan kewarganegaraan dan bagi mereka yang bermastautin di Perak, diusir keluar.


Berita Minggu turut menerima panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada orang ramai yang marah dengan tindakan pemimpin dan penyokong parti pembangkang itu.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam kenyataannya semalam, memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak sekali-kali menyentuh serta menjatuhkan martabat, maruah dan kedudukan Raja-Raja Melayu yang selama ini menjadi payung kepada seluruh rakyat.

Karpal Singh

Beliau yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata, apa yang berlaku di Perak tidak pernah berlaku dalam sejarah negara apabila institusi raja dibabitkan dengan begitu agresif sehingga diugut dibawa ke peringkat perundangan.

"Perkembangan di Perak cukup merimaskan semua pihak... sepatutnya perubahan teraju pentadbiran negeri berlaku dalam situasi penuh kematangan, tetapi tercemar dengan insiden yang bermula dengan protes, demonstrasi dan akhirnya keinginan menyaman Sultan Perak.

"Kegelojohan mengheret Sultan ke mahkamah dengan hanya bersandarkan kepada sentimen politik adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan jelas tidak menghormati institusi raja seperti terkandung dalam prinsip Rukun Negara," katanya di sini semalam.

Kelmarin, Pakatan Rakyat memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar yang baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di Istana Iskandariah, manakala penyokong gabungan itu pula mencetuskan kekecohan di luar Masjid Ubudiah.

Pengerusi DAP, Karpal Singh pula dilaporkan mengugut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Azlan Shah dan BN jika masih berkeras untuk melantik Menteri Besar BN.

Hishammuddin berkata, perbuatan itu tidak boleh dibiarkan menjadi budaya baru kerana gelagat seperti itu sedang diperhatikan oleh generasi muda.

Katanya, Sultan Azlan Shah adalah pakar perundangan dan keputusan yang dibuat adalah atas kapasiti dan kedudukan baginda sebagai Sultan.

"Rakyat harus faham bahawa kematangan berpolitik penting dalam menghadapi sebarang perubahan luar jangka. Dalam pilihan raya umum lalu, BN tidak menjangka mengalami kekalahan yang begitu pahit untuk ditelan.

"Bagaimanapun, BN tidak pernah guna sebarang pengaruh atau tekanan kepada institusi raja bagi membolehkan kita terus kekal berkuasa, sebaliknya menerima situasi itu dengan lapang dada dan penuh keinsafan... di sinilah kematangan kita," katanya.

Beliau berkata, kumpulan yang mengganggu ketenteraman di Perak itu bergerak atas dasar kepentingan dan kuasa politik semata-mata, tetapi BN tidak pernah membuat kecoh ketika lima negeri diambil alih Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu.

"Bagi BN apa yang penting ialah kesejahteraan dan kebaikan untuk rakyat, jadi rakyat seharusnya membandingkan keadaan ini untuk membuat penilaian mudah mengenai parti mana yang sebenarnya boleh membawa aspirasi mereka," katanya.

Hishammuddin berkata, beliau sudah meminta Pemuda Umno dan BN Perak mempertahankan Sultan Perak yang memerintah mengikut Perlembagaan dan lunas undang-undang negara.

"Saya yakin Sultan Perak membuat keputusan dengan penuh bijaksana dan sudah menimbang semua aspek dalam isu ini. Hanya baginda lebih tahu apa yang terbaik untuk rakyat dan negeri baginda," katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, berkata menderhaka kepada Raja memang jenayah berat dan di Thailand boleh dihukum bunuh atau penjara seumur hidup.

"Tidak timbul soal sama ada kesalahan itu di Thailand atau Malaysia kerana perbuatan terbabit sememangnya jenayah berat. Di Thailand, sesiapa menghina Raja boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup," katanya, ketika dihubungi semalam.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata, Pakatan Rakyat kurang ajar, tidak beradab serta mengingkari janji untuk akur dan mematuhi titah Sultan Perak.

"Ia bukan ciri integriti pada pemimpin yang sepatutnya memberi contoh baik kepada rakyat. Kalau mereka sendiri derhaka kepada Sultan dan mungkir janji... dikhuatiri generasi akan datang mencontohinya.

"Pada pandangan saya, jika betul-betul tak bersetuju, ingkar dan tak mahu patuh titah Sultan di negeri sendiri, mereka tidak patut tinggal lagi di negeri itu atau wajar dibuang negeri," katanya.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Reezal Merican Naina Merican pula meminta Majlis Raja-Raja Melayu mengeluarkan usul keras terhadap Karpal Singh, termasuk mengkaji kewajaran kerakyatannya dilucutkan.

