Monday, October 24, 2011

Movie Review - Trespass

Korang dah tengok ke belum filem Trespass ni?



Filem yang dibintangi oleh Nicolas Cage and Nicole Kidman ni mungkin pilihan buat anda yang ingin melihat sebuah filem mengenai keluarga dan ada action sikit2..
Macam aku, aku suka jugak la filem ni..
Latar tempat dia simple sebab berkisar dalam rumah family ni sahaja..
Ok aku ceritakan serba sedikit mengenai sinopsis filem ni..
Ada satu family kaya ni yang memang hidup di kawasan penempatan orang2 kaya nak mampus dengan rumah yang hi-tech dan ketat dengan ciri2 keselamatan yang mana ada rumah agam diorang sendiri..
Family Miller nama diorang..



Di sebalik kekukuhan dinding dan taman mewah tu, Kyle yang mana seorang ahli perniagaan beri kepercayaan kepada bini dia, Sarah untuk reka dan bina rumah tu..
Dalam membuat keputusan kepada rekabentuk rumah dan sebagainya, Sarah sering diganggu oleh seorang mamat muda hensem ni yang keja kat rumah diorang..



Dalam hidup aman damai tu, ada seorang makhluk jahat berdarah bukan macam manusia ni, hahahaha!
Nama dia Elias, pecah masuk ke rumah tu..



Semua penghuni rumah berada dalam keadaaan cemas dan terpaksa menyelamatkan keadaan dan nyawa..
Korang kena tengok sendiri macam mana Kyle, Sarah dan anak diorang Avery menyelamatkan rumah, harta, dan nyawa diorang di samping sayang antara satu sama lain..



So, pegi tengok cepat ok..

No comments: