Friday, September 7, 2012

NTV7 Saluran Ceria Anda Bawakan Pasangan Diraja Kepada Penonton



April 2011 lalu menyaksikan 2.3 juta rakyat Malaysia terpaku di Saluran Ceria Anda, ntv7 bagi menatap saat penting dalam pasangan idola mereka – Will dan Kate – melafazkan ikrar cinta mereka sekaligus mengakhiri zaman bujang pasangan ini. Maka tidak hairanlah lensa kamera media bakal tidak ketinggalan ini untuk merakam lawatan istimewa mereka ke Malaysia dari 13 hingga 15 September ini.


Pasukan produksi khas ntv7 juga bersedia berkongsi dengan rakyat Malaysia tentang idola mereka melalui sebuah rancangan istimewa selama satu jam “Will & Kate – The Malaysian Tour” yang akan bersiaran pada hari Ahad, 16 September jam 9.30 malam. Penonton bakal melihat klip video yang di ambil sepanjang lawatan 3-hari pasangan Diraja itu serta temubual dan laporan eksklusif berkaitan mereka.

Selain daripada rancangan khas tersebut, pengikut setia Putera William dan Kate Middleton pastinya lebih teruja dengan rancangan berkaitan lain yang bakal disajikan di ntv7 termasuklah rancangan “William & Kate: A First Year Anniversary Celebration”, yang akan disiarkan pada hari pertama lawatan mereka iaitu pada 13 September, jam 8.30 malam.

Selain daripada itu, ketahui lebih lanjut mengenai Duchess of Cambridge, Kate yang dikenali dengan evolusi fesyennya, dalam rancangan “Biografi: Kate Middleton” pada 14 September, jam 8.30 malam. Penonton setia ntv7 juga akan dihiburkan dengan konsert “The Diamond Jubilee Concert 2012” pada 15 September, jam 8.30 malam.

Konsert ini diadakan bersempena sambutan Jubli Intan pemerintahan Permaisuri Elizabeth yang disemarakkan oleh bintang-bintang popular tersohor yang terdiri daripada Elton John, Tom Jones, Annie Lennox, Paul McCartney, Kylie Minogue, Sir Cliff Richard, Stevie Wonder, dan ramai lagi.

Bagi menghargai penonton setia, ntv7 yang baru sahaja meraikan ulangtahun ke-14-nya akan mengadakan peraduan “Watch & Win” Will & Kate – The Malysian Tour, di mana pemenang bertuah berpeluang memenangi hadiah menarik dengan hanya perlu menonton rangkaian rancangan istimewa berkaitan pasangan Diraja itu di ntv7.



Dalam pada itu, rancangan temubual ntv7, The Breakfast Show dan Bella juga akan meraikan lawatan pasangan romantis itu dengan menyiarkan segmen istimewa bermula 9 September. Pelbagai sudut perspektif berkaitan The Duke dan Duchess of Cambridge termasuklah evolusi fesyen Kate Middleton, kisah cinta luar biasa pasangan ini, sumbangan mereka terhadap masyarakat, soalan trivia, fakta menarik serta rentetan perkahwinan mereka, akan dibincangkan di dalam rancangan temubual tersebut.


Segmen ini juga akan memberi pandangan daripada kaca mata tempatan melalui ulasan dan soal jawab bersama orang ramai. The Breakfast Show akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 8 pagi. Rancangan temubual wanita ntv7, Bella pula bersiaran setiap Ahad, jam 1.30 petang manakala Isnin hingga Khamis pada jam 11 pagi turut tidak terlepas mengupas pelbagai isu mengenai pasangan romantis ini.

Rancangan “Nona” TV3 juga turut menyemarakkan lagi sambutan lawatan Will & Kate dengan sebuah segmen khas yang akan disiarkan pada 30 September, Ahad, jam 2 petang. Segmen ini akan membawa penonton untuk menyingkap lebih dalam tentang keanggunan fesyen Kate serta laporan mengenai kerja-kerja amal dan aktiviti-aktiviti kegemaran mereka dalam bidang sukan dan alam sekitar.

Selain dari program-program hiburan hebat tersebut, laporan berita dan perkembangan terkini akan disiarkan di dalam segmen edisi berita ntv7 termasuklah 7 Edition, Edisi 7, dan Mandarin 7, bermula 12 September ini. Komuniti Twitter di seluruh negara juga dialu-alukan menggunakan hashtag khas yang dicetuskan oleh ntv7 iaitu "#mywillnkate" - dalam semua mesej yang membincangkan mengenai lawatan Pasangan Diraja.

Sebagai menghargai lawatan itu, saluran pilihan penonton, ntv7 akan membuat kiraan detik bermula 1 September melalui inisiatif istimewa – “Will & Kate Malaysian Tour” dimana pelbagai rancangan menarik bakal disajikan sepanjang 12 hari kiraan itu.
Lawatan Pasangan Diraja ke Malaysia merupakan sesi lawatan mereka yang ke-2 selepas Singapura yang dijadualkan pada 11 - 13 September. Pasangan ini seterusnya akan berangkat ke Solomon Islands (16 - 18 September) dan Tuvalu (18 - 19 September) untuk meneruskan lawatan bersempena sambutan Jubli Intan Permaisuri Elizabeth, yang menandakan 60 tahun pemerintahan beliau sejak tahun 1952. Sebelum ini, sambutan Jubli Perak Permaisuri disambut pada tahun 1977 dan Jubli Emas pada tahun 2002 turut disambut dengan meriah.

2 comments:

Anonymous said...

Thank kepada blogger ais kepal...tengah cari bahan pasal Will & Kate....Jumpa blogger ni yang amat berguna...X sangka aiskepal pun ada maklumat macam ni...huhhuhu=)Thumbs up=)

Ais Kepal said...

Sama2 awak. Thank you sebab view blog saya. :)