Tuesday, December 23, 2008

10 Jenis Kepecahan Lobang Depan Parent Yang Anda Tak Perasan..


10 cara utk ibu bapa kenalpasti sama ada anak lelaki mereka gay.

Ibu bapa sebenarnya tak perlu risau jika mereka mendapati anak mereka itu gay. Bukan nak cakap apa, anak-anak gay ini selalunya tidak akan berkahwin, dan mereka pula lebih bersedia untuk menjaga ibu dan bapa mereka dari menjadikan mereka tukang gaji tak berbayar (untuk menjaga cucu). Lagipun, kebanyakan anak-anak gay ini sopan budi bahasa dan tatatertibnya. Memandangkan anak-anak gay ni tak ada tanggungan anak bini, mereka selalunya akan memberi duit tanggungan serta tumpuan kasih sayang yang lebih kepada orang tuanya... Berikut adalah tanda-tanda yang boleh diperhatikan oleh ibu-bapa untuk melihat jika anak lelaki mereka adalah gay atau sebaliknya:

1. Bila tiba masa kenduri-kendara, terutama kenduri kahwin, anak lelaki ini lebih senang menghias pelamin dan menggubah bunga telur daripada berpanas terik untuk menyiapkan khemah ataupun mengumpulkan kayu api seperti lelaki-lelaki lain. Kalau dia ada jugak di celah-celah lelaki tersebut, cuba perhatikan yang anak lelaki tersebut lebih banyak menghabiskan masa melihat lelaki-lelaki kampung tu, daripada mengangkat kerusi ataupun tiang khemah.

2. Bila nak tiba musim raya, bila tiba masa nak belikan kain kosong untuk buat baju melayu ataupun baju kebaya maknya, anak lelaki ni lebih selesa bercerita tentang fesyen kebarung terbaru dengan kain organza (hello, akaq-akaq jer tahu apa itu kain organza, occay!) dan lain-lain berkenaan dengan citarasa wanita, sedangkan si ayah hanya dibelikan kain kosong dari Kamdar aje.

3. Bila kadang-kadang terdengar perkataan-perkataan sesuatu dari mulut anak lelaki ini (terutama dalam telefon, bercakap dengan kawan-kawan, mungkin terpacul perkataan "mak" ketika dia membahasakan dirinya). Jadi para ibu, janganlah cepat perasan yang anak lelaki ni memanggil si ibu, itu cuma kata ganti nama pertama untuk anak lelakinya itu.

4. Anak lelaki ini akan mengatakan yang dia lebih mementingkan career dari segalanya - apabila ditanya bila nak kahwin sedangkan umur dia dah masuk 40 tahun. Ye lah, lelaki heteroseksual mana yang tak ada nafsu nak kahwin, ye tak?

5. Bila anak teruna ni silih berganti membawa pemuda-pemuda atau budak-budak lelaki ke rumah (balik kampung). Dan kalau diamati, mereka (kawan-kawan) yang dibawa bersama mempunyai ciri yang serupa - kulit yang gebu terjaga, dandanan rambut kemas, selipar/sandal yang serupa, baju yang agak sempit dan lengan yang agak pendek dan pertuturan yang sedikit serupa.

6. Anak lelaki teruna lebih senang bercerita tentang hiasan dalaman, salon kecantikan, tempat urut mengurut untuk lelaki... daripada bercerita tentang, pasukan bola sepak atau Liga Perdana Inggeris.

7. Kalau tengok TV, kalau ter"flick" channel yang ada perlawanan bola, dia cepat-cepat menengok rancangan lain seperti Nona.

8. Kalau balik ke kampung, perhatikan bag toiletries yang dibawanya bersama. Sudah pasti, terdapat pelbagai jenis tabung-tabung mekap dan pelbagai jenis alatan untuk dandanan. Paling pelik, kalau dikumpulkan semua tu, sudah tentu boleh membuka satu kaunter mekap.

9. Jenama-jenama barangan seperti DKNY, Ferragamo, Prada,LV lebih mudah mereka tuturkan berbanding dengan nama-nama anak saudara mereka sendiri.

10. Kalau sesekali balik ke kampung, tentu dia akan membawa "teman wanita" untuk mengaburi mata emak dan ayah. Tapi belum pun sempat nak duduk, dia telah membuka kata-kata bertanyakan siapa anak-anak bujang yang baru menyewa di sebelah rumah. Atau bertanyakan, anak bujang jiran yang sudah lama tak kelihatan.

Sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kepada Ferr Remy untuk sumber ini. Haha!

Kentut dan Gay.. Hahaha!!

Seorang wartawan lelaki telah di tugaskan membuat liputan dan siasatan mengenai aktiviti kelab gay di Bukit Bintang. Dia di kehendaki menyamar sebagai gay. Wartawan itu dengan senang hati menggayakan pakaian dan cara seorang gay. Setelah seminggu mempelajari tingkahlaku dan gaya seorang gay, akhirnya pada malam minggu itu wartawan itu masuk ke kelab gay tersebut. Wartawan itu dipasang dengan microphone n camera bersaiz kecil bagi merakam segala aksi dan aktiviti di kelab gay tersebut. Setelah masuk wartawan itu terus menuju ke bar utama dan memesan segelas bir. Dia hanya duduk sambil memerhatikan gelagat-gelagat gay di kelab tersebut. Ada yang menari dan ada yang duduk sambil berpeluk-pelukan sesama lelaki. Wartawan itu merasa geli geleman melihat tingkahlaku mereka."Hai...sorang ke bro", tiba-tiba wartawan itu di sapa."A'ah, saya tunggu kawan saya. Tak sampai-sampai lagi ni", kata wartawan itu separuh menjerit kerana kebingitan muzik di kelab itu.Tiba-tiba wartawan itu berasa sakit perut. Rasa seperti ingin kentut sahaja. "Muzik tengah kuat ni bolehlah aku kentut ni", bisik hati wartawan itu.Wartawan itu pun melepaskan kentutnya. Satu demi satu. Berturut-turutan. Tiba-tiba muzik rancak itu berhenti kerana DJ nya ingin menukar ke lagu perlahan. Sementara proses pertukaran lagu itu kentut wartawan itu telah di dengari oleh gay-gay yg berhampiran dengan wartawan itu."Eh eh... ada dara lagi la kat sini", ujar salah seorang gay di situ sambil memandang wartawan itu."A'ah lah.. kat depan kita ada dara", ujar yang lain pula.Semua gay di situ telah pergi mendapatkan wartawan itu. Semua wajah mereka menunjukkan keghairahan nafsu yang ketara."Saya bukan dara lagi la", ujar wartawan itu"Kalau dah tak dara kenapa kentut. Kuat lak tu. Sempit tuu...", ujar salah seorang gay itu.Tergamam wartawan itu. Akhirnya dirinya di noda secara bergilir-gilir oleh pengunjung kelab gay itu. Menangis teresak-esak wartawan itu. Akhirnya nikmat kentut sudah tidak akan dapat dirasai lagi sepanjang hidupnya.Moral kepada lelaki : Jangan berkentut dihadapan GAY. AWAS!!



Sumber dari Ferr Remy.. Tq bebanyak.. hehe..

Sunday, December 21, 2008

Gambar-gambar Melets!

Tengah nervous tunggu result..
Ini muka pompuan yang kepenatan, baru habis show kat Pahang..
Ini lah kami yang gila vavi! Haha!
Kawan2 dari Sabah. Dari kiri Ester a.k.a Elizabeth, Greg, Syikin, Rubisa
Ahli group aku untuk blind test!
Tukang beli makanan..
Rizal dengan Queen Rex!
Roomate ku, Azweera a.k.a Awie a.k.a Weera
Si kentut Anith
Kak Dayang a.k.a Akak si Tomok
Rizuan.. Hurm.. hehe..


Ayu dan Rizal..
Rizal dan Abang Syafiq (Roomateku a.k.a nurse a.k.a Diva)
Ni sebahagian je.. Kalau nak tengok full package, nanti aku tunjuk personally la.. Ye faiz ye.. hehe..

Saturday, December 20, 2008

Kenangan OIAM. Top 40!

Fuh. At last habis jugak segala cubaan. Hehe.. Aku cuma berjaya setakat Top 40 je untuk One in a Million. Tapi alhamdulillah. Sampai tahap ni pun dah bersyukur sangat-sangat sebab ni first time aku try untuk OIAM. Memang kenangan kat sana paling tak boleh dilupakan. Dapat kawan-kawan yang sekepala. Walaupun cuma empat hari kat sana (Peninsula Residence All Suite Hotel, Damansara), aku memang rapat dengan peserta-peserta lain. Waktu nak tinggalkan OIAM, memang sebak jugak la. Tapi may be takde rezeki kot, so takpe la. Next year boleh try lagi. Hehe..
Aku kat sana selama lebih kurang empat hari dan dalam empat hari tu memang agak padat la jadual. Memang bukan setaat menguji mental, fizikal pun diuji. Fuh..

Hari Pertama - 13 Disember 2008 (Sabtu)

Aku gerak dari rumah lebih kurang pukul 10.30 pagi and naik komuter sampai KL Sentral. Sampai kat KL Sentral, aku ambik teksi dan terus pergi ke hotel tu. Lebih kurang 11.30 pagi, aku sampai kat hotel. Peserta lain tak ramai lagi. Time tu, aku may be orang kedua or ketiga sampai. Then, aku dengan peserta yang dah ada kat sana lepak kat tempat kitorang kena berkumpul, kalau tak silap kat Cameo Cafe. Kat sana, crew-crew 8TV dah ramai dah.

Then, lebih kurang pukul 12.00 tengahari, kami mula registration. Lepas tu, kami dibenarkan pergi berehat untuk makan tengahari. Aku time tu dengan member aku Rex dan Hakim. Rex ni budak Penang. Umur sebaya dengan aku. Hakim pulak budak JB, baru habis form 5. Kitorang pergi lunch kat Wisma Damansara, kat seberang jalan je. Makan kat Ali Maju, kat bangunan tu la. Agak sedap la sebab tengah kebulur. Kalau bagi ketas kosong pun, boleh makan kot. Haha.

Lebih kurang 1.30 petang, kami gerak balik ke hotel. Time tu jumpa sorang lagi member aku yang audition kat Penang, abang Syafiq. Pukul 2 petang, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk sesi ice-breaking. Aku punya group dengan Siti Elizad. Ingatkan sombong sebab artis la katakan tapi rupanya okay la. Cuma dia pendiam sikit. Setiap group kena hantar wakil untuk ambik 1 sampul yang akan ada tugasan kita. Group aku dapat tugasan "wild animal" dan kitorang kena buat sketsa ala-ala binatang buas la. Hehe.. Memang best la.

Dah habis semua tu lebih kurang pukul 5 petang, kami diberi kunci bilik masing-masing. Aku punya bilik no 917. Satu bilik dengan abang Syafiq, Awiera Rock, dan jugak Shafiq Flava. Abang syafiq dengan Awie memang kami 3 dah rapat dari Penang lagi. Si Shafiq sorang lagi ni diam sikit. Hehe. Nice room. Ada dua katil queen size, ada toilet dan bilik mandi luas dengan jakuzi, and ada dapur. Memang ok la.. Kami diberi rehat sampai 7.45 maam. Aku lepak kat bilik je tengok Shin Chan. Lebih kurang pukul 7 malam, Faiz call ajak kuar kejap. Aku pun kuar kejap dengan Faiz, 8 a.k.a. Far, dan jugak Tomoi. Kami pusing-pusing area tu je sebab 7.30 aku kena naik balik, nak siap-siap. dah balik kat bilik, aku siap-siap nak pergi dinner pulak. Kitorang wajib turun for the dinner sebab ada briefing dari executive producer OIAM. Makan malam tu memang megha sangat-sangat la. Hehe..

Lebih kurang pukul 10 lebih camtu, kami naik bilik masing-masing balik.
Kami tak tidur lagi sebab semua prepare untuk lagu esok. Aku tak tau nak nyanyi lagu apa lagi. So, aku decide, kalau lagu apa yang terlintas kat kepala ho, memang terus tangkap and lalak la. Haha. Malam tu, Rex lepak bilik aku. Dia sepatutnya bilik dengan Tomok tapi dia kata tak selesa sebab Tomok smoke. Macam-macam. Hehe. Then, lebih kurang pukul 12 tgh malam, kami dah mula lapar balik. Hadoi. Then, kitorang siap turun nak pegi cari makan tapi kawasan tu takde tempat makan. 7E pun takde. Sedihnya. Then, kitorang naik and aku bagitau budak-budak lain yang tadi nampak Tomok bawak stok makanan yang banyak. So, kami serbu bilik Tomok. Haha. Puas hati la. Dia pun okay. Tak belagak. Kalau belagak, siap dengan aku. Aku call cik Normah Berita Harian. Hahaha!Dah habis melantak, kami pun pulang la kebilik dan si Rex nak ikut balik. So malam tu, kami tidur 3 orang satu katil. Aku, Rex, dengan Abang Syafiq.


Hari Kedua - 14 Disember 2008 (Ahad)

Pagi ni kami semua kena bangun awal sebab pukul 7 pagi dah kena ada kat lobi hotel. Budak-budak bilik aku la yang paling lewat. Haha! Bas kena tunggu kitorang. Kitorang naik bas yang disediakan ke studio rakaman Capital Studio kat Damansara jugak, lebih kurang 15 minit dari hotel. Fuh memang mengantuk la sebab kena bangun awal. Sampai sana, kami diberi sarapan. Nasi lemak. Aku tak makan banyak sangat sebab. Erm.. Tak sedap! Haha.

Kami still tak tau apa yang akan kami buat untuk hari ni so setiap orang macam blur. Yang penting terus berlatih melalak. Lebih kurang pukul 10 or 11 camtu, kami semua diminta berkumpul untuk taklimat dan shooting dengan Awal dan Marion. Semua nervous. Then, lepas Awal dengan Marion pot pet apa entah, dia tarik sorang peserta, Joni. Joni peserta pertama yang akan melalak untuk hari tu. Then, kami boleh rilex balik lepas diorang bagitau yang hari ni punya test, Blind Test!

Untuk Blind Test ni, kami akan menyanyi kat belakang tabir. So, judges tak nampak kitorang, and kitorang tak nampak judges. Memang orang cakap tak nervous, tapi bagi aku nervous macam ada 10 judges tengah tengok.. Fuh..

Untuk stage ni, 20 orang akan ditolak dari 80 orang. Semua orang macam risau la, termasuk aku. Tapi kalau nak terkeluar pun, nak wat camne. Takde rezeki. Untuk test ni, kami diberi kumpulan jugak. Satu kumpulan, 10 orang. Artis yang satu group dengan aku Pija dengan Naufara. Diorang okay la. Sporting.

Lebih kurang pukul 7.30 malam macam tu, kami dapat result untuk masuk ke Top 60. Alhamdulillah, aku masih di dalam pertandingan. Seronok bercampur sedih, sebab ada kekawan yang terkeluar. Hurm..

Ingatkan setakat ni je test untuk hari ni. Rupanya ada lagi satu lagi tugasan. Kali ni kami punya tugasan ialah untuk group pulak. Bagi peserta lelaki, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dan satu kumpulan 7 orang. Time tu, aku punya group dengan abang Favik, Darren, Simon, Abang Syafiq, Dzairi, and aku la. Kami dapat lagu My Girl. Simple lagu tuh dan sangat enjoy. Hehe.. Kami kena hafal lirik dan lagu tu dalam masa sejam. Memang gila la tapi ok, kitorang buat yang terbaik. Practice punya practice, kami kena turun untuk prepare. Memang tugasan ni yang paling best. Hehe.. Untuk peserta lelaki, ada dua group dapat lagu My Girl dan dua group lagi dapat lagu Juwita Citra Terindah.

Malam tu jugak, lebih kurang pukul 12 lebih, kami dapat result untuk ke top 40. Untuk result, judges, Paul dengan Shafinaz suruh kitorang naik atas stage group by group. Alhamdulillah, group aku semua 7 orang lepas ke top 40.

Lepas tu lebih kurang pukul 1 lebih, baru kami balik ke hotel. Sampai hotel pun dah pukul 2. Penat memang penat. Tapi best. Malam tu pun memang kebulur jugak. So, aku suruh member si Tomok (Tetttt!!) Azfan belikan Mcd sebab diorang nak keluar makan. Balik bilik, tertidur. Pukul 4 lebih camtu, si Azfan call bilik aku, soh gi ambik makanan. Takut gak sorang-sorang. Tak kira, aku suruh si Tomok tunggu depan pintu lif ambik aku. Bilik diorang level bawah. Takot!! Hahaha!!
Ambik makanan, balik bilik aku kejut Awie. Kami 3 ekor, aku, Abang Syafiq, dengan Awie makan dalam keadaan sejuk di pagi buta. Haha!
Then, kami sambung tidur.. Sebab 45 minit lepas tu kena bangun balik.

Hari ketiga - 15 Disember 2008 (Isnin)

Pagi ni, aku bangun pukul 5 sebab hari ni kami kena turun lobi lagi awal dari semalam. 6.45 semua kena ada kat lobi. Turun ja kat lobi, aku lepak kat sofa dengan roomate-roomate aku la. Tengok-tengok, seorang pendek datang. Amelia AF3. Dia datang borak dengan kami. Dia kata sabar la sebab ni baru sikit. Best gak lepak dengan pompuan ni. Sekepala. Haha.

Lebih kurang pukul 7, kami gerak naik bus ke studio. Sampai kat studio, kami diberi sarapan sandwich, chicken pie, dengan apa entah. Sedap gak. Hari ni pun kami tak tau apa pulak bala yang menimpa. Then, lebih kurang pukul 11 lebih, kami diminta berkumpul sebab nak kena sign kontrak. Sign kontrak untuk ipod nano. Kalau kami rosakkan kena bayar RM599. So.. Hurm.. Pandai-pandaila.. hehe..

Untuk hari ni punya task, diorang bahagi peserta kepada dua group. Then, lagu diletakkan ke dalam 20 ipod nano. So, nasibla kalau dapat lagu yang tak kenal. Secara tak semena-mena, aku kena duet dengan Simon. Shit! Hadoi. Lagu, Fire nyanyian Babyface! Aku tak tau sangat lagu tuh. Dah la lagu tu sepatutnya duet lelaki perempuan dan kitorang jadi gay lah!

Sebab lagu tu dan jugak Simon, aku terkeluar untuk hari tu. Aku kalau dapat Kau Ilhamku atau Mantera Semerah Padi, atau Pilihlah Aku, atau lagu lain, memang aku nak buat kaw2 dah tapi. Hurm.. Rezeki aku setakat tu ja. Apa boleh buat. Hurm.. So, Simon! Thanks a lot!!!

Malam tuh aku balik hotel dengan 20 orang yang terkeluar dengan van 8TV. Memang borak sakan la atas van. Aku pulak satu van dengan Rubisa, Zainal (atau Ziana Zain), ramai lagi la. Sampai hotel, carik makanan. Then, bila rumat2 aku balik, aku panaskan makanan dan makan beramai-ramai. Diorang bawak balik KFC.

Hari Keempat - 16 Disember 2008 (Selasa)

okay.. Ni hari last la kat sini. Aku bangun pukul 6.45 pagi, turun hantar abang Syafiq kat bawah. Then, say goodbye kat roomate-roomate yang lain. Sedih gak tapi okay la. At least dapat balik umah. Then, aku sambung tidur sampai pukul 10 lebih. Pastu bangun pukul 11 tengok Detective Conan and mandi. Then, siap2 and aku call Rex. Kitorang tak dapat masuk top 20. Aku tanya if dia dah check out. Dia kat bilik lagi, Tim dah balik. Then aku ajak Rex datang bilik aku. Then, kitorang turun makan kat Ali Maju (again..). Lebih kurang pukul 1 lebih, kami balik bilik. Pukul 3 lebih, aku dengan Rex check out dari hotel and terjumpa Aishah (si kecik) kat lobi. Then, kitorang mabik teksi and terus pegi Mid, shopping and enjoy.. Hehehe..

Okay la. Sepanjang 4 hari ni memang sesuatu yang meletihkan dan memenatkan tapi untuk aku, kenangan, memori, dan pengalaman tu memang paling best. Yang paling best sekali, kitorang berjaya mengalahkan Misha Omar dan Saiful Malaysian Idol yang tak lepas pun untuk audition. Hahaha! Apa2 pun, tahniah kepada 12 orang yang berjaya mara ke Top 12. Happy jugak la sebab kawan-kawan rapat dan rumate aku dapat. Hehe.. Kat sini ada list name yang dapat untuk ke Top 12.

Tomok (Food Supplier)
Simon (Hurm.. jangan vote langsung!)
Pija (Cute)
Ayu (Si Cantik)
Amelia (Pompuan gile2 yang ramah.. hehe.. )
Nine (KOKO, Jantan keras)
Fifi
Ester a.k.a Elizabeth (Suara Melets!)
Rizwan (Kawan lama ku.. hehe..)
Anis (Si kentut yang comel giler)
Rihana
Azweera a.k.a Awie (Roomate ku)

Sebenarnya banyak lagi cerita-cerita meletup yang takleh cerita kat sini untuk menjaga sensitivity kaum, serta pihak2 tertentu. Hahaha.. Tapi sapa yang nak tahu cerita skandal2, sapa tettttt dengan sape, dan juga kendu kendi, boleh hubungi aku terus.. Hahaha! Gambar2 akan disiarkan dalam posting seterusnya..

Sagittarius = Suka Kebebasan

22 November – 21 Disember

Assalamualaikum. Esok tamatlah hari untuk Sagittarius, so ni ada la sedikit info pasal Sagittarius. Tapi tak tau la betul ke tak, cuma baca je la ye. Hehe..

  • Lelaki yang suka akan kehidupan social serta mengambil tahu tentang apa juga perkembangan dan produk terkini dalam pasaran.

  • Ada juga yang suka akan kehidupan privacy, namun mereka tetap sentiasa mengetahui apa yang terkini di pasaran mendahului rakan yang lain. Rutin menjadikannya cepat bosan. Orang yang akan berterus terang dalam apa jua perkara.

  • Walaupun bersikap lantang bersuara, namun suka menolong orang lain serta tidak mengharapkan sebarang balasan.
  • Bila marah akan menakutkan, namun cepat reda serta dilupakan.

