Fuh. At last habis jugak segala cubaan. Hehe.. Aku cuma berjaya setakat Top 40 je untuk One in a Million. Tapi alhamdulillah. Sampai tahap ni pun dah bersyukur sangat-sangat sebab ni first time aku try untuk OIAM. Memang kenangan kat sana paling tak boleh dilupakan. Dapat kawan-kawan yang sekepala. Walaupun cuma empat hari kat sana (Peninsula Residence All Suite Hotel, Damansara), aku memang rapat dengan peserta-peserta lain. Waktu nak tinggalkan OIAM, memang sebak jugak la. Tapi may be takde rezeki kot, so takpe la. Next year boleh try lagi. Hehe..
Aku kat sana selama lebih kurang empat hari dan dalam empat hari tu memang agak padat la jadual. Memang bukan setaat menguji mental, fizikal pun diuji. Fuh..
Hari Pertama - 13 Disember 2008 (Sabtu)
Aku gerak dari rumah lebih kurang pukul 10.30 pagi and naik komuter sampai KL Sentral. Sampai kat KL Sentral, aku ambik teksi dan terus pergi ke hotel tu. Lebih kurang 11.30 pagi, aku sampai kat hotel. Peserta lain tak ramai lagi. Time tu, aku may be orang kedua or ketiga sampai. Then, aku dengan peserta yang dah ada kat sana lepak kat tempat kitorang kena berkumpul, kalau tak silap kat Cameo Cafe. Kat sana, crew-crew 8TV dah ramai dah.
Then, lebih kurang pukul 12.00 tengahari, kami mula registration. Lepas tu, kami dibenarkan pergi berehat untuk makan tengahari. Aku time tu dengan member aku Rex dan Hakim. Rex ni budak Penang. Umur sebaya dengan aku. Hakim pulak budak JB, baru habis form 5. Kitorang pergi lunch kat Wisma Damansara, kat seberang jalan je. Makan kat Ali Maju, kat bangunan tu la. Agak sedap la sebab tengah kebulur. Kalau bagi ketas kosong pun, boleh makan kot. Haha.
Lebih kurang 1.30 petang, kami gerak balik ke hotel. Time tu jumpa sorang lagi member aku yang audition kat Penang, abang Syafiq. Pukul 2 petang, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk sesi ice-breaking. Aku punya group dengan Siti Elizad. Ingatkan sombong sebab artis la katakan tapi rupanya okay la. Cuma dia pendiam sikit. Setiap group kena hantar wakil untuk ambik 1 sampul yang akan ada tugasan kita. Group aku dapat tugasan "wild animal" dan kitorang kena buat sketsa ala-ala binatang buas la. Hehe.. Memang best la.
Dah habis semua tu lebih kurang pukul 5 petang, kami diberi kunci bilik masing-masing. Aku punya bilik no 917. Satu bilik dengan abang Syafiq, Awiera Rock, dan jugak Shafiq Flava. Abang syafiq dengan Awie memang kami 3 dah rapat dari Penang lagi. Si Shafiq sorang lagi ni diam sikit. Hehe. Nice room. Ada dua katil queen size, ada toilet dan bilik mandi luas dengan jakuzi, and ada dapur. Memang ok la.. Kami diberi rehat sampai 7.45 maam. Aku lepak kat bilik je tengok Shin Chan. Lebih kurang pukul 7 malam, Faiz call ajak kuar kejap. Aku pun kuar kejap dengan Faiz, 8 a.k.a. Far, dan jugak Tomoi. Kami pusing-pusing area tu je sebab 7.30 aku kena naik balik, nak siap-siap. dah balik kat bilik, aku siap-siap nak pergi dinner pulak. Kitorang wajib turun for the dinner sebab ada briefing dari executive producer OIAM. Makan malam tu memang megha sangat-sangat la. Hehe..
Lebih kurang pukul 10 lebih camtu, kami naik bilik masing-masing balik.
Kami tak tidur lagi sebab semua prepare untuk lagu esok. Aku tak tau nak nyanyi lagu apa lagi. So, aku decide, kalau lagu apa yang terlintas kat kepala ho, memang terus tangkap and lalak la. Haha. Malam tu, Rex lepak bilik aku. Dia sepatutnya bilik dengan Tomok tapi dia kata tak selesa sebab Tomok smoke. Macam-macam. Hehe. Then, lebih kurang pukul 12 tgh malam, kami dah mula lapar balik. Hadoi. Then, kitorang siap turun nak pegi cari makan tapi kawasan tu takde tempat makan. 7E pun takde. Sedihnya. Then, kitorang naik and aku bagitau budak-budak lain yang tadi nampak Tomok bawak stok makanan yang banyak. So, kami serbu bilik Tomok. Haha. Puas hati la. Dia pun okay. Tak belagak. Kalau belagak, siap dengan aku. Aku call cik Normah Berita Harian. Hahaha!Dah habis melantak, kami pun pulang la kebilik dan si Rex nak ikut balik. So malam tu, kami tidur 3 orang satu katil. Aku, Rex, dengan Abang Syafiq.
Hari Kedua - 14 Disember 2008 (Ahad)
Pagi ni kami semua kena bangun awal sebab pukul 7 pagi dah kena ada kat lobi hotel. Budak-budak bilik aku la yang paling lewat. Haha! Bas kena tunggu kitorang. Kitorang naik bas yang disediakan ke studio rakaman Capital Studio kat Damansara jugak, lebih kurang 15 minit dari hotel. Fuh memang mengantuk la sebab kena bangun awal. Sampai sana, kami diberi sarapan. Nasi lemak. Aku tak makan banyak sangat sebab. Erm.. Tak sedap! Haha.
Kami still tak tau apa yang akan kami buat untuk hari ni so setiap orang macam blur. Yang penting terus berlatih melalak. Lebih kurang pukul 10 or 11 camtu, kami semua diminta berkumpul untuk taklimat dan shooting dengan Awal dan Marion. Semua nervous. Then, lepas Awal dengan Marion pot pet apa entah, dia tarik sorang peserta, Joni. Joni peserta pertama yang akan melalak untuk hari tu. Then, kami boleh rilex balik lepas diorang bagitau yang hari ni punya test, Blind Test!
Untuk Blind Test ni, kami akan menyanyi kat belakang tabir. So, judges tak nampak kitorang, and kitorang tak nampak judges. Memang orang cakap tak nervous, tapi bagi aku nervous macam ada 10 judges tengah tengok.. Fuh..
Untuk stage ni, 20 orang akan ditolak dari 80 orang. Semua orang macam risau la, termasuk aku. Tapi kalau nak terkeluar pun, nak wat camne. Takde rezeki. Untuk test ni, kami diberi kumpulan jugak. Satu kumpulan, 10 orang. Artis yang satu group dengan aku Pija dengan Naufara. Diorang okay la. Sporting.
Lebih kurang pukul 7.30 malam macam tu, kami dapat result untuk masuk ke Top 60. Alhamdulillah, aku masih di dalam pertandingan. Seronok bercampur sedih, sebab ada kekawan yang terkeluar. Hurm..
Ingatkan setakat ni je test untuk hari ni. Rupanya ada lagi satu lagi tugasan. Kali ni kami punya tugasan ialah untuk group pulak. Bagi peserta lelaki, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dan satu kumpulan 7 orang. Time tu, aku punya group dengan abang Favik, Darren, Simon, Abang Syafiq, Dzairi, and aku la. Kami dapat lagu My Girl. Simple lagu tuh dan sangat enjoy. Hehe.. Kami kena hafal lirik dan lagu tu dalam masa sejam. Memang gila la tapi ok, kitorang buat yang terbaik. Practice punya practice, kami kena turun untuk prepare. Memang tugasan ni yang paling best. Hehe.. Untuk peserta lelaki, ada dua group dapat lagu My Girl dan dua group lagi dapat lagu Juwita Citra Terindah.
Malam tu jugak, lebih kurang pukul 12 lebih, kami dapat result untuk ke top 40. Untuk result, judges, Paul dengan Shafinaz suruh kitorang naik atas stage group by group. Alhamdulillah, group aku semua 7 orang lepas ke top 40.
