Thursday, May 31, 2012

Konfrontasi Terakhir Versus



Anda peminat band-band? Anda penonton setia Versus? Aku suka rancangan ni.. Aku tak sempat nak tengok di kaca televisyen tapi setiap Jumaat malam aku akan drive sambil dengan rancangan realiti hebat ini menerusi Hot FM, Lebih Hangat Daripada Biasa!

Rancangan Versus seperti yang kita semua sedia maklum, berbeza dengan rancangan realiti lain yang pernah muncul di kaca televisyen negara. Versus merupakan rancangan realiti yang tiada penyingkiran. Setiap undian adalah untuk memilih pemenang mingguan dan pemenang peringkat akhir. Bagus konsep ini sebab sampai ke akhir, kesemua band boleh menonjolkan tahap kreatif masing-masing dan menunjukkan kebolehan mereka membawakan lagu tugasan mengikut tema yang berbeza pada setiap minggu.

1 Jun 2012 bakal menyaksikan kesemua band - 6IXTHSENSE, BLACK & PARALLAX, GO GERILA!, HUJAN DAN SOFAZR bertarung demi merebut hadiah utama berupa wang tunai bernilai RM200,000. Lokasi untuk acara konfrontasi terakhir ini adalah seperti biasa, di Space U8, Shah Alam. So kepada peminat muzik dan penyokong band-band yang bakal berentap, sila hadirkan diri dan sokong band kegemaran anda!


No comments: