Acer Malaysia telah melancarkan generasi terbaru dalam dunia perkomputeran dengan rangkaian produk yang menggunakan Windows 8, dikenali sebagai Acer Aspire S7 - paling nipis, ringan dengan teknologi touch screen.
Turut diperkenalkan adalah tablet ICONIA W Series dan Aspire U Series All-in-One (AIO).
Menerusi pelancaran rangkaian baru yang memberi keutamaan kepada teknologi skrin sentuh ini - dalam pelbagai saiz dan rekabentuk, lebih ramai pengguna akan merasai pengalaman menggunakan tablet dan komputer pada masa yang sama.
Acer Aspire S7 - hadir dalam dua saiz iaitu 13.3 inci dan 11.6 inci. Kedua-duanya tampil dengan skrin HD penuh (1920x1080) skrin sentuh termasuklah backlit keyboard yang lebih cerah daripada LED backlit keyboard. Keyboard ini diaktifkan secara automatik dan kecerahannya boleh dilaraskan. Gile tak?!
Acer ICONIA Tab W510 10.1 inci pula menawarkan beberapa penggunaan yang hebat iaitu touch, type, and view. Kebolehan hebat ini membolehkan pengguna menggunakan alat yang hebat gila ini sebagai alat produktiviti dan juga untuk presentation. Benda ini juga boleh disambung kepada keyboard dan boleh dipusing sehingga 295 darjah dan baterinya boleh bertahan antara 9 hingga 18 jam.
Acer ICONIA Tab W700 dengan saiz 11.6 inci ini pula adalah satu-satunya tablet dengan Intel Core. So memang hebat lah kan (walaupun saya cintakan iPad saya). Incredible power, true full HD and instant productivity at users' fingertips!
Acer Aspire 7600U AIO baru dengan saiz 27 inci ini pula mementingkan rekaan yang minima yang dijanakan dengan Windows 8 dan dikuasakan dengan 3rd Generation Intel Core Processor. Screen 1920x1080 nya pula menyokong lebih daripada 10-point simultaneous touch. Hebat jugak kan?
Acer Aspire 5600U AIO yang rekaannya lebih ke ergonomic edge-to-edge pula merupakan PC 23 inci paling nipis dengan screen HD 1920x1080 yang menawarkan hand gesture yang lebih interaktif untuk bermain, mengawal, dan memilih.
Tunggu update seterusnya untuk gambar gadget-gadget hebat ini. Kejap je lagi ok. :)
No comments:
Post a Comment