Thursday, March 29, 2012

Ballad Kings Album + RM1,000

Hola! Tadi siang aku berkesempatan ke majlis pelancaran album Ballad Kings, kombinasi lagu2 balada dendangan hebat dari Air Supply and Michael Learns To Rock.. Nice songs semuanya.. Dah berada di pasaran dan anda boleh dapatkan dengan segera..


Pada masa yang sama, telah diadakan pertandingan karaoke untuk media.. So media kena pick song dari list lagu yang ada dalam album tu.. Memang tak familiar sangat cuma yang aku familiar adalah Without You sebab Mariah Carey perform lagu tu jugak cuma this time arrangement music kena ikot Air Supply..


Hadiah yang ditawarkan pun agak menarik.. Tempat pertama akan membawa pulang wang tunai RM1,000, tempat kedua RM800, dan tempat ketiga RM500 manakala 5 pemenang saguhati akan membawa pulang wang tunai bernilai RM300 + baucar Redbox bernilai RM100..


Gila kan? Hahaha.. Alhamdulillah lepas melalak, aku berjaya mengalahkan 11 peserta lain dan wang RM1,000 tu jadi milik aku.. Hahahaha.. Tapi tak dapat lagi sebab cek tu nanti baru dorang kasi.. Penat tapi berbaloi.. Thanks to Pjoe sebab pegi dengan aku..

Thanks jugak kepada Redbox + Sony Music + Warner Music sebab buat event best camni.. Hehehe.. Next time buatlah lagi.. Mana tau rezeki, boleh join lagi.. Heheheh..

Saturday, March 24, 2012

Budak Hilang + Lari Dari Rumah

Dua tiga bulan ni macam2 kes budak hilang kan.. Al-fatihah kepada Adik Girang.. Selepas pemergian Girang, parents dia pulak dihujani tuduhan macam2.. Kesian mereka.. Tu kes budak hilang kena culik.. Tapi Malaysia tak sunyi jugak dengan kes lari dari rumah ikut jantan dan sebagainya.. Bukan kes baru kan..

Ibu bapa arwah Adik Girang
Adik Wan Hazim, 7 tahun yang dijumpai seorang lelaki Cina di tepi lebuhraya KESAS
Ni pulak lari dari rumah siap ugut cederakan diri jika teman lelaki diapa-apakan
Banyak lagi kes2 lain sebenarnya.. Kepada yang lari, balik la dik.. Balik ke rumah masing2.. Mak bapak penat besarkan kita.. Kenapa perlu lari nak tinggalkan dorang demi nak ikut jantan? Tak guna dik kalau kau cintak boyfriend kau tapi kau buang family..

Now, layan la video ni.. Lagu dari Kaka dan Zizan, bawalah daku pergi.. Lagu yang tak bagus sebab ajak budak2 lari dari realiti siap suruh bawak buku merah (passport) supaya dapat pergi lebih jauh.. hahahaha!

Rizal Tisin Hiasi Muka Depan MASKULIN Isu April 2012


Hola! Mungkin ramai yang tidak mengenali jejaka bernama Rizal Tisin ini tetapi dialah yang bakal menghiasi majalah MASKULIN untuk isu April ini. Dia bukan artis, atau ahli politik tetapi dia adalah jaguh. Jaguh apa? Kenalah beli dan baca.. 

Isu kali ini kami ketengahkan pasal lelaki dan cabaran.. Memang sinonim kedua-duanya kan.. So kepada mereka yang sukakan cabaran, inginkan bahan bacaan lasak, mahu tips menarik mengenai bagaimana menempuh cabaran, jangan lupa dapatkan MASKULIN isu April 2012 yang kini telah berada di pasaran..

