Monday, December 1, 2008
Ujian Kedua
Assalamualaikum..
Kali ni nak cerita pulak pasal next ujian aku, iaitu Main Audition semalam yang diadakan di The Garden Hotel, KL. Hurm, untuk yang kali ni memang aku lagi nervous la sebab persaingan sangat sengit, lebih sengit dari yang sebelum ni. Aku paling-paling risaukan ialah peserta-peserta dari Sabah dan Sarawak. Macam yang kita tau lah, memang peserta Borneo mempunyai suara-suara yang sangat melets! Hurm. Memang tak expect tinggi-tinggi pun sebab dah sampai kat sini pun dah seronok sangat.
Aku gerak dari rumah (dari Sg Buloh) pukul 8 pagi camtu. Then, tunggu train dah ada so alhamdulillah lah. Tak payah nak tunggu-tunggu. Sampai kat stesen Mid Valley lebih kurang pukul 8.35 am. Then, terus cari toilet kat dalam Mid sebab dah tak tahan sangat. Bukan sebab berair, tapu sebab nak terkencing giler. Tapi malangnya semua toilet kunci lagi sebab awal sangat kot. Then, aku tahan je hajat aku tu and terus gerak ke The Garden. Dalam bangunan besar tu pun toilet tak bukak lagi. Takpe. Sabar Syafil. Hehe.. Selepas itu, aku masuk dalam The Garden Hotel (kat dalam bangunan tu gak) dan terus mintak kad pengunjung kat kaunter receptionist (kalau takde kad tu, kena bayar RM 5 untuk masuk toilet) and terus masuk ke tandas dan lepaskan hajat aku. Haha!
Then, aku masuk balik kat lobi hotel. Dah ramai dah ada. Lepak kejap kat sofa sambil dengar lagu and borak-borak dengan peserta-peserta dari Sarawak, then orang 8TV suruh kitorang gerak naik ke level 28. So, aku terus naik ke level 28. kat sana jumpa la kawan-kawan waktu audition kat Penang, macam Tom, Afiq, Idham, Awi and ramai lagi.
Tapi memang best. Hurm. Lama menunggu, at last diorang panggil kami masuk ke dalam bilik menunggu. Dalam bilik tu memang havoc lah. Ada yang practice menyanyi, ada yang main gitar dan ada jugak yang ambik gambar macam aku.
Aku punya audition start pukul 5 kalau tak silap. group aku, 10 orang semua, group ke tiga yang kena masuk jumpa judges. Dua group sebelum tu yang kitorang dengar cuma 3 or 4 orang je yang lepas. Semua dah nervous giler. Aku dah pancit dan sebab lapar, demam sume ada. Then, dah selepas sorang demi sorang, sampai la turn aku. Memang nervous giler, tapi muka still kena plastik depan kamera. Senyum ala-ala cool. Kihkih.. Then masuk je dalam bilik judges aku tengok je muka Shafinaz sebab kalau aku tengok muka Paul, aku akan lagi nervous. Hehe. Aku nyanyi lagu Kerispatih, Untuk Pertama Kali. Then, judges suruh nyanyi lagu lain, aku pun hentam la lagu Sempurna, Faizal Tahir. Terkucil sikit tapi stil under control. Hehe.. Then, Shafinaz tanya apa yang unik pasal aku. Pastu dia tanya selalunya lagu macam mana yang aku selalu nyanyi. Aku pun bagitau la yang aku lagi more to ballad sebab sesuai dengan aku. And aku suka nyanyi lagu Anuar Zain. Then, judges suruh aku nyanyi lagu Anuar Zain tapi taknak sama macam Anuar Zain. Fuh, dah habis je, diorang komen. Diorang cakap aku punya high note tak berapa okay tapi still boleh diperbaiki. Shafinaz cakap aku punya middle note sangat beautiful. Hehe.. Thanks Shafinaz. Then, diorang cakap aku ada potensi so alhamdulillah, aku dapat pergi next round, Central Elimination.
Fuh, aku keluar je dari bilik tu, terus jerit kat kamera and diorang panggil untuk interview and ada photoshoot session sikit.
Hurm, aku pegi celebrate kat McD Mid sorang-sorang. Sebab aku pergi sorang-sorang. Hari ni aku dah kat umah, kat Perlis dan aku tengah demam serta sakit tekak. Hehe... Okla, nanti aku update lagi cerita baru ye.. Bubye..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
8am, tapi audition pukul 5 petang?? dan u havent eat? gila laaaaaa
omg. i hope u can go until to the final! go syafil go syafil!
tq aliya.. makan kat umah sikit before pegi tapi dah buang kat toilet RM5 tuh.. huk2! hehe.. then, lunch makan donut je sebab diorang bagi masa 20minutes jer.. sedih..
lorh.. apesal xsms kata nak trun kl..
aku leh teman (churr) kot..
nak stay umah pon xpe..
xpe next time ko trun bgtau.. aku bwk rombongan gi support ko!
bangganye bff aku glemer.. haha
jgn pechlubs dah! hahaha
wow,abang artist....
haih...
tu la...
sebelum interview taknak minta nasihat aku yg dah berjaya nih...
hah,lain kali minta dulu nasihat..
pasnih banyak2 lontarkan vokal dkt siling umah...
banyakan minum air suam bersuhu 35 darjah celcius...
hahaha
tahniah2....
pasnih kita duet dkt las vegas...
apa aku merepek ni
go go go
si sathear bertitah:
go 'ABG'!!
pasal lagu n outfit, xyah riso. kitorang dh pilih sampai minggu ke10 dah.
neh ngah jait baju minggu ke-5 neh.
nak labuci wan pe?
ahax!
huhu
congrats!! mmg hebat! malang raz x dpt!
-zamir kwn raz
tq kwn2 dan hadek2 ku.. hehe.. tkpe, insyaallah nanti if aku turun lagi, aku gtau. ari tu nak gitau tapi aku pun tak sempat. huk2.. kepada saGHENI a.k.a RIGENI, tq for the advice.. gatu la macamana nak dapat kulit 'tan' macam hang.. huhu.. kepada Sathe, tq for all the jahitans.. hehe.. labuci tak bnyak sangat pun takpe, ganti dengan labu air.. hehe.. love berair.. hehe..
hey good luck!
kalau ko dpt masuk oiam, aku akan vote utk program realiti tv buat prtama kalinya.
yeah. org arau masuk oim. cayalah~~
moga sampai dlm one million tau.
www.ashikinabdullah.com
Post a Comment