Wednesday, December 10, 2008

Hantu oh Hantu!!


Assalamualaikum..

Sesiapa kat sini pernah terjumpa, atau terlihat, atau ternampak, atau terserempak, atau apa-apa je la dengan HANTU? Tahu tidak hantu tu apa? Ada yang kata hantu tu roh orang mati, ada yang kata hantu tu jelamaan iblis dan syaitan, ada yang kata hantu tu spirit la, orb la.. Macam-macam.. Tapi aku pun tak sure hantu tu ada ke tak. Ada orang jadi hantu. Tapi sebagai Muslim memang kena percaya benda-benda ghaib wujud. Tapi alhamdulillah lah, seumur hidup aku tak pernah jumpa lagi dengan makhluk ni. Dan aku pun kalau boleh, taknak jumpa pun benda ni. Takot!! Sebab hantu ni, kalau macam mana pun rupa dia, buruk ke, chanteque ke, tetap hantu. Dan dengan perkataan h.a.n.t.u tu pun, dah dapat membuatkan orang takut. Macam-macam cerita aku dengar pasal hantu-hantu ni.

Kat kampung aku dulu pernah jadi kes hantu ni. Dia menyalak macam anjing. Time tu, tiap-tiap pukul 3 pagi kalau tak silap, kalau ada orang 'bertuah' dapat la dengar bunyi hantu tu. Nak kata anjing, bila orang kelaur cari, takde apa-apa pun. So, wallahualam..

Kes lain waktu aku sekolah lagi, form 5. Time tu aku memang balik tusyen lewat-lewat. Pukul 11 selalu baru balik rumah sebab selalu lepas tusyen aku pergi makan2 dengan kawan2. So, pukul 11 lebih selalunya aku naik moto balik rumah. Time tu memang tengah femes crite pasal hantu bergolek atas jalan. Mampos la aku takut. Dah la naik moto (Kristar macam pak guard uitm). Tapi nak buat macam mana, takkan taknak balik. Nak balik rumah aku pulak kena lalu 3 kawasan kubur. Hadoi, yang kubur pun buat banyak2 sebab apa, aku tak faham. Tapi alhamdulillah la sebab aku tak pernah jumpa. Kawan-kawan aku selalu nampak langsuir kat poko besar jalan nak balik rumah aku, tapi aku tak pernah la nampak. Tak nak nampak.

Kes lain pulak, pasal jambatan merentasi landasan kereta api kat belakang rumah aku. Sebelum jambatan tu siap, memang banyak kes orang mati kena langgar kereta api, tapi lepas jambatan tu dah siap pun, still ada lagi 'benda' tu. May be sebab tempat dia kena kacau kot. Ada orang nampak macam lembaga berdiri kat tepi jambatan tu macam nak terjun. Tetiba hilang. Ada jugak orang nampak makhluk tu terbaring tengah jalan dan tangan dia merentang jalan dari ujung ke hujung. Panjangnya tangan dia. Hadoi.

Kat sini ada la sikit tips-tips bodoh untuk nak lari dari hantu dan bagi hantu lari dari kita.

PONTIANAK
Untuk hantu jenis ni, dia suka mengilai dan menjerit. Takpe. Kalau dia mengilai, korang pun mengilai jugak la. Mengilai kuat-kuat sampai dia pun jemu. Last-last mesti dia pun lari.

LANGSUIR
Makhluk ni pulak, orang kata suka tengok orang. Dah la muka buruk ya amat, suka tengok orang pulak tuh. Korang tengok dia balik. Gamak tak larat nak tengok, letak je cermin depan dia. Biar dia tengok muka dia balik yang buruk tu. Last-last mesti dia lari balik. Hahaha!

POCONG/HANTU BUNGKUS
Kalau pocong susah sikit. Tapi kena berani la. Korang pergi dekat pocong tu, bogelkan dia. Wuahahaha!!! Mesti dia lari sebab malu..

HANTU GALAH
Hurm. Untuk makhluk ni, ada satu cara ja.. Baring kat celah kelangkang dia. Tengok telur dia, pastu ambik gambar. Hahahahaha!!

POLONG
Yang ni pulak, usik orang dengan perut dia yang terburai tuh. Takpe, bawak anjing, biar anjing kejar. Anjing kan tak boleh nampak tulang, so tulang-tulang rangka si polong ni kan banyak. Padan muka dia kena kejar. Hahahaha!!

TOYOL
Yang ni suka mencuri, tapi takpe. Korang letak syiling 1 sen dalam guni. Nanti dia datang, curik syiling 1 sen tu. Dia kan bodoh, 1 sen pun dia ingat banyak. Pastu biar dia bawak balik kat tuan dia. hahaha!!

Apa-apa pun, ni sekadar untuk gelak2 je. Jangan buat betol2 pulak. hehe.. Tapi, ingat satu benda je, benda ni makhluk Allah jugak. Balik-balik, dia jugak lagi rendah dari kita. betol tak. Aku ni sebenarnya penakut bangat, tapi kalau boleh, aku taknka jumpa dengan makhluk ni. Ok la. Nanti, insyaallah, aku update blog ni lagi k. Vavai!!

9 comments:

hans said...

Nak balik rumah aku pulak kena lalu 3 kawasan kubur. Hadoi, yang kubur pun buat banyak2 sebab apa, aku tak faham.

nak bagi hang insaf la..
hidup dkt dunia xlama..
suruh tobat...
haha...
jumpa tu penah kut..
tak mau ingat
lantak lah...

Aliya Azmi said...

HANTU GALAH
Hurm. Untuk makhluk ni, ada satu cara ja.. Baring kat celah kelangkang dia. Tengok telur dia, pastu ambik gambar. Hahahahaha!!



AHAHAH bleh plak ada jantina!
telur jugak ke syafil oiiiiii

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAAHHA

DicKiE aDaMs said...

kat uitm byk antu woo..

antu tetek - ada kat blok B @ dmc6b

hantu raya - asal blog G skg slalu mengilai kat bilik mudop

hantu pocong - RS blok pompuan.. tgk liltan kain tudung @kapan beliau..

toyol - dol kk

haha

hans said...

LANGSUIR la yang selalu mengilai dekat bilik mudop tu...
apa ko nih faiz...
senarai hantu kena hafal betul2..
haha

F. Adams said...

hsahahahhahahahahahahahahha

hantu minyak- kat kafe bawah

hantu jerawat - level 1 wing 2

hahaha

broken said...

babih ko faiz!
were u referring to me as the antu???

DicKiE aDaMs said...

broken: i was thinking of seri.. lupa lak description tu sama cam ko! haha

Ais Kepal said...

hahaha!! kalau hantu raya macam tu, memang hantu lain pun larik! haha.. hantu pondan??! haha.. gurau je.. hantu raksasa kat blog pompuan.. haha.. raksasa monyet!! hehe..

e-zul Iswhat said...

aku tak pernah nampak hantu.

memang tak nak nampak pun.

>.<