  • Suka akan pujian dan penghargaan. Ianya mudah untuk anda memanipulasi warga Saggi. Namun sekali mereka tahu anda tidak ikhlas, maka anda dianggap tidak bermakna dalam kehidupannya.

  • Ada sesetengah warga Saggi dianugerahkan bakat semulajadi sebagai pemuzik atau penyanyi. Jiwanya sentiasa gembira, kelakar, dan mempunyai banyak lawak jenaka untuk dikongsi bersama teman-teman.

  • Suka akan kebebasan dan kehidupan yang bertenaga.

  • Kerja bagi Saggi akan dilakukan bersungguh-sungguh.

  • Suka melancong dan melihat tempat-tempat baru.

  • Lelaki Saggi suka kehidupan yang bebas umpama seekor burung. Baginya setiap hari adalah hari Ahad.

  • Sukar baginya dalam mood yang tidak baik, tetapi elok jika lelaki Saggi berada dalam keadaan begitu elok biarkannya seorang diri.

  • Jika wanita jatuh cinta dengan Saggi, dan mereka hilangkan diri untuk beberapa hari, maka tidak perlu dirisaukan kerana mereka akan kembali.

  • Agak takut dengan wanita cantik. Namun bercinta dengan ramai wanita merupakan perkara yang normal bagi mereka.

  • Dia tidak suka akan kewajipan dan perkahwinan akan merimaskan mereka.

  • Jika anda baginya kebebasan, maka dia tidak akan lari daripada anda.

  • Mudah jatuh cinta namun tidak dapat dijangkakan berapa lama mampu bertahan.

  • Jika wanita di luar sana mendambakan lelaki Saggi, maka anda perlu lakukan seumpama berlakon di dalam filem aksi dan cabaran.

  • Wanita perlu sentiasa happening, buat kelakar dan sentiasa comel dalam memastikan hubungan sentiasa mekar.

Wednesday, December 10, 2008

Hantu oh Hantu!!


Assalamualaikum..

Sesiapa kat sini pernah terjumpa, atau terlihat, atau ternampak, atau terserempak, atau apa-apa je la dengan HANTU? Tahu tidak hantu tu apa? Ada yang kata hantu tu roh orang mati, ada yang kata hantu tu jelamaan iblis dan syaitan, ada yang kata hantu tu spirit la, orb la.. Macam-macam.. Tapi aku pun tak sure hantu tu ada ke tak. Ada orang jadi hantu. Tapi sebagai Muslim memang kena percaya benda-benda ghaib wujud. Tapi alhamdulillah lah, seumur hidup aku tak pernah jumpa lagi dengan makhluk ni. Dan aku pun kalau boleh, taknak jumpa pun benda ni. Takot!! Sebab hantu ni, kalau macam mana pun rupa dia, buruk ke, chanteque ke, tetap hantu. Dan dengan perkataan h.a.n.t.u tu pun, dah dapat membuatkan orang takut. Macam-macam cerita aku dengar pasal hantu-hantu ni.

Kat kampung aku dulu pernah jadi kes hantu ni. Dia menyalak macam anjing. Time tu, tiap-tiap pukul 3 pagi kalau tak silap, kalau ada orang 'bertuah' dapat la dengar bunyi hantu tu. Nak kata anjing, bila orang kelaur cari, takde apa-apa pun. So, wallahualam..

Kes lain waktu aku sekolah lagi, form 5. Time tu aku memang balik tusyen lewat-lewat. Pukul 11 selalu baru balik rumah sebab selalu lepas tusyen aku pergi makan2 dengan kawan2. So, pukul 11 lebih selalunya aku naik moto balik rumah. Time tu memang tengah femes crite pasal hantu bergolek atas jalan. Mampos la aku takut. Dah la naik moto (Kristar macam pak guard uitm). Tapi nak buat macam mana, takkan taknak balik. Nak balik rumah aku pulak kena lalu 3 kawasan kubur. Hadoi, yang kubur pun buat banyak2 sebab apa, aku tak faham. Tapi alhamdulillah la sebab aku tak pernah jumpa. Kawan-kawan aku selalu nampak langsuir kat poko besar jalan nak balik rumah aku, tapi aku tak pernah la nampak. Tak nak nampak.

Kes lain pulak, pasal jambatan merentasi landasan kereta api kat belakang rumah aku. Sebelum jambatan tu siap, memang banyak kes orang mati kena langgar kereta api, tapi lepas jambatan tu dah siap pun, still ada lagi 'benda' tu. May be sebab tempat dia kena kacau kot. Ada orang nampak macam lembaga berdiri kat tepi jambatan tu macam nak terjun. Tetiba hilang. Ada jugak orang nampak makhluk tu terbaring tengah jalan dan tangan dia merentang jalan dari ujung ke hujung. Panjangnya tangan dia. Hadoi.

Kat sini ada la sikit tips-tips bodoh untuk nak lari dari hantu dan bagi hantu lari dari kita.

PONTIANAK
Untuk hantu jenis ni, dia suka mengilai dan menjerit. Takpe. Kalau dia mengilai, korang pun mengilai jugak la. Mengilai kuat-kuat sampai dia pun jemu. Last-last mesti dia pun lari.

LANGSUIR
Makhluk ni pulak, orang kata suka tengok orang. Dah la muka buruk ya amat, suka tengok orang pulak tuh. Korang tengok dia balik. Gamak tak larat nak tengok, letak je cermin depan dia. Biar dia tengok muka dia balik yang buruk tu. Last-last mesti dia lari balik. Hahaha!

POCONG/HANTU BUNGKUS
Kalau pocong susah sikit. Tapi kena berani la. Korang pergi dekat pocong tu, bogelkan dia. Wuahahaha!!! Mesti dia lari sebab malu..

HANTU GALAH
Hurm. Untuk makhluk ni, ada satu cara ja.. Baring kat celah kelangkang dia. Tengok telur dia, pastu ambik gambar. Hahahahaha!!

POLONG
Yang ni pulak, usik orang dengan perut dia yang terburai tuh. Takpe, bawak anjing, biar anjing kejar. Anjing kan tak boleh nampak tulang, so tulang-tulang rangka si polong ni kan banyak. Padan muka dia kena kejar. Hahahaha!!

TOYOL
Yang ni suka mencuri, tapi takpe. Korang letak syiling 1 sen dalam guni. Nanti dia datang, curik syiling 1 sen tu. Dia kan bodoh, 1 sen pun dia ingat banyak. Pastu biar dia bawak balik kat tuan dia. hahaha!!

Apa-apa pun, ni sekadar untuk gelak2 je. Jangan buat betol2 pulak. hehe.. Tapi, ingat satu benda je, benda ni makhluk Allah jugak. Balik-balik, dia jugak lagi rendah dari kita. betol tak. Aku ni sebenarnya penakut bangat, tapi kalau boleh, aku taknka jumpa dengan makhluk ni. Ok la. Nanti, insyaallah, aku update blog ni lagi k. Vavai!!

Friday, December 5, 2008

Mai Belajaq Kalau Mau..


Assalamualaikum..

Posting kali ni pasal bahasa.. Actually aku tengah demam ni.. Sakit seluruh badan.. Tapi idea mencurah-curah mcam air paip. Kali ni nak ajak korang belajar bahasa yang aku cakap, yang aku guna kat rumah. Bahasa ni jugak lah yang orang-orang macam Taqi, Geni, Ema Suraya, Mira Sepet, Hamzani, Tengku Nashrul (Nash), Puan Noraini, Miss Mayu, Rita Rudaini, Fasha Sandha, Andy Flop Poppy, Tun Mahathir, Pak Lah Badawi, P. Ramlee, Tunku Abd Rahman, dan ramai lagi yang berasal dari utara gunakan sewaktu berada di rumah.. Terima kasih diucapkan kepada blog Ashikin Abdullah, tempat aku dapat sikit info.. Kat sini, ada sikit je sebenarnya bahasa utara yang aku letakkan, insyaallah, dalam posting seterusnya, akan ada lagi.

