Assalamualaikum.
Semalam antara hari yang memenatkan bagi aku. Tapi sangat berbaloi. Sepanjang lebih 12 jam aku berada di Sunway hotel, memang tak tahan. Pedih hidung dengan aircond. Pastu lapar macam nak mati. Tapi takpe. Janji dapat ape yang aku nak. Hehe.
Aku pergi ke Penang dengan adik aku (Syafina) and cousin kitorang (Along Balqis). Gerak dari rumah pukul 5.30 am. Awal nak mampos lah kiranya. Kereta lain pun tak banyak kat atas jalan so automatically jalan tu jadi jalan bapak aku lah kan.
Tapi memang best. Kami bawak nasi goreng, kot-kot lapar kat tengah jalan. Berhenti sekali dua, tapi tak ingat nama hentian tu.
Sambil-sambil tu practice melalak atas keta. Tak ngantuk sangat. Sampai Butterworth, kami naik jambatan. Kalau naik feri, mampus sayup (lewat). Sampai island saja dah pukul 8 lebih.
Pastu terus cari Sunway Hotel. Mujur la sedia-sedia (selalu) gak pi Penang, so tak la kelam kabut sangat. Sat saja jumpa dah Sunway Hotel. Masalah dia la ni pulak, nak cari parking. Sebab banyak parking-parking kat sebelah island ni, cina-cina tua ambik wat bukak gerai. Nak park sat boleh la. Tu pun kena katok (kena bayar secara terpaksa) sampai RM8.00.. Hantu betul Ane yang jaga parking itu.
Aku masuk dalam hotel, terus masuk kat tempat menunggu untuk peserta. Tengok-tengok ada seseorang yang macam aku pernah nampak. Rupanya junior Masscomm Part 1, Raz. Dia mai (datang) dengan member dengan kakak dia. Kakak dia segak (lawa) dan macam pernah nampak gak. Aku perasan, kakak dia pernah berlakon kot, tapi segan pulak nak tanya. Hehe..
2 jam kendian (kemudian), baru depa start registration. Berebut-rebut semua. Aku pun dapat nombor giliran, 7038. Maksudnya orang ke 38 untuk hari tu la. Dah tunggu pulak untuk beberapa jam, sampai la turn aku nyanyi. Aku satu group dengan Raz gak. So, melalak punya melalak, habis. Semua keluar. Untuk group kami, diumumkan hanya beberapa orang (7 or 8, tak ingat) dapat peluang kedua.
Dah tu, menunggu la aku untuk peluang ke 2. Tertidur-tidur dah aku, sebab mengantuk sangat. Bayangkan malam sebelum tu, lepak-lepak dengan member balik rumah pun dah dekat pukul 1. Practice sampai 2.30 baru tidur. pukul 4.30 dah bangun balik, bersiap-siap.
Tapi dah lepas masuk second chance punya, menyanyi la aku dan yang seiring sejalan dengan aku. Dah habis 2nd Chance, judges still tak boleh nak decide, so aku dapat ke 3rd Chance. Tu pun, still tak boleh decide lagi, dan 10 orang, diberi 4th chance. Yang paling tak boleh dilupakan, untuk 4th Chance, kami kena nyanyi lagu yang tak disangka-sangka, lagu Happy Birthday! Tapi yang bestnya, dapat nyanyi dengan gaya sendiri. Dan akhirnya, alhamdulillah, surat yang aku letak kat atas tadi, aku dapat pegang gak akhirnya.. So, on 30th nanti, aku kena pergi KL pulak untuk peringkat seterusnya.. Hurm, sekarang ni, macam berbelah bahagi pulak. ntah la macam mana.. Ok la.. setakat ni dulu ye.. Bubye.. :)
6 comments:
congrats!! kate nak gi yg kat kl nyer? smbil tu leh la chur!!! hahaha
Afil heh?
Haah.. Memang mula-mula plan nak g yang kat KL dengan "kita2" tapi dah alang2 balik umah, g yang Penang dulu.. Hehehe. Lagi plak, adik aku nak ikot.. Alhamdulillah, dapat.. 30th, kena gi next stage kat Garden Hotel, KL.
wah gttew!
tahniah kakak!
haha.. motif kakak?!! haha.. tq2 cendol!
tahniah bro...
gila ahhhhh bro....
wa caya sama lu bro...
P/S:xnak panggil aqakk kan...??
Post a Comment