Keupayaan beliau menempatkan diri di kalangan pelumba barisan hadapan pada perlumbaan MotoGP ketiga di Estoril dengan menduduki tempat keempat sekaligus mengutip 13 mata nyata telah membuka lembaran baru dalam sejarah perlumbaan MotoGP buat Malaysia. Walaupun tidak berjaya menamatkan perlumbaan di Le Mans pada 20 Mei yang lalu, beliau tetap optimis akan mengulangi kejayaannya seperti di Estoril.
“Sekiranya keadaan litar di Catalunya baik dan jentera saya tidak menghadapi sebarang masalah, saya yakin akan menamatkan perlumbaan pada hujung minggu ini dengan baik dan tidak mengecewakan rakyat Malaysia,” katanya.
Selepas berehat hampir seminggu, Zulfahmi yang telah mengumpul 29 mata sepanjang empat perlumbaan MotoGP musim ini akan berlumba di Catalunya dan membawa harapan rakyat Malaysia yang ingin melihatnya menjejakkan kaki ke podium.
Gambar: SIC |
No comments:
Post a Comment