Ex housemates |
Disebabkan terpaksa berpindah, so aku cuba mencari rumah sewa dan akhirnya ada sebuah rumah ni sesuai. Lokasinya adalah di Dataran Otomobil, Seksyen 15 Shah Alam. Yeap, 5 minit berjalan kaki dari office aku. Alhamdulillah lah sebab dekat.
Harga dia tak murah sangat macam rumah lama la. Tapi bila fikir-fikir balik, ok la kot sebab tu master bedroom and ada bilik mandi sekali dalam bilik. So lepas dah deal dengan owner rumah, aku pun setuju untuk stay situ. Sekarang masa untuk fikir macam mana nak angkut barang aku yang 4 tan tu!
Selepas bertungkus lumus berkemas segala bagai, aku pun setel dan bersedia untuk pindah rumah. Call lori, RM180 dia caj. Lantaklah. Tu pun, Indiana Jones yang bawak lori tu nak mintak extra RM20 tapi disebabkan perangai aku yang macam gampang, memang aku tak kasi la!
"Kalau you taknak angkat, I boleh call lori lain. Kalau you nak angkat, terima je RM180 ni," kata aku kepada Indiana and dia pun cakap ok. Alhamdulillah.
Sampai je di rumah baru, satu lagi cabaran adalah nak kemas bilik. Bilik ni luas tapi barang aku lagi banyak. Melampau banyak gila-gila punya banyak. Sebab lagi satu adalah aku takde kotak untuk simpan barang. So sebab tu la kot nampak banyak gile.
Ruang tamu yang anggun |
Rumah baru ni ok, ruang tamu nampak kemas. Masalah aku sekarang adalah seekor kucing. Sebab aku asthma, so kalau kucing ni menggedik-gedik dalam bilik aku, mungkin bulan pertama aku dah arwah sebab sesak nafas. So aku decide untuk sentiasa tutup pintu.
Tiffany |
So petang tu, mula la aku ni slow-slow kemas bilik tu, susun barang, kumpul sampah. And now, alhamdulillah sekali lagi sebab barang-barang semua dah disusun rapi dan aku dah dapat bilik yang selesa dan berbau wangi serta kemas. :)
Sebelum kemas |
Selepas kemas |
Sofa buatan sendiri yang baru siap semalam. |
Semua dah setel dan boleh landing dengan aman. :) |
2 comments:
nk datang beraya boleh la ni?
hehehe...
ye.. sila2.. haha..
Post a Comment