:)

Thursday, March 22, 2012

SKECHES Perkenal Rangkaian Kasut Sukan Terbaru

SKECHES mungkin tak berapa famous di Malaysia macam BATA (erk!) dan jenama lain.. Tapi kalau nak tahu, SKECHES adalah salah satu jenama kasut sukan yang dah berada di pasaran sejak 20 tahun lalu bermula di US.. Di Pavilion adalah butik SKECHES pertama dibuka di Malaysia.. Tadi siang, dorang adakan satu acara termasuklah fashion show memperagakan rangkaian kasut baru mereka di Pavilion KL..





Saturday, March 17, 2012

Kembali ke Masa Lalu...

Hola! Korang apa khabar? Sihat? Cewah.. Ala2 ada orang baca blog aku.. Bhahaha.. Tak kisah la.. Aku tgh baring2 sekarang dan terfikir.. Boleh ke kita kembali ke masa lalu..?

"Merepek la kau ni Afil!" Kata aku kepada diri sendiri.. Memang merepek pun.. Tapi aku saja je.. Sebab tiba2 tidak semena-mena aku terfikir pasal benda ni..


Kalau dalam filem mesti ada mesin masa yang berlampu-lampu pastu wayar berselirat.. Kalau dalam cerita Doraemon mesti dah masuk dalam laci then naik mesin macam kenderaan terbang kat dimensi background jam tu kan?


Hahaha.. Tapi tu semua cuma fantasi manusia.. Mana mungkin kita mampu putar masa or travel balik ke masa silam.. Tapi kalau benda tu realiti korang nak try tak?

Kalau aku memang aku takkan menolak.. Sebab aku sangat nak ke masa lalu.. Nak tengok balik diri aku yang dulu.. Nak tengok kalau diri aku yang dulu tengok aku yang sekarang, apa reaksi dia..

Aku nak balik ke masa lalu jugak sebab kalau boleh aku nak perbaiki kelemahan dan kekurangan aku.. Cuba jadikan diri aku seorang yang baik luaran dan dalaman..

Then bila jumpa aku yang dulu, aku nak warning dia cakap apa yang boleh dan apa yang tak boleh dibuat.. Sebab aku tau bila aku warning dia, sesuatu akan berubah pada diri aku yang dari masa depan tu..

Aku nak suruh dia study bersungguh-sungguh and cuba untuk tidak malas.. Aku nak dia jadi rajin.. Nak dia grad on time.. Macam kawan2 yang lain..

Aku nak train dia untuk jadi penyanyi yang hebat.. Bukan macam aku sekarang.. Menyanyi entah apa2.. Bunyi pun ke laut.. So aku nak dia jadi seorang penyanyi berbakat dan dikagumi..

Aku nak bagitau dia untuk jaga kulit muka.. Make sure rajin cuci muka dan selalu jaga jangan bagi jerawat naik.. Kalau tak jaga, jadilah macam aku sekarang.. Muka berkerutu..

Then aku nak bagitau dia suruh jaga saiz dan berat badan.. Jangan jadi macam aku sekarang.. Gemuk.. Orang benci.. Hm..

Aku nak warning jugak kat dia.. Ikut jalan yang benar.. Jangan.. Hm.. Yang tu aku sendiri yang tahu.. Antara aku dengan Yang Maha Esa..

Aku teringin nak ke masa silam dan lakukan semua perkara tuh.. Sebab aku nak aku yang sekarang jadi lebih baik.. Tapi tu semua mimpi la.. Takkan mungkin terjadi..

Sebab tu sebelum buat sesuatu fikir dulu masak2.. Jangan dah jadi baru nak menyesal.. Sebelum pilih jalan hidup, fikir dulu jalan hidup tu bagi faedah atau kesusahan..

Hm.. Tetiba posting ni jadi emo sikit.. Hehe.. Ok la.. Nanti kita borak lagi ok.. :)

Tuesday, March 13, 2012

Selamat Pagi di Radio

Morning semua! Selamat hari Selasa! :) Macam mana dengan semalam? Mesti ada pahit manis kan? Takpe.. Jadikan yang semalam tu pengajaran, dan hari  ni kita tempuh hari baru, cabaran baru.. Kita belum tahu lagi kan apa yang akan bakal kita semuka pada hari ini tapi anggap tu satu tugasan baru untuk kita..

