Peneraju utama acara Malaysian Motorcycle Grand Prix, Sepang International Circuit (SIC) menjangkakan sejumlah 70,000 penonton bakal membanjiri litar kebanggaan negara tersebut pada hari perlumbaan untuk edisi ke-22 Malaysian Motocycle GP pada bulan hadapan.
Kemeriahan dan kebanggaan ini turut dikongsi oleh organisasi bank terbesar di Malaysia, Maybank yang turut menjadi rakan usahasama untuk Malaysian GP tahun ini. Seperti yang semua sedia maklum, Maybank sejak 21 tahun lalu telah menyumbang tajaan kepada jenama-jenama besar.
Maybank yang merupakan jenama terulung di rantau ini akan memenuhi ruang pengiklanan dan turut memberikan beberapa faedah untuk pelbagai aktiviti sepanjang acara termasuklah yang melibatkan VIP.
Dengan menyertai promosi bersama SIC, Maybank juga turut menawarkan diskaun istimewa untuk pemegang kad keahliannya dan turut mengadakan peraduan yang menawarkan hadiah sebuah Benelli Naked Bike TNT899 serta pakej percutian untuk dua orang ke Grand Prix di Valencia pada November.
No comments:
Post a Comment