Lepas tu lebih kurang pukul 1 lebih, baru kami balik ke hotel. Sampai hotel pun dah pukul 2. Penat memang penat. Tapi best. Malam tu pun memang kebulur jugak. So, aku suruh member si Tomok (Tetttt!!) Azfan belikan Mcd sebab diorang nak keluar makan. Balik bilik, tertidur. Pukul 4 lebih camtu, si Azfan call bilik aku, soh gi ambik makanan. Takut gak sorang-sorang. Tak kira, aku suruh si Tomok tunggu depan pintu lif ambik aku. Bilik diorang level bawah. Takot!! Hahaha!!
Ambik makanan, balik bilik aku kejut Awie. Kami 3 ekor, aku, Abang Syafiq, dengan Awie makan dalam keadaan sejuk di pagi buta. Haha!
Then, kami sambung tidur.. Sebab 45 minit lepas tu kena bangun balik.
Hari ketiga - 15 Disember 2008 (Isnin)
Pagi ni, aku bangun pukul 5 sebab hari ni kami kena turun lobi lagi awal dari semalam. 6.45 semua kena ada kat lobi. Turun ja kat lobi, aku lepak kat sofa dengan roomate-roomate aku la. Tengok-tengok, seorang pendek datang. Amelia AF3. Dia datang borak dengan kami. Dia kata sabar la sebab ni baru sikit. Best gak lepak dengan pompuan ni. Sekepala. Haha.
Lebih kurang pukul 7, kami gerak naik bus ke studio. Sampai kat studio, kami diberi sarapan sandwich, chicken pie, dengan apa entah. Sedap gak. Hari ni pun kami tak tau apa pulak bala yang menimpa. Then, lebih kurang pukul 11 lebih, kami diminta berkumpul sebab nak kena sign kontrak. Sign kontrak untuk ipod nano. Kalau kami rosakkan kena bayar RM599. So.. Hurm.. Pandai-pandaila.. hehe..
Untuk hari ni punya task, diorang bahagi peserta kepada dua group. Then, lagu diletakkan ke dalam 20 ipod nano. So, nasibla kalau dapat lagu yang tak kenal. Secara tak semena-mena, aku kena duet dengan Simon. Shit! Hadoi. Lagu, Fire nyanyian Babyface! Aku tak tau sangat lagu tuh. Dah la lagu tu sepatutnya duet lelaki perempuan dan kitorang jadi gay lah!
Sebab lagu tu dan jugak Simon, aku terkeluar untuk hari tu. Aku kalau dapat Kau Ilhamku atau Mantera Semerah Padi, atau Pilihlah Aku, atau lagu lain, memang aku nak buat kaw2 dah tapi. Hurm.. Rezeki aku setakat tu ja. Apa boleh buat. Hurm.. So, Simon! Thanks a lot!!!
Malam tuh aku balik hotel dengan 20 orang yang terkeluar dengan van 8TV. Memang borak sakan la atas van. Aku pulak satu van dengan Rubisa, Zainal (atau Ziana Zain), ramai lagi la. Sampai hotel, carik makanan. Then, bila rumat2 aku balik, aku panaskan makanan dan makan beramai-ramai. Diorang bawak balik KFC.
Hari Keempat - 16 Disember 2008 (Selasa)
okay.. Ni hari last la kat sini. Aku bangun pukul 6.45 pagi, turun hantar abang Syafiq kat bawah. Then, say goodbye kat roomate-roomate yang lain. Sedih gak tapi okay la. At least dapat balik umah. Then, aku sambung tidur sampai pukul 10 lebih. Pastu bangun pukul 11 tengok Detective Conan and mandi. Then, siap2 and aku call Rex. Kitorang tak dapat masuk top 20. Aku tanya if dia dah check out. Dia kat bilik lagi, Tim dah balik. Then aku ajak Rex datang bilik aku. Then, kitorang turun makan kat Ali Maju (again..). Lebih kurang pukul 1 lebih, kami balik bilik. Pukul 3 lebih, aku dengan Rex check out dari hotel and terjumpa Aishah (si kecik) kat lobi. Then, kitorang mabik teksi and terus pegi Mid, shopping and enjoy.. Hehehe..