Katanya, Pengerusi DAP itu secara nyata menghasut agar timbul ketidaksetiaan kepada raja apabila mengugut mengheret Sultan Perak ke mahkamah atas isu politik.

Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar berkata, tindakan menghina institusi Raja-Raja Melayu, termasuk melalui laman web rasmi Sultan Perak menggambarkan pelaku itu tiada adab.

Beliau juga menyifatkan Karpal sebagai penderhaka dan selayaknya dikenakan tindakan ISA selain ditarik balik kewarganegaraan atau diharamkan menjejak kaki di Perak kerana berani mencabar institusi Raja Berperlembagaan.

Tapi sebagai rakyat biasa, kita boleh bagi pandangan kat sini-sini je. Raja, menteri takkan dengar pandangan kita ni.. Sesiapa yang ada komen, sila la.. Bagi aku, memang salah PKR jugak la.. Dan encik Karpal sendiri, takkan dia yang study tinggi-tinggi, lawyer lagi, takkan tak reti undang-undang kot. Kuasa Raja-raja Melayu tak boleh dipertikai. Hish. Tak faham la aku.. Bukan nak kata aku sebelah mana-mana pihak.. Umur pun tak cukup 21 tahun lagi. Tapi kekadang rasa seronok tengok orang-orang atasan ni main permainan bodoh yang takkan habis. Carik pasal sampai pelingkup diri sendiri..

Bab hukuman pulak. Hurm. Entahla. Bagi aku, ISA ja yang layak untuk orang-orang yang derhaka kepada Sultan dan Raja. Ke, suruh pihak berkuasa rampas kerusi roda dia?? haha! Tak pun, jangan bagi pijak bumi Malaysia lagi. Tak pun, suruh Sultan dan kerajaan Malaysia contact dengan semua leader seluruh dunia, jangan bagi diorang terima orang derhaka ni kat mana-mana tempat atas planet bumi. Biar dia keluar dari bumi, baru dia tau langit tinggi ke rendah. Pastu, kalau dia nak ugut-ugut ke, gaduh dengan alien, haa.. tu dah tak de kena mengena dengan kita dah. Orang lain pun tak sakit hati.. haha.. Ok.. Sesiapa yang ada pandangan, sila kemukakan.. hehe.. bye..

Thursday, January 29, 2009

Perang Pengantin!


Ni movie yang aku tengok semalam. Best la. Boleh tahan. Cerita ni komedi.. Memang ada part gelak dan serius la sikit.. Tapi still under komedi..

Liv dengan Emma ni best friend sejak kecik tapi waktu umur 6 tahun dah plan dah diorang punya wedding. Dua-dua nak buat dekat Plaza Hotel. Bila umur dah 26, dua-dua dah gatal nak nikah. Si Emma jadi cikgu dan si Liv jadi lawyer. Kalau nak tau sepenuhnya, kena la pergi tengok sendiri. Tapi serius cerita ni best, glamour, dan agak high class gak la sebab kat area Manhattan..

"You don't alter Vera to fit yourself,
you alter yourself to fit Vera !!!

So ingat, before kahwin, jaga badan. Okay..

Sakit Tekak, Demam, Sakit Kepala, Sakit Semua!

Assalamualaikum..

Posting kali ni pasal tak sihat.. Aku la yang tak sihat.. Tapi puas dpt pergi tengok muvi, Bride Wars! Best giler.. Huk2!ni tengah tengok movie, "Bride Wars"

Waktu ni kat depan Gayvy "Pavillion"


Special for Tulang Sampah

Yang penting sekarang aku tengah demam.. Penat sangat.. Tak larat.. Sakit tekak.. Huk2!

Monday, January 26, 2009

Sesuatu Yang Anda Tak Perasan Atau Tefikir...


Asslamualaikum.. Posting kali ni ada kena mengena dengan semua orang. So, fikir-fikirkan la.

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda,seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan andadipinggirkan, fikirkan semula;mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini,mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,sejam untuk menghargainya,sehari untuk teman tetap paling setia.walaupn punya harta yang banyak,teman tetap paling berharga.

Hurm.. Waktu aku post benda ni, aku still terfikir orang-orang yang beri banyak makna kat aku. Orang-orang yang selalu aku ingat, walau aku tau diorang tak ingat aku.. langsung.. Hurm..

p/s: Sedihnya.. :(

Saturday, January 24, 2009

Astro, Raja Lawak, Kerja Keras


Assalamualaikum..

