Ulser mulut bukanlah satu benda yang kelakar, yang wujud dalam mulut dan ia menyebabkan rasa sakit yang membahana lagi menggelora! Aku sangat faham rasa itu sebab sekarang pun dalam mulut aku sedang wujud bendalah ni.
Annoying tahap cicak mati tertiarap, aku terpaksa makan dengan mengunyah secara perlahan dan elak beberapa makanan enak yang selalu menjadi santapanku. Kenapa? Untuk mengelakkan rasa pedih apabila mengunyah.
Aku tak pandai sangat berbicara dalam bahasa saintifik berkaitan ulser mulut ini tapi yang aku pasti, ulser muncul disebabkan banyak faktor antaranya adalah tindakbalas kuman dalam mulut, kurang zat, dan kalau tergigit bibir atau lidah.
Apa yang aku pasti menurut pengalaman aku, ulser akan muncul setiap kali aku tergigit ruang interior mulut (kelas tak?! hahaha!) dan juga kalau aku kurang minum air. Benda yang dianggap tak serius ni sebenarnya serius tau sebab apa, bila aku Google, ulser mulut boleh mengarah kepada kanser mulut. Bahaya kan? Nak jadi kanser? Okay tak nak.
Dari sekecil hal, boleh jadi hal besar yang mampu mengubah struktur wajah. So untuk mengurangkan rasa sakit dan memulihkan keadaan, di farmasai-farmasi banyak dijual ubat dan gel contohnya Bonjela untuk ulser ni.
Aku guna jugak kadang-kadang. Tapi ada petua lama yang kata, letak garam kat ulser tu, nanti lega. Memang letak garam tu menjadi sebab aku dah try. Tapi berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sakitnya Ya Allah, sumpah tak tipu.
Pedih macam korang kena lumur garam kat badan, dan kemudian digoreng. Cara lain, adalah berkumur guna Listerine. Tu pun aku selalu buat dan alhamdulillah, akan okay dalam masa yang tak lama. Sebab Listerine tu kan produk pembersihan mulut.
Satu lagi adalah, sentiasa jaga kebersihan mulut. Bukan sahaja dapat gigi cantik, dan mulut berbau umpama bunga kubur, tapi juga elak ulser. Sekian.
No comments:
Post a Comment