Saturday, December 20, 2008

Sagittarius = Suka Kebebasan

22 November – 21 Disember

Assalamualaikum. Esok tamatlah hari untuk Sagittarius, so ni ada la sedikit info pasal Sagittarius. Tapi tak tau la betul ke tak, cuma baca je la ye. Hehe..

  • Lelaki yang suka akan kehidupan social serta mengambil tahu tentang apa juga perkembangan dan produk terkini dalam pasaran.

  • Ada juga yang suka akan kehidupan privacy, namun mereka tetap sentiasa mengetahui apa yang terkini di pasaran mendahului rakan yang lain. Rutin menjadikannya cepat bosan. Orang yang akan berterus terang dalam apa jua perkara.

  • Walaupun bersikap lantang bersuara, namun suka menolong orang lain serta tidak mengharapkan sebarang balasan.
  • Bila marah akan menakutkan, namun cepat reda serta dilupakan.

  • Suka akan pujian dan penghargaan. Ianya mudah untuk anda memanipulasi warga Saggi. Namun sekali mereka tahu anda tidak ikhlas, maka anda dianggap tidak bermakna dalam kehidupannya.

  • Ada sesetengah warga Saggi dianugerahkan bakat semulajadi sebagai pemuzik atau penyanyi. Jiwanya sentiasa gembira, kelakar, dan mempunyai banyak lawak jenaka untuk dikongsi bersama teman-teman.

  • Suka akan kebebasan dan kehidupan yang bertenaga.

  • Kerja bagi Saggi akan dilakukan bersungguh-sungguh.

  • Suka melancong dan melihat tempat-tempat baru.

  • Lelaki Saggi suka kehidupan yang bebas umpama seekor burung. Baginya setiap hari adalah hari Ahad.

  • Sukar baginya dalam mood yang tidak baik, tetapi elok jika lelaki Saggi berada dalam keadaan begitu elok biarkannya seorang diri.

  • Jika wanita jatuh cinta dengan Saggi, dan mereka hilangkan diri untuk beberapa hari, maka tidak perlu dirisaukan kerana mereka akan kembali.

  • Agak takut dengan wanita cantik. Namun bercinta dengan ramai wanita merupakan perkara yang normal bagi mereka.

  • Dia tidak suka akan kewajipan dan perkahwinan akan merimaskan mereka.

  • Jika anda baginya kebebasan, maka dia tidak akan lari daripada anda.

  • Mudah jatuh cinta namun tidak dapat dijangkakan berapa lama mampu bertahan.

  • Jika wanita di luar sana mendambakan lelaki Saggi, maka anda perlu lakukan seumpama berlakon di dalam filem aksi dan cabaran.

  • Wanita perlu sentiasa happening, buat kelakar dan sentiasa comel dalam memastikan hubungan sentiasa mekar.

3 comments:

hans said...

tipu jer fakta2 nih

Ais Kepal said...

diam la geni.. haha..

hans said...

Agak takut dengan wanita cantik. Namun bercinta dengan ramai wanita merupakan perkara yang normal bagi mereka.

TIPUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU..HAHAHAHAHAHHAHA