Friday, April 4, 2014

Jakarta Kota Indah

Indah dari segi suasananya, cuacanya, macetnya, dan juga tidak kurang kemajuannya. Mungkin lewat seminggu, tapi tak kisah lah kan. Janji update juga. Last week, aku ke Jakarta, outstation untuk interview beberapa selebriti di sana iaitu Wali Band, Dadali, Armada dan showcase band Seventeen. Dalam pada tu, alang-alang, interview sekali Bunga Citra Lestari dan Marcell.

Sebelum ni, nama-nama besar ni cuma aku pernah dengar lagu-lagu mereka so this time, peluang aku untuk berbual dan berborak. Memang best. Kehidupan warga kota Jakarta nampak gayanya tak banyak beza berbanding kita di Malaysia tapi apa yang best adalah, berlambak-lambak shopping mall yang saiznya berkali ganda daripada Pavilion tuh.

Makanan dia boleh tahan murah. Barang-barang jualan pun sangat murah. Kami tak sempat nak shopping sakan tapi berjalan dalam ITC Kuningan tu pun buat aku letih. Terlalu banyak barang dengan harga best sampai tak tahu nak beli apa. Makanan dia pulak dah la murah, sedap-sedap pulak tu. Rasanya kalau aku menetap terus di sana, memang badan aku 10x ganda membesar daripada sekarang. Haha.

Anyway, tiga hari di sana memang tak cukup. Kepada yang berkesempatan untuk ke Jakarta, Kota Pak Jokowi tu, jangan lepaskan peluang tu sebab sangat best. Ingat tu tau. Di bawah ni ada beberapa gambar yang aku sempat upload.
























1 comment:

thanida said...

It will be interesting to see which works best.Thanks a lot dear.Please keep us posted,That was a good read.
แทงบอล