PERKATAAN : awat
MAKSUD : kenapa?
AYAT : Awat hang ni pelik satu macam ja…

PERKATAAN : mengai
MAKSUD : memancing
AYAT : Petang ni kalau dan jom kita pi mengai ikan kat bendang tok hang..

PERKATAAN : ayaq
MAKSUD : air
AYAT : mai kita minum ayaq ais.

PERKATAAN : cheq
MAKSUD : panggilan manja utk diri sendiri atau org lain
CONTOH DIALOG:
ATOK: awat cheq jadi buat macam ni? ?(Awat awak buat mcm ni?)
CUCU: cheq pun taktau.(saya pun taktau)
???

PERKATAAN : loghat -
MAKSUD : sibuk, penyibuk
AYAT : awat yang hang dok loghat sangat nih! buat la gheja hang sendiri..

PERKATAAN : keleboq -
MAKSUD : lumpur
AYAT : ghebau Pak Din jatuh dalam keleboq kat bendang pagi tadi…

PERKATAAN : meghela -?( sebutan: me ghe la )
MAKSUD : gatai,gedik2
AYAT : awat yang hang dok meghela sangat ni?

PERKATAAN : belengaih -
MAKSUD : melekat bergetah, comot
AYAT : Ish..badan aku rasa belengaih la..nak kena pi mandi plak ni.

PERKATAAN : herot petot
MAKSUD: senget, tak teratur
AYAT : apa hang lukis ni, herot petot ja…. ~lebih kurang mcm tu la

PERKATAAN: geghek (sebutan: ge ghek)
MAKSUD: basikal
AYAT: aku pi sekolah dulu naik geghek ja.

PERKATAAN: seneghih -( sebutan: se ne ghih)
MAKSUD: selisih
AYAT: hari tu Kin seneghih dengan Kak Mimi. Tapi dia buat derrrk ja.???

PERKATAAN: ndoi
MAKSUD: buaian
AYAT: Mira sedang asyik hayun ndoi anak sedara dia.

PERKATAAN: belemoih
MAKSUD: comot/kotor
AYAT: Adik pi kedai tatsat, beli ais. Dia makan sampai habis belemoih muka.

ni pulak yang aku dapat dari kedahonline..

PERKATAAN : ghonot
SEBUTAN : [gho.not]
MAKSUD : tundukkan badan ketika melalui dibawah sesuatu
AYAT : Hang kena hati-hati sikit ghonot bawah pokok tu, banyak dahan gheput.

PERKATAAN : ghupin
SEBUTAN : [ghu.pin]
MAKSUD : kulit kering dari luka
AYAT : Ghupin hang hari tu dah lega dah noo..

PERKATAAN :kecek
SEBUTAN : [ke.chek]
MAKSUD : pujuk
AYAT : Nak duit ? Nu, pi kecek pak hang...

PERKATAAN :selului
SEBUTAN : [se.lu.lui]
MAKSUD : kerap kali
AYAT : Selului sangat dah, aku bagi pinjam duit kat Non tuu...

PERKATAAN :meghelop
SEBUTAN : [me.ghe.lop]
MAKSUD : hampir malam
AYAT : Hampa ni main sampai tak tau nak beghenti, dah meghelop dah nih.. pi balik kaihh..

PERKATAAN :ghona-ghoni
SEBUTAN : [ gho.na]
MAKSUD : warna-warni
AYAT : Ambooii, cantiknya ghona-ghoni baju dia

PERKATAAN :ghayup
SEBUTAN : [gha.yup]
MAKSUD : lesap sekelip mata/ terlalu laju
AYAT : Ish, puak ni bawak mutu me ghayup nak mampuih.. kot!

PERKATAAN :ghosek
SEBUTAN : [gho.sek]
MAKSUD : selongkar
AYAT : Apa hang ni, dok ghosek laci meja aku ni..

PERKATAAN : nyulog
SEBUTAN : [nyu.log]
MAKSUD : jatuh tersembam/ dibelasah teruk
AYAT : Haa, ,baru dia ada akai, kena taboh sampai menyuloq.. kahag sangat!

PERKATAAN : bulog
SEBUTAN : [bu.log]
MAKSUD : lapar sangat
AYAT : Tak ke bulog aku nak makan masakan dia tu..

PERKATAAN : taboh
SEBUTAN : [ta.boh]
MAKSUD : pukul/ belasah
AYAT : Dengag kata hang kena taboh dek Mat Rosni semalam?

PERKATAAN : ghelah
SEBUTAN : [ghe.lah]
MAKSUD : terkoyak
AYAT : Alamak! Ghelah baju aku kalau Mat Habib pakai!?

PERKATAAN : ghunaih
SEBUTAN : [ghu.naih]
MAKSUD : cungkil/ kupil
AYAT : hai Jat! Hang dok ghunaih apa, tengok jaa dah laa..

PERKATAAN : geghek
SEBUTAN : [ge.ghek]
MAKSUD : basikal
AYAT : Setiap pagi Zainol kayuh gerek ke tempat gheja!

PERKATAAN : mod
SEBUTAN : [mot]
MAKSUD : bawak pembonceng/ penumpang
AYAT : Jat dok mod Nuri pi mana tuu...!? Sakan depa noo...

PERKATAAN : sakan
SEBUTAN : [sa.kan]
MAKSUD : hebat/ tak sangka
AYAT : Sakan jugak Jat ni.. dapat jugak dia si Nuri tu..!

PERKATAAN : sekeh
SEBUTAN : [se.keh]
MAKSUD : luku secara sipi
AYAT : Ish! Aku sekeh budak Sepol ni.. pat kali ajag tak gheti-gheti lagi.?!

PERKATAAN : seneghih
SEBUTAN : [se.ne.ghih]
MAKSUD : selisih
AYAT : Lah! Hang seneghih ngan aku kat K.L hari tu buat tak tau aja!

PERKATAAN : Meqhenin
MAKSUD : tegang/cekang- perut
AYAT : Chaq nampak meqhenin selepas dia makan nasik tambah yang dihidangkan kat rumah kenduri tadi

PERKATAAN : Cemuih -
MAKSUD : bosan-
AYAT : cik putih ngan vics dah cemuih nak dengaq pak chaq dok perayat(mencurah rasa) depa hari-hari

PERKATAAN : Menyoqhok -
MAKSUD : sarapan pagi-
AYAT : pagi tadi misai ngan mat bed dok usha nasik lemak bekalan aku tu sebab depa tak menyoqhok lagi

PERKATAAN : Menghenyeh -
MAKSUD :gatai menqhela-
AYAT : tak habih-habih chaq dok menqhenyeh kat cik putih tu

PERKATAAN : Ndoi -
MAKSUD : buaian-
AYAT : isteri chaq selalu marah kat dia pasai dia penyegan nak hayun ndoi anak dia

PERKATAAN : cheme -
MAKSUD : pree-
AYAT : ada team yang mendapat mata cheme pada satu pertandingan kelmarin

PERKATAAN : seneghih -
MAKSUD : berlaga sipi-sipi

PERKATAAN : beghetoh -
MAKSUD : berlaga,

PERKATAAN : pengkarq -
MAKSUD : jalan mengengkang sikit,
AYAT : "korie tu, tak padan ngan kaki pengkarq, ada hati nak main bola 7 sebelah"

PERKATAAN : mandom -
MAKSUD : lembab/slow,
AYAT : " awat yang mandom sangat ni... tak cukup tidoq kot semalam?"

