Untuk sesi muhasabah diri sebelum tidur malam ni, kita akan berbicara mengenai syukur.. Syukur ke hadrat ilahi sebab aku dikurniakan pelbagai kemudahan.. Kerjaya, wang, hati tenang, ibu bapa, kawan2, bakat, dan semua benda ni daripadaNya kepada aku.. Alhamdulillah, aku amat bersyukur..
Untuk jadikan diri kita lebih tenang dan sentiasa gembira, kita kenalah sentiasa bersyukur. Dengan bersyukur kita akan sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan diri sendiri.. Kita akan yakin dengan apa yang kita ada dan tidak mudah mengalah.
Ada sesetengah orang rasa kurang yakin dan rendah diri.. Normal la, manusia.. Aku pun kadangkala merasakan sebegitu tapi bila difikir-fikirkan balik, banyak benda yang aku ada, tapi orang lain tak ada.. So dengan perasaan dan fikiran macam tu, aku rasa lebih bersyukur.. Kalau aku rasa aku gemuk, aku selalu fikir, ramai lagi yang lebih gemuk dari aku.. Bila aku fikir aku buruk, ramai lagi yang lebih buruk (sorry to say!) dari aku..
Tapi dalam pada tu, aku selalu ingatkan diri aku.. Aku manusia, tak pernah sempurna.. Kalau aku rasa aku dah cukup hebat, aku selalu fikir, ada orang lain lebih hebat daripada aku dan ada Yang Maha Esa yang lebih hebat dari semua makhluknya.. Untuk konsep bersyukur, yakin dengan diri sendiri, tapi jangan sampai terlalu bangga diri sehingga lupa diri..
Ingat, kalau terbang jangan tinggi2 sebab nanti kalau jatuh, sakit.. Ingat jugak, setiap benda yang kita ada, kita dapat, kita miliki semuanya datang daripada Allah S.W.T. Jadi aku, korang, dan semua kena sentiasa bersyukur.. Aku tak la alim sangat.. Tapi benda ni aku selalu ingat.. Sebab aku makhluk biasa yang hanya menumpang dan dicipta olehNya untuk menjadi hambanya..
Nauzubillah.. Selamat malam semua.. Assalamualaikum.. :)
No comments:
Post a Comment