Kalau pagi2 apa korang buat lepas bersiap2 semua? Kalau aku, of course aku akan turun and masuk dalam kereta.. Pakai kasut and turn on radio.. Haa.. Radio first sekali yang aku akan ON macam biasa la, HOT FM Lebih Hangat Daripada Biasa.. Pagi2 dengar suara Fara Fauzana, Faizal Ismail, AG, dan Abang Usop Wilcha memang buat aku senyum pagi2.. Kadang2 tambah gelak dengan kemunculan FF dan Fifie.. Hehe.. Mungkin sesuai dengan citarasa aku, ada lagu Malaysia, Indonesia, English dan macam2..

Hot FM AM Krew

Second radio yang aku akan alih kalau ada iklan is HITZ FM dengan JJ and Ean.. Ni salah satu stesen pilihan aku sebab memang dari dulu lagi, stesen radio Inggeris kegemaran aku adalah ni sebelum FLY FM muncul.. Next aku akan beralih ke FLY FM la.. FLY FM lebih ke arah Malaysia sikit.. Dengar suara Hafiz, Prem and Nadia pun buat aku tersengih jugak kadang2.. Persamaan sekarang ni is, dua2 dah banyak iklan.. Haish..

JJ and Ean di HITZ FM
Hafiz, Nadia, Prem in FLY FM Pagi Rock Crew

Radio keempat aku akan ON is ERA FM dengan Johara di Pagi Era.. Yang aku kenal, Johan je la.. Hanif dengan Rey tu.. Ntah.. Tak kenal.. Lagu up to date lebih kurang HOT FM je sebenarnya.. Tapi sebab kekadang dua orang tak dikenali tu suka buat lawak tak jadi.. Nak faham pun fikir dua kali..

JoHaRa Pagi ERA

Kalau kita semua perasan, setiap stesen radio berlumba2 nak tarik pendengar dengan memberikan fokus kepada siaran program pagi.. Betul tak? Mungkin strategi.. Setiap stesen juga gigih ambik selebriti untuk jadi penyampai radio masing.. Paling latest yang kadang2 aku denagr jugak is, Kak Sarimah Ibrahim di RED FM.. Sarimah ni bagi aku talented dan mungkin berjaya menarik pendengar untuk siaran radio berbahasa Inggeris.. Ini sekaligus memberikan persaingan sihat buat HITZ dan FLY FM..

Lil' Kev and Kak Mah from RED FM

So kepada sesiapa yang nak beralih angin siki, tune kepada RED FM and layan lagu2 hebat serta suara penyampaian Kak Mah.. :)

Monday, March 12, 2012

Kulit Muka Aku dan Lelaki Bersolek?

Beberapa minggu lepas kan aku shooting cover kat Extreme Park Shah Alam.. Suasana cuaca sangat panas walaupun takde la sampai mcm neraka.. Tapi cuaca tu berjaya buatkan kulit aku gelap dan paling sedih, kulit muka mula mengelupas.. So untuk beberapa hari ni, aku perlu beri lebih banyak perhatian untuk kulit muka.. Cuci kerap, letak toner, letak moisturiser, bla bla bla...

Ok now pasal mekap.. Mungkin agak janggal bagi sesetengah orang.. Mungkin nampak remeh dan ada juga yang akan menyatakan solekan untuk lelaki adalah tidak perlu. Yang perlu bersolek hanyalah kaum Hawa.. Tapi dunia hari ini dah berubah dan bagi aku sedikit sebanyak akan dipengaruhi oleh environment.. Kalau tengok semua orang ada kulit muka cantik dan nampak bersih, kita pun tentunya nak macam tu jugakkan?

Tapi persepsi masyarakat masih tidak dapat kita ambil ringan. So untuk lelaki yang nak bersolek atau mengenakan sikit mekap tanpa nampak terlalu obvious, anda boleh try beberapa cara.. Kat kedai macam Watsons and Guardian ada jual bedak asas yang kena dengan warna kulit kita.. Actually, aku pun ada satu.. Maybelline ok! Hahahaha.. Betul ke ejaan tu..

Kalau nak belajar cara bersolek yang nampak natural, banyak yang akan boleh timba (WOW!) di YouTube.. Salah satu video yang menarik perhatian aku adalah this one..



Tapi kena sentiasa ingat, lepas dah bersolek, balik rumah kena bersihkan.. Kalau tak, ruang pori2 korang akan tersumbat dan masalah lain pulak akan timbul.. Guna makeup remover yang ada dipasaran.. Kalau malas sangat, cuci.. At least cuci.. Ok.. Bye.. :)

Friday, March 9, 2012

Aiskepal Dalam Majalah REMAJA

Hahaha.. Ni kelakar.. Kalau rajin, selak2 la majalah REMAJA isu terbaru..


Bukak dalam dan....

TADAAAA! Kbye.. :D


Tipu Untuk Kebaikan

Hari ni nak bercakap pasal tipu.. Ada banyak jenis tipu.. Ada yang sengaja menipu dan ada jugak yang tipu secara tak sengaja.. Ada sesetengah orang yang terpaksa menipu atas banyak sebab.. Orang mungkin anggap semua tipu tu salah.. Memang, menipu tu berdosa.. Tapi kalau ada sebab yang munasabah, camne? Kita manusia.. Takkan tak pernah menipu kot.. Hurm.. Aku pun pernah menipu.. Tapi kebanyakannya untuk sebab-sebab tertentu.. Aku takkan senang2 tipu orang..
Menipu untuk menjaga hati dan perasaan. Tu yang aku buat.. Kadangkala, kebenaran adalah pahit untuk ditelan.. Tak semua orang boleh menerima kebenaran dengan tangan terbuka.. Kebenaran memang pahit.. Aku pun kadang2 tak boleh nak terima kebenaran.. Kadang2 terpaksa tipu hati dan diri sendiri.. Tu penipuan yang aku pernah buat.. Aku tipu orang untuk jaga perasaan.. Aku taknak orang sedih.. Kalau dah sayangkan seseorang, kita tentunya tak nak lihat orang tu bersedih kan.. Mesti kita nak tengok dia happy walaupun kita je yang tahu kebenarannya..
Hurm.. Entry kali ni agak beremosi kan..  Takpe.. Aku masih mampu berfikiran dengan waras.. :)
Assalamualaikum..

Wednesday, March 7, 2012

Muhasabah Diri - Syukur

Untuk sesi muhasabah diri sebelum tidur malam ni, kita akan berbicara mengenai syukur.. Syukur ke hadrat ilahi sebab aku dikurniakan pelbagai kemudahan.. Kerjaya, wang, hati tenang, ibu bapa, kawan2, bakat, dan semua benda ni daripadaNya kepada aku.. Alhamdulillah, aku amat bersyukur..

Untuk jadikan diri kita lebih tenang dan sentiasa gembira, kita kenalah sentiasa bersyukur. Dengan bersyukur kita akan sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan diri sendiri.. Kita akan yakin dengan apa yang kita ada dan tidak mudah mengalah.

Ada sesetengah orang rasa kurang yakin dan rendah diri.. Normal la, manusia.. Aku pun kadangkala merasakan sebegitu tapi bila difikir-fikirkan balik, banyak benda yang aku ada, tapi orang lain tak ada.. So dengan perasaan dan fikiran macam tu, aku rasa lebih bersyukur.. Kalau aku rasa aku gemuk, aku selalu fikir, ramai lagi yang lebih gemuk dari aku.. Bila aku fikir aku buruk, ramai lagi yang lebih buruk (sorry to say!) dari aku..