PERKATAAN : pangkin -
MAKSUD : benda yang ada 4 kaki rendah sikit drp meja, selalunya diletakkan dibawah pokok sebagai tempat berehat atau megheloh"

PERKATAAN : cunggit -
AYAT : "misai, mai dok tengah sikit, satgi cunggit, hang tu dahlah badan macam gasi"

PERKATAAN : ayam piru -
MAKSUD : ayam belanda/turkey

PERKATAAN : pak/mak/anak menakan -
MAKSUD : pak/mak/anak saudara

PERKATAAN : ketorq -
MAKSUD : bekas isi bahan buangan yang selalunya diperbuat dari tin

PERKATAAN : Heliaq -
MAKSUD : sapu atau lap
AYAT: lepas makan jangan dok heliaq kat baju.

PERKATAAN : Kelepiaq -
MAKSUD : elakkan diri dari buat kerja.
AYAT : hang jangan dok kelepiaq kalau aku suruh pi kedai.

PERKATAAN : Melingkaq -
MAKSUD : maksud dia aku tak pasti tapi ayat dia...
AYAT : tuu dia tengok misai tidok melingkaq macam ulaq sawa.

PERKATAAN : Baloq liat -
MAKSUD : malas
AYAT : heee tengok budak misai tu,dah la tidoq melingkaq,baloq liat lak tu.

PERKATAAN : Ceghin - tegak

PERKATAAN : Kughuih Kelepiang -
MAKSUD : teramat kurus.
AYAT : korie tu dah la kughuih kelepiang ,rambut pulak ceghin macam bulu landak.

PERKATAAN : kawaq - pencuri

PERKATAAN : melewaq- merayau/melilau

PERKATAAN : teqhebe - lastik cth : kepala pengadil habih bdarah krn di teghebe oleh peyokong kedah yg tak puas ati...

PERKATAAN : cemerkap - tak cermat

PERKATAAN : megheben - mengarut

PERKATAAN : celuih - muat,padan


PERKATAAN : Hinggut -
MAKSUD : goyang
AYAT : "oleh kerana zickeys gayat kalau dok kat tempat tinggi.... maka dia pun hinggut pokok nyoq tersebut dengan harapan buah nyoq muda lughuh..."

PERKATAAN : meghenyut -
AYAT : (Korie tu tak padan ngan anak meghenyut dah, dok menghela lagi)

PERKATAAN : bincut -
MAKSUD : binjul
AYAT : "tu dia la... kan aku suruh tunduk, tak pasai-pasai kepala hang bincut dah teghantuk dengan alang tu"

PERKATAAN : pancat - pancit

PERKATAAN : segagan - sebaya

PERKATAAN : beghemba -
MAKSUD : bersaing-saing...
AYAT : "Kalau kayuh geghek tu jangan dok beghemba, nanti gheta belah kot belakang" mak aku pesan kat aku sambil menghulurkan bekal nasik lauk teloq goreng mata khebau berkuah toyu sebelum aku kesekolah pada pagi kelmaghin....

PERKATAAN : met ngot -
MAKSUD : lembab selembab-lembabnya....
AYAT : Awat la yang met ngot sangat ni..... depa dah tak sabaq dah nak ambik gambaq tuu....

PERKATAAN : Toyu - kicap

PERKATAAN : segan - malu

PERKATAAN : beranda - serambi

PERKATAAN : mengoit -
MAKSUD : bergerak
AYAT : jangan dok mengoit.... satgi gambaq tak elok... kata ustad kat matbed...

PERKATAAN : kucai - kacau (orang dulu-dulu sebut kucai)

PERKATAAN : melugai - meloya

PERKATAAN : raba = pemadam

PERKATAAN : tui motor = race motor

PERKATAAN : segan = malaih, tak mau (ini selalu mengkompiuskan orang KL)

PERKATAAN : gurmit/germit = pengasah pensil, sharpenner

PERKATAAN : tepeqheluih - kaki mat bed tepeqheluih dalam lubang...

PERKATAAN : tegelinchaq - kaki bangku tegelinchaq kat bukit hijau...(bukan caarq no)

PERKATAAN : telepaih -
MAKSUD : tertinggal -
AYAT : atan telepaih bas nak balik aloq setaq...

PERKATAAN : pot - tin...

PERKATAAN :peqhak - peqhak buih laa hang niii...

PERKATAAN :teqhandaih - terhantuk...

PERKATAAN : seqhoi - nasi yg whit3 masak seqhoi ...

PERKATAAN : seghoh = kuruih + gelap

PERKATAAN : kelam = gelap

PERKATAAN : tirih = bocoq

PERKATAAN : plantaq = tempat duduk kat belakang gerek

PERKATAAN : serondoi = [serbu, tapi guna kepala macam lembu yang kejar kain merah kat negara orang putih tuh]

PERKATAAN : lau ayam = reban ayam

PERKATAAN :cekendon = lembut lutut

PERKATAAN : ketayap = kepiah

PERKATAAN : ban = batas tepi sungai

PERKATAAN : aih ketoi = ais batu

PERKATAAN : ghelai = hancur


PERKATAAN : mengkait petei = jolok petai

PERKATAAN : surat abeik = surat khabar

PERKATAAN : hang nak mulih no = hang nak mampuih ka



PERKATAAN : punggah = macam musnah la kot

PERKATAAN : chempera = terhegeh hegeh

PERKATAAN : juah = belagak

PERKATAAN : merak buih = suka menunjuk

PERKATAAN : jora = macam belagak gak la (juara la)

PERKATAAN : siru = penin

PERKATAAN : punggai/tongkoi -
MAKSUD : baling,membaling
AYAT : mat bed kena punggai dengan kayu..padan muka dia.

PERKATAAN : lengai -
MAKSUD : mat ngot,lembab
AYAT : atoi ni lengai la.suruh buat gheja apa pun tak buleh...

PERKATAAN : pengkaq -
MAKSUD : kaki kenkang
AYAT : kaki mat din pengkaq sebab mak dia tak bedong masa kecik-kecik dulu.

PERKATAAN : bedengkoi -....
AYAT : urat perut pak leh "bedengkoi" sebab dia mengeliat.

PERKATAAN : ghelin-menjeling
AYAT : awek tu gheja dok ghelin kat aku je...minat kot?
Rolling Eyes

Insyaallah, nanti kalau ada masa aku masukkan posting baru k.. Doakan aku cepat sembuh.. Vavai! :)

Monday, December 1, 2008

Ujian Kedua


Assalamualaikum..

Kali ni nak cerita pulak pasal next ujian aku, iaitu Main Audition semalam yang diadakan di The Garden Hotel, KL. Hurm, untuk yang kali ni memang aku lagi nervous la sebab persaingan sangat sengit, lebih sengit dari yang sebelum ni. Aku paling-paling risaukan ialah peserta-peserta dari Sabah dan Sarawak. Macam yang kita tau lah, memang peserta Borneo mempunyai suara-suara yang sangat melets! Hurm. Memang tak expect tinggi-tinggi pun sebab dah sampai kat sini pun dah seronok sangat.