Posting kali ni pasal kerja projek aku untuk assignment. Aku punya group ada 5 orang, aku, Sonia, Hisyam, Yan, dengan Shiela. Kitorang buat projek research pasal Raja Lawak 3 kat Astro. Semalam, Jumaat hari first kitorang kat Astro. Memang agak memenatkan tapi best. Hehe. So, korang yang free, tengok la Raja Lawak. Live show tiap2 Jumaat 9 malam.

Thursday, January 15, 2009

Being Boring is So Boring!!

Assalamualaikum..

Posting kali ni aku pun tak tau pasal apa sebenarnya tapi aku memang tengah bosan. Bangun tidur je dah bosan. Jangan cakap aku akan bosan untuk sepanjang hari ni.. Huhu. Kat belakang bilik aku, macam biasa la. Masih banyak jentera berat tengah bekerja menolak dan mebersihkan kawasan hutan untuk dijadikan kawasan kolej kediaman bagi pelajar. Rumate-rumate aku pun, ada yang pergi kelas, dan si baloo sekor ni tak bangun lagi.

Korang pernah bosan tak..? Bahasa inggeris dia boring (kot). Semalam result untuk MUET dah kuar. Aku punya result. Hurm. Agak teruk la.. Biasa la orang kampung. Bukan tere sangat bahasa Inggeris ni. Dapat band 3 je. Hurm. Takpe la.

Ok, kembali ke tajuk sebenar. Kalau korang bosan, apa korang akan buat? Benda senonoh ke, tak senonoh? Korang tahu tak apa sebenarnya definisi bosan? Haha. Aku taknak terangkan kat sini sebab definisi dia pun sangat membosankan.

Ok, kat sini ada beberapa cara aku menghilangkan kebosanan aku. Harap dapat share dengan korang semua dan i'm sure, ramai yang akan melakukan perkara yang sama macam apa yang kau lakukan di kala kebosanan melanda kepala otak. Caranya:

1) Keluar jalan-jalan. Pergi pantai ke, naik 'baby ranger' ke. Tapi selalunya aku keluar jalan-jalan kalau tak dengan member pun, sorang-sorang je.

2)Makan. Ni yang penting. Kalau bosan, aku selalu makan. Can see la kan. Badan aku pun besar macam tongkang. Sebabnya bila aku bosan, aku akan makan puas-puas.

3)Tengok movie. Haa. Ni lagi satu aktiviti favourite aku. Tengok movie tak kisah la dekat bilik ke, kat panggung ke. Janji movie yang best. Latest movie yang aku tengok 'They Wait' (Crita hantu). Kalau tak pergi tengok kat panggung, tengok DVD kat bilik la (tak pun external Afiq)

4)Melahar dan buat ketupat. Ni antara yang best jugak. Aku selalunya kalau bosan sangat, aku ajak kawan-kawan turun pergi dining (selalunya Faiz la) then duduk situ untuk 5 jam dan melahar sesapa je yang lintas depan mata kitorang. Lahar slow-slow la, kang salah lahar kena budak PALAPES ke, tak pasal-pasal kena lempang.

5)Surf internet. Ni termasuk la blogging, chating, dan semua yang perkataan yang berkaitan dengan teknologi yang ada -ing. Macam sekarang ni, aku tengah menaip blog la. Sambil YM. Btw, sapa ada YM add la aku : syafilsyazwan.

6) Dengar muzik dan menyanyi. Ni satu lagi benda favourite aku. Kalau tak bosan pun, memang aku buat jugak. Memang dapat menghiburkan la. Kalau nak lagi bagus, pergi karaoke kat luar la. Selalunya dekat Mahkota Parade, sebab ada tempat karaoke kat situ yang best. RM 15 je 1 jam. hehe. Selalu pergi dengan PJ.

7) Travel pun dapat hilangkan kebosanan. Memang best la travel. Tak yah keluar duit banyak pun boleh travel.

8)Solat dan beribadat. Hurm. Yang ni aku tak la kukuh sangat. Tapi buat jugak la sikit-sikit. At least sembahyang Jumaat. Hehe. Tapi benda ni memang sepatutnya wajib seabgai umat dan makhluk Allah. Tapi. Hurm.. Insyaallah, akan cuba diperbaiki dan diperkukuhkan. Amin.

Haa. Mesti ada yang sama dengan korang jugak kan? Sebenarnya aku baru bangun. Tak mandi pun lagi. Hehe. Ok, sebenarnya ada test sikit. Korang kira atau hitung ada berapa perkataan 'bosan' yang ada dalam seluruh posting ni.. Haha! Ni untuk suka-suka je. At least dapat mengisi kebosanan korang jugak. Hehe. Ok, tunggu posting seterusnya. Bye.

Monday, January 5, 2009

Hanjing Biru + Kimaks = Guard Yang 'Disayangi'



Assalamualaikum..




Hi semua.. Kali ni punya posting pasal makhluk berwarna biru yang selalu ada kat pintu masuk UiTM. Aku tak tau kalau kampus lain, guard diorang ok2 semua. Tapi siyes kat kampus kitorang memang macam tahi. Tau tak tahi tu ape? Ha.. Ni gambar tahi..



Cerita dia macam ni. Malam tahun baru hari tu aku dengan semua Adam's Family keluar untuk celebrate la (ala2). Then, kitorang gerak pergi ke rumah RS Blok A untuk ambik BMW biru kami. Sampai je kat umah RS tu, BMW pun diambil and Faiz tetiba je tertinggal handphone kat bilik. So, kitorang terpaksa balik ke blok semula untuk ambik phone dia. Kitorang ikut jalan BA sebab BMW tu terlalu cantik untuk tatapan ramai. Kalau lalu depan blok D dan stop depan Dining kitorang, harusla kena lahar. So, better pergi ikut BA dan stop kat dining pompuan. Gelap sikit.


Then, dah ambik phone, kitorang gerak ke gate depan. And seterusnya ditahan oleh makhluk berwarna biru seperti dibawah.

(gambar terpaksa dibuang untuk mengelakkan sebarang kesentapan mana-mana pihak)


Sangat puks! Terus aku hilang mood nak seronok2. Yang tak tahannya, dia panggil aku masuk dalam ofis diorang and mula maki aku. Diorang tuduh aku drive secara merbahaya. Kepala Ho dia...! Dia kata lagi aku drive sangat merbahaya depan BA dan aku menyangkal segala tuduhan yang dilemparkan kepada aku. Maybe sebab dia tengok BMW kitorang tersentap banyak kali kot. Dia tak fikir plak yang padahal kitorang terlanggar bumper2 bodoh yang baru dipasang. Hadoi. Tapi aku professional la. Hormat la orang tua. Tak nak naik suara. Lagi pulak, dah belajar PR, so, pandai2 la. Lagi pulak, guard memang stereotype budak Masscomm. Hurm. Apa la dosa kita dengan diorang kan? Tak kisah la. Then dia kata nak saman aku. Aku nak kata apa lagi. Saman la. Then, waktu pakcik tu tengah isi surat saman, aku borak2 dengan dia. Yang tak tahannya, diorang menggunakan bahasa yang amat kasar. Aku pun, keluarkan lah ayat2 aku tapi masih dalam nada yang sangat bersopan.

"Assalamualaikum pakcik. Saya nak tanya sikit boleh tak. Tapi pakcik jangan marah." aku tanya dia.

"Ko ni nak tanya apa lagi? Bukan nak kena hukum gantung pun..!" kata guard tersebut dengan nada yang sangat kimak.

"Erm. Kenapa pakcik guna bahasa kasar dengan kitorang. Sepatutnya, kitorang ni sebagai pelanggan dan pakcik pekerja. Pakcik patut guna bahasa yang lebih sopan. Bukannye kitorang cakap kurang hajar pun dengan pakcik. Lagi satu, boleh tak kalau pakcik guanakan perkataan saya dan awak daripada perkataan aku engaku. Nampak lebih formal sikit." aku cakap dengan sopan gila2. Sampai aku pun naik geli.

Pakcik tu diam. Dia bagi surat saman kat aku and aku tanya ada apa2 lagi tak. Dia kata takde apa dah. Tapi dapat dilihat air muka dia berubah sebab kena hentam dengan ayat yang sangat baik. Hehe.

Aku sebenarnya tak kisah kalau kena saman. Bukan sebab aku jutawan ke apa. tapi dah diorang nak saman. Aku nak buat apa lagi. So, terima jela. Tapi yang paling penting, diorang sendiri sepatutnya gunakan pertaan yang seseuai untuk menegur. Macam dalam Quran pun ada kata, untuk ubah seseorang jadi baik, guna hati dulu. Then, mulut. Last sekali baru perbuatan. Bukan la aku nak berlagak baik, tapi just nak bagi hentaman yang relevan je.

Maybe kita student2 ni tak study tinggi2 macam guard tu. Tapi aku sangat pasti kalau kita keluar dari uitm ni, insyaallah, kita punya psition lagi tinggi 24 tingkat dari jawatan seorang guard. Hurm. Puas hati sangat. Hehe..

p/s: jangan biarkan anak2 anda jadi guard uitm. Guard supermarket, ok. Lagi satu, guard2, sedar diri ye.