Tapi dalam pada tu, aku selalu ingatkan diri aku.. Aku manusia, tak pernah sempurna.. Kalau aku rasa aku dah cukup hebat, aku selalu fikir, ada orang lain lebih hebat daripada aku dan ada Yang Maha Esa yang lebih hebat dari semua makhluknya.. Untuk konsep bersyukur, yakin dengan diri sendiri, tapi jangan sampai terlalu bangga diri sehingga lupa diri..

Ingat, kalau terbang jangan tinggi2 sebab nanti kalau jatuh, sakit.. Ingat jugak, setiap benda yang kita ada, kita dapat, kita miliki semuanya datang daripada Allah S.W.T. Jadi aku, korang, dan semua kena sentiasa bersyukur.. Aku tak la alim sangat.. Tapi benda ni aku selalu ingat.. Sebab aku makhluk biasa yang hanya menumpang dan dicipta olehNya untuk menjadi hambanya..

Nauzubillah.. Selamat malam semua.. Assalamualaikum.. :)

Monday, March 5, 2012

Huru Hara Sekejap Tanpa Che Amah + Nestle Datang Bawak Sarapan

Over kan tajuk.. Bukan huru hara apa.. Bila difikirin.. Bila difikirkan, susah gak semenjak Kafe Che Amah dah tutup ni.. Nak beli makanan kena menapak setahun ke kafe tepi jalan bangunan lama yang sedih.. Lauk pun, sehauk2 lauk Che Amah, lauk kafe tepi jalan tu lagi hauk.. Hais.. Tapi nak buat camne.. Hadap sahaja la..

Haa, sebab kafe tak bukak, Nestle bawak 2 buah lori, bawak sarapan untuk kami! Yeay! Hehehe..
So, semua dapat minum Milo and Nescafe, and bijirin sarapan sorang secawan.. Mengenyangkan tau.. Sebab benda2 sihat la katanya.. Hehehe.. Tapi not bad la.. Kan best kalau hari2 Nestle datang bawak sarapan macam ni.. Kita pun boleh minum dan makan sambil tersengih.. Sebab seronok kenyang, satu hal.. Lagi satu sebab free.. Hahaha.. Bawah ni ada gambar sikit.. Layan.. :)

Ramai menyerbu lori Nestle.. Jue dengan Kak Sal muka kenyang
Ayien, writer NONA yang sentiasa cantik
Abang Nestle gigih siapkan bijirin sarapan
Sempat lagi tu bergambar pintu kafe Che Amah yang dah ditutup
Hasilnya! Yeay! :)
Hamper CNY! Yeay! Walaupun lambat.. Hahah.. Thanks to Alfred.. :)


Sunday, March 4, 2012

Movie Review - Man On a Ledge

Hola! Lama tak buat movie review kan.. Semalam aku sempat menonton Man On a Ledge.. Maybe sedikit lambat tapi tak kisah la.. Busy la.. Tak sempat nak tgk movie..



Basically movie ni pasal this one guy.. Nick.. Bekas polis dan kini ditangkap kerana dituduh mencuri berlian.. Time dia kat dlm penjara, bapa dia meninggal.. So dia dibenarkan ke funeral bapa dia.. Time tu dia ambik kesempatan utk larikan diri.. Dia curi kereta adik dia and larikan diri.. Kisah bersambung bila dia naik ke tingkat 21 sebuah hotel and act macam nak bunuh diri..






Dia buat macam tu ada sebab rupanya.. Apa sebab dia? Adakah dia benar2 bersalah? Semua tu anda kena tonton sendiri la.. Untuk menonton tentunya anda perlukan tiket movie.. Kalau dapat tiket free lagi best kan?
Ok hari ni aku akan kasi dua (2) pas percuma menonton Man On a Ledge di GSC/TGV.. Mana2 cawangan pun tak pe asalkan di dua panggung ni..


Caranya agak pelik tapi mudah.. Komen dgn memberikan sebab kenapa aku patut berikan pas percuma tu kepada korang.. Komen terbaik akan dapat dua pas percuma itu.. Jangan lupa sertakan alamat emel, so aku boleh contact pemenang..

So cepat2 la ye.. :)