Thursday, April 30, 2009

Sisa-sisa Hari Terkahir di Melaka

Sedihnye..

Lagi 2 minggu aku akan balik perlis..
Sedihnya nak tinggalkan tempat ni..
Reymy dengan Ayol dah balik..
Semalam waktu peluk diorang, aku nangis2..
Hehe..
Tak dapat cover dah..

Beberapa hari sebelum tu, adik2 aku ada buat party kecik2..
Diorang:
Is aka Tuba (project manager)
Hafiz aka Sater (Penasihat/Host)
Padin aka Cendol
PJ aka Malek
Naf2 aka Tacap
Ayai aka Bonet
Hanis aka Geni
Asry aka Titel
Kirin aka Rosemary
Dukurina

Thanks sangat2 kat diorang sebab menganjurkan party ni yang dinamakan Nuq's Party.. Hehe..
Party ni untuk kitorang yang dah nak grad, khas untuk:
Syafil (aku la)
Faiz aka Dickie
Nuar aka Ayah Nuar and
Fitri aka Zac Fitri or PECAP!
Hehe..
Sumpah aku akan rindu diorang semua..
Huu..
Time tu aku boleh cover lagi, taknak nangis..
Tapi semalam, waktu dengan Reymy dengan Ayol memang tak dapat tahan sangat dah..
Reymy memang rapat dengan aku..
Aku pun memang manja dengan dia..
Ayol pulak best friend gaduh, lahar, maki, caci aku.. Tapi kitorang tetap bff..! Hehe..
Thanks Reymy, Ayol.
Aku sayang korang..

:(

Monday, April 20, 2009

Sarapan di Sungai Petai, Melaka


Haha..
Giler tak giler??
Pagi2 buta, kitorang empat2 ekor dah ada kat Sungai Petai untuk sarapan..
Best giler..
Plan semalam pukul 1 pagi lebih lagi..
Gigih ha, taknak tidur..
Then, decide untuk tido gak..
Pastu, faiz mimpi hantu musang, terus bangun kejut kitorang pukul 6.09 am..
Siap2, 6.40 am terus gerak gi Sg Petai..
Aku makan nasi lemak, bihun sup dengan teh tarik..
Sedap bangat..
Kalau hari2 macam ni, memang berat badan naik 12 kg dalam 1 hari..
Haha..
Pa2 pun, maybe ni last kot bekfes kat Sg Petai ni..
Pasni.. hurm..
Entahla..
K la.. bye..
:)

Sunday, April 19, 2009

Happy Birthday Padin!!


Hehe..
Semalam sambut birthday Padin aka Cendol aka Flurry Adams..
Dah tua..
Hehe..

Ni ada sikit ayat dia yang sempat dia sms kat kitorang lepas kitorang habis celebrate semalam..

Aku nk pndai bljr:mcm faiz,

Aku nk pndai bpuisi:mcm iz,

Aku nk pndai melawa:mcm nafnaf,

Aku nk pndai menari:mcm pj,

Aku nk pndai menyanyi:mcm syafil,

Aku nk pndai melaram:mcm hafiz,

Aku nk pndai bcerita:mcm ayai,

Aku nk pndai memimpin:mcm anuar,

Sahabat,
Aku nk jadi mcm semua, tapi tak boleh rasanya.

namun yg pasti kamu semua MEGA.

Terima kasih atas sambutan ulang tahun yg mengujakan, yg terbaik setakat ini.

Aku sayang kamu semua :)
Tq Padin.. hehe.. Tapi yang penting, dia happy sebab benda lain gak semalam.. Tettt!! Hehe..

Wednesday, April 8, 2009

Malam Pra Graduan Masscomm bersama Kiwanis (Colors of Love)

Assalamualaikum..

Hari Sabtu lepas, akhirnya tamat la sudah MPG yang telah dirancang sejak awal semester..
Memang best giler la..
Makan pun sedap..
Ramai datang dengan pakaian melets!
Huhuhu..
ni ada sikit gambar2..











Thursday, April 2, 2009

10 Tips Memilih Ahli Kumpulan Untuk Assignment Anda!


Assalamualaikum..
Posting kali ni nak cerita sikit pasal tips2 untuk memilih ahli kumpulan untuk group assignment..
Sumpah sentap kalau ada yang terkena..
Tapi pergi mam la kan..
Ni semua berdasarkan apa yang aku sempat observe dari part 1 sampailah part 6..
Lagi beberapa minggu dah nak hbis diploma (insyaallah)..
So, ni pesanan untuk adik2 yang baru nak masuk u, tak pun untuk kite2 gak yang nak langkah ke alam degree..
Orang2 tak guna ni sentiasa ada di mana2..
Bukan nak kata aku ni perfect 100%, bleh buat semua keja..
Tapi, atleast better dari yang takleh wat keja langsung..

Ok, ni ada 10 tips:

1. Jangan ambik orang yang berlagak diva dan terlalu cantik - yang sekadar cantik dipandang je. Dalaman hauk!

2. Jangan ambik orang yang tak boleh bagi komitmen kepada group - maknanya boleh datang tiap kali adakan meeting and so on.

3. Jangan ambik anak orang kaya yang gaji parents dia lebih dari RM10,000 sebulan - sebab dia tak semestinya seorang yang pemurah. Kadang2 lagi kedekut dan berkira.

4. Jangan ambik orang yang ada bf/gf yang terlalu hot - sebab nanti korang yang akan susah. Bila buat assignment kat luar, dia asyik nak berkepit je dengan laki/bini dia.

5. Jangan ambik kaki kipas/aircond - maknanya yang suka bodek lecturer. Sebenarnya bodek ni ok, tapi kalau bodek untuk mendapatkan faedah yang baik kepada group. Tapi masalahnya yang bodek untuk diri sendiri, ni yang tak tahan.

6. Jangan ambik orang yang selalu ke overseas - memang hancur la. Sikit2 nak pergi luar negara. Pastu korang yang akan susah.

7. Jangan ambik orang yang bermulut manis - sebab nanti, bila dia tak wat keja, dia akan pujuk korang sampai korang tak jadi nak marah kat dia.. Then, korang plak kena buat bahagian yang sepatutnya hantu tu buat.

8. Ambik orang yang sekepala sahaja - kalau yang tak sanggup lepak maple macam korang, jangan ajak. Lainla kalau korang pun jenis yang tak lepak kat mamak. Tapi aku, semua tempat aku tak kisah.

9. Pilih yang tak pentingkan diri sendiri - asyik nak dia je yang menang. Pastu orang lain semua kena mengalah untuk puaskan hati dia.

10. Last sekali, jangan ambik orang yang sanggup tikam belakang kawan2 dia sendiri - memang nak makan penumbuk la kan. Depan kita senyum je, belakang kita cerita bukan2. Memang takleh wat kawan la orang macam ni.

Haa.. One more thing, aku nak listkan la orang2 yang pernah jadi groupmate aku dari part 1 sampai part 6.

PART 1
Mardhiah
Mia
Bazly
Hetty
Farahida
Dila
Syikin
Ali
Ayol

PART 2
Mira
Ain
Ayol
Ali

PART 3
Erna
Shiera
Zaid
Haida
Sarah
Syikin
Ali
Ayol

PART 4
Anis
Fariz
Erna
Arm
Ain
Mira
Farahida
Dila
Ama
Sarah
Farah Atiqah
Sueshi
Ayol
Mardhiah

PART 5
Dean
Haida
Farah Atiqah
Sarah Julifa
Sonia
Hisyam
Shiela
Yan
Sharil

PART 6
Sonia
Hisyam
Yan
Shiela

Nak komen sikit ye..
Waktu PART 1, memang best tapi sangat berperangai budak2 ye. Semua sentapan2 yang berlaku di luar kotak pemikiran orang dewasa. Haha.

PART 2 best gak. Tambah2 yang group animation (aku, Mira, Ain, Ayol) sebab sibuk giler tapi enjoy.

PART 3 pun ok. Cuma untuk photo comm, aku wat keja sorang. Hurm.. :(
Tapi the best part, waktu subjek PR (aku, zaid, haida) memang best sangat2. Kitorang tak pernah satu group, and tak rapat. Tetiba puan noraini masukkan kitorang dalam satu group. So, group kitorang memang jadi proffesional giler. Tiap kali meeting, memang proper. Takde borak2 benda2 merepek langsung. Hehe.. Memang best.

PART4 best giler gak. Tambah2 time wat booklet. Memang ahli group time tu (anis, erna, fariz, mira) memang sangat best dan boleh buat keja. Enjoy sangat dengan korang.. :)

PART 5 zaman menderita. Haha.. The "hauk"est semester! Memang time tu semua hancur.. Group assignment = individual. Faham2 la ye..
Then, time hujung PART 5, group aku (aku, shiela, yan, hisyam) dapat masuk semi final pertandingan kat Festival Video dan Filem Pendek Pelajar Malaysia and memang the best group ever.

PART 6 should be seronok tapi ada benda yang tak seronok gak jadi.. Yang penting, memang boleh masuk kepala dengan aku (shiela, yan, hisyam, sonia). Korang best!

So, ni je yang dapat aku share dengan korang untuk kali ni. Aku buat ni pun, sebab dah tak larat pendam dah. Tiap2 sem akan ada orang yang macam ni. Tapi bukan semua groupmate aku macam ni. Ada yang boleh buat keja dan rajin giler..

Then, pandai2 la buat keputusan sebelum nak pilih orang masuk group korang ye.. :)

Sedihnye....

Assalamualaikum..

Hurm.. Sedih sangat biler dengar orang yang aku pernah sayang, kena tipu dengan orang yang sangat aku benci.. Hurm.. Tapi apa boleh buat.. Aku dah kering seluruh air dah dalam badan, sebab nasihatkan dia.. Tapi dia still dengan keputusan dia, tinggalkan aku dan teruskan hubungan dengan si jahat tu.. Sedih.. Tapi, aku dah tak boleh buat apa2 sebab kitorang dah takde ape2 hubungan.. Si jahat tu tipu duit dia dalam masa beberapa bulan saja.. Hurm.. Takpe la.. Yang penting sekarang, dia pun dah jauhkan diri dari si jahat tu.. Aku pun mintak2 sangat si jahat tu dismiss awal.. Hurm.. bye..

p/s: Nak berkawan, tengok jugak kawan tu jenis mana.. :(