Aku gerak dari rumah (dari Sg Buloh) pukul 8 pagi camtu. Then, tunggu train dah ada so alhamdulillah lah. Tak payah nak tunggu-tunggu. Sampai kat stesen Mid Valley lebih kurang pukul 8.35 am. Then, terus cari toilet kat dalam Mid sebab dah tak tahan sangat. Bukan sebab berair, tapu sebab nak terkencing giler. Tapi malangnya semua toilet kunci lagi sebab awal sangat kot. Then, aku tahan je hajat aku tu and terus gerak ke The Garden. Dalam bangunan besar tu pun toilet tak bukak lagi. Takpe. Sabar Syafil. Hehe.. Selepas itu, aku masuk dalam The Garden Hotel (kat dalam bangunan tu gak) dan terus mintak kad pengunjung kat kaunter receptionist (kalau takde kad tu, kena bayar RM 5 untuk masuk toilet) and terus masuk ke tandas dan lepaskan hajat aku. Haha!

Then, aku masuk balik kat lobi hotel. Dah ramai dah ada. Lepak kejap kat sofa sambil dengar lagu and borak-borak dengan peserta-peserta dari Sarawak, then orang 8TV suruh kitorang gerak naik ke level 28. So, aku terus naik ke level 28. kat sana jumpa la kawan-kawan waktu audition kat Penang, macam Tom, Afiq, Idham, Awi and ramai lagi.
Tapi memang best. Hurm. Lama menunggu, at last diorang panggil kami masuk ke dalam bilik menunggu. Dalam bilik tu memang havoc lah. Ada yang practice menyanyi, ada yang main gitar dan ada jugak yang ambik gambar macam aku.

Aku punya audition start pukul 5 kalau tak silap. group aku, 10 orang semua, group ke tiga yang kena masuk jumpa judges. Dua group sebelum tu yang kitorang dengar cuma 3 or 4 orang je yang lepas. Semua dah nervous giler. Aku dah pancit dan sebab lapar, demam sume ada. Then, dah selepas sorang demi sorang, sampai la turn aku. Memang nervous giler, tapi muka still kena plastik depan kamera. Senyum ala-ala cool. Kihkih.. Then masuk je dalam bilik judges aku tengok je muka Shafinaz sebab kalau aku tengok muka Paul, aku akan lagi nervous. Hehe. Aku nyanyi lagu Kerispatih, Untuk Pertama Kali. Then, judges suruh nyanyi lagu lain, aku pun hentam la lagu Sempurna, Faizal Tahir. Terkucil sikit tapi stil under control. Hehe.. Then, Shafinaz tanya apa yang unik pasal aku. Pastu dia tanya selalunya lagu macam mana yang aku selalu nyanyi. Aku pun bagitau la yang aku lagi more to ballad sebab sesuai dengan aku. And aku suka nyanyi lagu Anuar Zain. Then, judges suruh aku nyanyi lagu Anuar Zain tapi taknak sama macam Anuar Zain. Fuh, dah habis je, diorang komen. Diorang cakap aku punya high note tak berapa okay tapi still boleh diperbaiki. Shafinaz cakap aku punya middle note sangat beautiful. Hehe.. Thanks Shafinaz. Then, diorang cakap aku ada potensi so alhamdulillah, aku dapat pergi next round, Central Elimination.

Fuh, aku keluar je dari bilik tu, terus jerit kat kamera and diorang panggil untuk interview and ada photoshoot session sikit.

Hurm, aku pegi celebrate kat McD Mid sorang-sorang. Sebab aku pergi sorang-sorang. Hari ni aku dah kat umah, kat Perlis dan aku tengah demam serta sakit tekak. Hehe... Okla, nanti aku update lagi cerita baru ye.. Bubye..

Thursday, November 27, 2008

Selamat Hari Jadi!

Happy birthday to me,
Happy birthday to me,
Happy birthday to Syafil,
Happy birthday to me!

Antara rangkap lagu yang paling mudah diingati oleh semua penghuni planet Bumi. Yang bestnya, lagu ni pulak ada banyak version. Ada, Bahasa Melayu, Mandarin, Tamil, Urdu, macam-macam lagi. Yang penting, lagu ini membawa maksud yang sama, untuk memberi ucapan, harapan, menghiburkan, dan meraikan seseorang yang diraikan hari jadinya.

Hari ini 27 November 2008, umur aku dah menjangkau tepat-tepat 20 tahun. Maknanya, dah 20 tahun aku wujud kat atas muka bumi ni. Start pukul 12 semalam, melambak-lambak mesej masuk dalam inbox handphone aku. Ada yang ari best friend, ada dari orang yang aku sayang, ada dari orang yang aku pernah sayang, dan ada jugak dari musuh-musuh. hehe.. Ada yang sempat balas, and ada yang tak sempat balas.

Dah 20 tahun, maknanya, kepala otak pun, kenalah macam 20 tahun jugak. Tak boleh la macam 2 tahun lagi. Sebelum ni, aku paling takut nak masuk umur 20 tahun yang ada perkataan ‘puluh’, dan menggantikan perkataan ‘belas’. Hurm, tapi apa aku boleh buat. Masa bergerak, bergerak, dan terus bergerak.

Tahun ni, aku nak jadikan diri aku lebih baik dari sebelum ni. Kalau boleh, nak memperbaiki diri aku dari segi luaran dan dalaman, insyaallah. Sepanjang 20 tahun ni, macam-macam dah aku lalui. Ada yang seronok, dan ada yang menyedihkan. Tapi semua tu dah lepas, dan aku perlu terus pandang ke hadapan. Sesekali kena juga toleh kembali ke masa silam untuk pastikan dan tengok balik apa yang dah aku buat, tapi, jalan depan jangan lupa. Silap jalan, boleh accident. Hehe..

Semalam, aku rasa macam dah tua sangat. Semua kawan-kawan SMS cakap aku dah tua. Hehe.. Tapi pada masa yang sama, aku happy jugak, sebab ada jugak kawan-kawan yang ingat tarikh birthday aku. Rasa dihargai jugak.

Kat rumah, abah ada beli kek. Sedap jugak. Kek favourite aku, kek coklat. Semalam birthday Mardhiah. Esok birthday Kimi. Aku ingat birthday diorang sebab tak jauh dengan birthday aku. So mudah untuk aku ingat.

Apa hadiah birthday yang korang impi-impikan sangat-sangat? Mesti korang pun ada hadiah birthday impian kan? Sama dengan aku, aku pun ada hadiah birthday impian jugak. Aku nak sangat dapat satu benda yang luar biasa, yang orang lain tak pernah dapat untuk hadiah hari jadi. Aku nak sesuatu yang pelik, bernilai walaupun tak mahal, boleh diingati, boleh sentiasa dilihat dan dihargai, dan dapat ingatkan aku kepada si pemberi. Memang berat. Sangat berat impian tu. Tapi siapa la yang tak ada kerja sangat nak bagi hadiah birthday kat aku yang merepek-merepek macam tu. Hehe.

Takpe, yang penting, sekarang umur aku dan menjangkau 20 tahun, dan aku kena terima serta bersedia untuk bersemuka dengan pelbagai ujian dan cubaan dariNya. Kata orang, semakin meningkat usia, semakin tinggi tanggungjawab. So, sama-sama la kita tengok nanti. Di kesempatan ini, aku nak wish Happy Birthday kepada aku sendiri yang ke 20. Semoga aku panjang umur, dan dapat hidup dengan tenang dan aman.

Wednesday, November 26, 2008

Dunia Yang Hilang di Tambun


Assalamualaikum..

Hari Isnin hari tu, aku dengan family pergi makan angin kat Tambun. Pegi The Lost World of Tambun kat Perak. Best gak. Walaupun perjalanan yang agak panjang (sebab melepasi Terowong Menora), tapi best gak sebab kitorang pergi reramai. Memang best bangat lah kiranya.

Kitorang gerak dari rumah pukul 7.30 cam tu, and sepanjang perjalanan, ada tempat cerah, ada temapt panas, ada tempat hujan. Tapi tak kisah la, bukan aku drive pun. Hehe. Kami naik van and memang best la.

Waktu stop makan kat RnR Bukit Merah, kami makan2 puas2. Nampak bus Jom Heboh lalu and ada la artis2 kat dalam tu macam Sazzy Falak dan ramai lagi.

Actually, aku ada gambar nak upload tapi connection macam kimaks! So, terpaksa batalkan niat nak upload gambar. Next time aku update blog ni, aku upload sekali la gambar2 tuh.

Sekarang, nak prepare untuk hari Ahad ni. Aku pun tak tahu nak nyanyi lagu apa untuk jumpa Paul Moss dengan Shafinaz nanti. Sesiapa yang ada lagu-lagu and idea-idea, ringan2kan la tangan taip idea korang kat sini ye. Hehehe.

Okla.. Hari ni birthday Mardhiah.. Happy Birthday Mar! Esok birthday aku.. And lusa birthday Kimi. So, nanti aku update blog ni, pasal birthday plak k. bubye.

Sunday, November 23, 2008

Satu Dalam Sejuta

Assalamualaikum.
Semalam antara hari yang memenatkan bagi aku. Tapi sangat berbaloi. Sepanjang lebih 12 jam aku berada di Sunway hotel, memang tak tahan. Pedih hidung dengan aircond. Pastu lapar macam nak mati. Tapi takpe. Janji dapat ape yang aku nak. Hehe.
Aku pergi ke Penang dengan adik aku (Syafina) and cousin kitorang (Along Balqis). Gerak dari rumah pukul 5.30 am. Awal nak mampos lah kiranya. Kereta lain pun tak banyak kat atas jalan so automatically jalan tu jadi jalan bapak aku lah kan.
Tapi memang best. Kami bawak nasi goreng, kot-kot lapar kat tengah jalan. Berhenti sekali dua, tapi tak ingat nama hentian tu.
Sambil-sambil tu practice melalak atas keta. Tak ngantuk sangat. Sampai Butterworth, kami naik jambatan. Kalau naik feri, mampus sayup (lewat). Sampai island saja dah pukul 8 lebih.
Pastu terus cari Sunway Hotel. Mujur la sedia-sedia (selalu) gak pi Penang, so tak la kelam kabut sangat. Sat saja jumpa dah Sunway Hotel. Masalah dia la ni pulak, nak cari parking. Sebab banyak parking-parking kat sebelah island ni, cina-cina tua ambik wat bukak gerai. Nak park sat boleh la. Tu pun kena katok (kena bayar secara terpaksa) sampai RM8.00.. Hantu betul Ane yang jaga parking itu.
Aku masuk dalam hotel, terus masuk kat tempat menunggu untuk peserta. Tengok-tengok ada seseorang yang macam aku pernah nampak. Rupanya junior Masscomm Part 1, Raz. Dia mai (datang) dengan member dengan kakak dia. Kakak dia segak (lawa) dan macam pernah nampak gak. Aku perasan, kakak dia pernah berlakon kot, tapi segan pulak nak tanya. Hehe..
2 jam kendian (kemudian), baru depa start registration. Berebut-rebut semua. Aku pun dapat nombor giliran, 7038. Maksudnya orang ke 38 untuk hari tu la. Dah tunggu pulak untuk beberapa jam, sampai la turn aku nyanyi. Aku satu group dengan Raz gak. So, melalak punya melalak, habis. Semua keluar. Untuk group kami, diumumkan hanya beberapa orang (7 or 8, tak ingat) dapat peluang kedua.
Dah tu, menunggu la aku untuk peluang ke 2. Tertidur-tidur dah aku, sebab mengantuk sangat. Bayangkan malam sebelum tu, lepak-lepak dengan member balik rumah pun dah dekat pukul 1. Practice sampai 2.30 baru tidur. pukul 4.30 dah bangun balik, bersiap-siap.
Tapi dah lepas masuk second chance punya, menyanyi la aku dan yang seiring sejalan dengan aku. Dah habis 2nd Chance, judges still tak boleh nak decide, so aku dapat ke 3rd Chance. Tu pun, still tak boleh decide lagi, dan 10 orang, diberi 4th chance. Yang paling tak boleh dilupakan, untuk 4th Chance, kami kena nyanyi lagu yang tak disangka-sangka, lagu Happy Birthday! Tapi yang bestnya, dapat nyanyi dengan gaya sendiri. Dan akhirnya, alhamdulillah, surat yang aku letak kat atas tadi, aku dapat pegang gak akhirnya.. So, on 30th nanti, aku kena pergi KL pulak untuk peringkat seterusnya.. Hurm, sekarang ni, macam berbelah bahagi pulak. ntah la macam mana.. Ok la.. setakat ni dulu ye.. Bubye.. :)

Friday, November 21, 2008

Lepak di Kopitiam

Hello. Sekarang, aku dengan kawan-kawan sedang leapk-lepak kat kopitiam tak jauh dari umah. Puas gak la kat sini sebab boleh online sambil minum-minum. Sedihnya, aku tak boleh minum sejuk. Kena la minum kopi panas je. Hadoi, mentang-mentang la aku tak sihat. Tapi yang bestnya, bukan aku sorang je yang tak sihat kat sini, sorang lagi member aku demam dengan selesema gak. Siap kena pakai shall lak. Hahaha. Cian dia. Leen, ku doakan kamu sihat sentiasa lepas ni.

Tapi takpe, sebab kami memang happy walaupun tak berapa sihat. Boleh melahar orang sambil oinline kat sini. tengok je orang lalu depan meja kitorang pakai pelik-pelik sikit, siaplah orang tuh. Haha.

Tadi baca blog bestfren aku, Faiz. Pasal mimpi dia semalam. Memang seram la kalau UiTM Melaka kena tanah runtuh (mintak simpang malaikat 44), dah la kita kat atas bukit. Antara tempat paling tinggi kat Melaka, kita la tuh.

So, if jadi benda tu, memang la..

Haa.. Dah nampak satu benda. Sorang mamat depan meja kitorang garu dia punya TETTTT!! Sungguh tidak senonoh mamat itu! Sangat menggelikan. Tersembut kopi panas aku. Hahaha..

Kitorang dah dekat 2 jam dah kat sini, tapi tak reti-reti nak blah lagi. Orang lain yang datang selepas kami pun dah balik dah. Biasa la, sekali sekala lepak dengan member-member, memang macam ni la.

Gambar Ais Kachang..


Kalau kat Malaysia sekarang, ais kachang lebih dikenali dari ais kepal.. Aku memang hantu ais kachang. Tak kira kat mana-mana pun, mesti aku nak kena cari gak tempat yang ada ais kachang. Kalau kat Melaka, tempat favourite aku, kat tepi Sungai Melaka. Gerai mamak yang jual ais kachang tu memang sedap. Huk-huk..

Blog Ais Kepalku

Assalamualaikum dan hello kepada semua yang sudi melawat blog ni. Sesiap di sini tahu maksud ais kepal? Pernah tengok tak ais kepal tu amenda? Tahu tak apa itu ais kepal? Ha.. Ais kepal ialah benda yang sejuk, diperbuat daripada ais, dan ada air gula kat atas dia. Ala-ala ais kacang, atau ABC la cuma dia di kepal dan bukan diletakkan di dalam mangkuk.

Macam tu la dengan blog ni. Sejuk-sejuk je.. Tak panas sangat.

Senang-senang, lawat la blog ni.