Friday, November 9, 2012

Kereta Dirompak Mat Rempit @ Sunway PJS 11

Kalau tengok balik video ni seram sejuk jugak sebab siang-siang hari pun orang boleh senang-senang nak merompak pecah kereta macam ni kan. Mujur kat kawasan ni ada CCTV tapi tak tentu lagi dapat tangkap ke tidak perompak-perompak Mat Rempit ni. Ni video kat bawah adalah semasa kejadian. Yang upload video ni rasanya owner kereta la kot. Apa yang menarik perhatian aku mestilah rompakan di siang hari ini dan juga lagi satu benda. Komen. Komen-komen viewers kat bawah ni ada yang saling menghentam bangsa lain. Hais. Not a good thing right?

Bangsa apa sekalipun, Malaysia punya peraturan sendiri dan undang-undang akan judge diorang tak kira bangsa dan agama. Kalau buat salah, tetap salah. So, janganlah asyik menuding jari pada satu sama lain. Apa kata kita bercakap elok-elok and cari penjenayah tu. Kalau asyik gaduh, perompak-perompak tu tengah gelakkan kita semua, kita tak tahu. :)