Tuesday, December 23, 2008

10 Jenis Kepecahan Lobang Depan Parent Yang Anda Tak Perasan..


10 cara utk ibu bapa kenalpasti sama ada anak lelaki mereka gay.

Ibu bapa sebenarnya tak perlu risau jika mereka mendapati anak mereka itu gay. Bukan nak cakap apa, anak-anak gay ini selalunya tidak akan berkahwin, dan mereka pula lebih bersedia untuk menjaga ibu dan bapa mereka dari menjadikan mereka tukang gaji tak berbayar (untuk menjaga cucu). Lagipun, kebanyakan anak-anak gay ini sopan budi bahasa dan tatatertibnya. Memandangkan anak-anak gay ni tak ada tanggungan anak bini, mereka selalunya akan memberi duit tanggungan serta tumpuan kasih sayang yang lebih kepada orang tuanya... Berikut adalah tanda-tanda yang boleh diperhatikan oleh ibu-bapa untuk melihat jika anak lelaki mereka adalah gay atau sebaliknya:

1. Bila tiba masa kenduri-kendara, terutama kenduri kahwin, anak lelaki ini lebih senang menghias pelamin dan menggubah bunga telur daripada berpanas terik untuk menyiapkan khemah ataupun mengumpulkan kayu api seperti lelaki-lelaki lain. Kalau dia ada jugak di celah-celah lelaki tersebut, cuba perhatikan yang anak lelaki tersebut lebih banyak menghabiskan masa melihat lelaki-lelaki kampung tu, daripada mengangkat kerusi ataupun tiang khemah.

2. Bila nak tiba musim raya, bila tiba masa nak belikan kain kosong untuk buat baju melayu ataupun baju kebaya maknya, anak lelaki ni lebih selesa bercerita tentang fesyen kebarung terbaru dengan kain organza (hello, akaq-akaq jer tahu apa itu kain organza, occay!) dan lain-lain berkenaan dengan citarasa wanita, sedangkan si ayah hanya dibelikan kain kosong dari Kamdar aje.

3. Bila kadang-kadang terdengar perkataan-perkataan sesuatu dari mulut anak lelaki ini (terutama dalam telefon, bercakap dengan kawan-kawan, mungkin terpacul perkataan "mak" ketika dia membahasakan dirinya). Jadi para ibu, janganlah cepat perasan yang anak lelaki ni memanggil si ibu, itu cuma kata ganti nama pertama untuk anak lelakinya itu.

4. Anak lelaki ini akan mengatakan yang dia lebih mementingkan career dari segalanya - apabila ditanya bila nak kahwin sedangkan umur dia dah masuk 40 tahun. Ye lah, lelaki heteroseksual mana yang tak ada nafsu nak kahwin, ye tak?

5. Bila anak teruna ni silih berganti membawa pemuda-pemuda atau budak-budak lelaki ke rumah (balik kampung). Dan kalau diamati, mereka (kawan-kawan) yang dibawa bersama mempunyai ciri yang serupa - kulit yang gebu terjaga, dandanan rambut kemas, selipar/sandal yang serupa, baju yang agak sempit dan lengan yang agak pendek dan pertuturan yang sedikit serupa.

6. Anak lelaki teruna lebih senang bercerita tentang hiasan dalaman, salon kecantikan, tempat urut mengurut untuk lelaki... daripada bercerita tentang, pasukan bola sepak atau Liga Perdana Inggeris.

7. Kalau tengok TV, kalau ter"flick" channel yang ada perlawanan bola, dia cepat-cepat menengok rancangan lain seperti Nona.

8. Kalau balik ke kampung, perhatikan bag toiletries yang dibawanya bersama. Sudah pasti, terdapat pelbagai jenis tabung-tabung mekap dan pelbagai jenis alatan untuk dandanan. Paling pelik, kalau dikumpulkan semua tu, sudah tentu boleh membuka satu kaunter mekap.

9. Jenama-jenama barangan seperti DKNY, Ferragamo, Prada,LV lebih mudah mereka tuturkan berbanding dengan nama-nama anak saudara mereka sendiri.

10. Kalau sesekali balik ke kampung, tentu dia akan membawa "teman wanita" untuk mengaburi mata emak dan ayah. Tapi belum pun sempat nak duduk, dia telah membuka kata-kata bertanyakan siapa anak-anak bujang yang baru menyewa di sebelah rumah. Atau bertanyakan, anak bujang jiran yang sudah lama tak kelihatan.

Sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kepada Ferr Remy untuk sumber ini. Haha!

10 comments:

DicKiE aDaMs said...

kalau anak pantes kening pastu gi auditon nak jadi artis melerts pastu tido skatil ngan 2 jantan tu macam mane?

pondan ea? (pegang dagu kakak)

hahaha

Aliya Azmi said...

HAHAH!

aku tak tau nak ketawa ke apa.

sbb tak dapat nak berdekah!
LOL

Ais Kepal said...

vavi kan.. love melahar aku.. hanjing! haha.. biasa la.. tapi mesti ramai tersentap.. haha..

hans said...

mari mengomen apa yg aqakkkk cakap nih.....

1: hah, makcik..jgn lupa tgok anak makcik ni selalu time kenduri

2: organza??wah,dewi sangat skrg..

3: owh,patut aku pelik...ang kalau cakap dgn phone sikit2 sebut mak..ku heran juga..ingat ang panggil mak ang...rupa2nya hang

4: patutlah cakap career lebih penting...faham dah apa ang cakap

5: patut baju dgn seluaq ang ketat2 belaka....aih...macam tu rupaya

6: hahhaha...tahu dah yg nih...

7: american next top model la....aiyo..selalu tgok kata nona plak...

8 : owh, ari tu ada ko suruh aku make up ko pakai gincu tu kan...hahaha

9 : wah, makin up dah..nih dah tahap ratu dah nih

10 : haih...macam2....

kesimpulannya...hang mega ratu...aura mega...hahahaha

Encik Luzzi said...

thx for the info.

mmg sgt mmbantu detect manusia2 yg gay.

hans said...

gila ezul jadi spy mizan...
haha..
mizan kan xsuka jentayu..
habislah ko syafil
ezul jadi spy mizan
haha

NizaM SuLaiMaN said...

heheh..
x ku sangka..!!!

tidak dikehendaki said...

sentap!

;)

Anonymous said...

ak tgok kbykkn ciri-ciri tu mcm lbih kpd nk knalpasti kalu org tu lembut atau x. Coz, x sume gay mcm tu.. ade je straight act, mcm lelaki normal lain, main bola dan sbagainya, tp gay jugak.. dan tak sume org lembut tu gay, ade je straight mcm lelaki2 lain.
ini based on what i've seen before..huhu

(xleh bayangkn cmne laki straight macho abis tp bahasakn dirinya 'mak'.. :p)
:)

Ais Kepal said...

haah.. tau takpe.. haha.. ni sekadar hasil coretan idea dalam otak je.. takde kena mengena dengan sesiapa pun.. :)