Friday, November 9, 2012

Gandakan RM100 Kepada RM100,000



PTPTN bukanlah lima huruf favourite terutamanya kepada para pelajar. Ingat lagi dulu, kalau time study aku ambik PT (singkatan yang kami selalu guna) untuk Diploma je. Degree tak ambik sebab arwah Abah cakap membazir. So, time Diploma aku sangat 'mewah' lah dengan duit pinjaman tu. Masa Degree pulak, tak boleh nak bermewah macam orang lain la sangat. Hehe.

Tapi bila fikir-fikir balik, tak ambik PT untuk Degree tu adalah keputusan terbaik tambah-tambah bila tengok jumlah yang kena dibayar bagi pinjaman sepanjang Diploma. Pinjam RM15,000 and kena bayar dekat RM20,000. Normal la tu. Diorang pun buat bisnes. Betul tak?

Tapi tadi time bersiar-siar di Internet, ternampaklah satu iklan ni. Gandakan RM100 Kepada RM100,000! Hebat kan? Siapa taknak bila nampak duit seratus boleh beranak menjadi seratus ribu kan? And caranya mudah sahaja. Siapa yang ada duit lebih, mungkin boleh try.

Depositkan RM100 ke dalam akaun SSPN-i melalui Bank Islam dan biar je kat situ sekurang-kurangnya 30 hari. Lepas sebulan duit seratus tu terbiar di situ, kalau terpilih, anda akan berpeluang memenangi RM100,000. So apa lagi? Kalau yang belum ada akaun SSPN-i tu, buat cepat-cepat.

Untuk maklumat lanjut, klik SINI.



No comments: