Friday, June 14, 2013

'Enjoy Jakarta Concert' Promosi Jakarta Sebagai Destinasi Pelancongan

Walaupun umumnya kita tahu Jakarta adalah sebuah ibu kota yang maha sesak berkali ganda dari KL, tapi mungkin ramai tak tahu yang Jakarta hari ini membangun seiring dengan kemodenan dan pertambahan pelbagai lokasi menarik.

Dari gedung membeli belah terkemuka sehinggalah ke muzium dan taman tema, Jakarta hari ini diisi dengan lebih 1,257 buah pusat hiburan, sesuai untuk anda yang suka bercuti sambil berhibur dan membeli belah.

Sempena promosi ini jugalah turut diadakan 'Enjoy Jakarta Concert' di kl yang akan menampilkan artis-artis terkenal Indonesia seperti Rossa, Band Ungu, Denny Malik Dancer, Hedi Yunus, dan Sarah Sechan pada malam ini. Bintang dari Malaysia yang akan turut membuat persembahan adalah Amy Search.

Konsert itu akan bermula jam 8.30 malam ini bertempat di Lake Garden KL. Selain persembahan artis, pelbagai aktiviti lain turut dijalankan seperti persembahan kebudayaan dan tradisi yang dibawakan oleh 30 penari Jakarta.

Thursday, June 13, 2013

Pencarian Lelaki MASKULIN 2013/14 Kembali!

Kembali mencari mereka yang ingin melangkah lebih jauh dalam bidang peragaan, kecergasan, dan gayahidup, program realiti Pencarian Lelaki MASKULIN (PLM) 2013/14 kembali menemui anda.

Walaupun MASKULIN dah takde kena mengena dengan aku, promosi terap aku jalankan. Haha.

Kepada kawan-kawan yang tough, kacak, dan berketinggian lebih dari aku (174cm keatas), apa kata korang dapatkan majalah MASKULIN dan isi borang PLM tu then hantarkan ke alamat yang tertera.

Mana tahu rezeki korang, boleh dapat pergi lebih jauh dan jangan lupa mengenai tawaran hadiah menarik. Make sure cukup umur ok.

Ps: Kalau boleh, taknak yang adik-adik cover dan feeling okay! :)

Luahan Hati Anak Seni Hafiz Suip

Semalam, bertempat di Bentley Music, Mutiara Damansara dengan jayanya telah berlangsungnya majlis pelancaran album kedua Hafiz Suip, 'Luahan Hati Anak Seni'.

Album tersebut merupakan album kedua dilancarkan di Malaysia dan album ketiga yang dilancarkan untuk pasaran Asia Tenggara.

Album tersebut diisi dengan 9 track lagu-lagu menarik. Tiga daripadanya adalah lagu dari albumnya sebelum ini yang dilancarkan untuk pasaran Indonesia.

Hafiz turut berkongsi pengalamannya sepanjang menjalani sesi rakaman di negara jiran itu apabila dia tidak sihat dan hilang suara. Petua yang diberi oleh orang-orang tempatan di sana adalah dengan meminum sejenis kicap dikenali sebagai Kicap Bangau dan dicampur dengan limau.