Okay la. Sepanjang 4 hari ni memang sesuatu yang meletihkan dan memenatkan tapi untuk aku, kenangan, memori, dan pengalaman tu memang paling best. Yang paling best sekali, kitorang berjaya mengalahkan Misha Omar dan Saiful Malaysian Idol yang tak lepas pun untuk audition. Hahaha! Apa2 pun, tahniah kepada 12 orang yang berjaya mara ke Top 12. Happy jugak la sebab kawan-kawan rapat dan rumate aku dapat. Hehe.. Kat sini ada list name yang dapat untuk ke Top 12.
Tomok (Food Supplier)
Simon (Hurm.. jangan vote langsung!)
Pija (Cute)
Ayu (Si Cantik)
Amelia (Pompuan gile2 yang ramah.. hehe.. )
Nine (KOKO, Jantan keras)
Fifi
Ester a.k.a Elizabeth (Suara Melets!)
Rizwan (Kawan lama ku.. hehe..)
Anis (Si kentut yang comel giler)
Rihana
Azweera a.k.a Awie (Roomate ku)
Sebenarnya banyak lagi cerita-cerita meletup yang takleh cerita kat sini untuk menjaga sensitivity kaum, serta pihak2 tertentu. Hahaha.. Tapi sapa yang nak tahu cerita skandal2, sapa tettttt dengan sape, dan juga kendu kendi, boleh hubungi aku terus.. Hahaha! Gambar2 akan disiarkan dalam posting seterusnya..
17 comments:
adoi
tomok layak ker ke final?
sora dia bukan sedap pun
wah,aku baru berangan dgn family adams nak kasi hang gaun pakai..
hahaha
tomok new boyz?????
aku tau lagu fire. hehehe. best. lagu baby face agak evergreen la. tapi, it's a very great experience!
:)
go go go!'
ok la tu top 40!
huhu
haha sepanjang cite ko ni kan? aku asik tbyang cite lucah je! haha tido skatil 3 org la.. mcm2.. haha
azfan and tomok.. bff.. kapel! haha
erm.. xsbr tgu kuar tv! aku akan pastikan semua nonok nadim turun kat tempat tv ada hari jumaat kul 9.30 malam! haha tgk kakak besar kuar TV! go kak rose! haha
harr aku kena charot dengan kumen ini! haha
p/s: xpuas ati..mane gmbr2?
gambar akan disiarkan.. jangan risau.. hehe
bengong tol faiz ni la!
ok lh 2 top 40.
stg ank mng,dh aku xjumpa ank dh.
dh jd artis lh katakan.
sure lopa kt aku.cis!
nak joint komen bole ek??sory klu rase i tak layak pun tuk bg komen...actually i terjumpe u punye blog nih coz i search kt google psl tomok masuk oiam..
i dh dgr pengalaman tomok gak kat oiam tuh..mmg memenatkn coz korang tak cukup rest pun...anyhow u dh kire bagus coz smpi tahap tuh..good luck..n next year bole joint la..k
harharhar...
dapat top 40 pun orait pew...
ngee...
hey... salam kenalan dari gwe...
jenguk2 la blog gwe same...
nnt kite link2 eh?
suke ar baca blog ko...
thanks kak nora.. hehe..
tq kat ★☆inchek [s.h.a.n.d.y.e] ★☆ gak sebab berkomen.. hehe..
weehh jadik artis kejap..
clust..!!
wah...
congrat2...
jd la tu dpt top 40 pun...
hehehe(",)
oit....nak tau cite2 menarik ko leh? hahahahaha,,,,,emel eh.. adameben@ymail.com
ini blog, pro atw kontra ke tomok???
knp comment dr ain hatikristal di delete??
knp jg mesti ngomongin mcm2 soal tomok di posting ne??
"melebihkan" dr kontestan yang lain...?
ohye....selamat dah masuk top 40...
x bole putus tok trs mncuba ye...
maybe....oiam 4 kamu bs masuk lebih jauh lagi...
Post a Comment